Jul 11, 2022

Masuk syurga bukan dengan Pahala?

Abang keretamayat, Kita masuk syurga dengan rahmat Allah bukan dengan pahala? Habis tu kenapa susah susah kejar pahala?

Jawapan…

Alkisahnya anak anak nak pergi bercuti, saya cakap, kena tolak duit raya, anak tanya berapa RM? Saya cakap RM300, hotel, makan sedap, dan bayar tiket.

Anak cakap, duit Raya ada sekitar RM200 sahaja, tak cukup lagi seratus? Macam mana?

Saya cakap buat kerja, ayah bagi upah..

Tolong basuh kereta, RM10

Mesin Rumput RM10

Lipat Tanjak RM30

Bungkus Buku RM10

Hantar adik ke sekolah, RM5

Macam macam lah kerja saya senaraikan, maka anak bertungkus lumus cari duit.. siap berkerja dengan pakcik pakcik dia..

Akhirnya sampai masa, ada yang cukup, ada yang tak cukup, saya ambil duit mereka semua, termasuk duit raya, lepas tu saya ajak mereka melancong, saya bayar semua harga hotel, makan sedap, tiket taman tema, hingga mereka sangka saya guna duit mereka, padahal semua saya simpan dalam Bank mereka… itulah RAHMAT untuk mereka, sebab saya suka keihlasan mereka cari duit, saya belanja mereka lebih dari duirt raya sebab saya redha dengan keihlasan mereka simpan duit, malahan duit raya mereka semua saya simpan dalam tabung haji masing masing untuk mereka guna bila dewasa.

Jadi si anak Nampak dia mampu melancong sebab duir raya mereka, padahal “RAHMAT” dari ayah yang suka dengan keihlasan mereka, Nampak tak?

Maka pergi melancong si anak bukan sebab duit raya dan simpanan peribadi, tapi asbab ayah redha dengan keikhlasan anak mencari duit..

Begitulah nak faham bab mahalnya syurga, tak mampu nak beli dengan pahala, tapi RAHMAT Allah akan bantu orang yang ikhlas dalam mencari pahala, untuk layak masuk syurga, Al faham ke idop?

Bayangkan jika anak yang tak faham konsep RAHMAT, lalu mencuri, menipu, asal duit bertambah, maka hilanglah RAHMAT untuk mereka.. usahkan nak ajak berjalan, silap silap kena masuk penjara sebab mencuri duit orang…

Maka untuk ke syurga, perlukan rahmat, dan untuk dapat rahmat, kena IKHLAS dalam buat pahala..

IKHLAS tu yang penting.., maka logiklah orang yang pahala banyak, maka ikhlasnya banyak, maka syurganya tinggi.

Malahan, memang ada hadis kisah orang yang kitab amalannya tebal, tapi masuk neraka sebab tak ikhlas.

Maka kerena itulah Nabi pesan, ikhlas ni akan gandakan pahala, dan untuk dapat ikhlas perlu kepada istiqamah dan mujahadah, yang akan mengundang RAHMAT Allah,

Mudahnya..

Bagi yang berpeluang buat pahala, ikhlaskan diri dalam ibadatm Rahmat akan datang..

Bagi yang berdosa, ikhlaskan diri bertaubat, Rahmat akan datang..

Bagi yang dapat nikmat, bersyukur akan mengundang Rahmat

Bagi yang di uji susah, bersabar akan mengundag Rahmat.

Maka marilah kita berlumba lumpa kumpulkan Pahala ikhlas! Sebab masuk syurga bukan dengan pahala semata mata, tapi pahala yang iklas, itulah yang mendatangkan RAHMAt!

Alkisahnya ada Riwayat hamba Allah yang bila Allah berfirman, Masukklah kamu ke dalam syurga dengan RAHMAT, dia pertikaikan, katanya nak masuk syurga dengan pahala, Maka Allah bagitahu, baiklah,waktu kamu meniti titian sirat, setiap halangan akan di tolak pahala, maka melintaslah hamba Allah ni titian sirat yang panjangnya beratus-ratus tahun, dan penuh dengan halangan, yang mana semua halangan di tepis dengan pahala hinggalah pahalanya habis, tapi perjalanannya baru separuh… dan halangan makin sukar!

Maka dia akan di campak ke dalam neraka sebab pahala dah “minus”, lalu dia minta ampun pada Allah kerana sombong dengan pahala, maka Allah yang Maha Pengasih, berikan Rahmatnya maka layaklah dia ke syurga.

Jadi bayangkan jika ada anak anak yang tak faham konsep redha si ayah, tak faham konsep Rahmat yang selari dengan ikhlas, nak guna duit raya sendiri kononnya, , lalu perasan duit dia banyak, maka bila ayah ajak berjalan, dia demand macam macam, padahal dia tak sedar, dah ‘minus’ duit raya dia waktu berjalan, tapi keredaan Ayahlah yang membantunya tidur lena di hotel, makan sedap di restoran, dan dapat bermain di taman tema tiket mahal,

Kemudian ada abangnya cakap, adik berjalan ni dengan Rahmat ayah, bukan duit raya adik? Terus si adik salah faham, jika begitu tak payahlah simpan duit, bermalas sahaja lah, ayah suruh simpan duit kita buat bodoh jer, nanti ayah ajak jalan jugak, padahal banyak dah kisah anak derhaka ni berakhir hidup merana…

Maka insaflah kita yang berstatus Hamba Allah, jangalah derhaka ayat ayatnya..

Firman Allah:

"Masuklah kamu kedalam syurga DENGAN SEBAB APA YANG telah kamu AMALKAN."( An-Nahl 32 )

" Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka syurga-syurga sebagai tempat kediaman, DENGAN SEBAB apa yang telah mereka AMALKAN. ( As-Sajdah ayat 19 )

"Dan itulah syurga yang diwariskan kepada kamu DISEBABKAN APA YANG telah kamu AMALKAN." ( Az-Zukhruf Ayat 72 )

Nampak tak? Banyak jer Firman Allah bagitahu masuk syurga sebab AMALAN KITA, tapi apa apapun kena ikhlas, baru Rahmat akan datang..

Jadi anak anak, ayahpun nak cakap, sebenarnya duit kamu tak cukup pun untuk belanja hotel, makan sedap, tiket bermain semua tu, Ayah tambah duit poket ayah sendiri sebab itulah “Rahmat”, iaitu kasih sayang sebab ayah suka USAHA kamu yang ikhlas.

Terus anak insaf serta merta di tempat kejadian.

Woha!

2 comments:

Anonymous said...

Masuk syurga memang dengan rahmat Allah..
Sama je yg mcm kita tau dengan vulat dan jitu bila kita amek vaksin yg buat kita sembuh itu ialah kalau Allah nak bg nikmat sembuh tu kat kita..
Lepas tu hati2 la bila tamsil Allah dengan kita dengan anak2 kita..Allah taala itu tidak tertamsil tidak tertakwil..yg Ahlusunnah takwil ayat2 mutasyabihat tu mmg dgn iktikad Allah itu tidak tertakwil dgn harapan ikhtiar ambil jalan takwil pula supaya org2 jahil tidak menakwil Allah secara x sedar jika ahlusunnah tidak menakwilnya..

Anonymous said...

Yg orang pesan jgn kejar pahala tu ialah dia mengingatkan bab ehsan..sebab ehsan itu pun perkara wajib sama wajibnya mcm amalan2 feqah@syariat..
Pernah dgr x mak ayah kita tegur kita.."abang ko jgn kejar2 kan rezki sgt bang"..kalo tiba2 anak tu paham esok dia x payah pegi keje dah tu memang bangang nama dia hehe..tu maksud dia mak ayah kita sedang mengingatkan bab ehsan..boleh jadi mak ayah kita nampak kita telah menyakiti orang lain dan anak isteri dalam kita mencari rezki tu..balik keje hari2 lambat barangkali sampai menyakiti perasaan isteri dan anak2..isteri dah disakiti x nak pulak di explainkan utk dapat kesepakatan supaya isteri paham..wat bodo je pulak..
Kalau kita x sakiti sapa2 pula bermakna mak ayah kita sedang mengingatkan bab ehsan je la kat situ..
Iaitu kejar rezki jgn sampai terabai bab ehsan..cari rezki itu wajib..bab ehsan juga wajib..itu la yg mak ayah kita nak sampaikan..
Sama juga halnya situasi Banyaknya org kejar pahala dgn dia sakiti orang lain..banyak kan..?maksud sakiti tu disini ialah begini.. dia ajak org kejar perkara2 baik dengan dia haramkan perkara yg halal..kan naya tu..
Contohnya begini..dia ajak kita belajar hadis soheh tapi dia haramkan hadis dhoif, dia masukkan org yg beramal hadis dhoif dlm neraka..naya x?mana ehsannya?amal hadis dhoif itu dgn garis panduan yg telah diwariskan bukanlah perbuatan yg haram..mcm mana x buat perbuatan haram tapi dia boleh nerakakannya?
Contoh lagi..
Dia ajak orang buat perkara sunat tapi dia haramkan orang yg x buat perkara sunat,dia masukkan dlm 72 golongan masuk neraka..nampak x,kan naya tu,mana bab ehsannya?..x buat perkara sunat bukanlah perbuatan yg mungkar..x buat perkara mungkar tapi dia menggolongkan dlm 72 golongan neraka..
Ngeri x?mana ehsannya?