Aug 28, 2021

Bubur asyura Bidaah?

Terima kasih pihak surau hantar Bubur Asyura hari ni.

Anak tanya, dari mana asal usul Bubur Asyura?

Alkisahnya, Pada zaman dahulu kala, ada seorang anak raja mendapati akan semua anak perempuan Menteri ramainya ‘betina’, tak nak jodohnya dengan betina, maka anak raja menyamar menjadi rakyat dah telah berkelana mencari jodoh merangkap bakal permaisuri Negara Pura Cendana,

Sebagai ujian untuk bezakan antara betina dan perempuan, anak raja yang Bernama Tun Nila Utama putera mahkota telah bawa satu bungkusan makanan yang di campur gaur di dalam satu bekas, maka jika ada wanita itu yang sudi masak, akan di jadikan permaisuri Negara Pura Cendana kerana perempuan itu sifatnya bijak dan rajin. Jika bodoh dan malas: Sah betina!

Arakia, kebanyakkan anak dara telah menolak tawaran untuk memasak barang yang bercampur gaur antara beras, garam, kunyit, lada hitam, tepung penaik, bijih kas kas, tongkat ali, kacip fatimah, serbuk peledak, daun ketum, ketumbar, halba, halwa, lengkuas, bijih jagung, kacang, biji jambu, rempah ratus, serta banyak lagi, malahan menuduh anak raja itu walaupun hensem, tapi otak mereng!

Anak Raja sabar kena reject, higgalah pada 10 Muharam, seorang anak dara cantik jelita bernama Dang Wangi, yang sudi memasak karung yang macam 'plastik sampah' itu.., alah senang sajer, dah berkumpul dalam satu bekas?, maka kita masak bubur asyura sahaja lah. Woha!

Demikianlah asal usul Bubur Asyura!

“Ayah, betul ke cerita ni?”

Isteri gelak berdekah, anak anak kerut kening sebab ayah dia biasanya bercakap fakta sahaja, tapii tulah budak budak zaman sekarang, lawak P Ramlee dah tak sampai punch line sebab mereka tak menonton pun, adohai..

Apa pun terima kasih pihak surau bagi hadiah Bubur Asyura.. Sebenarnya takde kisah yang dapat kita sandarkan pada Nabi secara direct, namun bagi makan percuma adalah Sunnah tak kisah apa makananpun asalkan halal…

Jika ada yang tanya, biadaah ke sunnah amalan ini?

InsyaAllah, sunnah bagi makan pada jiran tentangga.

Jika ada pihak masih tak puas hati, untuk periksa sesuatu amalan itu di terima atau tidak oleh Allah, ada empat syarat asas kita boleh semak

(1) Adakah ini perintah Allah?

(2) Jika ini Perintah Allah bagaimana Nabi buat? Atau Jika Nabi tidak buat, dan amalan ini Bidaah Hasanah, bagaimana Ulamak buat?

(3) Adakah kamu buat kerana Allah?

(4) Oleh kerana amalan ini baik, bagaimana kamu istiqamahkan?

Okey, begitulah 4 soalan asas untuk cross check amalan kita ini bakal diterima oleh Allah atau di reject.

Dalil..

(1) Adakah ini perintah Allah?

(Sudah semestinya perintah Allah akan mendapat pahala)

(2) Jika ini Perintah Allah bagaimana Nabi buat? Atau Jika Nabi tidak buat, dan amalan ini Bidaah Hasanah, bagaimana Ulamak buat?

(Sunnah Nabi jika buat, pasti Allah terima, dan jika Bidaah Hasanah dari ulamak, juga Allah terima kerana Ulamak adalah pewaris Nabi)

(3) Adakah kamu buat kerana Allah?

(kena ikhlas, jangan riak-InsyaAllah)

(4) Oleh kerana amalan ini baik, bagaimana kamu istiqamahkan?

(Allah suka amalan yang walaupun sikit asalkan istiqamah, kami cuba!)

Okey, dah faham bab dalil, sempurna 4 soalan ini, insyaAllah ada kebaikkan, maka mari kita uji amalan memasak bubur Asyura dengan empat soalan ini.

(1) Adakah ini perintah Allah?

(Ya, derma bagi makan apa apa makanan halal, adalah perintah Allah)

(2) Jika ini Perintah Allah bagaimana Nabi buat? Atau Jika Nabi tidak buat, dan amalan ini Bidaah Hasanah, bagaimana Ulamak buat?

(Nabi pernah buat jamuan bagi makan, waktu perang, atau waktu berdakwah, niat tiru amalan bagi makan macam zaman Nabi)

(3) Adakah kamu buat kerana Allah?

(Tiada riak, susah nak masak bubur ni, dan tak minta derma, hanya kerana Allah, Alhamdulillah)

(4) Oleh kerana amalan ini baik, bagaimana kamu istiqamahkan?

(okey, tiap tahun bulan Muharam, kami cuba istiqamah, sambil bercerita tentang kisah Nabi Nuh, juga kisah Nabi Muhammad, sambil derma makanan, sambal berdakwah, alhamdulillah)

Okey, habis pencerahan bab Bubur Asyura, kena stop sebab anak bini dah meleleh air liur nak makan, setahun kali jumpa ni.

Alhamdulillah.

Selamat manjamah Bubur Asyura.

Woha!

3 comments:

Suria Amanda said...

tahun ni blom makana lagi bubur asyura...nak buat sendiri tak pandai...

Anonymous said...

Bidaah tu dlm ibadah khusus. Ibadah umum selagi tak dikhususkan masa dan fadhilatnya, tetap jadi ibadah.

Anonymous said...

hukum agama yg terlalu ketat atau longgar itu terhasil dari meniti/berpegang dgn jalan/garis kaedah yg longgar..
(Tapi aura pendekar garangnya hukum yg terhasil dr jalan/garis kaedah yg longgar ini la yg memikat hati kita orang awam terutama anak2 muda.. Hehe.. Mcm sejati anak jantan gitu garang dan seksi melawan arus/rare dalam berhukum.. Ceh wahh haha..walhal mengikut2 teraba2)

Walhal yg kita org awam terutama anak2 muda x tau ialah:-
jalan/ garis kaedah yg ketatla yg menghasilkan jalan yg TEPAT duduk ditengah2 diantara terlalu ketat dan longgar itu..

Jgn la meniti jalan/garis kaedah yg longgar sehingga terpukul rata/sapu abis sedara sekeliling kita sampai ulamak2 besar pun terpalit sekali dengan hukum yg kita keluarkan..

Bukanlah semua perkara yg nabi saw x buat itu menjadi kesalahan jika kita buat dan bukan semuanya sesat..

Bayangkan bahaya jika kita meniti jalan/garis kaedah yg longgar..

Contoh gini.
Bukan semua orang yg duduk di depan kuburan itu puja kubur..
Boleh jadi dia ziarah kubur dengan perlakuan/niat yg x menyalahi hukum..boleh jadi dia berdoa untuk simati sambil dia sendiri mengingati mati.. Boleh jadi dia bertawasul degan orang soleh@simati tu orang soleh..org yg bertawasul ni dia minta pada Allah tau,bukan minta pada simati tu hehe.. Org yg bertawasul ni sangat paham perkara ni insyaAllah..sebab apa? Sebab ahlusunnah itu menbolehkan/membenarkan bertawasul dgn orang soleh yg masih hidup atau yg dah mati.. Bermakna ahlusunnah iktikadnya ketika bertawasul itu dengan iktikad yg benar.. Iaitu iktikad ahlusunnahwaljamaah.. Org Yg memandang itu la yg boleh jadi salah pandang jika meniti/berpegang dgn jalan/garis kaedah iktikad yg longgar, boleh terbabas memandang simati dalam kubur itu boleh menjadi saingan kepada Allah..
Sedangkan Ahluusunnah itu beriktikad saingan kepada Allah itu xda..x wujud..Allah itu tiada saingan tandingan bandingan gandingan misal2an bagiNya..
Kalo hasil dari jalan/garis kaedah yg longgar/meraba2/ pikir sendiri2 dia kata tawasul tu hukumya haram pun ok la sikit kan sebab ianya masih berkisar dalam hukum feqah.. Ini kalo dia bantai hukum kat akidah terus.. Syirik..kan naya Hehe.. Jgn main2 silap2 balik kat diri sendiri sebab salah pandang/iktikad..

Jalan/garis kaedah yg ketat itu menghasilkan hukum yg TEPAT berada ditengah2 diantara terlalu ketat dan longgar...itu lah dia jalan/garis kaedah Ahlsunnahwaljamaah..

Semoga Allah lindungi kita semua insyaAllah..