Nov 11, 2020

Darurat makan babi?

 

“Nak Tanya, Darurat boleh makan babi?”

Betul, babi haram, tapi bila orang islam kebulur tiada makanan, maka boleh makan babi waktu itu, sebab perintah Allah jaga nyawa, jadi walaupan makan babi itu bidaah, bila darurat boleh makan.

“Nak Tanya lagi, Darurat boleh jarakkan saf dalam solat walau Nabi suruh rapatkan? Bukankan jarakkan solat itu bidaah?”

Ya, waktu bencana Covid 19 ni, boleh solat jarakkan saf demi menjaga nyawa.. sebab perintah Allah jaga nyawa, jadi walaupan jarakkan saf itu bidaah, bila darurat boleh solat dengan menjarakkan diri dari penyakit berjangkit.

Maka bidaah hasanah lah solat jaga jarak sebab nak jaga nyawa pada musim convid ini, tapi bila sebut bidaah hasanah ramai yang trigger, Melompat pak wahab marah nanti, maka eloklah guna ayat norma baharu, baru nampak ramai Pak Wahab akur.

“Ok, soalan last, kalau saya tak nak pergi sembahyang jumaat, sebab saya ada penyakit kronik, dan tak yakin selamat, dengan keadaan sekarang, jatuhnya hukum camne eh? sebab solat jumaat wajib and now dah dibenarkan, tapi saya tak pergi sebab takut terkena. boleh di terima ke atau tak?”

Ada hadis, Nabi bersabda, “Sesiapa yang mendengar orang yang melaungkan azan maka kena solat berjemaah kecuali orang uzur”, sahabat bertanya “Apa maksud uzur ?”. Jawab Rasulullah SAW: “Ketakutan atau sakit.”

Maka ketakutan tuan sebab ada penyakit kronik, memang dah kira darurat bagi tuan, bolehlah solat zohor di rumah.

Ok, sekian tiga soalan darurat yang saya sempat jawab. Jika salah boleh tegur, jika betul Alhamdulillah.

Woha!

No comments: