Nov 15, 2022

Bertemu ejen rahsia terbesar dalam dunia?

Alkisahnya, waktu balik dari Rumah mertua, tinggalkan isteri kat sana sebab dia nak ‘me time’ dengan ibunya di Pendalaman Pahang beberapa hari, waktu memandu jalan lama Maran-Jerantut, ada sorang hamba Allah berdiri tepi jalan hulurkan tangan isyarat nak tumpang.

Dari pakaian saya tengok orang beriman, sebab baju jubah putih, serban hitam, bercelak, dan bawa beg pakaian.

Saya pun berhentikan kereta, dan ajak Brother tu naik, nak tumpang ke Bandar Maran katanya, saya pun ajak dia naik kereta.

Dalam kereta mestilah borak kan? Maka bila dah lama berborak, rupanya terdedahlah akan beliau adalah ejen rahsia yang terbesar dalam dunia.

Katanya, dia ada ketua yang dia patuh setia, bukan di Malaysia, tapi sebuah Markas yang di rahsiakan di India, pengikutnya ada di seluruh dunia, pernah ketuanya buat perhimpunan di bangaladesh, jumlah yang datang lebih ramai dari Jemaah haji.

Katanya tiap kali dia pergi mana mana negara, ada ejen dah tunggu, dan bagi mereka tempat tinggal untuk jalankan misi di setiap negara.

Tak kisah negara Mana? Negara Kafir, Negara Islam, semua ejennya ada tunggu untuk bantu mereka jayakan misi yang telah di amanahkan.

Dalam carta organisasi ejen ini, ketua ada setiap peringat, dari peringkat dunia, negara, negeri, daerah, dan kampong.

“Kat kampong abang pun saya percaya ada ketua kami? Nak cari pergi surau, Kita orang panggil Amirsab”Katanya dengan penuh yakin,

Lepas tu dia cerita carta organisasi kumpulan mereka tak akan dapat cari di internet, sebab semua Jemaah dah hafal nama ketua, dan ketua ni berubah rubah ikut mesyuarat secara manual, pihak musuh jika nak cari maklumat, kena menyamar, tapi nanti kantoi dengan Lima Amal.

“Lima Amal? Apa tu?” Tanya saya buat buat tak tahu.

Katanya kumpulan mereka ada VISI, iaitu menjadikan semua masjid di seluruh dunia hidup 24 jam macam zaman Nabi Muhammad SAW.

Lepas tu mereka ada MISI, itulah lima amal yang mana orang menyamar kantoi jika tak tahu MISI lima Amal.

Dari mana dapat dana? Ada kerjaaan sponsor ke? Katanya Dana dari Allah, kumpulan mereka ada 12 NILAI TERAS, yang mana salah satunya tidak boleh minta derma, maka rezeki datang dengan cara yang tidak di sangka sangka, dia sendiri mengaku sudah pergi banyak negara berdakwah dengan rezeki yang sangat tidak di sangka sangka.

Macam mana nak jadi ahli?

Katanya terbuka pada semua orang islam asalkan ikhlas nak hidupkan Sunnah Nabi, tak perlu isi borang, tak perlu bayar yuran, hanya menyerah diri kepada Jemaah islam yang diketuai oleh seorang Amir di seluruh dunia…

Panjang cerita saya ringkaskan, Akhirnya kereta saya sampai Maran, dan dia turun nak pergi mesyuarat peringkat daerah katanya, sempat dia ajak saya jadi ejen hidupkan masjid, hidupkan Sunnah, hidupkan solat berjemaah, terbuka kepada semua manusia, katanya.

Saya kata, Azam InsyaAllah,

Semoga satu hari nanti, Bother tu jadi saksi akhirat, saya pernah bantu dia pergi Mesyurat ejen usaha atas Iman!

Woha!

Ps: Ada yang bertanya, jual tak kitab Taklim, jemaah tabligh tu? saya tak jual, tapi dekat shopee ada, tiga kitab ini saya galakkan baca seumur hidup, Link KItab Taklim, https://shp.ee/84kgvtm

Link Markas ejen itu di malaysia: https://youtu.be/Q46vnvWhlUA

1 comment:

zul said...

terima kasih pengkongsian