Aug 28, 2021

Dari Umno kepada Umno?

Sejarah berulang…

Zaman dulu, British cukup lama memerintah Tanah Melayu. Ramai orang melayu tak suka, maka bila datang Jepun, ada melayu sokong, perang berlaku, British kalah.

Jepun memerintah tanah melayu selama tiga tahun, dan Jepun jauh lebih kejam dari British, orang melayu bergabung dengan British lawan Jepun, macam dalam filem Sarjan Hassan.

Kemudian datang pula Komunis memerintah tahan Melayu selama dua minggu, dan rakyat mendapati Komunis jauh lebih kejam dari jepun, sekali lagi British dan orang melayu, dan bangsa lain bergabung, akhirnya menang.

Beritish memerintah sampai habis sumber bumi kita, lombong semua di jarah, penyakit wabak merebak, vaksin tak ada, melayu pun ramai tak suka British, komunis masih ada sebagai pembakang.

Akhirnya Umno Minta merdeka dari British lalu…

Akhirnya Malaysia merdeka, semua bangsa Bersatu bangunkan Malaysia.

Umno bergabung dengan MCA ,MIC, dan beberapa parti kecil lalu membentuk Barisan Nasional dan memerintah Malaysia dari awal Merdeka 1957  hingga 2018.

Waktu itu Negara berada di kemuncak ekonomi, perubatan tip top, rakyat ramai yang senang, pelancon berbondong bonding, warga asing datang sebagai tenaga buruh, rakyat jual apapun laku. Penulis buku pun hidup mewah zaman Vaucer buku. Penjawat awam mewah dengan pelbagai kemudahan.

Tapi Umno tak perfect, ada orang melayu tak suka, orang PAS tak suka sebab Umno tak islamik, lalu bergabung dengan DAP, PKR juga tak suka UMNO sebab benci Tun Mahadir, dan bila Tun keluar UMNO bergabung dengan PKR dan DAP membentuk parti baru Bersatu, maka akhirnya Umno kalah.

Bersatu, DAP, PKR dan lain parti akhirnya memerintah Malaysia tapi tak lama, rakyat tiba tiba ramai mengaku menderita, ekonomi jatuh, orang hilang kerja, mahkamah yang tak adil, kes pukul ahli bomba tak selesai, dan lain lain, maka tak sampai sepenggal, hanya dua tahun, Pakatah Harapan tumbang bila Muhyidin dari Bersatu buat Pakatan Nasional, gabungan dengan UMNO, PAS, MCA, MIC, dan lain lain parti.

Pakatan National takbir Malaysia waktu Pandemik Covid, awalnya cemerlang, kes turun, negara jadi contoh, namun bila UMNO kerusi terbanyak bagi cadangan yang baik untuk negara tak diendahkan oleh Bersatu, maka Umno marah, rakyat pun marah, hari hari hari orang kutuk pemerintah dengan hashtag Kerajaan gagal.

Akhirnya, Pakatan hilang Majority bila UMNO walk the talk, Tarik diri, dan kini Malaysia Kembali ke tangan UMNO.

Namun kita rakyat terus berjuang hari hari demi sesuap nasi.. sampai masa kita mati, maka dalam kubur akan ditanya lima soalan, (1) Siapa Tuhan Kamu? (2) Siapa Nabi Kamu? (3) Dimana Kiblat kamu? (4) Apa Petunjuk kamu? (5) Siapa saudara kamu?”

Bagaimana nak jawab ini?

Hakikat La Illa Ha IlAllah!, Yakin Allah berkuasa, pasti dapat jawab soalan pertama,

Hakikat Muhamadu Rasullullah, Hanya Cara Nabi beri kejayaan! Pasti dapat jawab soalan kedua!”

Hakikat Solat yang Khusyuk, yang mana bila masuk waktu terus dada mengadap Kaabah, itulah tanda KAABAH sebagai kiblat utama sebaik masuk waktu, alhamdulillah.

Hakikat Ilmu dan Zikir adalah hakikat keseluruhan Alquran, itulah Petunjuk kita!

Hakikat Ikram Muslimin, serta Hakikat Dakwah dan Tabligh, Pasti akan dapat jawab berkenaan siapa saudara kita. Walk the Talk.

Kesimpulanya, Satu masa dulu, dari British kita dijajah, akhirnya kepada Britih Kembali di Jajah dan bila Merdeka, dari Umno kita diperintah, kepada Umno akhirnya Kembali memerintah, (tak tahu bertahan sampai bila?masa menentukan)

Moral of the story, sesiapapun kerajaan kita yang dulu, hari ini, dan esok, Apa yang Kekal dan Pasti  adalah kita semua berada di bawah Kerajaan Allah dulu, kini, dan selamanya:

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang.

Innalillahiwainailahirajiun. Pastikan dapat jawab soalan kubur kerana Sejarah "berulang"

Woha!

1 comment:

Evercare Physiotherapy said...

sejarah mungkin berulang lagi ni