Kenangan dengan kawan cina..
Ini gambar saya kahwin, selain kawan melayu, ada kawan cina
datang drive kereta rentas negeri nak ucap selamat pengantin dan bagi Ang Pow.
Saya tengok dalam Ang Pow, ada yang bagi RM500, bagi RM800,
perghh, untung ada kawan cina waktu kahwin ha ha. Tu zaman dulu, kira banyak
lah tu. Lepas lah beli peti ais, TV dan barang dapur.
Waktu kerja zaman bujang dulu ada jugak berkenan dengan Amoi
cina (pernah tulis dalam buku PERMATA YANG HILANG, bab kisah Amoi berbulu ketiak
lurus, segan nak cerita sini.huhu)
Biasanya Amoi cina akan terkejut bila saya perkenalkan diri.
HAMKA? Serius nama awak HAMKA?
Rupa rupanya, HAMKA ni adalah ayat mencarut dalam Bahasa
cina.
"HAMKA CHAN" ianya membawa maksud "pergi mati
sekeluarga".
So waktu gaduh dalam filem Hongkong, Ekin Chen pun selalu
sebut HamkaChan!
Now you Know.
Antara info saya dapat waktu berkawan dengan amoi cina,
lelaki jangan pakai topi hijau, itu bermakna takut bini, pakai warna merah akan
bawa nasib baik, warna hitam untuk bersedih, Nombor empat adalah nombor sial,
69 adalah nombor kemaluan lelaki, dan 48 adalah nombor lucah,.
Jika amoi cina tu auta, maka autalah tulisan saya ni, ha ha!
Pendekkan cerita, jodoh takde kahwin dengan cina.., namun
kawan saya ada kahwin dengan cina dan dia cakap antara perkara paling susah
kahwin dengan amoi cina adalah waktu mertua datang rumah, lepas makan malam,
mertua ajak menyanyi lagi Karoeke, masalahnya, satu lagu pun dia tak boleh nak
sambung.
Woha!
Kalau kahwin dengan India, nyanyi lagu Hindi, boleh sambung
lagi, kah kah kah!
"Hamko Hamise Chura loooo....."
Selain amoi cina, Waktu Bujang, di Taman seri Muda Shah
Alam, saya pernah kongsi rumah sewa dengan tiga orang cina, 6 bulan duduk
dengan mereka, okey jer kami kawan, saya solat dan tak makan babi, merekapun
sama hormat saya orang islam, selalu juga berdakwah dengan kawan cina ni,
sampai mereka cakap.
“takpe Hamka, nanti Tuhan lu tanya dah ajak Gua masuk
islam?, Gua sendiri back up lu, gua akan cakap lu dah ajak tapi Gua tak nak
ikut”
Oh hidayat, saya yang gagal dakwah mereka dengan akhlak yang
baik, salah saya.
Lepas tu saya hijrah balik kampung, kami terpisah dan
langsung takde simpan no telefon ke apa, hinggalah satu hari ketika saya sedang drive tiba tiba sebuah kereta
iswara telah potong kereta kami di garisan bekembar, dan merempuh bas dari arah
yang bertentangan.
Saya pun sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, cari parking
dan pergi tengok keadaan ehwal kemalangan tu dan saya rasa mungkin drebar
kereta tu sudah jadi mayat kerana kereta tu terporosok ke bawah bas dan kaku
tidak bergerak, manakala penumpang kereta itu masih bergerak-gerak dengan darah
membanjiri wajahnya.
Saya dan beberapa saksi ditempat kejadian cuba menolong tapi
tak terdaya.., mereka tersepit antara enjin dan pintu kereta. Bomba pun belum
sampai.
Melihat keadaan mereka yang macam sudah tiada harapan,
tersepit dan bomba belum sampai, darah membasahi wajahnya, mulutnya bergerak
gerak tapi tiada suara, lalu saya mengucap kalimah syahadah agar dia ikut.
Kemudian ada saksi lain menyampuk..
“Oi, brother, tu orang cina tu, tak payahlah ajar mengucap”
Mana tahu dia cina? AC Mizal muka macam cina, mualaf cina
pun ada… maka saya terus ajar mengucap hinggalah Bomba sampai, dan dia
dikabarkan telah mati ditempat kejadian.
Akhir kata, jika kita sempat ajar mengucap kepada orang
bukan islam sewaktu nazak, dan diapun ada ucap sama, maka bolehlah sedekah Al
fatihah… Syurga menanti buat mereka.
Maka selamat tahun baru cina kepada semua kawan cina yang
mengenali diri ini, malam ni sebelum tidur, ingatlah korang pernah berkata
kepada saya:
“Takpe Hamka, nanti Tuhan lu tanya dah ajak Gua masuk
islam?, Gua sendiri back up lu, gua akan cakap lu dah ajak tapi Gua tak nak
ikut”
Fikir fikirkan ayat ini, dan pintu ajakan saya masih
terbuka. Boleh mesej tepi jika nak tanya apa sahaja tentang Islam.
Semoga ada Onn sampai Hidayat tiba.
Woha!
No comments:
Post a Comment