Bila ada bencana.. automatik kita akan teringat keluarga. Contoh Anjeli bila kena reject dengan Rahul terus call mak sambil berlinang air mata.
Filem Interstellar waktu bencana dunia nak kiamat, ada kisah anak tunggu ayah dan kekasih mencari kekasih.
Filem War of the World, dunia di serang makhluk asing, Tom Cruise cari bini sambil bawa anak anak.
Filem Day after Tomorrow, dunia dilanda kesejukkan. Ada kisah ayah cari anak.
Filem 2012. Bumi kiamat. Kisah ayah selamatkan keluarga bawa naik bahtera terbesar.
Filem Train to Busan. Wabak Zombie di Korea. Kisah ayah bawa
anak ke lokasi selamat.
Sementara itu. Bencana terbesar dalam hidup adalah Kiamat
kecil yang akan memisahkan semua keluarga. Dan mungkin kita akan mencari cari
di padang mahsyar. Dan semoga kita semua selamat di titian sirat dan masuk
syurga satu keluarga. Itulah nikmat terbesar.
Kembali ke dunia Sekarang. Wabak Covid, Misi selamatkan tiga
orang anak di zon PKPB telah bermula
Alkisahnya,
Hari Sabtu dari kuantan pergi kenduri anak saudara di Kuala Terengganu. Macam biasa jadi juru pantun. Penaja Tanjak. Penyakat orang bersilat. Kemudian petang hari waktu gotong royong dapat tahu Tentang PKPB (Pahang Kelantan Perlis Berkecuali)
Ok. Anak ada dua orang di asrama area Kemaman sekolah lain-lain. Tunggu cikgu whatsapp. Anak sulong di MRSM Kelantan tak terjejas sebab Kelantan berkecuali.
Call anak di kelantan, katanya sekolah macam biasa dan cuti deepavali dia tak nak balik. Nak stay asrama untuk study nak score final katanya.
Call pula dua anak di Kemaman, rupanya arahan balik telah di keluarkan dan minta ambik jam 3 petang lepas balik sekolah hari ahad.
Ok. Di hari ahad. Lepas tidur rumah arwah ayah. Saya plan Lepas zohor saya gerak dari KT ke Kemaman sempatlah.
Tapi lepas zohor dapat tahu semua sekolah di Malaysia tutup. Anak di MRSM Kelantan bagitahu kena balik jam 4 petang hari ni juga!
Alamak? Sekarang di KT, ke Kemaman jam 3 petang ambik dua anak lepas tu nak ke Kelantan jam 4 petang kena jadi the Flash.
Nak tumpang kawan anak punya kereta tak muat sebab harta dunia mereka sangat banyak (rujuk gambar)
Maka Allah kuasa makhluk tiada kuasa. Saya gerak ke Kelantan dahulu ambik anak sulung.
Sampai Kelantan jam 4.15 petang. Solat jamak sana. Dan bergerak ke Kemaman. Jalan agak sibuk. Jam 10 malam sampai untuk jemput anak kedua.
Anak kedua tumpang rumah warden yang baik hati sebab kenal anak saya yang top ten pelajar terbaik di asrama.
Anak ke tiga pula, asrama lain, tumpang sahabat saya yang tinggal di Kemaman.
Sahabat ini pernah saya suruh repair lampu rumah sewa saya di Kemaman sebab saya jauh di kuantan. Saya bank in rm300. Dia repair lepas tu bank in balik rm300. Katanya: "sahabat tolong sahabat"
Aduh... malu saya cara sahabat melayan sahabat.
Tapi begitulah hidup. Ada waktu ujian kita dipermudahkan dengan bantuan orang sekeliling dan ada waktu ujian kita terpaksa harung seorang diri sebab masing masing ada ujian tersendiri.
Nanti di padang mahsyar, jika tak duduk bawah arash, atas timbunan kasturi, dekat mimbar bercahaya dan dipakaikan pakaian kemuliaan. Maka kita akan tergolong dalam mereka yang bertelanjang dan waktu tu nafsu nafsi, masing masing sibuk nak selamatkan diri tak ada masa nak bantu orang.
Waktu tu dosa orang dengan kita akan kita tukarkan dengan pahala mereka. Dan jika mereka tiada pahala maka dosa kita akan ditransfer kepada mereka.
Maka orang paling muflis kata Nabi adalah dia yang di akhirat banyak pahala tapi kerana banyak dosa dengan orang maka pahalanya semua habis di tuntut. Dan bila pahalanya habis tapi masih ramai yang datang tuntut maka dia kena ambik dosa orang hingga akhirnya dia masuk neraka.
Ya betul. Orang yang kita tak bayar hutang dia akan ambik pahala kita dan jika kita takde pahala maka kita kena ambik dosa dia.
Maka takutlah kamu akan perkara hutang kerana orang yang mati syahidpun akan tergantung rohnya selagi hutang tak bayar.
Namun, Jika nak berhutang yang halal tiada riba adalah "hutang budi", yang dibantu mendapat pahala bersyukur dan yang membantu dapat pahala berganda kerana ikhlas.
Jadi.. Siapa nak saya terhutang budi dengan dia?, maka like dan share dan belilah E-book buku serta tanjak saya.
Woha!
No comments:
Post a Comment