Aug 3, 2021

6 perkara dan Pokok?

“Anak anak, hari ni sebelum kita makan durian, kita akan belajar SAINS dan Agama serentak!”

“Baik, ayah!”

“Sebelum itu, ceritakan enam sifat pada Pokok Durian”

“Pokok, ada (1) Akar, (2) Batang Pokok, (3) Banyak dahan dan lebat Daun, (4) Berbuah Durian, (5) Rasa Durian yang Manis, (6) ada Biji dalam Durian untuk terus membiak!”

“Pandai, sekarang cuba ceritakan, enam sifat Sahabat”

“Sifat sahabat ada enam, (1) Yakin Hakikat Dua Kalimah Sahadah (2) Solat yang Khusyuk (3) Ilmu dan Zikir (4) Ikram Muslimin (5) Ikhlas Niat dan (6) Dakwah Tabligh."

“Korang tahu tak? AKAR POKOK YANG TUNJANG merupakan asas kepada kekuatan pokok durian, tanpa akar pokok tunjang, maka pokok durian akan tumbang..,"

“Benar wahai Ayah”

“Begitulah ibaratnya IMAN dengan akar pokok durian tadi, iman merupakan asas pada ugama, tanpa iman, maka robohlah keislaman kita..”

“Itu akar tunjang, akar yang bercabang macam mana pula Ayah?”

“AKAR YANG BERCABANG pada akar tunjang pula adalah SUNNAH NABI, bukankah iman ada 77 cabang?”

“Betul”

“Hadith riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, “Iman itu memiliki tujuh puluh tujuh cabang dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah membuang duri dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman.” Jadi..., cabang akar pokok itu tadi umpama sunnah Nabi yang bercabang cabang itulah! Yang mana pokok yang kuat memiliki akar tunjang yang kuat dan banyak cabangnya, jadi individu islam yang kuat adalah teguh IMANnya dan banyak pula SUNNAH dalam diri”

“Wow, cerita lagi wahai Ayah”

“BATANG POKOK Durian pula merupakan tiang ugama, dan ini mewakili SOLAT dalam islam, tanpa solat, maka segala amalan lain jadi sia-sia, begitu jugak pokok tanpa batangnya, maka tiadalah dahan, ranting, daun dan buah.., Jadi, di sini.., DAHAN pokok pula mewakili ILMU dalam islam yang mana banyak ilmu, maka banyaklan dahan..”

“Okey dan Cover Hakikat Solat dan Hakikat Ilmu, errr, Hakikat Zikir macam mana pula?”

“Baik, sesuatu ilmu itu jika tidak ada hubungan dengan Allah, maka jadilah pokok itu banyak dahan tapi tidak berdaun, jadi macam pokok durian kering dan mati, tidak boleh dijadikan sebagai tempat berteduh, kerana DAUN pada pokok adalah mewakili kepada ZIKIR, yang mana lebat daun, maka banyaklah dahan atau anologinya, banyaklah ILMU DAN ZIKIR”

“Tinggi! Teruskan ayah! Cerita pasal Buah Durian!…”

“BUAH Durian pada hujung dahan pula adalah sifat IKRAM MUSLIMIN yang ada pada diri orang islam yang menunaikan hak tanpa dirinya sendiri menuntut hak, seperti pokok durian yang memberi buah kepada orang yang ramai.., langsung tidak menuntut hak.., manakala MANIS pada buah durian adalah KEIKHLASAN dalam diri orang islam yang mana jika ikhlas, tentulah orang yang ditolong rasa ‘manis’, jika tidak ikhlas, tentulah buah durian itu rasanya masam..”

“Wah, dah Cover Sifat Ikram dan Ikhlas, tinggal satu lagi, Hakikat dakwah”

“Akhir sekali, BIJI dalam buah durian tadi itulah DAKWAH, kerana.., jika biji durian itu diletakkan pada tempat yang betul, disiram dan di bajai, maka akan muncul lagi pokok durian yang baru bersama ribuan biji durian yang lain, begitulah perumpaan ummat islam yang berdakwah kerana mereka ibarat biji pokok yang subur yang di campakkan kemana sahaja, akan tumbuhlah cahaya islam serta keimanan ibarat pokok durian yang akarnya teguh, batangnya tegap, dahannya kuat, daunnya rimbung, buahnya lebat, dan manis pula rasanya serta subur pula benihnya, SubhanAllah..”

“wah, nak tanamlah biji durian ini nanti”

“Tapi jangan tanam atas tanah haram, nanti kena tebang! Maka jangan berdakwah dengan cara yang salah!”

Woha!

Ps: lalu kelihatan si anak bertungkus lumus salin nota berkenaan ilmu enam sifat sahabat yang dianalogikan dengan pokok durian, sebab siapa tak salin, tak boleh makan durian, ha ha, dan Ketika mereka sedap makan, saya tangkap gambar nota mereka, kongsi pada dunia, agar “biji durian” dalam nota ini, terus tersebar!

Nyam nyam!



1 comment:

MATINA said...


I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic. com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.