Jan 10, 2022

Artikel berbau wangi?

copy paste dari FB..

Viral kisah Doktor H curang dengan isteri juga seorang doctor tapi jejaka H pergi dating dengan attendan hospital. Lepas tu isteri serbu, dan jejaka H ceraikan isteri dengan selamba, dan isteri yang di ceraikan juga terima dengan sangat tabah…

Begitulah kisah rumah tangga, dan kehidupan.. bukan semua lelaki H itu jahat, tapi sejak viral ni, nama H di sebut sebut.. maka sebagai lelaki H, izinkan abang H menulis sepatah dua kata sebagai nasihat kehidupan..

Al kisahnya, Kita datang ke dunia, bersama darah dan air mata.. juga bersama rezeki yang telah ter MAKTUB bermula dengan rezeki ibu bapa.

Sungguh dalam hidup ini, kita tak boleh pilih siapa ibu bapa kita, semua itu telah termaktub, orang melayu ke, india ke, kulit hitam ke, putih ke, miskin ke, kaya ke, kacak ke, kafir ke, semua ini telah termaktub menjadi orang tua kita, kita tak boleh buang mereka selamanya dari hidup walau seburuk manapun mereka, sungguh berdamai dengan takdir keturunan, akan memudahkan perjalanan seorang remaja..

Namun bab kawan, Nabi suruh kita pilih kasih, iaitu berkawanlah dengan penjual minyak wangi (simbolik orang yang positif kerana pasti tercium wanginya), jangan berkawan dengan penjual arang (sombolik kepada orang negative kerana pasti terkena asapnya)

Bermakna, kita boleh pilih kawan sehingga pujangga berkata, tunjukkan empat sahabat kamu, maka aku akan tunjukkan masa depanmu.

Ya, empat orang kawan kita akan menentukan masa depan kita, jadi orang biasa?, jadi kaya? Jadi berkarya dengan mahakarya? Semua ditentukan dengan pengaruh rakan sebaya, maka pilihlah kawan yang beriman, yang berilmu, yang menjual “minyak wangi”.

Nabi ada empat sahabat yang unggul, Abu bakar yang kaya dan disegani, Umar yang garang dan berani, Usman yang pemalu dan pandai berdiplomasi, Ali yang kuat dan berilmu, semua sahabat itu sedikit sebanyak telah membentuk kejayaan kepada kehidupan Nabi Muhammad SAW.

Jadi dalam hidup kita, mampu tak berkawan dengan orang kaya macam Abu Bakar?, atau berkawan dengan orang kuat macam Umar? Atau berkawan dengan orang pandai bercakap macam Usman? Atau berkawan dengan orang banyak Ilmu macam Ali?

Dan tip nak berkawan dengan orang macam ni, mulakan membaca buku yang ditulis oleh orang hebat hebat, maka akan terbuka jalan berkawan dengan orang yang hebat hebat.

Kajian menunjukkan, ramai orang gagal, miskin, dan bersendirian adalah mereka yang pada waktu muda memilih hiburan daripada ilmu, menakala kajian juga menunjukkan orang yang berjaya, kaya, serta berpengaruh adalah mereka yang di usia muda memilih untuk belajar ilmu baru lebih dari membuang masa pada hiburan.

Kitalah yang memilih bahan bacaan masing masing…

Sebab tu ada falsafah mengatakan, Jika Umur 20 tahun, dan kita miskin, itu salah ibu bapa, tapi jika umur 40 tahun masih miskin, maka itu adalah silap kita sendiri yang malas membaca dan belajar tentang kehidupan sekaligus gagal memilih kawan yang baik.

Masuk bab jodoh, sama juga, kita boleh pilih, nak pasangan yang bersifat minyak wangi, atau penjual arang? Tapi  ada yang buta kerana cinta, pasangan suruh buat personal loan dia ikut, pasangan suruh jual harta dia ikut, pasangan hisap dadah pun dia ikut, pasangan ajak beli kereta mewah dulu dan Tangguh beli rumah pun dia ikut, pasangan tak tutup aurat pun dia ikut, pasangan derhaka pada Allah pun dia ikut, adohai..

Dalam islam kita boleh tinggalkan kawan yang negatif, maka dalam perkahwinan, kita dibenarkan bercerai jika pasangan kita negatif..

Penceraian itu halal, jika pasangan kita bersifat arang, maka asapnya akan menyesakkan kehidupan kita selama lamanya.., hadkan kerugian, ya! kita rugi waktu dapat pasangan yang salah, tapi kita tak perlu rugi selama lamanya, hadkan kerugian dengan penceraian yang halal.

Masalah hidup bukan semua kita kena hadap, ada yang lebih baik kita elak, macam bab kawan dan jodoh, jika boleh elak kita elak.. tapi ada masalah tak boleh elak, sudah termaktub, iaitu perihal ibu bapa dan anak anak, sungguh anak kita, lelaki atau perempuan?, cantik atau hodoh?, cerdik atau bodoh? normal atau OKU? Semua sudah termaktub! Dan kita tak boleh buang mereka selamanya…

Masalah anak, kita wajib kena urus, jangan lari dari masalah anak, jika ditakdirkan mereka murtad, atau gay, atau derhaka, jangan kita lari, uruskan masalah dengan jiwa yang tenang dengan kefahaman bahawa semua yang berlaku dalam hidup ini adalah ujian..,

Ujian kawan saya boleh lari, ujian pasangan saya boleh bercerai, tapi ujian ibu bapa atau anak, saya akan hadap dengan ilmu saya, sebaiknya ilmu agama, kerana kita di ajar untuk berdamai dengan takdir, bersyukur dengan semua baki nikmat, walaupun sekecil nikmat, bersabar dengan baki ujian walaupun sebesar ujian, kerana hidup ini hanya sementara, Akhirat kekal abadi, semua perbuatan baik akan di nilai, dan semua perbuatan buruk akan di balas.

Sungguh dunia ini adalah ladang pahala, sebab tu ada orang di RnR tetap ajak orang solat berjemaah kerana faham bahawa dunia ladang pahala, tapi ada orang masuk hospital sakit sikit dah tak solat sebab tak faham tentang ladang pahala, tapi menjadikan dunia sebagai pelburan neraka, Nauzubillah.

Panjang nak cerita, saya sambung lagi dalam buku yang saya tulis, ada lima judul semuanya, tahniah kepada mereka yang mampu berkawan atau berteman dengan “penjual minyak wangi”

Semoga tulisan saya ini berbau wangi dalam takdir “berkawan dengan penjual minyak wangi”

Woha!

Di tulis oleh Abang H,

Abang Hamka keretamayat.

No comments: