Nov 15, 2020

Rekod Gusti Nabi?


 

Jika perang di zaman Nabi direkodkan?, berapakah tahap kejayaan Nabi dalam dunia perang?

Semua tahu sudah, juara Tempur dunia sekarang ini, adalah milik orang islam, Khabib Nurmagomedov dengan rekod perlawanannya 29 Menang, dan tidak terkalah!

Tempat kedua adalah dari Amarika, Jon Jones yang hanya kalah satu kali, menang 26 kali, dan satu NC yang bermaksud Tidak dikira kerana NO Contest.

Tempat ke tiga adalah dari Nigeria, milik Israel Adesanya dengan rekod 20 kali menang dan tidak pernah terkalah.

Baik, saya cuba rekodkan perang di Zaman Nabi dan mendapati Nabi Muhammad SAW menjadi ketua perang dengan jumlah tentera yang sedikit dan kelengkapan perang yang minimum tapi mampu tewaskan jumlah tentera yang besar lengkap bersenjata.

Untuk rekod, Nabi sertai 28 Perang.

1. Perang Waddan, Sebaik Hijrah Ke madinah, Nabi pergi bersama 70 sahabat ke Waddan untuk berdakwah dan berperang jika di serang, perjanjian damai berlaku antara Banu Damrah. Status perang: NC: No Combat.

2. Perang Buwat, Nabi dan 200 sahabat tunggu di Buwat untuk serang Umayyah bin Khalaf yang akan lalu di jalan itu, Umayyah ni terkenal kerana menyeksa Bilal, tapi Umayyah takut, dan ambik jalan lain maka perang tidak berlaku. Status perang: NC: No Combat.

3. Perang Safawan, orang kafir datang ke sempadan dan mencuri unta, Nabi ambik masa tiga hari bersama 70 sahabat untuk berperang, tapi orang kafir telah melarikan diri. Status perang: NC: No Combat.

4. Perang Zul Al-Ushairah, berlaku bila Nabi dengar orang kafir telah ambik harta orang islam di Mekkah yang hijrah ke Madinah,lalu nak jual ke Syam, Nabi pun tunggu di Zul Al-Ushairah bersama 200 sahabat. Bendera di pegang Hamzah R.A. Maka Rombongan dari Mekkah itu patah balik dan perang tidak berlaku, pada malam itu di riwayatkan Nabi memberitahu nasib Saidina Ali akan dibunuh pada masa hadapan. Status perang: NC: No Combat.

5. Perang Badar berlaku bila rombongan dari Mekkah yang nak jual harta orang islam ke sham patah balik dan bawa 1200 tentera lengkap bersenjata naik unta, dan 100 tentera berkuda, semuanya bersedia untuk serang Madinah. Nabi Muhammad SAW pula tunggu di Badar bersama 313 sahabat, dua ekor kuda, dan 70 ekor unta yang kena naik bertiga, Nabi sendiri berkongsi naik unta bersama Ali. Tentera Islam pula ada yang tiada pedang bawa pelepah tamar, dan ada yang berkaki ayam.Dua bendera dibawa ke medan perang, satu di pegang Ali sebagai wakil Muhajirin, dan satu di pegang Saad mewakili ansar. Status perang: Win!

Aduh, rasa penat pulak nak cerita semua perang Nabi, insyaAllah saya sambung lain kali, secara ringkas saya boleh bagitahu, status perang Nabi adalah, 13 win dengan berperang, 14 Win tanpa berperang kerana musuh menyerah, atau ajak berdamai, atau musuh undur tanpa perang, dan satu Seri(Perang Uhud)

Maka status perang Nabi Muhammad SAW adalah 27 Win dan Satu Seri.

Bayangkan umur Nabi 53 tahun waktu perang Badar, hingga ke Perang Tabuk, umur Nabi 61 tahun, umur senja, umur pencen, umur KWSP dah boleh keluar semua caruman, tapi Nabi di zaman itu sedang sibuk berperang dan berdakawah. Sedangkan kita umur 40 tahun usahkan nak ajak pergi berperang? Pergi berdakwah pun ramai yang menyorok. Adohai..

Malulah kita, Nabi start berdakwah umur 40 tahun, dan start berperang umur 53 tahun, bermakna: semakin tua, makin bersungguh nabi dalam mengembangkan agama.

Tapi di mana kita diumur pencen? Sibuk kembangkan agama? Atau hanyut dalam dunia sepi orang tua tua?, menangis bila anak anak tak balik ziarah?, bimbang harta berkurang atau terlantar sakit jiwa yang merebak kepada jasad?, waktu tu nak pergi masjid pun tak larat.

Maka pesan saya pada diri sendiri, sekarang, waktu sihat dan masih bekerja, janganlah lupa tanggung jawab pada agama, jangan tunggu waktu pencen untuk ubah dunia, jangan bertangguh tunggu pencen, sebab Hidup terlalu singkat untuk bertangguh.

Kerajaan, benarkan kami keluarkan KWSP, kami nak pergi takluk dunia!

Woha!

1 comment:

Litah L said...

great sharing.. keep it up !