Tak Faham Bab Takdir, boleh tolong lukis tak?
Salam Tuan, nak tanya, dari hadis ini..
“Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan
padanya ruh dan dia diperintahkan untuk menetapkan empat perkara: menetapkan
rizkinya, ajalnya, amalnya dan celaka atau bahagianya.”
Soalan saya:
Based on hadis ni, adakah maksudnya manusia telah pun
ditetapkan takdirnya sama ada dia akan celaka atau bahagia pada akhirnya kerana
telah ditentukan oleh tulisan kitab?
Saya faham manusia diberi akal dan seterusnya bebas memilih
jalan yang baik atau buruk. Tapi adakah kerana ketentuan kitab ini, maka
pilihan yang kita buat itu sia-sia? Maksudnya Allah dah tetapkan mana satu
manusia yang Allah pilih untuk masuk syurga?
Saya sebenarnya memang sudah mencari penjelasan dari
ceramah-ceramah atau penulisan tapi saya masih tak faham sangat tentang konsep
takdir Allah. Saya harap saya boleh faham konsep ini melalui penjelasan tuan.
Terima kasih
*******
Waalaikumusalam
Saya bukan ustaz, jadi saya jawab sekadar kefahaman saya
secara ringkas.
Hidup ini adalah Soal hati, kitab oleh pilih hati nak
respond bagaimana dengan semua Takdir Allah.
Contoh.. bila rezeki telah tetap.. hati syukur atau
mengeluh? Itu Pilihan kita..
Ajal telah tetap, hati redha atau takut? Itu pilihan kita.
Amalan pulak.. waktu dapat buat pahala.. ikhlas? atau riak?
itu pilihan kita,
Waktu buat dosa, bangga atau rasa bersalah? Itu Pilihan
kita,
Bila celaka datang.. sabar atau sress? Itu Pilihan kita..
Waktu senang, syukur atau kufur? Itu Pilihan kita.
Semuanya soal hati, dan Syaitan kerja dia rosakan Hati,
Syaitan tak mampu tutup kepala paip waktu kita ambik wudhu, atau tiup angin
kencang waktu kita solat, syaitan tak mampu lawan takdir Allah, tapi syaitan
mampu kacau Hati kita, suruh riak, suruh perasan bagus, dan sebagainya.
Bab Hati ini, .. Malaikatpun tak tahu kita ikhlas atau
riak..
Bila kita niat nak buat baik, Malaikat akan cium bau wangi
dari hati kita, maka ditulis satu pahala walau dalam takdir kita takdepun
amalan itu, tapi sebab niat dah dapat pahala.
Bila niat nak buat dosa, Malaikat bau busuk, dan tak tulis,
hingalah Takdir Allah datang, baru Malaikat tulis satu dosa, bila kita
menyesal, Allah ampun, dan ampunan ni Malaikat langsung tak tahu.
Jadi hidup ini soal hati, Allah yang akan adili semua hati manusia,
Nabi bagitahu Hati ni raja pada anggota banda
pada diri kita, jika Hati baik, maka baiklah semua anggota badan,
sungguh Allah tidak lihat rupa dan harta, tapi lihat Hati yang ada Takwa, apa
itu Takwa? Takut dan Harap.
Jadi bab takdir ni, di sisi kita ianya akan berubah ikut
hati kita..
Firman Allah:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum
kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah
Ar-Rad:11)
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku
akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur
ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim : 7)
Bab Allah dah tulis semua takdir, adalah kerana DIA MAHA
MENGETAHUI, rujuk ayat Al quran di atas, di sisi kita, boleh ubah takdir
berdasarkan usaha atas hati.
Secara ringkas.
(1) Bersyukur dengan segala nikmat walau sekecil kecil
nikmat.
(2) Bersabar dengan segala ujian walau sebesar besar ujian
(3) Ikhlas dalam setiap amal sama ada kecil atau besar
(4) Khauf dengan segala dosa sama ada kecil atau besar.
Maka takdir kita akan berubah membawa jalan ke syurga.. tapi
jika kita..
(1) Kufur dengan segala nikmat walau sekecil kecil nikmat.
(2) Mengeluh dengan segala ujian walau sebesar besar ujian
(3) Riak dalam setiap amal sama ada kecil atau besar
(4) Bangga dengan segala dosa sama ada kecil atau besar.
Maka takdir kita akan berubah membawa jalan ke Neraka!..
Bab takdir telah ditulis tu bagaimana? Itulah Kekuasaan
Allah! Yang mampu menulis Takdir dan Tahu Pilihan kita secara serentak! Sungguh
Allah Maha Mengetahui.
Akhir kata.., semalam adalah takdir yang berlaku dalam
kehendak Allah, hari ini dan esok rancanglah dengan sangka baik pada Allah
kerana Allah tidak akan ubah takdir kita melainkan kita sendiri yang
memilihnnya, Maka buat sehabis baik hari ini kerana esok pasti akan menjadi
semalam.
Woha!
Ps: Bab suruh lukis, abang mayat dah lukis kat sini:
Woha sekali lagi!
1 comment:
I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic. com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.
Post a Comment