Jan 12, 2022

Misteri lelaki di Dobi?

Hujan hujan ni, jemur baju lambat kering, maka buat kali pertama dalam hidup, saya pergi keringkan baju, biasanya anak sulung (lelaki) yang buat, dia ada lessen kereta, tapi sekarang dia dah masuk University. Ayah lah kena pergi.

Sampai Dobi, Alhamdulillah kosong, hanya ada sorang lelaki berpakaian lusuh, rambutnya kusut, pakai topeng muka dan bersamanya ada segugus plastic hitam, saya nak tanya panduan keringkan baju, tak jadi sebab tengok matanya warna merah semacam, sedang sakit ke? Sedang marah ke? Bela hantu ke? Hidap dadah ke? Pencuri baju ke? Macam macam bermain di fikiran.

Astarfirullahalazim, tak baik sangka buruk, mungkin brother tu mangsa banjir yang sedang bersedih.

Takpelah, saya baca arahan di dinding kedai, saya pun macam faham, tukar duit RM10, keluar siling 10 keping, dan saya keringkann guna semua siling.

Tengok masa 60 minit, sempat balik rumah jap ni, sampai rumah bini tanya, eh? Kenapa balik, kejap jer setengah jam? Kan?

Saya cakap, satu jam, lagi 10 minit abang pergilah?

Apa? Satu jam abang keringkan baju! Terbakar baju kita bang, rosak baju tu nanti? Setengah jam jer cukup.

Alamak, yer ke, panas sangat ke Dryer tu?, terus saya bergegas ke Kedai Dobi, karang ada baju terbakar susah jugak!

Saya sampai, brother tu masih ada kat situ, dan baju saya belum terbakar, lagi 5 minit nak cukup 30 minit, dan baki masa ada 35 minit, saya cari button stop, tak jumpa, alamak? Nak kena tunggu satu jam ke?

Saya cuba buka penutup agar mesin tu berhenti berpusing, tapi ada arahan tertulis di situ, JANGAN BUKA PINTU PENGERING, KEROSAKAN AKAN DI DAKWA, CCTV MEMERHATI.

Saya tengok CCTV, berkelip lampu merah, CCTV tengok saya, baiklah! sayaCall No boss Dobi ni, tanya boleh ke buka pintu pengering? Minta izin?

Saya pun call, dan tauke tu cakap, buka jer, okey tak rosak, Cuma awak jangan tutup balik, sebab nanti berpusing kosong tak elok juga, jadi awak bagi kat pelanggan lain dan minta duit dengan mereka.

Okey, faham, saya buka pintu Dryer, mesin stop, dan saya terus keluarkan baju, memang panas sangat rasa pada kain, kemudian saya panggil brother bermata merah tu.

“Awak nak keringkan baju percuma?”

Dia yang dengar perbualan saya dengan bos dobi, faham dan berkeras nak bagi duit RM5 saya cakap, takpelah, saya belanja.

Maka dia pun sambung keringkan baju dengan percuma.

Dan sayapun balik ke rumah dengan baju yang kering.

Isteri sambut dengan gembira kerana baju kesayangannya tidak rosak, pendekkan cerita..

Waktu lipat baju, isteri perli: “Abang ni, keringkan baju pun tak pandai, jika saya mati dan abang kahwin lain, jangan malukan isteri baru yer?”

Saya jawab: “Maaf, abang memang jahil urusan dunia”

Woha!

Ps: Kepada suami suami yang tidak pernah ke dobi, semoga cerita ini membantu memudahkan perjalanan hidup anda di Gerbang Kedai Dobi nanti. Now you know.

No comments: