Jan 25, 2023

Isteri sujud Syukur?


 

Pulang dari ibadat umrah maka ada kawan-kawan dalam group WhatsApp minta share gambar maka saya pun hantarlah segugus gambar-gambar sebagai penggalak untuk mereka turut ke sana.. insyaallah…

Alkisahnya puan isteri yang berada di sebelah tiba-tiba bersuara:

“Abang?… kenapa banyak sangat abang hantar gambar kat kawan-kawan abang sedangkan kat saya sikit saja abang hantar? nak merajuklah!”

Alamak, hantar gambar banyak kat kawan salah ke? Terus saya pun menjawab…

“Sayangku, pada zaman Nabi, sewaktu peristiwa Fatal Penaklukan Mekkah, Nabi dan sahabat Ansar telah banyak menerima harta berupa rampasan perang serta hadiah, lalu Nabi membahagi-bahagikan semua hadiah-hadiah rampasan perang itu pada orang-orang Mekah, terutama orang yang baru masuk Islam. 

Melihat kejadian itu, orang Ansar rasa kecil hati dan merajuk kerana Nabi seolah-olah mengutamakan kroni, Al maklumlah semua harta rampasan perang selamba diberi kepada orang Mekah yang baru masuk Islam sedangkan orang Ansar bersusah payah mengembangkan agama sejak awal Islam tapi tak dapat apa-apa pun…

Maka nabi pun bersabda lebih kurang bermaksud : mereka semua dapat harta tapi kamu dapat aku, kerana walaupun aku lahir di Mekah, tapi aku akan balik untuk tinggal bersama kamu semua di Madinah… suka kah kamu jika kamu dapat semua harta itu dan aku tinggal di Mekah?

Terus orang Ansar insaf dan bersyukur, kerana mereka faham dapat tinggal bersama jasad Nabi adalah nikmat yang sangat besar dalam hidup…

Maka isteriku, bab gambar tadi, kawan kawan abang, mereka semua dapat gambar-gambar abang sahaja tapi kamu dapat jasad abang…mana yang lebih beruntung? orang dapat tengok gambar-gambar abang sahaja atau orang yang dapat tengok abang siap pekej peluk waktu tidur? Pekej Urut sebelum tidur? Mana lebih beruntung?

Terus isteriku sujud syukur!

Woha!

Ps: jemput baca KISAH LAKI BINI (Suka duka suami isteri, ayat pick up line dan punchline)

https://shp.ee/dtt4ftm


Jan 24, 2023

Pemimpin yang baik untuk rakyat yang baik?

 



Zaman awal keNabian, Baginda adalah sebaik baik pemimpin, tapi tak jadi pemimpin di Mekah sebab alhlak orang mekah zaman tu tak layak mendapat Pemimpin yang terbaik macam Nabi.

Jadi siapa yang layak mendapat pemimpin macam Nabi Muhammad? Tidak lain tidak bukan orang Madinah yang mempunyai majoriti akhlak yang sangat baik maka padanlah mereka layak mendapat pemimpin yang terbaik zaman itu.

Rujuk zaman Saidina Ali, zaman huru hara fitnah perang sesama Islam… maka ada rakyatnya mengadu;

“Kenapa zaman engkau tidak aman damai macam zaman Abu Bakar?”

Maka jawab Saidina Ali..

“Zaman Abu Bakar rakyat nya ramai macam aku! tapi zaman aku rakyatnya ramai macam kau! memanglah huru-hara!”

Woha!

Alkisahnya, ringkas cerita… Pada suatu hari, Nabi Muhammad saw telah pulang ke rumah dengan kerut wajah yang berlainan sekali, seperti ada sesuatu yang cemas dan sangat penting untuk di beritakan,

Tanpa berkata sepatahpun pada isterinya, siti Aisyah r.a yang dapat merasakan sesuatu yang besar telah berlaku pada baginda, terus kelihatan Nabi Muhammad s.a.w bergegas mengambil wudhu dan segera ke masjid yang terletak bersebelahan rumah baginda.

Kemudian tanpa solat sunnat wudhu!, dan juga tanpa solat sunnat tahayatul masjid!!!, Nabi Muhammad s.a.w terus ke mimbar masjid untuk memberi khabar berita yang sangat penting kepada ummat, sangat penting sehingga baginda menangguhkan solat solat sunnat yang biasa Nabi buat!? Apa berita paling penting ini?

Aisyah pun merapatkan telinga ke dinding, sebab nak dengar suara Nabi..

Dari atas mimbar, Nabi bersabda:

“Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepada kamu, agar kamu MENYURUH MANUSIA BERBUAT BAIK DAN MENCEGAH MEREKA DARI KEMUNGKARAN, jika tidak, Allah akan MELANTIK RAJA YANG ZALIM memerintah kamu, dan raja itu TIDAK AKAN MENGHORMATI ORANG tua dan juga tidak menaruh belas kasihan pada orang muda, di waktu itu, DOA ORANG ALIM PUN TIDAK AKAN DI TERIMA ALLAH, kamu meminta bantuan tapi Allah tidak membantumu, kamu meminta ampun dan Allah tidak mengampunkanmu!”

Kemudian, baginda terus turun dari mimbar…

Jadi rujuk Hadis ini, selain korang mengundi untuk ubah pemimpin, dan selain pemimpin  lompat parti atau buat sokongan nak tubuh kan kerajaan…

maka jangan lupa, kerja dakwah, semua orang islam kena buat, dalam berpolitik, jangan lupa akhlak Nabi, jangan bergaduh, jangan caci mencaci, jangan menfitnah.. jangan menunggang..

Paling penting, jangan tinggalkan kerja Dakwah, sebab ikut hadis di atas, asbab abaikan dakwah, maka pemimpin yang zalim akan datang memerintah..., perang dunia ke dua baru seratus tahun berlalu, jangan sampai perang dunia ke tuga tercetus, Nauzubillah...

Cerita ban Amal makruf Nahi Mungkar, Semua tahu sudah, bahawa mencegah mungkar dalam hati adalah selemah lemah iman, ada hadith bab ni, bermakna kita tak boleh kata orang yang kelihatan tak mencegah mungkar itu tak mencegah, sebab mungkin mereka mencegah dalam hati, kita mana tahu hati orangkan?

Sedangkan dalam mengajak kepada kebaikkan, nabi tak cakap pulak ajak dalam hati dikira selemah-lemah iman, tapi Nabi suruh sampaikan walaupun sepotong ayat, nampak tak bezanya?

Maka dalam menyokong gerakan berpolitik, marilah ajak kepada kebaikkan, dan apakah kebaikkan terbesar?

Rujuk firman Allah:

"sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." [Al-Ankabut 29:45]

Maka dari ayat ini, fahamlah bahawa solatlah yang mencegah keji dan mungkar, maka sekiranya saya mengajak kamu bersolat, maka pada masa yang sama saya juga sedang mencegah mungkar.. ni kira dua dalam satu.., maka marilah kita ajak orang ramai kepada solat berjemaah di masjid, insyaAllah bila masjid penuh macam zaman Sahabat, kita akan mendapat pemimpin yang berkahlak Rasulullah SAW.

Maka dalam berpolitik, jangan lupa ajak manusia kepada memakmurkan masjid Allah, jadikan manifesto subuh penuh macam solat berjemaah, insyaAllah dari rakyat yang menjaga solat, akan muncul Imam terbaik! Dan pemimpin terbaik!

Sesungguhnya, Kuality Solat kitalah yang mampu mencegah maksiat kita, dan kualiti solat koranglah yang mampu mencagah maksiat korang, begitu jugak para pemimpin dan pegawai yang makan rasuah, solat merekalah yang mampu mencegah mungkar mereka..

Kerana itu Nabi sangat tekankan bab solat awal waktu, berjemaaah, tempat azan di azankan, dan saf pertama, semua itu kualiti solat yang mampu mengubah manusia, dan mengubah pemimpin!

Akhir pesan dari Nabi:

Sekiranya manusia mengetahui ganjaran berada di SAF YANG PERTAMA dan tidak ada cara lain untuk memperolehi saf pertama kecuali dengan MENGUNDI, nescaya mereka MENGUNDI. (Hadis Riwayat Bukhari)

Jadi, mengundi setiap kali PRU lima tahun sekali dah selesai, sekarang Jom “mengundi” setiap kali masuk waktu solat lima kali sehari, Insyaallah boleh dapat pimpinan terbaik!

Woha!


Di mana Kubur Aisyah?

 

Alkisahnya semalam saya share kisah ziarah Kubur Nabi Sebelah Raudah, Taman syurga, tempat wahyu kerap turun.

Bagi Yang tak tahu, ketika Rasullulah wafat, Baginda dikuburkan didalam kamar tidurnya sendiri dan Siti Aisyah tetap tinggal dikamar yang sama,

Kemudian ketika Abu Bakar ra sakit beliau minta izin kepada Siti Aisyah agar dapat dikuburkan disamping sahabat yang  paling dicintainya itu dan Aisyah mengizinkannya, maklumlah Abu Bakar adalah ayah Siti Aisyah.

Kemudian ketika Umar bin al-Khatab sakit,  beliau juga minta izin Siti Aisyah untuk dikuburkan disamping sahabatnya, padahal Siti Aisyah sudah merancang untuk dikuburkan disamping suami dan ayah yang sangat dicintainya tetapi demi rasa hormatnya kepada Sahabat Karib Suaminya,

Maka Siti Aisyah mengizinkannya dan menurut riwayat setelah Umar bin al-Khatab dikuburkan disamping Rasulullah, maka Aisyah tidak pernah membuka aurat dikamarnya kerana telah ada orang asing bukan mahramnya yang telah dikuburkan di kamarnya.

Lepas tu Ada yang Tanya, Habis tu dimana kubur Aisyah Radiallahuanha?

Sebelah kiri Masjid Nabi, Ada kubur Baqi, di situ Ada kubur Khalifah Osman dan Aisyah serta beribu ribu sahabat yang lain.

Salam sejahtera ya ahli kubur…

Hidup hanya sementata, semua orang akan masuk kubur..

Semoga kita semua terpilih untuk masuk mana mana Tanah perkuburan Islam dan dibangkitkan bersama kekasih Allah dibawah Arasyh.

Amin…


Jan 23, 2023

Perang Uhud Islam kalah?

 

Kisah yang jarang korang dengar tentang Uhud….

Sebaik Nabi berhijrah sampai di Madinah, orang kafir dah tak senang duduk, Maka terdengar berita dari Bani Damrah Yang tak suka Nabi Hijrah ke Madinah.

Nabi bila tahu, terus pergi bersama 70 sahabat ke Waddan untuk berdakwah dan berperang jika di serang, perjanjian damai berlaku antara Banu Damrah. Alhamdulillah Musuh berdamai dengan jemaah tentera pertama umat Islam.

Kemudian Nabi dapat berita Umayyah bin Khalaf akan lalu di jalan berhampiran Madinah, Umayyah ni terkenal kerana menyeksa Bilal, Nabi dan Bilal serta 200 sahabat tunggu di Buwat untuk serang tapi Umayyah tahu, dan ambik jalan lain maka perang tidak berlaku.

Tak lama lepas tu, orang kafir datang Safawan, sempadan Madinah untuk mencuri unta, Nabi ambik masa tiga hari bersama 70 sahabat untuk berperang, tapi orang kafir telah melarikan diri bila tahu Nabi serius…

Beberapa bulan Kemudian, Nabi dengar orang kafir telah ambik harta orang islam di Mekkah yang hijrah ke Madinah,lalu nak jual ke Syam, Nabi pun tunggu di Zul Al-Ushairah bersama 200 sahabat. Bendera di pegang Hamzah R.A. Maka Rombongan dari Mekkah itu patah balik dan perang tidak berlaku, pada malam itu di riwayatkan Nabi memberitahu nasib Saidina Ali akan dibunuh pada masa hadapan.

Rombongan Yang balik ke Mekkah tadi, yang nak jual harta orang islam ke Sham tiba tiba patah balik dan bawa 1200 tentera lengkap bersenjata naik unta, dan 100 tentera berkuda, semuanya bersedia untuk serang Madinah.

Nabi Muhammad SAW pula tunggu di Badar bersama 313 sahabat, dua ekor kuda, dan 70 ekor unta yang kena naik bertiga, Nabi sendiri berkongsi naik unta bersama Ali.

Tentera Islam pula ada yang tiada pedang bawa pelepah tamar, dan ada yang berkaki ayam .Dua bendera dibawa ke medan perang, satu di pegang Ali sebagai wakil Muhajirin, dan satu di pegang Saad mewakili ansar.

Maka berlakulah Perang Badar. Sangkaan orang kafir mereka boleh menang besar sebab Nabi Ada 300 orang jer tentera, (orang kampung) tapi hari itu 70 kafir mati, 70 di tangkap, 1000 baki larikan diri lingtang pukang, pihak islam kematian 14 orang sahaja, Alhamdulillah Islam menang!

Tak lama lepas tu di Madinah, seorang perempuan islam yang sedang berjalan di hina oleh Yahudi hingga mengoyakkan bajunya, terus orang islam bunuh Yahudi tadi, dan Yahudi datang bersama 700 tentera Yahudi dengan 400 lengkap bersenjata, tapi mereka semua telah di kalahkan oleh tentera Badar, Nabi asalnya nak bunuh mereka semua, tapi dengan pujukan Abdullah bin Ubay, semua Yahudi itu di halau dari Madinah.

Alkisahnya Abu Sufyan lepas kalah perang Badar, bersumpah tak nak mandi selagi tak bunuh Nabi Muhammad SAW, dan telah datang serang hendap Madinah waktu malam bersama 200 orang pasukan berkuda yang bawa berguni guni tepung sebagai bahan makanan.

Beberapa orang Ansar dibunuh, dan rumah orang islam di bakar, Nabi Muhamamd SAW  terus kumpulkan 200 tentera orang islam dan gempur mereka, Abu Sufyan lari mencicit dan di kejar orang islam sejauh lima hari lima malam.

Oleh Sebab mereka banyak bawa Tepung sebagai makanan, maka mereka telah tinggalkan berguni guni Tepung untuk lajukan kuda mereka, sampai lah mereka Berjaya masuk ke Mekah, orang Islam bawa balik semua Tepung yang ditinggalkan musuh.

Tak lama lepas tu Nabi dapat tahu Banu Salim berencana menyerang Madinah. Nabi gempur mereka dan Islam menang. 500 unta milik Banu Salim dirampas dan mereka ditakluk bawah pemerintah Nabi Muhammad SAW.

Kemudian Nabi Muhammad dapat informasi bahawa suku Banu Muharib dan Banu Thalabah berpakat nak serang Madinah, Nabi datang bersama 450 orang Islam, di Dhu Amarr terus mereka menyerah dan masuk islam.

Di sini juga berlaku peristiwa Nabi dihunus pedang oleh Ghwarath ibn al-Harith, dia Tanya Nabi siapa boleh selamatkan kamu? Nabi jawab: Allah! terus pedangnya jatuh, dan Nabi pulak Tanya, Siapa boleh selamatkan kamu? Dia kata takde sesiapa, dan dia akhirnya masuk islam.

Belum sempat rehat Banu Sulaym dari Buhran nak serang Madinah, Nabi tunggu mereka di sempadan Buhran bersama 300 orang tentera islam. Mereka semua nampak Nabi lari takut nak berperang.

Nampaknya tentera Islam makin digeruni, hingga tiba Perang Uhud, inilah satu satunya perang yang di ketuai Nabi Muhammad SAW tidak mencapai kemenangan, status seri, masing masing berundur tiada yang bertahan di Uhud

Bilangan asal  adalah 1,000 orang tentera Islam tetapi hanya tinggal 700 orang sahaja kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai ketua orang munafiq.

Tentera kafir Quraisy pula seramai 3,000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan.

Awal perang Islam menang, sebab 70 pemanah atas bukit cemerlang, orang kafir 3000 orang kat bawah lari tak cukup tanah sebab tak mampu lawan 650 orang islam bersama hujahan panah tapi, bila pemanah turun, ambik harta rampasan perang, orang kafir serang mendadak bersama 200 tentera berkuda, 70 orang islam syahid,

Nabi sendiri patah gigi, Ubay bin Khalaf hampir dapat bunuh Nabi, tapi mati dilembing Nabi, Tentra islam naik bukit Uhud, dan tentera Kafir tidak kejar, Juga tekorban dalam perang adalah Hamzah singa Allah, dan Nabi tanam jenazah mereka bersama baju tanpa dimandikan.

Balik Madinah orang munafik yang berundur awal gembira sebab tak sertai perang. Nabi hanya mampu berSabar.

Baru balik dari medan Uhud, terus Nabi Taskil pergi Gunung Hamra  sebab 3000 orang kafir sedang berkemah dan bersiap nak serang balik Madinah. Berat hati umat islam nak pergi sebab luka Uhud belum sembuh, tapi Nabi terus bagi semangat, terus maju tentera islam seramai 700 orang yang buatkan Abu Sufian gentar, dan berundur bersama 3000 tentera!, tiga orang kafir Berjaya dibunuh, tiga ditangkap…

Pendekkan cerita, orang kafir akhirnya bergabung membentuk tentera ahzab

Gabungan musuh seramai 10 ribu tentera jalan kaki, dan 600 tentera berkuda.

Mereka mahu bergabung lawan Nabi sebab perang sebelum ini satu lawan satu, mereka kalah teruk, rujuk rekod badar, 1000 arab kafir lawan 313 Orang Islam dalam perang badar, orang kafir kalah teruk!

Jadi geng Yahudi telah pujuk semua ketua arab untuk bergabung, serang Nabi, dan geng Yahudi yang ada di Madinah juga akan bantu serang dari belakang.

Maka bermulalah Gerakan serangan tentara Ahzab (gabungan besar kafir) menuju Madinah.

Sahabat Nabi Salman Parsi cadang gali parit, sebab ini kaedah di Parsi dalam perang, musuh bila masuk dalam parit akan senang di panah, kuda tak berfungsi, dan mereka kena panjat parit maka senang dikalahkan.

Nabi setuju, dan sahabatpun gali parit, ada batu besar, nabi pecahkan dengan mukjizat, sahabat lapar kelubur tunjuk batu dekat perut, Nabi tunjuk dua batu kat perut bermakna Nabi lagi lapar. Masing masing mujahadah nak berperang, dan gali parit dalam bulan Ramadan.

Bila musuh sampai, mereka terkejut sebab orang arab tiada pengalaman perang dalam parit, mereka masuk, kena panah, jadi mereka bertahan disempadan Madinah, tunggu orang islam kelaparan, sebab masa tu orang islam dah tak boleh ke kebun ada SJR (sekatan Jalan), jadi mereka bagi masa sebulan, baru mereka akan serbu.

Lagipun mereka nak pujuk orang munafik dan Yahudi hujung kampung serang dari belakang,

Sangat mencabar jiwa masa tu, perang bila bila masa boleh berlaku, hingga orang islam sangat susah hati, lalu turun Ayat Al quran,

"Ketika mereka datang kepada kamu dari atas dan dari bawah, dan ketika pandangan telah suram, dan hati telah naik sampai kekerongkongan. Dan ketika itu kamu berprasangka kepada Allah dengan prasangka yang salah. Dikala itu orang-orang beriman mendapat ujian dan perasaan mereka digongang dengan goncangan yang  hebat". (Al-Ahzab:10-11)

Waktu itu Nabi minta sahabat banyakkan berdoa dan gilir gilir jaga semua sempadan, solat jemaah juga gilir gilir, dengan makanan tak cukup, tidur tak cukup, senjata tak cukup, tentera tak cukup, memang orang islam di uji dengan ambang kematian paling menyesakkan jiwa dan minda.

Di waktu malam, Nabi suruh sahabat solat berjemaah dengan bacaan yang kuat, Amin yang kuat, dan doa yang kuat. Hingga pengintip musuh sangka orang islam sangat ramai.

Ada juga kisah pengintip Yahudi masuk ke kampung sebab sangka mereka orang lelaki tiada sebab berjaga sempadan, betul pun sangkaan mereka, tapi kaum Muslimah (Wanita islam) telah serang Yahudi ini dan potong kepala lalu baling kepala di Kawasan lapang membuatkan musuh sangka ada lelaki islam sedang sembunyi, padahal Muslimah pun berani angkat senjata jaga kampung.

Kemudian datang Sahabat bernama Nuaim bin Masud berkata kepada Rasulullah:  Ya Rasulullah sesungguhnya aku telah masuk Islam. dan kaumku tidak tahu keislamanku. kerana itu perintahkan padaku sesukamu"

Maka Nabi gunakan peluang Nuaim yang baru masuk islam untuk laga lagakan musuh, Nabi sendiri pergi buat rundingan dengan musuh, lalu tersebar berita Nabi tawarkan separuh kurma Madinah kepada musuh yang berundur, ada musuh dapat satu pertiga, jadi mereka saling curiga, Nanti bila mereka serang Nabi musuh sebelah berundur macam mana?

Nuaim pulak jumpa Yahudi bagitahu suruh mereka minta Orang kafir Mekah sebagai tebusan jika kalah perang nanti, lepas tu Nuaim bagitahu kafir Mekah, Yahudi akan bantu jika ada tebusan untuk mereka serah pada Nabi jika.

Jadi Kafir Mekah dan bergaduh dengan Yahudi sebab mereka snagka Nuaim ni sama kafir macam mereka, lepas tu pihak Yahudi dapat berita Kafir Mekah nak serang orang Islam hari minggu, mereka tak setuju sebab hari tu Haram perang, orang Kafir Mekah pulak dapat berita Yahudi nak serang pada bulan Haram, orang arab tak setuju, jadi mereka saling bergaduh dan pecah belah.

Dalam kesabaran umat islam hadapi ujian ini, Allah akhirnya datangkan bantuan dalam bentuk ribut pasir kepada semua musuh buatkan kuda mereka mati, makanan mereka rosak, dan di malam hari mereka kesejukkan sebab api tidak dapat dinyalakan, habis ribut pasir datang pula hujan lebat buat semangat mereka luntur, habis hujan datang angin sejuk yang buatkan musuh berundur kesejukkan, dan patah balik dengan hampa.

Bisik mereka: Islam di jaga oleh Tuhan, tidak guna kita berperang.., perutpun lapar, kudapun mati, senjatapun rosak, marilah kita balik ke Mekah…

Nabi pulak ambik peluang untuk serang Yahudi dari belakang yang sedang tunggu Kafir Mekah serang dulu, tapi Kafir Mekah patah balik, dan Nabi Berjaya kalahkan semua Yahudi dengan mudah, semua lelaki Yahudi dewasa mati hari itu (lebih kurang 900 orang)

Dengan kemenangan ini, melihat musuh semua pecah belah dan lari, dan melihat Yahudi yang menyerah diri ketakutan, maka semua orang islam bertakbir!

Kami Memuji Allah,

Walau karihal kaafiruun: walaupun dibenci golongan kafir

Kami Memuji Allah,

Sadaqa wa’dah: yang benar janji-Nya

Wanashara ‘abdah: dan yang menolong hamba-Nya

Wa a’azza jundahu: dan yang memuliakan tentera- Muslimin

Wahazamal ahzaaba wahdah: Dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan KekuatanNYa.

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar

dan bagi Allah segala puji-pujian!

*****

Tuan Puan pembaca Budiman sekalian..

Jika kita hayati kisah perang Ahzab, bagaimana Allah telah uji Nabi dan Sahabat, yang mana bulan puasa kena bina parit dalam kerisuan, sambut raya dengan perang, Musuh terlalu ramai mengepong termasuk musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, jerankong dalam almari, gunting dalam lipatan, tapi akhirnya, Allah bantu.

Fahamlah, Bantuan Allah sengaja lewat, kerana dunia ini pentas ujian, dan andai tiada Bantuan Allah di dunia, cukuplah Allah teguhkan keimanan, agar mati dalam islam, kerana maksud hidup adalah bersyukur dengan ujia Nikmat, bersabat dengan ujian susah, Ikhlas dengan ujian pahala, dan taubat dengan ujian dosa.

Mati dalam keimanan, adalah nikmat terbesar!

Nabi dan Sahabat telah di uji, dan mereka telah Berjaya, sekarang giliran kita pula, teguhkan keimaman, kerana hidup ini hanyalah ujian, Akhirat kekal abadi.

Bangun pagi, jangan lihat hari ini sebagai beban, tapi lihatlah hari ini sebagai peluang kepada sebuah jambatan untuk dekatkan diri kepada Syurga, sungguh hari ini adalah Jambatan akhirat. Hari ini sebuah ladang pahala sedang terbentang luas di hadapam mata.

Semoga Woha sampai syurga!


Tabung Masjid Hilang di Madinah?


 

Ada sahabat kirim wang untuk letak dalam tabung derma di masjid Nabawi, saya pusing 360 sudut belum jumpa…

Teringat kenangan ke Masjid Sri Petaling, pusing masjid 360 sudut juga tidak jumpa, di Tanya kepada Ustaz Sri Petaling mana tabung derma?

Katanya, jangan harap pada makhluk!

Habis tu siapa bayar bil elektrik dan api?

“Allah bayar!”

Benar! Tinggi tahap jawapan bab yakin dari ustaz kat masjid Yang mirip masjid Nabawi, hidup 24 jam, Allahuakbar…

Taman imbas kembali…

Sekarang, Dimasjid Nabawi saya cuba tanya askar situ tapi dia cakap Arab saya tak faham, saya tanya Tukang sapu dari India, boleh cakap melayu sikit sikit, katanya takde Tabung, saya tanya kat mana orang susah? Peminta sedekah? Katanya semua sini orang kaya… sayapun bagi jer duit derma kat Beberapa Tukang sapu area situ.

Misi selesai.

Woha!

Jan 22, 2023

Sahabat paling Rahsia?


Zaman awal Islam, Nabi berdakwah secara senyap senyap di rumah Arqam bin Abi Arqam. Kira Markas pertama umat islam lah..

Korang pernah terfikir tak? Kenapa nama lokasi rahsia berdakwah Nabi ni unik, Arqam bin Abi Arqam? Siapa Sahabat ni? Kenapa takde ceritanya dalam perang Badar, perang Uhud dan lain lain?

Alkisahnya, Dalam Bahasa Arab, perkataan ‘Abi’ bermaksud ‘Bapa’. Jadi nama sahabat tersebut menjadi Arqam anak lelaki bapa Al-Arqam!

Maka jika kantoi lokasipun susah nak cari Arqam yang mana satu, lepas tu Abi Arqam yang mana satu?, perghhh, hebat sungguh catatan Islam hingga bab markas rahsia, nama Arqam hilang dalam kisah sahabat..

Rupanya nama beliau adalah Abu Abdillah al-Arqam bin Abdu Manaf, sertai semua perang zaman Nabi, orang ketujuh masuk islam, (ada yang kata orang ke Sembilan), dan elok Panjang umur meninggal usia 83 tahun pada tahun ke-53 Hijrah, jenazahnya disolatkan oleh Sa'ad bin Abi Waqqas dan dimakamkan di perkuburan Baqi'.

Now you know!

Ps: Gambar di ambil di kota Mekah, lokasi dirahsiakan, Woha!


Nabi dan isteri, Hiking dan Dating?

Alhamdulillah berjaya mendaki sampai Puncak Jabal Nur, lokasi Nabi dan Khatijah Dating… juga lokasi wahyu pertama turun…

Alkisahnya, sebelum Nabi menjadi Nabi, baginda pilih Jabal Nur ini sebagai tempat bersunyi diri..

Me time… risau memikirkan masalah kaum arab jahiliyah… mencari ilham untuk bantu ummat, maka siang malam Nabj bersendirian di gua jabal Nur..

Namun Nabi tak selamanya sendirian, ada riwayat mengatakan dua kali sehari Siti Khatijah turut naik gunung ini, bawa makanan..

Isteri yang setia, Support semua tindakan suami, nak bersunyi diri, makanan saya bawakan, abang buat apa yang abang rasa terbaik, saya akan mudahkan abang…

Begitu kot hujah semua isteri solehah demi rumahtangga syurga…

Kemudian kelihatan SIti Khatijah turun sorang sorang sebab Nabi nak “me time” mencari ilham untuk selesaikan masalah ummat…

Jabal  Nur ni tak mudah nak daki, berbatu batu, tapi demi cinta sejati, Khatijah hari hari datang hantar makanan…

Tak lama kemudian, Nabi pulang sambil menggigil, ada sesuatu ditemui Nabi dalam gua..

Then the rest is history…

Saya sempat masuk dalam gua Nabi , sempit sahaja, dua orang boleh masuk, sorang berdiri dan sorang duduk, boleh solat dalam tu dan ajaibnya gua itu mengadap kiblat maka boleh terus solat membelakangi pintu gua…

Kemudian timbul tuduhan dari pihak kafir konon Nabi ni ada masalah kemurungan, dan berhalusinasi di gua Nampak Jibril, dan mencipta agama.

Lalu bila Nabi perkenalkan islam, orang kafir menuduh Nabi gila.

Maklumlah setelah bertapa dalam gua, tiba tiba Nabi muncul bagi tahu semua 360 berhala adalah palsu, tuhan hanya Allah.

Maka di sana sini, orang cakap Nabi Muhammad adalah Majnun,  si Gila!

Malahan hari ini, geng anti Tuhan, juga mendakwa kisah Nabi jumpa malaikat di gua waktu bersunyi diri, dan berhalusinasi konon melihat Malaikat Jibril adalah tanda kemurungan,dan percaya Nabi seorang gila.

Tapi bila kajian di buat tentang ciri orang gila, biasanya mereka menyendiri, cenderung bunuh diri, dan tak mampu uruskan diri, berbeza dengan nabi Muhammad SAW.

Nabi sendiri larang bunuh diri, dan terbukti adalah mustahil seorang yang gila mampu urus isteri ramai tanpa gaduh antara madu, mampu memimpin pasukan perang dengan cemerlang, mampu menyatukan puak yang bergaduh, mampu memyelamatkan dunia dan mengubah peta dunia selamanya, maka orang islam yakin bahawa islam itu benar, malaikat itu benar, takdir itu benar, akhirat itu benar!

Melihat kejayaan demi kejayaan Nabi Muhammad, orang kafir dah tak tuduh Nabi gila, sebab lepas tu muncul pulak mukjizat yang melangkau Sains, maka orang kafir tuduh Nabi ahli sihir pulak, tuduh Al quran adalah mentera sihir, dan mukjizat adalah tindak balas sihir.

Macam macam lah tuduhan..

Namun terbukti hari ini, seorang pakar silap mata tak akan mampu buat Al quran yang penuh mukjizat, mampu di hafal walau oleh sibuta, dan ayatnya penuh dengan Common sense.

Maka kita orang islam yakin, Nabi menerima wahyu di gua adalah benar, dan Nabi terbukti bukan gila, kerana akhirnya Nabi menjadi manusia paling berpengaruh dalam sejarah manusia!

Kagum dari puncak Jabal Nur!

Woha!