Bila saya share kisah Nabil dan Aliff Aziz di pentas Gegar
vaganza pernah keluar Tabligh, maka ada yang kecam, Tabligh ni ajak buat baik
jer, menyanyikan haram?, main gitar garam?, muzik haram?, kenapa Tabligh tak
cegah mungkar? Tabligh sesat sebab biarkan artis terus buat maksiat walaupun
dah ikut tabligh!
Adohai.., Orang tak pernah turun padang berdakwah memang
suka kecam, dia nak orang terus berubah 100% padahal zaman Nabi pun sahabat
minum arak, ayat Al quran tak haramkan terus, sebab nak ajak orang buat baik ni
bukan boleh paksa paksa.
Satu lagi, semua tahu sudah, mencegah mungkar dalam hati
adalah selemah lemah iman, ada hadis bab ni, bermakna kita tak boleh kata orang
yang tak mencegah mungkar itu tak mencegah, sebab mungkin mereka mencegah dalam
hati, kita mana tahu hati orang? kan?
Sedangkan dalam mengajak kepada kebaikkan, Nabi tak cakap
pulak ajak dalam hati dikira selemah-lemah iman, tapi Nabi suruh sampaikan
walaupun sepotong ayat, nampak tak bezanya?
Bermakna di sini, jika orang yang kita tak tahu apa ada
dalam hati mereka tapi kelihatan mereka tak mencegah mungkar itu di tuduh
‘sesat’ kononnya, bagaimana pula orang yang terang terang mencegah orang yang
nak amal makruf?
Saya ulang!, Bagaimana pula orang yang terang terang
mencegah orang yang nak menyeru kepada kebaikkan?
Lagi sejuta kali sesat sebab hanya syaitan yang tak suka
kepada orang yang nak menyeru kepada kebaikkan!
Jangan ikut setan boleh tak?
Satu lagi, jom rujuk
Al-Quran bab cegan mungkar, firman Allah:
" Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang
keji dan mungkar…” ( Al-Ankabut 29:45]
Maka dari ayat ini, fahamlah bahawa solatlah yang mencegah
keji dan mungkar, maka sekiranya saya mengajak kamu bersolat, maka pada masa
yang sama saya juga sedang mencegah mungkar.. ni kira dua dalam satu.., Al
faham ke idop?
Jadi, jika kita tengok orang tak solat, lalu kita nak cegah
mungkar mereka bagaimana? Bakar rumah mereka? Pukul mereka? Tidak, Nabi tak
ajar macam tu, kita hanya perlu ajak dan pujuk rayu dengan kasih dan sayang
agar mereka bersolat.., itulah maksud amal makruf sedang dalam hati kita benci
dengan maksiat mereka yang mana disitu juga wujud nahi mungkar.., faham tak?
dan bila ajak baik dengan hikmah..automatik amalan baik tadi mencegah
mungkar..mengerti?!
Satu contoh yang mudah di sini memberi gambaran apa itu Nahy
anil munkar sebenarnya. Di zaman Nabi SAW, seorang Badwi telah masuk ke Masjid
dan mula kencing di satu sudut Masjid. Para Sahabat RA segera bergegas untuk
bertindak ke atasnya tetapi dilarang oleh Nabi.
Kemudian Nabi s.a.w membiarkan dulu Badwi tadi selesai buang
air kecil dan kemudiannya dengan penuh kasih sayang memanggil orang Badwi
tersebut ke sisinya dan berkata-kata dengan lemah lembut sehingga Badwi itu
faham akan kebersihan dan kesucian rumah Allah, Lihatlah bagaimana keburukan
yang orang Badwi itu telah lakukan - kencing di hadapan Nabi di dalam Masjid.
Walaupun sedemikian, perhatikan bagaimana Nabi melaksanakan
tugas Nahi anil munkar.
Betul.., ada Nabi yang mencegah mungkar dengan memecahkan
berhala, Nabi Ibrahim namanya, tapi lepas buat terus kena bakar! Mujur Nabi ada
mukjizat kalis api, kita hari ni nak cegah mungkar pecahkan berhala, tengok apa
jadi?!
Maka biarlah artis nak keluar tabligh, sebab orang keluar
tabligh pasti jaga solat, ada hadis orang tanya pada Nabi tentang pencuri yang
bersolat, apa pendapat nabi?, maka pesan Nabi: terus ajak dia bersolat, kerana
solatnya akan mencegah perbuatan mencuri..
Sungguh dakwah ni seni pujuk hati orang dengan halus dan
hikmah..
Untuk faham ni, sepanjang pengalaman berkawan dengan orang
dakwah tabligh, dalam bab kita nak ajak orang masuk islam, kita jangan caci
agama dan adat mereka, nanti mereka akan caci Allah, maka caranya adalah dengan
tunjuk akhlak yang baik, dan dakwah lemah lembut, dan jika ada adat budaya
mereka yang boleh di islamkan, kita ‘islam’kan adat mereka agar mereka lebih
tertarik pada islam.
Itu yang saya percaya, zaman nenek moyang orang melayu
sembah batu dulu, memang ada amalan makan tiga hari waktu kematian dan disertai
majlis meratapi mayat, iaitu memukul badan dan salahkan takdir, amalam itu
confirm haram! Maka bila di kurun ke 4 hijrah, dah ada amalan mengumpul zikir
oleh ulamak Yaman, jadi pendawah berhikmah di tanah melayu tukar majlis makan
tiga hari sambal meratap itu dengan zikir dan doa lalu menjadilah majlis
tahlil! Alhamdulillah.
Sebab tu zaman sekarang, orang melayu dan islam tak boleh
dipisahkan sebab budaya dan adat telah lama di islamkan, sebab tu puak Wahabi
taksub berasa pelik jumpa amalam himpunan zikir dan waktu membaca al quran yang
korang tak akan jumpa pada budaya orang arab sebab semua itu datang waktu
pendakwah berhikmah zaman dulu yang faham masalah ni, dengan budaya ini, anak cucu orang melayu
yang paling pemalas pun akan ada ruang belajar zikir tiap kali lepas solat,
berlajar wirid tiap kali ada tahlil, belajar bab kubur bila ada talkin, belajar
berselawat bila ada maulud.., baca yassin sekali seminggu, dan itu yang paling
malas, yang cemerlang terus menjadi ulamak nusantara pergi berdakwah seluruh
alam.
Sebab tu bila cerita pasal bangsa melayu, saya sangat respek
pada nenek moyang orang malayu, sebab? sedang nenek moyang bangsa lain hingga
ke hari ini masih terkial kial bab ketuhanan, terkial kial memilih agama,
terkial kial tuhan ada tiga, mana mak, mana anak? dan ramai makan babi serta
bunuh diri di zaman ini, nun bangsa melayu semuanya dah masuk islam sejak zaman
berzaman. Masalah makan babi takde dalam kamus hidup prang melayu, masalah
ketuhanan yakin tuhan itu Satu semuanya sangat bagus cuma tinggal nak
sembahyang ke tak jer. (ramai melayu zaman sekarang tak sembahyang dan itu
menyedihkan)
Sebab tu usaha ajak solat macam geng tabligh buat kita kena
sokong! Dan cara nak ajak orang pada Islam kena tiru pendawah zaman kesulatanan
melayu dulu, slow slow islamkan budaya..
Sebab tu sekarang ni dalam bangsa melayu kita akan berdepan
dengan usaha mempromosikan islam dalam budaya dan hidup dengan budaya yang
telah di islamkan, tak percaya cuba korang kaji budaya melayu: dalam silat ada
falsafah Islam, dalam baju ada falsafah Islam, butang baju melayu lima ada
cerita islam rukun lima, baju melayu johor cekak musang butang satu cerita
kisah tauhid satu, belum cerita bab tanjak pun ada falsafah islam (ya, saya
seorang pengarang tanjak) dalam lekuk ada lima merujuk kepada solat, dalam
ikatan tanjak ketupat palas, simbul ikatan halal perkahwinan dan macam macam.
Lepas tu, jika korang rujuk sejarah melayu sebelum islam
memang ada unsur hindu, seperti bahagian bilah melambangkan wujudnya lingga
manakala di bahagian ganja pula membawa maksud yoni. Dalam falsafah Hindu,
persatuan antara lingga dan yoni membawa maksud simbol kesuburan, keabadian dan
kekuatan.
Bila datang pendakwah berhikmah di zaman silam mengenali
falsafah pada tradisi Keris orang Melayu ini, maka mereka memperkenalkan
falsafah Islam yang lebih molek, tanpa menyuruh orang Melayu meninggalkan
tradisi keris yang merupakan identiti bangsa Melayu. Lok keris lima melambangkan
rukun Islam. Lok keris tujuh melambangkan tawaf. Lok keris 13 melambangkan
rukun solat manakala lok keris 17 pula melambangkan bilangan rakaat solat lima
waktu.
Banyak lagi contoh-contoh lain bagaimana berhikmahnya ulama
berhikmah di zaman silam dalam mencipta budaya dan adat tradisi baru menyerupai
adat lama tetapi diberikan dengan nafas Islam.
Adakah ini bidaah? Ya tapi bidaah hasanah, bidaah yang baik,
mengenalkan islam dalam budaya dan adat.
Tapi beratus tahun kemudian, ada anak-anak muda yang belajar
di Saudi, Jordan dan seumpama dengannya pulanglah lepas belajar. Mereka
memandang kebudayaan dan adat tradisi Melayu sebagai bidaah sesat, tanpa
menghormati hikmahnya ulama berhikmah zaman silam meng-Islam-kan masyarakat
tempatan tanpa penaklukan empayar, hujung pedang seperti mana yang berlaku di
bahagian lain dunia ketika itu.,
Dari semua cerita ini, saya yakin, jika pendakwah jenis
keras yang datang berdakwah pada nenek moyang orang melayu masa zaman
Hindu-Buddha atau Animisme dulu, percayalah akan berlaku perang saudara dan
orang Melayu mungkin akan mengamuk sebab bangsa ini dulunya menjunjung adat.
Lepas perang, dengan sifat tolak ansur dan bijaksana, orang
Melayu mungkin Islam jugak, tapi berperingkat peringkat macam bangsa lain yang
bijak masuk islam berperingkat secara berperingkat.
Jadi saya nak ucapkan syukur, sebab: rupa rupanya: bukan
Pendakwah Wahabi taksub yang datang berdakwah di melaka dulu.
Woha!
Akhir kata, balik ke zaman ini, dalam budaya melayu yang
telah di islamkan, muncul pula budaya barat dalam bentu hiburan, anak anak muda
berbondong bondong tinggalkan solat dan pilih hiburan, hingga masjid menjadi
kosong dan lengang..
Maka satu usaha untuk Kembali memakmurkan masjid perlu di
buat, kerana masjid tempat umat islam solat lima waktu, lalu dari puntu masjid
muncul bermacam macam fahaman nak ajak orang ke masjid, ada PAS, AMANAH,
TABLIGH, WAHABI, ASWAJA, bergerak ke sana kemari mencari orang Kembali
bersolat.
Dan dicelah celah kehidupan, kelihatan artis perempuan mulai
bertudung, lelaki mulai bersolat..
Pelan pelan kayuh, tapi jangan lupa..
Sesungguhnya, Solat kitalah yang mampu mencegah maksiat
kita, dan solat koranglah yang mampu mencagah maksiat korang, begitu jugak para
pemimpin dan pegawai yang makan rasuah, solat merekalah yang mampu mencegah
mungkar mereka..
Kerana itu Nabi tekankan sangat bab solat, dan kita di
galakkan untuk ajak manusia kepada solat..
Boleh, insyAllah?!
Akhir kata, ikutlah mereka yang mengajak kepada kebaikkan,
dan jangan sekali kali korang menjadi golongan yang mencegah orang yang nak
amal makruf!
Jom keluar tiga hari.
Woha!