Nov 14, 2020

Anak OKU? Tahap redha ibu bapa ada empat?

 

Pengalaman saya sendiri yang ada anak OKU, maka saya perhatikan, parent ni ada 4 katogori.

Tahap satu.

Percaya anaknya OKU, tahu anaknya OKU, tapi tak buat apa apa, hanya berserah pada takdir, tak daftar kad anak, pura pura anak normal, dan jika ada kawan cakap, anak awak ni normal, maka dia setuju walau jauh dilubuk hati risau anaknya yang lain dari orang lain, tapi takut nak terima kebenaran, maka hanya percaya dalam hati tapi menafikan dengan perbuatan.

Namun lambat laun, perbuatan sebegini akan effect pada anak, sangat kasihan pada anak bila dewasa, sebab OKU tidak boleh disembuhkan tapi boleh di rawat, lagi awal lagi baik, insyaAllah.

Tahap dua.

Percaya anaknya OKU, lalu bawa ke klinik, jumpa pakar, dapatkan anak kad OKU, lepas tu buat terapi dan sebagainya, Alhandulillah, ramai parent macam ni. Tahniah.

Tahap tiga.

Sama macam tahap dua tadi, tapi dia lebih advance, dia akan sebarkan kesedaran tentang OKU dikalangan masyarakat, dia akan berkongsi ilmu dengan parent lain, dia akan bantu semampu yang dia boleh, jika kaya, dia keluarkan dana untuk kepentingan anak OKU di kejirananya, jika orang seni, ada yang buat filem tentang kesedaran melayan OKU, atau menulis lagu, atau mengarang buku, jika dia seorang menteri, ada sahaja penambah baikakn hala tuju negara kea rah mesra OKU, pendek kata, BERPESAN PESAN DENGAN KEBENARAN.

Tahap empat

Ini paling tinggi, saya pun tak mampu nak capai secara istiqamah, iaitu dia sama macam parent tahap dua dan tahap tiga, BERPESAN PESAN DENGAN KEBENARAN. Cuma tambah satu lagi, dia bukan setakat berpesan pesan dengan kebenaran. Tapi berpesan pesan dengan kesabaran, iaitu istiqamah dalam kerja amal, redhanya sampai mati, tak pernah bersungut, anggap ujian sebagai nikmat, dikecam dan di keji, jalan terus! memang tahap tinggilah bagi mereka yang BERPESAN PESAN DENGAN KESABARAN.

Jadi sekarang, tepuk dada Tanya Iman, kita parent tahap yang mana?

Amboi, cik Hamka, reka reka tahap pulak, anak awak mild autisme bolehlah berpesan pesan dengan kesabaran, jika anak awak Severe autism macam anak saya, tentu awak pun akan malu dan tak mampu nak menulis buku sebab tak tahan ujian!

Astrafirullah, maafkan saya andai nasihat saya melukai hati Puan, tapi sungguh saya tak reka bab tahap ni, ada dalam Al Quran surah Wal Asri.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman (tahap satu) dan mengerjakan amal soleh (tahap dua) dan saling menasihati dengan kebenaran (tahap tiga) dan saling menasihati dengan kesabaran(tahap empat).” (Surah al-Asr 103:1-3).

Jadi rujuk ayat ni, Allah bagitahu SEMUA manusia rugi! KECUALI EMPAT TAHAP ini:

Tahap pertama: beriman, tapi jika beriman sahaja tak solat, tak puasa, tak buat baik akan ke neraka juga, maka tetap rugi.

Tahap Kedua: beramal soleh, solat siang malam, puasa, pergi haji, tapi jika amal soleh sahaja tak berpesan dengan kebenaran seperti tak hormat ibu bapa, tak redha anak OKU, tak jaga lidah, boleh masuk neraka juga, maka tetap rugi.

Tahap ketiga: berdakwah sambil berpesan dengan hak, Alhamdulilah dah bagus sebab sampaikan agama, tapi bila orang kecam, orang keji, terus give up, terus berhenti, terus sentap, maka rugi juga, untuk itu Allah pesan satu lagi.

Tahap ke empat, Berpesan dengan sabar, yang mana ikhlas buat semua perkara itu sampai mati, orang kecam dan keji, jalan terus, never give up, kipidap, masa tu ujian pun jadi nikmat, sentiasa bersyukur dengan ladang pahala, menurut saidina Umar, jika ayat ini turun, cukup untuk dia amal agama, nampak tak?

Jadi balik pada parent OKU, saya pun nak berpesan pada diri sendiri, agar kita mampu jaga amanah Allah ini hingga ke tahap berpesan-pesan dengan kesabaran.

Yang baik dari Allah, yang kurang atas kelemahan diri saya sendiri.
Tepuk dada Tanya Iman!

Ps: nama anak syurga saya Muhammad Iman, jadi saya nak pergi Tanya dia lah ni.

Sekian Tazkirah dari abang mayat.

Woha!

No comments: