Pada satu hari, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Apabila seseorang dikebumikan di dalam kuburnya, Malaikat
Munkar dan Nakir mendatanginya, suaranya bagaikan guruh yang berdentum, mata
mereka bagaikan meteor yang menusuk, giginya bagaikan tombak, ditangan mereka
ada pemalu yang tidak mampu membawanya oleh sekalian manusia dan jin, mereka
bertanya kepada manusia itu tentang Tuhannya, Nabinya, dan agamanya.".
Sahabat Nabi yang terkenal “samseng” sebelum masuk Islam,
Sayyidina Umar Ibn Al-Khattab terus bertanya: “
Adakah mereka datang kepadaku dalam keadaan aku tetap tegas
seperti aku sekarang ini?
Baginda menjawab “Ya!”.
“Jika begitu, aku akan membereskan mereka berdua, wahai
Rasulullah”.
Woha!
Dahsyatkan? Akan keberanian Saidina Umar! Jika keimanan
teguh didada, tak perlu risau Malaikat kubur…
Ada riwayat diberitahu oleh RasuluLlah SAW bahawa para
syaitan takut dengan Sayyidina Umar.
Ada juga riwayat dari Sahayatul Sahabah kisah Sungai Nil
yang tiba tiba surut dan orang kampung korbankan perawan baru mengalir tapi
zaman Saidina Umar hanya tulis surat atas nama Allah dan campak dalam sungai
terus mengalir.
Kenapa Madinah Mekah takde gunung berapi? Sebab zaman Umar,
Lava gunung berapi yang baru meletus masuk balik ke lubangnya kena halau macam
kambing masuk kandang hanya guna surat dari Umar,
Dahsyatkan? Akan keberanian Saidina Umar! Jika keimanan
teguh didada, syaitan lari, selamba pulas telinga singa, minum racun, maka
logik Saidina Umar tak perlu risau Malaikat kubur…
Alkisahnya Nabi cerita, dalam kubur nanti, sewaktu malaikat
kubur tanya soalan pada Saidina Umar, siapa Tuhan mu? Selamba Umar jawab:
“Tuhanku adalah Allah, lalu siapakah Tuhan kalian? Dan
Muhammad adalah Nabiku, siapakah Nabi kalian? Dan Islam adalah agamaku, maka
apakah agama kalian?”.
Terus Kedua-dua Malaikat berkata,
“Sungguh hairan, kami tak tahu sama ada kami yang sebenarnya
diutus kepada kamu atau adakah kamu yang diutus kepada kami?!".
Woha!
Alkisahnya, Setelah Saidina Umat Wafat, Sayyidina Abdullah
telah bermimpi berjumpa arwah ayahnya dan bertanya ehwal dalam kubur. Sayyidina
Umar mengatakan bahawa beliau telah menyoal kembali malaikat yang datang
kepadanya”.
Woha sekali lagi!
Moral of the story.. oleh kerana semua tahu bahawa soalan
kubur untuk ustaz, mufti, ulamak adalah sama sahaja dengan artis, instafamous,
FB selebrity, youtuber, nitizen dan lain lain…
Maka… Hendaklah kita belajar bercakap bab agama setiap hari
supaya kebesaran Allah datang dalam diri kerana bila dah jadi mayat kelak,
malaikat kubur akan ajak kita ‘berborak bab agama’ yang mana jika kita diam tak
reti nak bercakap bab agama dalam kubur, maka malaikat Kubur akan hantuk kepala
kita ke tanah!
Now you know!
XXXX
(update)
Anti Hadis Daif adalah golongan yang menyempitkan agama?
Alkisahnya, saya ni bukan ustaz, apa cerita popular di meja
penceramah yang jelas tak bertentangan dengan akidah, saya share di FB sebagai
nota kepada diri, semalam saya share kisah Saidina Umar yang mampu menyoal
Malaikat Kubur.
Saya tengok ada 70 ribu People reached, 5.3K engagements dan
1.3K Reactions.
Tapi baca komen, ada konon pakar hadis persoalkan? Tak
pernah dengar pun cerita ni? Dari mana dapat ni? Sahih ke?
Rupanya ada geng yang anti hadis Daif, di layan hadis daif
ni , seolah olah sama macam hadis palsu. Di tuduh penglipur lara..
Saya rasa orang awam keliru bab hadis daif ni kononnya palsu
kerana ada penulis buku yang kumpulkan hadis palsu dan hadis daif dalam satu
buku.
Sah sah orang awam yang tak faham agama baca tajuk buku tu
akan keliru, dan anggap hadis daif ni palsu padahal hadis Daif ni BUKAN HADIS
PALSU, boleh guna dalam bab Semangat keagamaan.
Bila saya scroll FB, rupanya bukan sahaja orang awam, ustaz
pun ada yang keliru bab hadis Daif.
Saya copy paste teguran Ustaz Iqbal vs Ustaz Shihabudin.
***
Dakwaan Ustaz Shihabudin bahawa apabila sesebuah hadith itu
tidak sahih maka ia tidak boleh digunakan menunjukkan bahawa Ustaz tidak teliti
dan kurang arif mengenai ilmu hadith dan gagal memahami selok-belok penerimaan
Ulama terhadap hadith-hadith yang tidak berkait dengan Aqidah dan hukum-hakam
sehingga dengan bermudah-mudah menghukum bahawa hadith yang tidak sahih
hendaklah ditolak begitu sahaja walhal manhaj para Muhaddithin tidaklah
sedemikan itu.
Seseorang yang tidak mahir dalam bidang hadith, hendaklah
berwaspada dalam menyampaikan sesuatu yang dia tidak mahir dengannya. Hendaklah
difahami bahawa sesebuah hadith yang da’if jiddan hatta palsu sekalipun,
apabila Ulama Muktabar berselisih mengenai keda’ifan dan kepalsuannya, maka
seseorang tidak boleh secara semberono menolak hadith tersebut seolah2 ia telah
disepakati akan kepalsuannya.
Imam al-Suyuti dalam Tadrib al-Rawi (j.1, ms.279) menukilkan
bahawa Imam Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, “Adalah termasuk dalam
keberbahayaan yang mudarat apabila memalsukan hadith yang sebenarnya bukan
palsu”.
Seorang pensyarah universiti di Madinah Munawwarah bernama
Prof. Dr. Khalīl Ibrāhīm Mulā Khāṭir, dalam kitabnya berjudul Khuṭūrah Musāwāh
al-Ḥadīth al-Ḍaʻīf bi al-Mawḍūʻ, beliau menegaskan bahawa orang yang menyamakan
hadith ḍaʻīf dengan mawḍūʻ ini telah melakukan jenayah ilmiah dan mendatangkan
bahaya kepada umat.
(end copy paste-link asal teguran Usta Iqbal saya share
nanti di ruang komen)
Jadi bayangkan jika seorang bertaraf ustaz pun boleh keliru
bab Hadis Daif bukan tertolak, maka apatah lagi orang awam?, maka buku buku
yang gabungkan Hadis Palsu dan Hadis Daif dalam satu himpunan perlu di elak
sebab seolah olah memberi gambaran hadis Daif tu palsu, adohai..
Balik kisah saya semalam, saya tulis macam ni..
“Hendaklah kita belajar bercakap bab agama setiap hari
supaya kebesaran Allah datang dalam diri kerana bila dah jadi mayat kelak,
malaikat kubur akan ajak kita ‘berborak bab agama’ yang mana jika kita diam tak
reti nak bercakap bab agama dalam kubur, maka malaikat Kubur akan hantuk kepala
kita ke tanah!”
Lepas tu ada yang jawab:
“Kita kena banyak bercakap hal agama tapi kena pastikan hal
agama yang kita cakap tu sahih.. Bukan amik kisah perlipurlara lepas tu sandarkan
kat Nabi.. Tu da jadi berdusta namanya.. Lebih baik diam dari berdusta sebab
Nabi dah bagi amaran siapa yang berdusta atas nama Nabi akan masuk neraka”
Wow, dah mari hujah dia, konon hadis Daif ni penglipur lara,
padahal Imam al-Suyuti dalam Tadrib al-Rawi dah bagitahu “Adalah termasuk dalam
keberbahayaan yang mudarat apabila memalsukan hadith yang sebenarnya bukan
palsu”.
Maka saya jawab:
Nabi pesan sampaikan walau satu ayat, sebab kita kadang tak
tahu mana yang betul hinggalah bila kita cakap ada orang tegur maka terbaikilah
ilmu kita, tapi jika tak nak cakap sebab takut salah maka takde yang tegur lalu
kita mati dengan kefahaman yang salah. Jangan malaikat kubur tanya nanti diam
juga sebab takut salah.
Woha!
2 comments:
Perkongsian ini ialah nasehat utk diri saya terutamanya insyaAllah...
Orang yg haramkan hadis doif tu pun boleh jadi mereka guna kaedah yg sama@pola fikir yg sama..iaitu sampaikan la walau 1 ayat..lepas tu tggu orang tegur mana yg silap..
Walhal kita sama2 mmg dah tau dgn jelas bahawa Kita sesama sedara muslim ni jadi masalah sebab kita cakap apa yg kita x tau pasal agama la ..sampai kan 1 ayat tu ialah sampaikan apa yg soheh benar zahir dan batin@dah merujuk pada apa yg diwariskan ulamak..kalau x tau kita tanya@merujuk bukan terus bagi pendapat@mengajar,agama x perlu kepada pendapat kita..semua dah siap,kita cuma mengulang kongsikan saja apa yg telah siap diwariskan..
Jarang orang sampaikan sesuatu yg zahirnya salah..semua dari quran dan hadis juga zahirnya,yg jadi masalah ialah kita yg jahil ni sama2 x tau tafsir@rumusannya..lepas tu kita tafsir@rumus@bagi pendapat sendiri..hujungnya kita jadi pembohong..contoh hadis " setiap bidaah itu sesat",ramai je yg sampaikan ni dgn alasan yg sama juga iaitu sampaikan la walau 1 ayat..mmg la bunyi zahirnya benar gitu,tapi lepas tafsir@rumus sendiri maka jadi la kita seorang pembohong..lalu guna alasan tggu orang tegur sambil sempat timbulkan masalah dan kerosakan?habis kesian adik beradik kita semua kita bidaahkan,mak ayah kita pun silap2 kita bidaahkan,jadinya alasan tggu orang tegur tu mmg x betul..ini kan seolah2 alasan nak membenarkan diri kita cakap sesuka hati saja tanpa merujuk dulu.. bukan kah Allah telah takdirkan ilmu agama semua dah siap terhidang waris? Tggl nak belajar@ merujuk je.. common sense insyaAllah..itu baru bab feqah@ bidaah yg kita x tau tapi kita nak cakap juga@ bagi pendapat sendiri..belum masuk bab aqidah bab tasauf lagi tu..bayangkan la kerosakan yg kita timbulkan nnt jika kita x tau apa yg kita cakap@tapi tetap nak cakap@bagi pendapat sendiri,alasan tggu orang tegur,pehh adoi..
Apa2 pun semoga Allah lindungi kita semua dan baik2 saja akhirnya insyaAllah..
X tau perkara feqah tapi tetap nak cakap juga@bagi pendapat sendiri juga bab bidaah bab hadis daif soheh dsbgnya..tu yg abis hadis daif pun dia sapu jadi palsu haram..lepas tu seronok ketagih pakai pendapat sendiri mula masuk bab yg lagi penting iaitu aqidah..canntikkk punya bagi pendapat sendiri ,itu yg sifat 20 diejek2kan dibidaah2kan tu..tasauf pun dibidaah2kan..sampaikan dengar perkataan wali Allah pun x boleh hati jadi terbakar..walhal wali Allah tu ikut nabi saw..masyaAllah
Post a Comment