Ulangkaji
Sempena Maal Hijrah, Mari ulang kaji bagaimana nak jadikan
suasana HIJRAH dalam rumah di musim PKP ini.
Alkisahnya, Awal Islam, Nabi tak boleh duduk dirumah
sendiri, kena kepung, kena maki, kena halau, kena baling najis, kena boikot,
malahan sampat tahap nak kena bunuh pun ada.
Maka Nabi Move on, Nabi Hijrah, lalu Nabi cari tempat baru
untuk tinggal, tapi nak pergi mana?
Ringkas cerita, berlaku tiga hijrah di zaman Rasulullah saw
iaitu:-
1.HIJRAH KE TAIF.
2.HIJRAH KE HABSYAH.
3. HIJRAH KE MADINAH.
Mari kita kaji kesan kesemua Hijrah ini mengikut sejarah.
(1) Apa yang berlaku di TAIF bila Nabi berhijrah di sana?
Di Taif rupa rupanya tinggal ramai orang yang zalim, sangat
suka mengkritik, MERUNGUT, mencaci, membatah, dan semua perangai tak elok dari
rakyat sampai ke Pembesar sama sahaja. Mereka kritik Nabi, Mereka bantah,
mereka caci, mereka ejek, malahan mereka halau Nabi dengan cara membaling batu
sehingga Nabi luka dan berdarah..
Di hujung cerita, Malaikat Bala datang untuk hancurkan bumi
Taif, nasib baik Nabi sempat halang niat malaikat azab menurunkan bala, kalau
tak dah tentu bumi taif menjadi padang jarak padang terkukur..
(2) Habis bab hijrah di TAIF. Kita pegi pada Hijrah di
HABSYAH.
Di Habsyah, Raja mereka sangat penyabar, rakyat negara itu
juga ramai yang SABAR, mereka bagi perlindungan, serta makanan pada orang
islam, tapi tidak membantu dalam kerja dakwah agama islam.., walaupun bagus
cara layanan Raja Hasyah, tapi tempat tu agama tidak dapat dimajukan.., Nabi
Muhammad SAW pun tak berhijrah ke sana walaupun tawaran Raja Habsyah menarik.
Tiada apa apa bencana menimpa Habsyah, Alhamdulillah.
(3) Okey, last, kisah Nabi berhijrah ke MADINAH,
Semua tahu bahawa hijrah ini telah mendapat bantuan serentak
dari majoroti penduduk madinah, mereka bukan setakat bagi perlindungan dan
makanan, tapi Mereka sangat berSYUKUR terima Nabi, dan layan Nabi dengan sangat
baik. Nabi tinggal di sana sampai hujung nyawa. Madinah telah dimuliakan,
Ibadat di sana dilipat ganda, kurma di sana sangat subur, ekonomi di sana maju
sampai sekarang,
Dari Ketiga tiga lokasi ini, apa yang boleh kita belajar?
(1) RUMAHKU NERAKAKU,
bila kita dan ahli keluarga kita selalu mengkritik, MENGELUH macam penduduk
TAIF.
(2)RUMAHKU BIASA BIASA, bila kita dan ahli keluarga kita
selalu berSABAR macam penduduk Habsyah.
(3)RUMAHKU SYURGAKU, bila kita dan ahli keluarga kita selalu
berSYUKUR macam penduduk Madinah.
Alhamdulillah.
Maka kesimpulannya,
(1) Marilah kita hijrah dari perbuatan penduduk Taif yang
selalu mengeluh atau mengkritik, kerana suasana itu terdedah pada azab Allah,
(kemudian kita hairan kenapa hidup saya susah? Nikmat yang ada makin hilang,
bala bertambah tambah?! Rupanya hari hari kita amal amalan Penduduk
Taif-Adohai)
(2) Ajarlah ahli keluarga untuk Hijrah ala la Habsyah,
dengan bersabar akan semua ujian, Alhamdulillah.
(3) Lebih tinggi, Hijrah kepada amalan penduduk Madinah,
yang ujian bukan setakat mereka hadapi dengan sabar, tapi berterusan bersyukur
walau di uji kerana setiap ujian akan menaikkan darjat kita di syurga kelak,
Sungguh penduduk Madinah adalah masyarat yang sangat berSYUKUR hingga Allah
tambah nikmat demi nikmat.
Bayangkan?
Bangun pagi, asyik dengar orang merungut-merungut-merungut
macam penduduk Taif, kita pun jadi stress.
Atau..
Bangun pagi, terus dengar orang bersabar ke sini, bersabar
ke sana, Alhamdulillah, aman damai macam habsyah.
Atau..
Bangun pagi, semua bersyukur tak henti henti, alangkah
nikmatnya hidup macam suasana Madinah!
Kesimpulannya, Dari Tiga Hijarh tadi, akan muncul tiga Abu
pula..
Abu mana pulak?
Alkisahnya..
Dari Rumah suasana Taif, akan muncul anak-anak berperangai
macam Abu Lahab yang ahli neraka yang suka Mengkritik!
Dari Rumah suasana Habsyah, akan muncul anak-anak
berperangai macam Abu Talib yang penyabar.
Dari Rumah suasana Madinah, akan muncul anak anak
berperangai macam Abu Bakar Ahli Syurga yang selalu bersyukur!!
Last sekali..
Beruntunglah Bapak mertua yang dapat menantu Madinah!
Woha!
Ps: Proses menjadikan anak menantu korang sebagai Modal
Insan Masrakat Madani sedang berjalan, sila beri kerja sama. Kipas KDK tiada
dalam gambar, sebab nanti ada yang PM minta link shopee, tapi meja Jepun tu
jika korang nak beli, link shopee: https://invol.co/cl5i5gb
Link Shopee Kitab Taklim: https://invol.co/cl5mi9t
No comments:
Post a Comment