Carilah isteri yang hobinya begini, maka anda akan bahagia
insyaAllah, hobi apa tu?
Alkisahnya, petang tadi mengeteh dengan kawan kawan yang
baru beli rumah, maka topik perbualan sekitar kos grill rumah, kos pendawaian
elektrik, kos piping, kos pagar, dan kos langsir.
Saya tahu kos Grill, kos pendawaian elektrik, kos piping,
dan kos pagar sangat mahal, saya pernah alami dua tiga kali, tapi saya terkejut
bila masing masing cerita kos pasang langsir sampai beribu ribu?
Serius?
Bila tiba giliran saya share kos pasang langsir, saya kata
tak sampai pun seribu…, dalam RM500 jer, semua rakan terkejut, kenapa murah
sangat? Aku pergi rumah kau, bukan main cantik langsir rumah kau?
Rupa rupanya sangkaan saya salah, saya sangka semua Wanita
mestilah pandai memasak dan pandai menjahit, sebab isteri saya jahit sendiri
langsir rumah, begitu juga arwah ibu saya, jahit sendiri langsir rumah, sebab
kerjanya senang.
Tapi saya silap, bukan semua isteri pandai menjahit…. (yang
tak pandai memasak pun ada, adohai..)
Maka topik perbualan bertukar kepada hobi isteri masing
masing, ada yang cakap hobi isterinya tengok drama TV, ada yang cakap hobi
isterinya membeli belah, ada yang cakap hobi isterinya tanam pokok, ada yang
cakap hobi isterinya mandikan kucing, macam macam, sampai giliran saya, adakah
hobi isteri menjahit?
Bukan! Hobi isteri saya dengar radio.
Serius, masa bujang belum kahwin, saya dah tanya, apa hobi
awak? Dia cakap, Dengar radio.
Saya cakap kenapa hobi dengar radio? Apa awak suka dengar?
Tak kesah apa pun dalam radio, berita, iklan, lagu, ceramah,
story mory, tak kisah, yang penting tangan saya boleh buat banyak kerja waktu
dengar radio.
Perghh, ayat “tangan saya boleh buat banyak kerja waktu
dengar radio” adalah ayat pickup line paling
terbaik
saya pernah dengar! Terus saya ajak kahwin, ha ha!
Pendekkan cerita, Lepas kahwin, saya saksikan isteri, memang
rajin memasak sambil dengar radio, rajin kemas rumah sambil dengar radio, rajin
membasuh sambil dengar radio, dan tahun pertama kahwin, hadiah radio canggih
sikit, tahun kedua kahwin tanya isteri, nak radio lagi ke kat bilik pula ke?
Kata isteri nak mesin jahit.
Terus saya beli dan macam macam dia jahit sambil dengar
radio, rumah dah lima kali pindah, semua langsir dia jahit sendiri, baju raya
anak pun dia pernah buat, dan terkini, dia jahit tanjak, saya tolong gubah,
kami jual, dan jadi salah satu sumber pendapatan kami. Alhamdulillah.
TV kat rumah, ada Astro njoi, isteri buka radio juga, sambil
lipat baju, kemas rumah, semua dia buat sambil dengar radio, dan terkini, hias
kellilng rumah dengan pelbagai pokok bunga, kat telinga ada earphone dengar
radio dari smartpohone, asal dia Bahagia, abang raikan sahaja.
Maka moral of the story, kepada orang bujang di luar sana,
carilah isteri yang hobinya mendengar radio, sebab tanganya akan banyak boleh
buat kerja lain.
Jangan cari jodoh awek yang berlengkar layan Tik Tok.
Woha!
Ps: Dalam gambar tu, contoh langsir yang isteri jahit
sendiri, sambil mendengar radio. Sila kagum dari jauh.
*****
Maaf, langsir tak jual. Tapi Abang belanja link Shopee sebab
ada yang bertanya..
Buku Taklim di Rak putih, https://shp.ee/84kgvtm
Rak buku putih
Kerusi wingchair baca Taklim https://shp.ee/hkm97d9
Meja pasu bunga cermin: https://shp.ee/pjhtdsm
Pasu bunga emas,:
3 comments:
carilah yang sekufu dan memahami .
amboi bukan main puji isteri ea... alhamdulillah isteri terbaik tu jga elok2. mintak bro follow saya nya blog jugak di https://penulisanyus.blogspot.com/ saya pun done follow bro
Tak kata isteri. Saya pun bila nak start menolong buat kerja rumah, on radio tahu2 dah siap semua benda. Khayal yang pastinya.
Post a Comment