Jul 1, 2021

4 Renungan sewaktu PKP?

1.Rumah kita adalah gambaran Kubur, jika rumah kita selesa, ada makanan, ada kasih sayang.. alhamdulillah, itulah rumahku syurgaku, tapi jika rumah kita bersesak, makanan tiada, selalu bergaduh dalam rumah, maka hidup macam dalam neraka, rujuk hadis, kubur itu boleh menjadi TAMAN SYURGA atau LEMBAH NERAKA.

2.Mujuk di Rumah rasa susah macam neraka, boleh kibar bendera, ada NGO bagi bantuan, silap silap Utsaz Ebitpun sampai, Alhamdulillah, sama jugak di Kubur nanti ada Bantuan sampai dalam bentuk, Sedekaj Jariah, Ilmu yang bermanfaat, dan Doa anak yang soleh.

3.Waktu PKP tak boleh rentas Daerah, Nanti akhirat nak rentas minum air di telaga Nabi, ada sekatan dari Malaikat, orang yang benci Nabi Muhammad SAW tak boleh rentas dan kena bersesak di padang Mahsyar, yang Berjaya minum akan lepak bawah Arash.

4.. Waktu PKP, pergi mana-mana, kena check suhu badan, jika demam, tak boleh masuk, akhirat nanti, nak masuk syurga, kena semak Iman, Sihat ke tak sihat?

Jika Iman kita sihat, InsyaALLah boleh masuk syurga.

Tapi jika tak sihat? Aduh nak kena rendam dalam Neraka dulu.

Jadi.. macam mana nak tahu Iman kita sihat? Nak pakai alat apa nak semak?

Jawapannya ada dalam Al quran dan hadis, yang mana kita boleh semak “suhu” Iman kita.

Iaitu jika kita buat ibadat rasa tak sedap, contohnya bila solat rasa tak best, bermakna Iman kita tak sihat.

Bukan sebab solat tu tak best, tapi Iman yang sakit, macam orang sakit makan KFC rasa hambar, bukan salah KFC, tapi salahkan seleranya yang hilang sebab demam, maka sama jugak bila Iman kita sakit, solat rasa beban, puasa rasa leceh, zakat rasa sesak, haji rasa berat… adohai..

Jadi memang nak kena buat usaha atas Iman, yang mana jika nak sihat tubuh badan, kena jaga makan dan senanam, maka untuk sihatkan Iman Nabi suruh kita banyakkan belajar ilmu (makan) dan berdakwah(bersenam)

Lain tanda Iman kita OK adalah bila buat dosa rasa sedih, bila dengar nama Allah rasa takut, bila tengok orang buat maksiat rasa risau, dan banyak lagilah tanda tandanya.

Semoga kita semua dapat masuk syurga. Suhu Iman ok tak demam, SOP Rukun Islam dan Rukun iman semua patuh. Tak ada contact rapat dengan syirik dan kufur. Result negative munafik.

Alhamdulillah.

Terus layak masuk syurga walau lokasi bawah sekali pun takpe.. asalkan tak masuk neraka.

Woha!

Jun 29, 2021

Punca anak Autisme?

“Anak kau ni Hamka, jadi Autisme sebab cucuk Vaksin!”

“Tapi ada anak kawan saya, anti vaksin, semua tak cucuk, tapi anaknya pun Autisme jugak. Macam mana tu?”

“Itu sebab gajet, mak ayah pemalas bagi gajet kat anak, bila besar jadi autisme!”

“Tapi ada kawan saya, anaknya Autisme dan buta, macam mana Autisme yang buta boleh main gajet?”

“Itu sebab dosa mak ayah, dapat anak Autisme”

“Anak luar nikah ramai jer normal, Sejak bila Tuhan hukum anak sebab dosa ibu bapa?”

“Mungkin sebab mak bapak tak ikut makanan Sunnah, bila lahir anak jadi cacat, jadi Autisme, mati kecik!”

“Anak lelaki Nabi Muhammad SAW, Kasim, Abdullah, dan Ibrahim, semua mati kecik, Tak kan kau nak cakap Nabi tak ikut Sunnah? Ketahuilah, hidup ini masing masing ada ujian, Anak Nabi Nuh derhaka, apa dosa Nabi Nuh?

Tak tahu ke bahawa hidup ini adalah pentas ujian, dan sebaik baik ujian adalah kita sabar kerana Allah janjikan syurga untuk orang yang sabar, dan  bersyukur kerana masih banyak nikmat lain yang Allah berikan,

Yakin lah pada rukun Iman ke enam, semua kejadian adalah dari Tuhan untuk menguji hambanya, siapa yang terima dengan sebaik sifat? bila dapat nikmat kita kena syukur bukan kufur, dapat ujian kita kena sabar bukan mengeluh, dapat peluang pahala kita kena ikhlas bukan riak, dapat peluang terdosa kita kena taubat bukan nikmati, sungguh hidup ini sangat singkat untuk bergaduh dengan takdir Tuhan”

“errr…”

“Hidup jika nak kecam dan cari salah, semua orang bodoh boleh buat, Nabi sebaik baik manusiapun kena kecam dengan orang kafir, apatah lagi kita manusia biasa di akhir zaman, hati jika dah busuk, pergi mana mana pun cari tahik macam lalat, tapi jika hati yang baik, pergi mana mana pun cari bunga macam lebah”

(Dialog seterusnya saya tambah macam episode terakhir drama melayu)

“Ohhh, saya minta maaf kecam abang keretamayat, saya sangat menyesal, saya ada anak normal tapi hidap dadah, saya ada menantu kaya tapi semua harta saya dia rampas, saya sekarang dah bertaubat, sebab semalam badan saya dah lumpuh kerana dosa dosa saya kecam awak, tolong maafkan saya, saya nak peluk kaki abang mayat, saya nak minta ampun!”

“Saya maafkan awak, tapi dengan satu syarat”

“Apa sahaja abang kereta mayat”

“Awak kena beli semua buku Hamka Kereta mayat”

Woha!

Lalu guruh berdentum, kilat sambar menyambar, laut bergolora setinggi tiga meter yang memberi ancaman kepada bot bot kecil, bumi merekah luas, keluar asap dari dalam tanah, dan orang yang kecam saya itu akhirnya mati di telan bumi.

Jun 28, 2021

Sejarah Bola Berulang?

Bayangkan jika korang datang dari kurun terbaik, iaitu zaman ugama islam sedang naik, zaman masjid solat subuh penuh macam solat jummaat, zaman orang islam solat tahajjud meriah macam tengok bola, yang mana terdengar tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang sedang terbang berdengung.., zaman semua orang lelaki keluar berdakwah rumah ke rumah.., zaman perempuan berpurdah walaupun dalam gelap, bayangkan...

Err, bukan bayangkan perempuan berpurdah dalam gelap tu, maksud saya, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu.., zaman dunia tunduk di bawah pemerintahan ‘kuku bersih’ ummat islam... zaman peniaga pakat-pakat meninggalkan kedai dan perniagaan sebaik azan berkumandang.., zaman budak budakpun jaga sembahyang, zaman di mana orang kafir masuk islam berbondong bondong sebab terkesan dengan akhlak mulia orang islam, zaman di mana perempuan cantik berjalan di malan hari tanpa gangguan.., bayangkan..

Tengok?! Bukan bayangkan perempuan cantik berjalan di malam hari tanpa ganguan, maksud saya, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu.., zaman orang arab berdakwah ke seluruh dunia, zaman 1000 tahun yang lampau, zaman yang mana apabila lelaki bertemu lelaki, mereka akan bercakap tentang kebesaran Allah, apabila perempuan bertemu perempuan juga, mereka akan bercakap tentang kebesaran Allah, dan apabila kanak-kanak bertemu kanak-kanakpun, mereka juga akan bercakap tentang kebesaran Allah..

Lalu di zaman itu, korangpun ikut serta pergi berdakwah ke seluruh dunia, ditakdirkan tuhan, korang ikut berdakwah dengan satu jemaah ke kutub utara.., dakwah orang eskimolah pulak.., sampai kat sana, sedang asyik korang berzikir atas behtera, sekali kapal korang terlanggar iceberg, terus buat korang tercampak ke dasar lautan yang suhunya bawah paras beku, dan automatik korang terus jadi mayat beku macam ikan dalam ruang frozen peti ais, dan ditakdirkan tuhan, korang berada dalam zon “Suspended animation” atau apa nama ntah, macam "induced hibernation".., alahai macam Sylvester Stallone, dan Wesley Snipes dalam filem Demolition Man tu... (baca: sayau orang tua, rujukan filem pun adalah filem lama, adohai)

Update: Okey ada movie baru saya tengok kejadian macam ni, Captain Amarica beku di bawah ais, ha ha, tak lah tua sangat pakcik ni!

Nak di jadikan cerita, rakan pendakwah korang pulak tak jumpa cari korang di dasar kutub utara tu, maka berhabinasilah korang dalam kesejukkan yang menberhentikan segala perjalanan darah dan denyutan jantung...

1000 tahun kemudian, korang dijumpai oleh orang Malaysia yang bakal mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang ringgit, dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan nama Negara dengan buat benda benda yang pelik pelik kat kutub utara, mungkin buat ABC (air batu campur) terbesar di dunia siap campur dengan tapai dan pulut, mungkin?

Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam iceberg selama 1000 tahun itu di bawa pulang ke Malaysia, lalu di bawa masuk ke makmal kat Universiti Sains Malaysia, dan dengan kaedah sains, fizik, bio serta kemia, maka korang dapat dihidupkan kembali setelah jantung korang di renjat dengan elektrik TNB, memandangkan segala jasad korang masih lagi elok sebab tak reput.., sama macam kes benar rakyat jepun Mitsutaka Uchikoshi pada tahun 2006, yang terperangkap dalam suhu sejuk tapi dapat hidup selama 24 hari tanpa makanan dan minuman akibat dari hypothermic state yang hampir sama dengan kes korang iaitu hibernation atau Suspended animation.. (lain kali jangan ponteng kelas sains PDPR)

Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat dunia yang sudah berubah, ada ala-ala kisah pemuda al kahfi gitu.., yang terjaga selepas ‘berhibernasi’ selama 300 tahun, jadi korang pun tanya, “kat mana aku ni?”.., dan legalah korang bila di beritahu bahawa korang berada di negara Malaysia, yang mana agama rasminya islam, pemerintahnya islam, dan ramai rakyatnya juga berugama islam, juga ada sekolah islam, Universiti islam, Bank islam, penjiman islam, Coklat islam, kedai makan islam, zoo islam, parti islam, penyanyi islam, kereta islam dan kad kredit islam pun ada..,

Bila dah sembuh, korang pun jalan jalan kat Malaysia, bila tiba waktu azan, korangpun sukalah sebab bukan main kuat lagi azan, satu bandar boleh dengar.., lepas tu korang ke masjid, wah.., bukan main besar lagi masjid, siap ada karpet, lampu antik, sejadah lembut dan saujana mata..,

Tapi.., bila solat, tak sampai satu saf?

Mana pergi rakyat malaysia yang beragama islam? Kenapa zaman aku dulu, masjid penuh sampai ke belakang.., tapi sekarang takde orang? (maaf, sebab agak cliché dan kisah ni berlaku sebelum Covid 19 merebak)

Lepas solat di masjid yang lengang, korangpun pergi kedai makan, oh.., tahulah korang, kenapa masjid kosong, kat sini rupanya orang Malaysia sedang berkumpul.., penuh meja makan.., dan dalam semua kedai makan tu, ada TV besar, dan ada perlawanan bola secara langsung... UERO202$!

Oleh sebab meja makan penuh, korangpun tunggulah dulu kat luar.., sambil berniat nak buat dakwah sikit, nak bercakap tentang iman dan ketuhanan, sebab zaman korang dulu, jika ada masa lapang, terus ajak kawan kawan duduk dalam majlis iman.., majlis bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah..

Korangpun nampak satu orang makcik, dah tua dah.., bertudung dan sedang duduk baca katalog iklan sebuah pasaraya islam.., korangpun tegur makcik tu, dan lepas tu korangpun nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu mulai perbualan dengan soalan siapa paling kuat? yang korang akan jawab sendiri, iaitu Allah paling kuat, dan terus merancakkan dakwah, tapi bila korang Tanya makcik tu akan soalan:

“makcik tahu tak siapa yang paling kuat?”

Belum habis korang bercakap, makcik tu terus menyampuk, “Serbuk pencuci X lah yang paling kuat dan handal menghapuskan kotoran, dengan sesudu sahaja, mampu menghilangkan segala kotoran degil!”

Terkejut berok korang dibuatnya, dan makcik tu juga terus ‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi produk merujuk kepada katalog iklan tu.., “makluk A ni bagus,, Makhluk B ni hebat, makhluk C ni kuat”.., rupa-rupanya makcik tu adalah agen MLM yang sedang promote kehebatan prodoknya yang boleh bagi manfaat jika beli dan boleh bagi mudarat jika tak beli, lepas tu cerita tentang sistem piramid, ekonomi islam, harga yahudi dan kualiti palestin?..,

korangpun terus jadi takut dan blah..., sebab takut iman korang rosak melayan makcik yang dah jadi syirik sebab yakin dengan produknya boleh bagi manfaat, sedangkan yang boleh bagi manfaat dan mudarat adalah Allah..

Setelah korang berada agak jauh dari makcik tu, korang terjumpa pulak budak-budak yang sedang lepak sambil bermain game di Smart phone yang ayah dia beli secara hutang, korang rasa budak ni boleh ‘makan’ ni.., bolehlah aku meningkatkan keimanan dengan bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah.. , korangpun tegur budak tu, dan macam tadi jugak, korangpun nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu mulai dengan soalan yang korang akan jawab sendiri, iaitu..

“adik tahu tak siapa yang paling kuat?”

Belum habis korang bercakap, budak tu terus menyampuk, “Thanos paling kuat!”

Terkejut berok korang dibuatnya, Thanos tu menanang apa? Lata dan uzza korang tahulah, ni nama berhala mana pulak ni? dan budak tu juga terus ‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi kehebatan watak dalam game yang sedang mereka main .., “tapi One Punch Man juga kuat bang, Gokupun, Superman Zack Snyder pun kuat, DarkSide tak payah cakap ler, memang kuat sangat, Thor lagi, dia tu dewa.., Bezita, dan Jirenpun.., semua kuatlah bang.., itu belum cerita Keiju Pacific Rim punya geng!

Arghh, korangpun mulai pening.., lepas tu azan berkumandang lagi, dan korangpun terus ke masjid, tinggalkan budak tu, tinggalkan kedai makan yang penuh sebab bola belum habis lawan lagi, dah sampai masjid, sama macam tadi, solat jemaah tak sampai satu saf.., imampun baca surah pendek, doa pendek dan terus cabut, mungkin nak tengok bola, dan tinggallah korang sorang diri dalam masjid..

Perut masih lapar, korangpun keluar dan masuk jugak kedai makan, tengok semua orang sedang menjerit jerit melihat bola, ada pulak satu kerusi kosong, dan korang pun duduk dekat satu brader berkopiah yang sedang minum air teh tarik..

Brother ni punya penampilan ada ala ala sunnah Nabi, dengan serban hitam atas bahu, celak mata hitam, jubah labuh, dan kayu sugi tersebul dari celah poket, brother tu senyum memeberi salam sambil pelawa korang duduk.

“Bro, kau tahu siapa yang paling kuat?”

Tanya brader tu pada korang, korangpun senyum sebab ada jugak orang yang nak bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah, tapi belum sempat korang jawab, brader tu dah jawab dah..,

“Perancis lah paling kuat bro, mereka sentiasa ada mentaliti untuk menang, personaliti setiap pemain selain kepantasan permainan serta kebijaksanaan semasa di dalam padang. Pergghh, terbaik! Sejarah dah buktikan mereka boleh menentang mana-mana pasukan tidak kira dari segi taktikal atau pasukan yang gemar menguasai permainan kerana mereka merupakan pasukan yang bijak. Pasukan yang kita tak jangka sebab boleh berubah-ubah dari segi taktikal. Tidak kisah mana-mana pemain yang beraksi. Secara fizikal mereka sangat padu dan penyudah mereka sangat sedap! bla bla bla..

*******

Malam itu, ketika korang sedang iktikaf sorang diri di Masjid, selepas solat tahajjud, korangpun berjalan mengambil udara segar se awal jam 3 pagi.., teringat korang pada kampung halaman, yang mana pada waktu begini, akan terdengar suara tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang sedang terbang berdengung.., lalu korangpun menyusuri perumahan islam di Malaysia, sunyi sepi, tiada tangisan kedangaran.., tiba tiba terdengar jeritan yang sungguh kuat!

“GOAL!!!”

Terjekut berok korang di buatnya, hampir setiap rumah terdengar orang menjerit, “goal” dan ketawa , menyanyi serta menari.., korangpun cabut lari.. lari sejauh jauhnya, lari untuk selamatkan iman...

Sehinggalah korang tiba ke satu gua, dan korangpun tertidur keletihan.., ditakdirkan tuhan, korang pun tertidur lagi.., dan berlakulah hypothermic state, lalu terus ber hibernation dan kekal dalam Suspended animation..

*****

1000 tahun kemudian, sejarah berulang kembali.., korang sekali lagi diselamatkan oleh Rakyat BolehLand a.k.a Malaysia yang bakal mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang ringgit, dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan nama Negara dengan buat benda benda yang pelik pelik dalam gua, mungkin buat ABC pertama dalam gua yang di campur bersama sarang burung layang layang, mungkin?

Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam gua selama 1000 tahun itu di masuk ke makmal kat Universiti Sains BolehLand, dan dengan kaedah sains, fizik, bio serta kemia, maka korang dapat dihidupkan kembali setelah jantung korang di renjat dengan elektrik TNB...

Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat dunia yang lagi banyak berubah, semua orang warna muka mereka sudah lain macam, ada yang warna biru, kuning, merah dan putih..

Korangpun Tanya, kenapa muka korang bewarna warni?

Jawab mereka, “bukankan sekarang Malaysia ni dah jadi tuan rumah piala dunia?, kita kenalah raikan bersama, sebab tu kami kaler muka kami dengan warna bendera, abangpun kenalah couler jugak!, lalu mereka pun menyanyi..

Selamanya! Selamanya!

Selamanya Harimau Malaya

Lelelelela OOOoo OOo,

Lelelelelaa aaaaa aaaaa,

Lelelelela OOOoo OOo,

Lelelelelaaa Harimau Malaya

Harimau Malaya

Arghh, korangpun jadi sasau.., lalu menjerit.., tolong!

Tiba tiba badan korangpun bergoncang.., makin lama makin kuat..,

“Bang bangun bang, dah dekat nak subuh dah ni..”

Oh, rupanya korang bermimpi.., jam menunjukkan waktu 3 pagi.., korang rupanya rakyat Malaysia, dan tahun sekarang adalah 2020.., dunia belum kiamat..

“Terima kasih sayang, kejut abang, solat tahajjud..”

“Pandailah abang buat lawak, kan abang suruh saya kejutkan abang malam ni sebab nak tengok bola piala eropah..”

“Oh, ye ke?,”

Korangpun bangun, pergi kencing, lalu duduk depan TV sambil tersengih sengih...

Siapa yang bakal menang?

Perancis atau iblis? kita jumpa di saf permata masjid subuh habis PKP nanti..

Woha!

Jun 27, 2021

PDPR dan Wira Negara?

Antara wira negara sekarang ini, selain barisan hadapan, sudah tentu cikgu yang berperanan memandaikan warga pelapis. Tanpa cikgu yang tabah, anak murid ramai akan tercicir.

Dan zaman PDPR ini, Sudah tentu tugas cikgu lebih mencabar, tidak dapat tidak parent kena bantu sama agar anak anak tak tertinggal kelas.

Banyak kes cikgu cakap sorang sorang, murid tak dapat datang dengan pelbagai alasan.

Semalam saya ada baca alasan murid lain tak datang kelas:

1. XXXX (TIDAK MINAT / KURANG MOTIVASI IKUTI PDPR)

2. XXXXX-kuota internet terhad/kehabisan kuota

3.XXXXX (TIDAK MINAT)

4.XXXXXX KURANG MOTIVASI IKUTI PDPR

5.XXXXX(masalah hp dan kuota internet,

6. XXXXXXX Tidak  faham Pdpr-Tiada rujukan pembelajaran

7. XXXXXX(Berkongsi hp dgn adik Tahun 5, bergilir² serta internet terhad)

8.XXXX(Telefon rosak)

9.XXXXX(Rumah tiada internet)

10.XXX KURANG MOTIVASI IKUTI PDPR/Tidak minat.

Adohai, kasihannya cikgu, kasihan juga anak murid, kasihan juga parent.

Semalam saya tengok, anak saya sorang sahaja dalam kelas. Dan Cikgu tabah mengajar dari awal hingga habis, oleh sebab anak sorang sahaja, maka suara cikgu panggil nama anak sangat jelas.

Sayu jugak suasana tu sebab suara cikgu sangat caring dan penuh tanggung jawab.

Terima kasih cikgu.

Saya nasihat juga pada anak anak jika PDPR, bukalah video, bagi cikgu nampak kita. Saya pun selalu juga buat kelas on line, dan sangat best bila mengajar kita nampak audience. Jadi percayalah wahai anak, bukak lah video, tersenyunmlah, ianya akan sangat membantu cikgu menjadi lebih bersemangat.

Bantu Cikgu, bantu diri sendiri.

Teruskan berjuang semua cikgu!

Keretamayat kagum dari jauh!

Woha!

Jun 26, 2021

Hidup dalam ladang Pahala?

Hidup ini adalah pentas ujian. Ada orang bila ditimpa ujian bertalu talu akan berkeluh kesah hingga berkata;  hidup aku sukar macam dalam neraka!

Bila dapat senang dia kata sikit dan tak bersyukur lalu kufur nikmat dan disegerakan ujian. Aduhhh.

Bila buat pahala dia riak hingga menjadi dosa. Bila buat dosa dia nikmati dosa itu sepenuhnha hingga langsung tak nak taubat maka bertambahlah azab.

Tapi ada orang dia pandang dunia ni ladang pahala. Bila susah sabar dapat pahala, bila senang syukur dapat pahala jugak. Bila buat dosa, bertaubat akan tukarkan dosa kepada  pahala. Bila buat pahala ikhlaskan diri pahala berganda ganda.

Maka hidup ini memang sukar kerana selalu di uji namun terpulang pada kita nak anggap hidup ini neraka atau ladang pahala.

Saya pun akui hidup saya kadang kadang agak sukar. Terutama di uji dapat anak OKU autisme. Tapi saya anggap ini ladang pahala saya.

Tak sangka gambar spontan saya yang sedang sugul sambil payungkan anak syurga akhirnya menjadi cover buku.

Ini bukan setakat ladang pahala tapi ladang duit!

Woha!

Ps: Saya tidaklah menjadi kaya sebab buku bukan hari hari orang beli tapi syukur rezeki yang ada dapatlah simpan sikit sikit agar anak syurga mampu berdikari suatu hari nanti sewaktu saya terpaksa undur diri kerana ladang pahala kata pergi, syurga kata mari!

#keranadiaanaksyurga

Jun 25, 2021

Nabi Muhammad SAW pun kena PKP?

Hari ni kita semua sedih sebab kena PKP di rumah masing masing, sempena duduk rumah, tahukah korang bahawa Nabi pun pernah kena sekatan ala ala PKP, perintah Kawalan Pergerakan yang lebih dahsyat, berlaku pada umur Nabi 45 tahun.

Semuanya kerana orang kafir benci dengan Dakwah Nabi, lepas tu mereka dengar Nabi nak Hijrah ke tempat lain, sebab masa tu Nabi dah hantar 83 orang ke Habsyah, terus orang kafir jumpa Raja Habshah minta jangan terima orang islam.

Orang kafir juga ugut nak bunuh Nabi, tapi keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib tak bagi, maka Abu Lahab ketua orang kafir telah buat SOP yang mana, Baikot semua keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, lepas ni tidak boleh kahwin dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, tak boleh beli barang mereka, dan tak boleh jual barang mereka, tak boleh ziarah, tak boleh buat hubungan social, sekat sumber rezeki dan mereka tak dibenarkan rentas daerah.

Alangkah azlimnya SOP ini padadah Nabi pun saudara mara Abu Lahab jugak.

PKP pun bermula, Nabi dan penyokongnya di pulau dan dikepung di lembah Abu Mutalib, selama tiga tahun.

SOP perjanjian Boikot ini digantung di Ka’bah. Dan semua orang wajib taat, siapa langgar SOP seperti pergi hantar makanan, atau pergi jual barang, akan dipukul dan diseksa.

PKP kita makanan masih ada atas meja, InsyaAllah ada bantuan dari jiran, tapi PKP Nabi Diceritakan terpaksa memakan daun-daun dan pucuk kayu serta rumput kering. Ada anak sahabat yang mati dalam ribaan kerana ibunya tiada susu.

Al-Suhaili menceritakan jika terdapat unta-unta perniagaan tiba di Mekah, Orang Kafir sanggup beli dengan harga dua kali ganda membuatkan tiada peniaga yang mahu curi masuk jual makanan sedang di rumah kami, dari jauh mereka mampu mendengar tangisan anak menjerit kelaparan setiap hari.

Tekanan kelaparan sangat dahsyat sehingga Saad bin Abi Waqqas cerita beliau makan kulit unta yang dijumpai di tengah jalan, dan makan sikit sikit untuk bertahan hidup.

Jadi bagaimana Nabi dan penyokongnya mampu bertahan PKP zalim itu selama tiga tahun?

Di riwayatkan ada anak saudara Siti Khadijah dan rakan-rakannya yang sentiasa berusaha 'menyeludup' masuk bekalan makanan ke perkampungan Abu Talib itu dengan cara melepas unta di tengah malam bersama makanan berisi gandum dan kurma, yang ajaibnya, unta itu dapat lepas sekatan SJR orang kafir, dan dapatlah orang islam sedikit makanan, itupun dengan catuan, sebiji kurma sehari, dan ada setengah biji dan banyak hari berlapar.

Namun ada riwayat cerita, bukan semua unta lepas SJR, ada yang hilang dicuri puak lain di tengah jalan, semua ini adalah ujian Allah.

Maka banyaklah kisah sedih orang islam yang tak boleh ke mana mana, tak boleh kerja, tak boleh ke ladang, ada duit tapi tak boleh beli makanan, ada jodoh tapi tak boleh kahwin, dan masalah utama adalah kelaparan.

Begitulah Allah uji generasi pertama umat islam dengan kesusahan demi kesusahan dalam memperkuatkan keimanan mereka.

Satu hari Nabi bagitahu pada Abu Talib, yang SOP gantung dekat Kaabah tu dah musnah di makan anai anaik kecuali nama Allah, dan orang yang tulis SOP itu telah lumpuh kedua tangannya.

Abu Talib pun bawa berita ini, dan bila orang kafir periksa memang betul SOP dah musnah di makan anak anai, dan penulis SOP sudah lumpuh tangannya, maka timbul kegerunan dengan “sihir” nabi Muhammad, padahal itu semua adalah Mukjizat, lalu mereka membatalkan PKP maka bolehlah Nabi dan sahabat kembali bekerja, beli makanan, kahwin, ziarah, rentas daerah, dan berdakwah!

Namun ujian Allah datang lagi, tahun itu juga Abu Talib yang selalu menjaga keselamatan Nabi Muhammad SAW meninggal dunia, lebih sedih Abu Talib mati tanpa islam, bercucran air mata Nabi sedih tengok jenazah Abi Talib yang susah payah kena PKP bersamanya, namun mati dalam keadaan bukan islam. Nabi sedih kerana sedar tanpa Iman bapa saudaranya akan kekal selamanya dalam neraka.

Bila ketiadaan Abu Talib, PKP dah habis tempoh jadi lebih teruk sebab bila-bila masa orang kafir boleh bunuh Nabi, bertambah sedih, tahun itu jugak, sebulan selepas kematian Abu Talib, Khatijah isteri tersayang meninggal di ribaan Rasulullah SAW, dan dikatanya punca kematian adalah akibat kekurangan makanan waktu PKP.

Bercucuran lagi air mata Nabi, sedih sungguh, dua orang tersayang meninggal dunia berturut turut,

Dulu waktu PKP duduk rumah dilayan bini dengan mesra, hilang penat, tapi sekarang.., Balik rumah dah tak de bini, bangun tidur dah takde bini, makan sorang sorang, tidur sorang sorang, basuh baju sorang sorang, jemur baju sorang-sorang, lipat kain sorang sorang, kemas rumah sorang sorang.., siapa tak sayang bini ooii?

Jika kita tetntu terfikir, Agaknya isteri ada di dapur? tapi pergi dapur tiada orang, hmm, isteri aya ada kat bilik belakang kot? Tapi bila pergi tiada orang jugak, dada bederbar debar, masuk bilik, katil kosong, baru sedar, isteri dan seminggu meninggal, sedih woiiii, sampai terfikir isteri macam masih hidup, sob sob sob…

Jadi tuan tuan Bayangkan kita jika PKP macam zaman Nabi, dengan makanan takde, dengan ancaman bunuh, lepas tu orang tersayang satu demi satu meninggal. Allahu.

Tapi Nabi tak putus asa, sempena dah boleh rentas dareah, Nabi cuba berhjrah ke Taif sebab dah tiada orang nak lindungi dia di Mekah, sampai di Taif kiah sedih berulang lagi, Nabi kena pukul, Nabi kena baling batu hingga berdarah darah, sepanjang jalan orang tua, orang muda, dan kanak kanak baling batu pada Nabi yang umurnya 50 tahun!

Bayangkan jika ayah kita umur 50 tahun kena baling sebijik batu? Tapi Nabi Muhammad SAW umur 50 tahun kena baling beratus ratus bijik batu sampai orang baling tu penat.

Nabi kemudian pulang terhencot hencot dari Taif dengan bercucuran air mata dan bercuruan darah dipakaian hingga mengalir ke kaki, ada riwayat kata capal nabi dibasahi darah hari itu.

Nabi akhirnya duduk rehat bawah pokok menangis pada Allah, ujian apa pun saya sanggup sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha. ujian apa pun saya sanggup sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha.

Malaikat datang nak buat serangan pada penduduk Taif, Tapi Nabi tak benarkan, Nabi bagitahu jika bereka tak nak beriman, aku doakan anak cucu mereka yang beriman.

Biar habis lencun baju Nabi dengan darah, pemaaf tetap sifat Nabi, maka tahun habis PKP itulah merupakan tahun kesedihan dalam kelendar Islam.

Kesedihan Nabi tidak lama, Dan Allah hiburkan Nabi dengan bawa Nabi rentas daerah sampai ke Palestin, naik kenderaan paling canggih pernah wujud, lepas tu Nabi Rentas bumi, naik langit pertama, sampai langit ke tujuh, dan di jalanan Nabi bertemu dengan Rakan seperjuangan, seronok Nabi dapat borak dengan Nabi Nabi terdahulu, dan kemuncak bahagia, Nabi bertemu Allah berkali kali, dan dihadiahkan solat lima waktu. Capal yang pernah berdarah dibenarkan pijak Langit tertinggi sewaktu Nabi bertemu Allah berbeza dengan Nabi Musa yang kena buka capalnya sewaktu jumpa Allah.

Sewaktu Nabi berundur bertemu Allah kekasihnya, Nabi Muhammad SAW telah berdialog dengan Nabi musa a.s tentang kurniaan Tuhan kepada ummat akhir zaman, lalu dinasihat oleh Nabi Musa agar Nabi bertemu Allah semula untuk dikurangkan perintah solat kerana 50 itu terlalu banyak,

Menurut tafsir Buznama, Allah Maha tahu kemampuan ummat akhir zaman yakni solat 5 waktu sahaja, namun pertemuan Nabi kekasih Allah digembirakan dengan peluang bertemu dengan Allah banyak kali dalam isu penawaran waktu sembahyang yang telah ditakdirkan yang mana setelah beberapa kali Nabi digembirakan bertemu dengan Allah, akhirnya solat dikurangkan kepada 5 waktu dan sekali lagi Nabi digembirakan dengan diberitahu walaupun ummat Muhammad solat hanya 5 waktu tapi pahala masih sama dengan 50 waktu. Subhanallah.

Apabila Nabi pulang ke dunia, Semua sahabat Nabi telah menerima perintah solat dengan gembira, malahan ada yang memberitahu, jika Nabi Muhammad SAW terima 50 waktu sehari semalampun mereka sanggup. Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri sahabat sangat tinggi setelah bermujahadah PKP selama tiga tahun.

Tapi korang yang membaca cerita ini, ada yang berfikir, kenapa Nabi Muhammad SAW tak naik sekali lagi jumpa Allah untuk kurangkan solat hanya sekali seminggu ke?, sekali setahun ke?, Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri korang sangat rendah kerana tidak pernah bermujahadah dalam berdakwah sebab sibuk layan FB dan blog perasan bagus ‘berjihad’ cukup hanya bersandar pada kerusi dan gerak-gerakan mouse, adohai.. PKP pun makanan masih penuh peti ais, internet laju, mana nak mujahadahnya? Adohai..

Nabi kini kena PKP lagi, orang kafir tak benar Nabi keluar Mekah, namun Nabi dengan semangat baru secara senyap senyap Nabi rentas daerah dan Hijrah ke Madinah.

10 tahun kemudian, Nabi kembali ke Mekah bersama ratusan ribu sahabat lalu menawan Mekah dari orang kafir, seluruh berhala di sekeliling kaabah telah dimusnahkan, dan Mekah telah menjadi tanah haram untuk orang kafir selamanya sehingga ke hari ini.

Alhamdulilah.

Akhir kata:

Tuan tuan dan puan puan para pembaca sekalian, Nabi tak sedih kena PKP, tiada makanan, sahabat kena siksa, sahabat ada yang OKU, dan macam macam kesusahan, semua tu nabi tak bercucuran air mata sebab kesusahan itu sementara sahaja, Tapi Nabi sedih bila ada orang mati tanpa Iman,  kerana tanpa Iman kita akan kekal di Neraka selama lamanya!

Semoga Allah matikan kita semua dalam Iman, macam P Ramlee mati tersenyum dalam Ali Baba Bujang Lapok

Woha!

Hamka keretamayat

PKP3.0 sambung lagi.

Bertabahlah.

Jun 24, 2021

Dunia Tidak Adil?

Sambil sarapan abang ada baca kisah orang cakap dunia ni tak adil seperti:

Makan sikit tapi gemok cepat.

Belajar tinggi tak dapat kerja..

Muka cantik tiada jodoh..

Jaga kesihatan tapi masih kena Covid...

Pandu kereta elok tapi orang langgar kita...

Jaga suami elok tapi janda yang buat buat bodoh datang rampas.

Ok cukup!. Banyak cerita jika nak lihat yang buruk buruk. Jom kita tengok adil dalam beragama.

Baru ni bulan puasa. Sahur 15 minit mampu tahan kelaparan 12 jam dan Kelaparan 12 jam hilang dalam 15 minit makan.

Semalaman al qadar lebih baik dari seribu bulan.

Enam hari puasa di bulan syawal sama puasa setahun.

Solat subuh berjemaah macam ibadat seluruh malam.

Baca tiga kali ayat ikhlas pahalanya macam baca seluruh Al quran.

Senyum di kira bersedekah!

Fair enough!

Baca dua buku abang mayat buat anak bini keriangan. Woha!

Ps: Okey yang itu saya tokok tambah.. tapi jika nak beli wasap 0199117163