Ada orang komen, kenapa AJK masjid tak duduk masjid 24 jam, macam Paderi atau sami? Barulah tabung masjid tak hilang?
Amboi… Paderi ni tak kahwin, Sami pun tak kahwin.
AJK masjid tu ada anak anak berderet, bini pun ada yang
lebih dari satu..
Islam agama sempurna, semua orang boleh kahwin walaupun
mufti ulamak, bilal, tok siak, imam, AJK masjid, semua disunnahkan berkahwin..
Paderi ikut Nabi Isa tak kahwin, dari sudut islam, agama
zaman Nabi Isa tu belum sempurna, maka buat apa kita nak ikut agama yang tak
sempurna.
Masjid ni bukan hak milik AJK masjid, hak milik semua orang
islam untuk memakmurkan masjid, zaman nabi semua orang pergi masjid kecuali
yang terang terang munafik.
Nabi penuh kerisauan bagitahu nak bakar rumah orang yang
sengaja tak ke masjid, kenapa? Kerana memakmurkan masjid adalah sunnah Nabi yang
besar! Nabi suruh bersaksi dengan keimaman orang ke masjid!
Sebab tu hari ni, jika saya bagitahu gereja kosong, tokong
kosong, takde orang datang, apa perasaan korang? Nobody care sebab bukan agama
kita.
Tapi tahu tak kornag masjid surau hari ni saf banyak yang
kosong, subuh tak sampau satu saf? Apa perasaan korang?
Masih nobody care? Semua tu salah AJK masjid?
Selagi korang pisahkan perjalanan hidup dengan masjid, maka
selagi itulah agama tak sempurna dalam diri kita, walaupun islam itu telah
sempurna.
Bab duduk masjid 24 jam, waktu orang tabligh duduk masjid 40
hari, korang kecam abai anak bini, bila tabung masjid hilang, korang kecam
kenapa orang islam tak duduk masjid macam paderi 24 jam duduk gereja.
Bila hati dah hitam. Semua benda nak kecam sampai lebam.
Woha!
No comments:
Post a Comment