Feb 14, 2018
Apa nak tanya pada Kekasih?
(Mereka yang ada Kekasih, cuba tanya soalan ini)
-BUMI NI RATA KE SFERA?
Jika dia jawab bumi ni leper, kesianlah sebab Ustaz Azhar
Idrus (pakar agama) dan Dr. Danial Zainal Abidin (pakar Sains) kata Bumi sfera
dan keliling matahari tapi bakal pasangan seumur hidup korang sanggup berhujah
lawan Ulamak dan Doktor Phd sedangkan naik kapal terbang pun belum pernah? Adohai..
-BETUL KE ORANG KE BULAN?
Biasa hujah mereka bahawa bukti orang ke bulan palsu adalah:
kenapa lepas Armstrong ke bulan orang dah tak pergi? Yang mereka tak tahu dah dua
belas orang pergi ke bulan jalan-jalan ke sana, ramai lagi yang masih hidup dan
ada bukti mereka pergi sana, tapi itulah, jika Ustaz dan Dr Phd pun dia sanggup
lawan berhujah, apa lagi Angkasawan? Kan?
-ANAK NANTI NAK CUCUK VAKSIN KE TAK?
Hujah paling popular, Yahudi yang cipta virus, dan yahudi
yang cipta vaksin, yang dia tak tahu, manusia ni nak cipta kepak lalat pun tak
boleh apatah lagi kuman? Lepas tu yang dia tak tahu, teknologi vaksin ni
berasal dari kepakaran perubatan islam, tapi itulah, jika Ustaz, Dr Phd dan
Angkasawan pun dia boleh lawan berhujah, apatah sangat Doctor Pakar?! Celah gigi
dia jer kot.
-PERNAH JOIN MULTI LEVEL MARKETING?
Bisnes cari orang jadi ahli, bukan nak jual barang sangat, produk
tak bermutu (jahil teknologi) tapi tipu dengan testimoni palsu (jahil sains) dan
jual dengan harga tak masuk akal(jahil agama). Lepas tu cakap kerja mudah tak
perlu cari orang, tapi bila jumpa orang terus promosi, (jahil strategi) adohai..,
asal MLM ni tak salah, tapi ruang untuk menipu dan ditipu terlalu besar. Maka
jika pasangan korang sokong MLM dan suruh korang jadi ahli itu ini begitu
begini, suruh dia buat bisnes yang betul. Ramai orang merana kerana MLM,
termasuklah pasangannya. , Tapi itulah, jika Ustaz, Dr Phd, Angkasawan dan Doctor
Pakar dia boleh lawan hujah? Apatah sangat Pakar ekonomi?
-PERNAH JOIN SKIM CEPAT KAYA?
Jika pernah dan sudah bertaubat alhamdulillah, semua tahu
kalau nak kurus kena jaga makan dan kuat bersenam, tapi tiba tiba bila nak kaya
boleh cukup dengan duduk sahaja dan labur modal dalam skim ntah apa-apa? Hotel
Mekah lah, Saham Sawit lah! Kopi belalang tempur lah! Bila orang nasihat tak
nak dengar, tapi logic jugak, jika Ustaz, Dr Phd, Angkasawan, Doctor Pakar, dan
Pakar ekonomi dia sanggup lawan, apatah lagi korang yang tak nak join skim
cepat kaya dia?
-APA PENDAPAT ANDA TENTANG ABU BAKAR DAN UMAR?
Tanya ni boleh tahu dia Syiah ke tak, iaitu bila dia sanggup
caci maki dua sahabat ni, untuk pengatuhuan: Syiah ni ajaran sesat, zaman Nabi
takde Syiah, tapi hati-hati sebab mereka ada ilmu MENIPU, iaitu pura pura
sokong Sahabat Nabi, cara nak uji, adalah korang puji Aisyah isteri Nabi banyak
banyak depan dia, jika dia diam seribu bahawa, Boleh jadi Syiah lah tu.
-SAMBUT MAULUD NABI BOLEH TAK?
Ni nak tahu dia ni wahabi ke tak? Jika dia kata tak boleh
dan bagi hujah Nabi tak buat-confirm wahabilah tu, salah satu ajaran sesat
jugak, tapi tanya dia, birthday saya nanti boleh sambut tak? Tentu Dia kata birthday
kekasih boleh yang tak boleh sambut birthday Kekakasih Allah, adohai.. Ada
jugak ustaz wahabi ajar pengikut dia bumi ni rata, sebab tafsir dalil guna cara
tersurat, Itu yang ada wahabi bagitahu Tuhan ada wajah, Tuhan ada kaki, Tuhan
duduk, dan macam macam lagi, adohai..
-NAK BERANAK DI HOSPITAL ATAU DI RUMAH?
Ini boleh tahu jika dia menyokong ajaran sesat Daola ke tak?
Zaman dulu kematian ibu dan anak tinggi sebab bukan semua kampung ada pakar
meyambut kelahiran bayi, zaman sekarang bayi songsang pun ada teknologi belah
perut selamatkan kedua-duanya. Orang tua zaman dulu bagitahu puntianak ni
berasal dari perempuan yang mati waktu bersalin dan toyol pula berasal dari
bayi yang juga mati waktu mak nya bersalin, Hantu Penanggal pun selalu
berkeliaran cari darah tumpah orang beranak. Tapi sejak zaman perubatan moden,
Nak cari puntianak, Penanggal dan toyol susah nak jumpa-Woha!
-APA PENDAPAT ANDA TENTANG TUN, ANWAR, HADI DAN NAJIB?
Ni boleh tahu dia macai politik mana, sebab politik matang,
sokong yang baik, dan kritik yang tak betul sahaja, Tapi jika kekasih korang: Apa
perti saya buat semua betul walaupun salah! Apa seteru politik saya buat
semanya salah walaupun betul-itulah MACAI Politik!
-PERNAH JUMPA HANTU?
Tanya ni boleh tahu tahap mistik yang dia percaya, kat sini
boleh tahu sejauh mana agama dan sains dikaitan bab pengalaman mistik, tapi
hati hati,almaklumlah, jika Ustaz, Dr Phd, Angkasawan, Doctor Pakar, dan Pakar
ekonomi dia sanggup lawan, apatah lagi korang yang tak pernah jumpa hantu? Kah kah
kah!
-SEDANG BACA BUKU APA SEKARANG?
Jika dia jawab tajuk buku apa apapun, Tahniah! Tapi jika dia
jawab:
“Maaflah, saya dah lama tak membaca buku, paling last baca
masa sekolah menengah dulu”
Atau,
“ Saya ada beli buku lima tahun lepas, tak habis lagi baca,
tak tahu nak sambung baca bila? Tak ada masa”
Atau,
“Maaf, saya tak boleh baca buku yang tak ada gambar,
pening!”
Atau,
“Saya lebih suka pergi seminar bayar mahal mahal untuk dengar
pakar motovasi ‘bacakan’ buku yang harga jauh lebih murah dari yuran seminar untuk
saya, nak baca sendiri malas sangat-jadi saya upah doctor palsu bacakan
semangat motivasi untuk saya”-Ambik kau!
Jika begitulah jawapan kekasih korang, memang patutlah dia
sanggup lawan dengan semua ustaz, Dr Phd, Angkasawan, Doctor Pakar, Ulamak, Pakar
ekonomi dan lain lain sebab malas membaca rupanya, adohai..
Dia tak tahu ke prosa ayat “saya dah lama tak membaca” atau “saya
malas membaca” itu semua adalah kekurangan. Kenapa bangga mengaku tak suka baca
buku dan anggap ianya satu kelebihan?
Habis tu, masa naik kapal terbang, masa tunggu bas, masa
jalan jem, masa berehat melancong tepi pantai, masa rehat sebelum tidur, tak
membaca kah korang? Korang buat apa?
Jika tak membaca, lebih suka termenung dan berangan, Kenapa
nak bagitahu semua orang aib korang yang malas membaca tu? Apa ke jadah?
Aku nasihat, lain kali, jangan sesekali mengaku tak suka
membaca, bosan membaca, beli buku tak baca, dan apa apa sajer alasan malas
membaca kepada sesiapapun sebab nanti orang tahu korang bodoh dan senanglah
korang kena tipu.
Itu yang pergi masuk skim cepat kaya, percaya bumi leper,
dengki orang ke bulan, percaya hantu dan bomoh, jual produl MLM yang mengarut,
percaya teori konspirasi dan macam-macamlah!
Habis sampai sini, banyak lagi soalan lain seperti: Bila khatam Al Quran berserta makna? demikanlah lebih kurang stok soalan
korang kena tanya pada kekasih Korang, dan jika jawapan ke laut, jangan terus
buang mereka, cuba Selamatkan mereka, InsyaAllah jika mereka ingin
diselamatkan, maka akan terbuka jalan-jalan kebaikkan.
Sesungguhnya, kepada Kekasih kita adalah jalan keindahan,
dengan syarat: Mereka ada Common Sense yang indah.
Woha!
Feb 13, 2018
Bagaimana "MENGUBAH" Takdir
(Tiga perkara yang boleh "mengubah" takdir.., InsyaAllah)
Dulu masa aku belajar agama, ada satu silibus penting iaitu;
BETULKAN FIKIR.
Biasa bila sampai masjid, ustaz akan suruh betulkan fikir
kerana apa yang kita fikir, itu yang akan kita dapat. Ustaz kata jangan fikir
nak cari salah orang, tapi fikir nak baiki diri dengan serah diri pada perintah
Allah.
Aku pada mulanya tak tahu macam mana nak betulkan fikir,
lalu kawan aku cakap, dia pernah waktu duduk di masjid fikir nak makan kuda,
tiba tiba kuda melintas jalan, eksiden!, cedera dan disembelih, lalu daging kuda
di beri kepada Jemaah masjid, dapatlah dia makan daging kuda buat pertama kali
dalam hidupnya..
Aku masa tu anggap kebetulan jer tu, lalu aku fikir nak
makan jagung rebus, lama aku fikir, petang tu orang kampung datang bagi jagung
rebus, wow!
Lepas tu aku fikir nak makan durian, tak dapat terus, tapi
esoknya dapat! Orang kampung datang bagi pada aku yang sedang iktikaf di
masjid. Lepas tu aku fikir nak makan daging itik sebab lama dah tak makan, tak
dapat terus, dalam tiga hari akhirnya ada orang tiba tiba bagi aku makan daging
itik!
Bila aku cerita pada ustaz, maka ustaz tegur aku:
“Hamka! Jangan fikir tentang makanan, jika fikir tentang
makanan, makananlah yang kau dapat. memang manusia di beri kuasa Fikir, Manusia
fikir atas besi, besi boleh jadi kapal laut, fikir lagi atas besi, besi boleh
jadi kapal terbang. Orang kaya fikir tentang wang, bisnes menjadi semakin maju,
orang miskin fikir tentang salahkan orang lain, akhirnya semakin miskin!
Gunakan kuasa fikir di jalan yang benar!
Formula formula matematik yang ditemui itu pun berkat fikir
manusia, teknologi-teknologi sains yang manusia cipta adalah berkat fikir
dengan sungguh sungguh! Betapa hebatnya fikiran manusia. Fikir apa sahaja,
kemudian, ia boleh terjadi. Ini Sunnatullah!
Jadi, kenapa kamu tak manfaatkan fikiran kamu yang hebat itu
untuk fikir atas agama? Jika fikir atas benda dunia pun menjadi, maka fikir
atas agama pun, mesti jadi! Sampai masjid kita kena bawa lari dari fikir dunia
kepada fikir akhirat. Kita sebagai orang Islam, fikir kita kena betul. Jika
banyak fikir dunia, maka dunialah yang akan maju. Cuba kita ubah kerisauan kita
daripada kerisauan dunia kepada akhirat... insya-Allah, kita akan berjumpa
jalan-jalan ke arah akhirat. Nabi fikir tentang ummat, akhirnya agama tersebar dan
ramai ummat dapat hidayah!"
Panjang aku kena ceramah dengan ustaz tentang JANGAN SALAH
GUNA KUASA FIKIR, tapi memang betulpun apa yang ustaz cakap, masuk akal sebab
apa yang ustaz tu cakap sebijik macam LAW OF ATTRACTION yang terkenal di Barat.
Aku waktu itu memang ada baca buku HOW LIFE WORKS oleh
Andrew Matthew, yang bincang bab “Law of Attraction”, atau dalam Bahasa melayu,
hukum tarikan.
Iaitu REAKSI FIKIRAN kita akan menghantar gelombang kepada
alam semesta dan akan menarik AKSI KEJADIAN selari dengan gelombang otak.
Katanya, Jika kita berfikiran ceria, maka nasib yang untung
akan tiba, tapi jika kita berfikiran murung, nasib malang akan menimpa. Begitu
lebih kurang.
Kata pengarang, dia bergaduh dengan isterinya, lalu
isterinya bengang dan pandu kereta hingga sampai di lampu traffic light warna
merah, isterinya berhenti sambil tunggu lampu hijau, tiba tiba kereta lain
datang dan langgar isterinya. Katanya bencana datang sebab isterinya sedang
menghantar gelombang kesedihan pada alam semesta.
Waktu lain, kata pengarang bila dia susah hati, semua benda
tak jadi, tapi bila dia senang hati, semua yang di buat-menjadi! Inilah kuasa
fikiran yang boleh mengubah takdir!
Jadi, dalam konsep “Law of Attraction” di Barat, Mereka
percaya gelombang positif dari otak akan mengundang takdir positif dalam hidup
yang dikuasai alam semesta, dan gelombang negatif dalam otak juga akan
mengundang takdir negatif dalam hidup, cuma mereka tak merujuk kepada kuasa
Tuhan, tapi merujuk kepada kuasa alam semesta sebab mereka tak percaya pada
TUHAN tapi percaya pada kuasa alam semesta dalam bab kuasa fikir.
Mereka juga percaya bahawa semua dalam alam ini saling
berhubung dengan manusia, dan mereka juga percaya dengan kuasa doa dan niat!
(sebijik macam ajaran islam!)
Siap mereka percaya, jika fikirkan orang lain ditimpa
bencana, maka bencana akan timpa kita! wow!
Jadi jika korang ada baca buku The Secret dan Law Of
Attraction maka yakinlah kita bahawa asas kefahaman kedua buku tersebut telah
diajarkan oleh Nabi Muhammad 1400 tahun yang lalu. Jadi kita tak payah nak ikut
Hukum TARIKAN ini dalam bab ‘mengubah’ takdir sebab mereka takde Tuhan, boleh
pulak berdoa kepada Alam Semesta! adohai..,
Jadi mari kita balik ke pangkal jalan kerana semua ini sudah
ada dalam Islam dalam bab kuasa fikir:
Firman Allah “Aku mengikuti sangkaan hambaKu padaKu, jika
sangkaannya baik maka baiklah yang didapatkan, jika sangkaannya buruk maka
buruklah yang didapatkan.
Tempat lain Allah berFirman: “Mintalah kepadaku niscaya
kuperkenankan bagimu”.
Maka yakinlah kita bahawa Allah memberi kita KUASA FIKIRAN
yang boleh ‘mengubah’ TAKDIR ALLAH, Kuasa itu ada dalam FIKIR, NIAT dan DOA.
Dengan tiga perkara ini, kita boleh ‘mengubah’ takdir dari
sudut padangan kita.
Note: di sisi Allah semua takdir telah tertulis, di sisi
kita, belum tahu apa takdir yang di tulis, maka usaha perlu dibuat untuk
‘mengubah’ nasib tapi dengan yakin yang betul bahawa segalanya telah
ditakdirkan.
Dalil Allah suruh ubah Nasib:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum
kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”
Jadi bagaimana nak ubah?
Guna kuasa fikir, niat, dan doa:
Allah berfirman: Aku bersama sangkaan hambaku padaku, dan
aku menyertainya ketika ia telah berdoa pada ku.
“Setiap orang akan memperoleh sesuai dengan apa yang ia
niatkan” (HR Bukhari Muslim)
“Aku mengikuti prasangka hambaKu, jika prasangkaannya baik
maka baiklah yang didapatkan, jika prasangkaannya buruk maka buruklah yang
didapatkan.” (Hadits Qudsi)
Maka fahamlah kita, dengan betulkan FIKIR, betulkan NIAT,
dan Betulkan DOA, maka takdir akan berubah daripada takdir yang tidak baik
kepada Takdir yang lebih baik!
Sebab tu Nabi gunakan kuasa FIKIR nya untuk risau kepada
Ummat, Nabi NIAT untuk selamatkan semua Ummat, dan Nabi DOA siang malam untuk
selamatkan Ummat hingga berbondong bondong orang masuk islam, tapi bukan semua
sebab hidayat ditangan Allah, dan inilah takdir.
Akhir kata:
Kita adalah apa yang ada dalam fikiran kita, dan fikiran
kita akan menarik apa yang kita fikir, jika kita takutkan hantu, maka semua
benda nampak seram, dan ada peluang untuk berjumpa dengan hantu walaupun itu
hanyalah kain putih ditiup angin, bunyi kucing bersetubuh pun kita akan sangka
suara puntianak bila terlalu fikirkan hantu! Adohai.
Tapi jika kita fikir tentang nikmat Allah, lalu bersyukur,
Allah akan tambah nikmat, jika kita mengeluh, maka hidup akan menjadi lebih susah,
jika kita sangka baik, maka takdir baik akan berlaku, sungguh Allah tak akan
ubah nasib kita jika kita tak berusaha, sebab tu Nabi fikir risau ummat, dan
berdakwah sungguh sungguh pada ummmat dan Yakin bahawa rezeki serta Hidayat
milik Allah.
Hasil kerja kita adalah takdir Allah tapi kita kena berusaha
dan bertawakkal sebelum takdir itu berlaku.
Wahai hati, apa yang sedang kamu rasa? Bertenanglah dan
pergilah berjumpa dengan Tuhanmu Bersama hati yang tenang!
Amin.
Feb 9, 2018
Apa maksud Bahagia?
(Tiga soalan yang patut korang tanya pada pasangan hidup)
Pada satu hari, aku telah bertanya soalan pada Puan Bini:
“Bila kali terakhir awak sedih hingga menangis?”
“Errr.. hmmm”
“Lama sangat tak sedih sampai lupa? Wow!”
“Ok, saya ingat lagi, waktu arwah mak abang meninggal, dan
minggu berikutnya kita balik kampung tak ada arwah mak abang sambut menantunya
macam biasa, bila masuk dapur tak ada orang, waktu itu sedih sangat, lepas tu
abang bawak saya ziarah kubur mak, berlinangan air mata saya rindu pada mak
mertua”
“Lama sangat tu, dah sembilan tahun”
“abang pula bila kali terakhir sedih?”
“Bila buku pertama abang siap, rasa sedih sangat sebab tak
dapat tunjuk kat arwah mak, sebab mak nak sangat anaknya menjadi penulis, siap
bagi nama HAMKA, tapi itulah, buku siap tahun 2012, arwah mak pergi tahun 2009,
tapi abang ada jumpa arwah mak dalam mimpi update kisah hidup, siap mimpi arwah
mak bagi saka lagi-ha ha”
“Saka tu lawak”
“Ok, bila kali terakhir awak gembira?”
“Sekarang, atau tadi waktu abang peluk saya bila sampai
rumah”
“Apa erti bahagia pada awak?”
“Bahagia datang bila saya dapat gembirakan abang, gembirakan
anak-anak, gembirkan orang lain, bahagia sangat dapat bantu orang
bergembira"
"Itu kesan dari gembira, apa definasi gembira?"
"Nak definasi pulak, macam karangan bahasa melayu
ni"
"Takpe, jawab jer, awak kan Clever Girl abang"
"Ok, takrif bahagia bagi saya adalah apabila saya ada
hati yang sentiasa bersyukur dengan semua nikmat walau sekecil-kecil nikmat dan
mampu bersabar dengan semua ujian walau sebesar-besar ujian-itulah bahagia!”
“Tinggi awak punya ayat-izinkan abang update di blog keretamayat!”
“Silakan!”
Lalu akupun update kisah laki bini, sementara itu korang
sila tanya pasangan masing-masing tiga soalan ini dan dapat jawapan nanti,
renung renungkan. Soalannya berbunyi:
- “Bila kali terakhir awak sedih hingga menangis?”
- “Bila kali terakhir awak gembira?”
- “Apa makna bahagia bagi awak?”
Jan 29, 2018
Bagaimana menjadi juru pantun bertunang?
(Skrip majlis pertunangan pihak lelaki)
Sampai sana, bersalaman dan tentu mereka
jemput masuk, korang pun duduklah tempat yang dah disediakan.
Tuan rumah akan mulakan majlis, mereka
mungkin akan bertanya tujuan datang dalam bentuk pantun, atau kata-kata puitis,
bila mereka izinkan pihak lelaki bercakap, mulakan dengan ucapan pembukaan
seperti:
“Alhamdulillah, Pinangan sudah diterima,
cincin tanda pinangan juga sudah di terima, maka sudah menjadi adat, setiap
pertunangan ada syarat-syaratnya, jadi kami pihak lelaki nak bertanya tiga
soalan.
Tanda kita dah tua, selain orang panggil
kita pakcik dan suruh ulang cakap sebab tak beberapa nak dengar, tanda lain
kita dah tua adalah bila ahli kelurga lantik korang jadi juru runding majlis
pertunangan. Ha ha!
Mudahkan hidup korang, siapa-siapa yang
jadi bidan terjun macam aku, boleh guna skrip yang aku karangi ini. Aku share
secara percuma, tapi nak beli buku aku dan jadikan hantaran pun boleh juga, Woha!
![]() |
| Contoh Hantaran Gubahan Buku |
Skrip dan adab majlis pertunangan bagi
pihak lelaki.
Pakai baju biar beradab, baju melayu
bersampin pun boleh, pakai baju batik bersongkokpun boleh. Waktu sampai rumah
perempuan, juru pantun elok pegang hantaran cincin dan mengetuai rombongan
perjalanan, nak berselawat pun boleh. Bidaah hasanah jika ikhlas dibuat tetap dapat
pahala.
“Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
terima kasih kepada seisi tuan rumah kerana sudi menyambut kedatangan kami
dengan:
Hati Yang Terbuka, Dada Yang Lapang,
Wajah
Yang Ceria, Kedatangan Di Raikan.
Alhamdulillah, Syukur pada Allah atas
segala nikmat, dapat kita berkumpul di majlis yang penuh berkat, amin.”
Dah habis mukadimah, Boleh mulakan dengan
pantun pembuka:
“Dari Terengganu Ke Pantai Barat,
Hendak
Menangkap Sekawan Ikan,
Kami Datang Membawa Hajat,
Hendak Menyunting Bunga Di Taman.”
Lepas tu taaruf (kenalkan diri):
“Sebelum itu elok saya perkenalkan diri,
Saya Muhammad Hamka driver keretamayat mewakili yang dihormati abang ipar saya
encik A dan kekanda yang saya cintai Puan B bagi pihak anak saudara saya yang
bernama (masukan nama pengantin lelaki)
Al kisahnya sejak beberapa purnama yang
lalu, kekanda saya yang dicintai mengadu bahawa si anak terunanya sedang mabuk
dilanda angau asmara, makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah dan dalam
mimpi mengigau ngigau menyebut nama (masukan nama pengantin perempuan)
Jadi tujuan besar kami datang adalah untuk
menyambung ikatan silaturahim antara dua keluarga. Lagipun adalah Sunnah nabi,
bertanya dahulu- adakah (masukan nama pengantin perempuan) sudah berpunya? Jika belum berpunya saya
secara rasmi bagi pihak tuan badan ingin masuk meminang, insyaAllah…”
Begitu lebih kurang takruf dan mukadimah
pertunangan, bila pihak perempuan jawab, dan kita anggap mereka sudah terima,
maka boleh sediakan pantun terima:
"Buah kelapa pohonnya condong, baru sekarang
hendak berbuah
Sudah lama niat kami kandung, baru sekarang
dizinkan Allah."
Lepas tu boleh cerita tentang tanda
pertunangan.
“Alhamdulillah, pihak kami sangat bersyukur
atas penerimaan pihak tuan rumah, maka pertunangan sudah tentu ada
tanda-tandanya,
(sambil hulur cincin, boleh hulur sembahan sirih dengan pantun
di bawah)
“Setapak sirih, tanda hati bersih, Seulang
pinang, tanda hati sayang
Secalit kapur, tanda hati jujur, sebentuk
cincin, tanda pertunangan”
Waktu ini biasanya cincin akan di serahkan
kepada pihak perempuan belah sana, bila pihak mereka dah terima cincin, boleh
sambung skrip:
Bila dimana tempat berhajat
Berapa nilai, hantaran bersyarat?
Waktu ini perbualan mungkin akan menjadi
tidak formal sebab tak tahu nak bincang mana dulu? Hantaran ke? Maskahwin ke?
Tarikh kahwin bila? Tempat di mana? Jadi waktu ini follow jer tuan rumah nak
bincang mana dulu, jika tuan rumah banyak diam, boleh pihak lelaki bagi tarikh
cadangan dan tempat majlis bagi pihak lelaki, lepas tu bincang tentang
hantaran, waktu itu mungkin dah tak perlu pantun pantun, follow jer the flow. Sembang
santai sahaja. Yang penting:-
Pastikan jumlah hantaran(belanja hangus
untuk majlis kenduri) dan maskahwin(khas untuk siteri) di sebut jelas dan Tarikh
majlis bagi pihak lelaki dan perempuan juga di sebut jelas, jika tidak jelas,
boleh sebut tempoh pertunangan dengan jelas.
Bab Mahar dan hantaran tu, ada tempat yang
gabung sekaligus hantaran dan maskahwin, jadi follow jer the flow. jika tak de
idea boleh minta ibu bapa pengantin tambah pendapat dan suara masing masing,
bagi peluang orang tua-tua bercakap sama.
Hujung majlis boleh serahkan beberapa
dulang hantaran iringan sebagai hadiah sampingan. Atau majlis sarung cincin
dari ibu pengantin lelaki ke jari bakal pengantin perempuan.
Ada jugak kes, meraka ajak bincang bab
pertunangan separuh jalan, skripnya lebih kurang:
“Sesunggunya jodoh pertemuan di tangan
Tuhan. Sekiranya putus pertunangan atau jodohnya tidak kesampaian, semoga tali
persaudaraan tetap kita kekalkan. Untuk itu tiada dakwa-dakwi. Segala apa yang
diberi dan diterima, diberi dan diterima dengan ikhlas. Namun begitu marilah
kita berdoa agar niat murni kita diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga jodohnya
kekal selamanya”
Ok begitulah lebih kurang skrip, awal awal
jer nak ikut skrip, bila dah lajak jalan berbahasa, korang akan selesa sendiri, jika
pihak sana banyak berpantun ni ada beberapa stok pantun untuk di jual beli:
Negeri Terengganu di tepi pantai,
Tempat
mandi ikan tembakul,
Yang kita hajat sudah tercapai,
Yang kita
doakan sudah terkabul.
Lagi pantun:
Negeri tuan sungguh indah,
Semua cantik
tidak terperi,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan
di dalam hati
Nak lagi pantun?
Tanam mayat jauh ke tengah,
Batu
nisan bercabang dua,
Hancur mayat dikandung tanah,
Budi yang
baik dikenang jua.
Woha!
Jadi begitulah lebih kurang adat dan adab
dalam majlis merisik dan bertunang, bagi pihak Clever Girl, hantaran tu jangan
tinggi sangat, sebab ada hadis bagitahu, wanita mulia apabila cepat kahwin,
cepat beranak dan murah mas kahwinnya.
Pertunangan itu Sunnah, dan Sunnahnya
jangan lama sangat bertunang, tunang tanda ikat sementara kerana pihak Boboboy
ada urusan yang perlu diselesaikan maka dalam tempoh bertunang tak bolehlah
orang lain nak rampas.
Dah bertunang juga bukan tiket untuk bebas
bercouple, hukum haram tetap sama macam belum bertunang, jadi jangan hampiri zina.
Masa bertunang banyakkan belajar urusan
rumah tangga terutama bab bab agama, sebab perkahwinan ni kita nak bawa sampai
ke syurga.
Bagi yang belum bertunang, jangan bimbang,
teruskan doa dan usaha, yakinlah bahawa Jodoh akan datang pada kita seperti
mana maut akan datang pada kita, yang mana jika tunggu punya tunggu tapi jodoh
tak datang-datang maka berkahwin lah kita dengan maut.Tapi jangan bimbang,
walau belum bertunang, dan andai kata kita mati dalam keadaan beriman, jodoh
kita tetap setia menanti di syurga, tapi jika kita mati tak beriman, maka
membujang lah kita dalam neraka, walau di dunia punyai banyak kekasih!
Okey, tak boleh lama menulis, ramai orang perempuan
nak ambik gambar dengan juru pantun yang hensem giler.
Jan 24, 2018
Apa ada pada First Time?
(Tip borak berilmiah bersama Laki bini)
Aku sedang pandu kereta dari KL ke pantai timur.
Cuaca yang sejuk, jalan raya yang lengang, lalu Puan Bini
memecah sunyi dengan satu cadangan:
“Abang, cuba kita bincang apa pencapaian kita tahun lepas,
perkara baru yang kita buat dalam hidup dan benda tu bagus!”
Pandai Bini memancing aku yang sedang dahaga beberapa
rangkap perbualan, lalu kamipun bincang tentang pecapaian hidup laki bini
sepanjang tahun lepas, terutama benda baru dalam hidup.
Antaranya:-
1. Pindah rumah baru sebelum bulan puasa tahun lepas. Rumah
Pertama dulu teres tengah, rumah kedua end lot, rumah ketiga Alhamdulillah
rumah banglo saiz sederhana di atas tanah lot. Banyak kerja kena buat sebab
beli tanah dan upah orang buat rumah, tapi harga jauh lebih rendah dari
pasaran. Walaupun banyak nak kena urus, nak kena tambah tanah, daftar api, buat
laluan paip, kos bina pagar, indah water, dan macam-macam tapi benda pertama
kita buat, semua teruja dan seronok.
2. Berjaya jual kereta kedua yang dah pakai 15 tahun, beli
kereta baru yang kecil sahaja, sebab nak jimat minyak, kira benda baru
jugaklah.
3. Berjaya turunkan berat badan hampir 10kg, terima kasih
Puan bini yang sudi masak lauk sihat tapi sedap.
4. Berjaya siapkan buku baru “kisah terakhir tentang Hantu”,
dan masuk pasaran di pesta buku april lepas, tapi sayang sikit, penerbit dah
tutup hujung disember, terkini dah dapat tawaran dari tiga penerbitan, sedang
timbang tara.
5. Buku Kisah Laki Bini dapat anugerah Buku Paling Popular
katogori Buku Alternatif terbitan Buku Pojok anak syarikat Karang Kraf, sempat
berkongsi pentas dengan penulis tersohor Ramlee Awang Murshid pada bulan julai.
6. Lepas raya tahun lepas, berjaya daki gunung Suku dan
Gunung Irau di Camaron Higland, sungguh indah ciptaan Allah!
7. Bawa anak bini jalan jalan tempat first time untuk mereka
macam naik bot di sungai Terengganu, panjat bukit Keluang di Besut, pergi KL
MiNiature itu semua first time bagi mereka, tempat lain dah banyak kali repeat
tak payah cerita.
8. First time dapat mengajar ilmu kejuruteraan hujung minggu
di Bangi dan Johor, tahun ni ada lagi job katanya, alhamdulillah.
9. Berjaya terjun tiruk dalam tasik dayang bunting di
langkawi tahun lepas, first time island hoping situ, huhuhu
10. Berjaya jadi penceramah jemputan di Bengkel Penulisan
Kreatif di Terengganu, dan Kuantan pada awal tahun lepas, terima kasih kepada
yang sudi hadir.
![]() |
| Kelihatan di hujung sekali Maulana Abdul Fatah dari Madrasah Kubang Bujuk. |
![]() |
| Di Kuantan |
11. First time ke udara bersama DJ wan di Manis FM
13. Hampir setiap bulan berjaya balik kampong ziarah ibu
bapa sendiri dan mertua.Ini pun bukan first time)
14. Habiskan kitab Mutakhab Hadis bacaan bersama anak
bini...
Eh? Banyak kejayaan yang bukan first time, jadi tak perlu
ceritalah, ambik yang first time jer, huhuhu
So panjang lagi jika nak cerita, moral dari karangan ini
adalah:-
Jika nampak suami mengantuk, ajak lah laki borak topik ini.
Aku percaya korang punya pencapaian tahun lepas jauh lebih hebat dari hidup aku
yang sederhana ini, Sungguh jika kita selalu bersyukur, Allah akan tambah
nikmat, jadi tahun ni aku azam nak turunkan lagi berat badan, nak naik gunung
yang belum pernah didaki, nak ke luar negara, nak siapkan buku baru, nak bantu
Jemaah berdakwah, bla bla bla.
Hmmm, elok aku cerita tentang azam first time tahun ini,
bini terus tidur sebab banyak list lebihkan laki, bini nak guna bajet untuk
renovate rumah, aku nak guna bajet tu untuk jalan-jalan, jadi tutup majlis
dengan doa memandu.
Woha!
Jan 8, 2018
14 sebab Kenapa Pasangan Bercerai?
(Pengakuan: 14 sebab kawan aku nak ceraikan bini dia-Sungguh Derita yang ada Akhir lebih baik dari Derita Selama-lamanya)
![]() |
| petikan buku Kamar sutera |
Hari tu sembang dengan kawan, katanya layanan makan dan
ranjang fail, buat dia mencari bini baru dan nak cerai bini lama, dalam komen ramai marah orang lelaki sebab tak boleh tolak ansur bab makan dan ranjang,
adohai perempuan, nak selesaikan masalah jangan tengok dari mata katak bawah
tempurung, tapi tengoklah dari mata burung.
Bab makan, ada korang jumpa lelaki suka makan sorang sorang
dikedai? Mereka makan mesti nak bersembang, jika ada orang teman, dua tiga jam
pun boleh lepak kedai makan. Jadi bayangkan jika korang biar suami selalu makan
sorang sorang. Mereka akan fikir, ada bini sama jer dengan takde bini.
Bab ranjang aku malas nak cerita, sebab lelaki wajib inzal
bila ghairah, air boleh naik kepala dan mudah stress, Peranakan lelaki dan
perempuan tak sama, sebab perempuan bila gharah tak inzal dia tak akan stress
macam lelaki. Korang bukan faham bab inzal ni lagi lagi jenis yang jarang dapat
inzal, memang tak fahamlah.
So, aku borak lagi dengan kawan aku tu, dia bagitahu banyak
lagi sebab lain, so dia rajin nak cerita, dan aku kongsi untuk panduan korang
semua.
14 Sebab kenapa lelaki nak cerai bini, antaranya:
- Tiada win win situasi, asyik nak memang jer, bab seks selalu tolak memang bini menang, laki tidur dalam keadaan air naik kepala, memang stress, jika tak boleh seks, bini boleh blow job suami, bini boleh guna tangan, celah peha, celah ketiak, fahami keperluan seks suami, Kreatif sikitlah wahai orang perempuan. Jangan biar suami tidur dalam keadaan murung. Perkara yang sama Bab makan: Bila si bini tak pandai masak dan malas nak belajar, selalu suruh suami masak atau bungkus dikedai, dan biar suami makan sendiri di meja makan, sekali sekala takpe, lama lama, lebih baik suami makan kat kuar dengan kawan, dan bungkus jer kat bini. Tapi dah bungkus bini kadang tak nak makan, katanya takde selera. Lepas tu masak sendiri lauk yang laki tak suka makan.(kahwin ni kena sama sama mengalah-sama sama menang, kalah sikit sana, memang sikit sana, tolak ansurlah)
- Tak berkongsi masa depan yang sama, laki nak anak ramai, bini nak anak sikit, laki nak rumah bekembar, bini nak rumah banglo, laki nak duduk dekat rumah mak dia, bini nak duduk dekat rumah mak dia jugak, laki nak bini menyusu, bini nak anak minum susu formula, laki nak beli kereta jenama tempatan, bini nak kereta jenama luar negara, laki ajak tengok wayang cerita perang, bini tak nak sebab bising sangat, dan lain-lain. bila masa depan dah tak sama tujuannya, kenapa suami isteri nak kena hidup sampai tua bersama? (perang tak boleh memang jika musuh berbeza)
- Bercakap bila perlu sahaja, banyak masa bini diam, dekat meja makan senyap, dalam kereta senyap, masuk tidur tak bagitahu, cakap bila perlu sahaja, rasa diri tak wujud sebab sepatutnya ada banyak benda boleh borak, tapi bila ajak borak, takde respon, bila menyanyi bini cakap bising, adohai… (enjoy the silence tak berlaku bila tak cinta)
- Tak jaga perasaan Pasangan. Bini happy bila menguntungkan dia sahaja, balik kampung sendiri, seronok, balik belah mertua-monyok, keluarga sendiri datang layan dengan baik, keluarga suami datang, layan ala kadar dan merungut rungut, hari gaji ceria ajak makan kat luar, hujung bulan duit belanja sikit monyok dan mudah emosi, bukankah cinta itu susah senang bersama? Kenapa waktu senang jer abang sayang? Waktu susah abang melayang? Kenapa Bini perlu lebihkan keluarganya dari suami? (orang perempuan lupa dia selalu lukakan hati suami, tapi tak lupa bila suami calar hati dia sikit huhuhu)
- Laki jadi mudah cumburu tengok kebahagian pasangan lain, dan laki jadi mudah jatuh cinta pada orang lain sebab kat rumah tak dapat perhatian dan kasih sayang, jadi dalam kes kawan aku ini, dia dah rapat dengan sorang perempuan yang boleh di ajak bersembang, nak kongsi masa depan bersama, tak kisah kerata jenama tempatan, suka jer suamim duduk dekat rumah mak suami, rumah berkembar pun okey, jadi sekarang member aku ni memang nak cerai lah bini sebab tak nak bini baru susah- (bab ni aku tak setuju, bagi aku lebih baik poligami untuk isi kekurangan bini pertama, tapi jika bini pertama mintak cerai tak nak di madu- tak boleh buat apa lah)(nota tambahan: bila pasangan curang- memang ada kekurangan dalam diri kita-ini ujian hidup, sebab tu jangan berlagak perfect terutama bila dah berumah tangga, tanya apa kurang kita pada pasangan, dan baiki hubungan serentak dengan baiki diri-pesan pada diri sendiri)
- Status kahwin menjejaskan kerja dan hobi suami, bila balik rumah kena jaga anak sebab bini banyak tidur, masuk pejabat pun mengantuk, kawan ajak memancing pun tak boleh, tengok bola pun tak boleh sebab bimbang bini merajuk dan anak jadi mangsa, jadi bila status kahwin jejaskan hidup normal, memang tak boleh nak selamat lagi. Mak ayah pun kesian tengok suami dah tak ceria macam zaman bujang, sepatutnya perkahwinan jadikan diri lebih bagus, ini makin stress, bini banyak buat benda memalukan mak dan ayah sendiri-(tak pandai masak dan tak bercampur) laki mana boleh tahan? Laki ingin bebas, sebelum kahwin kena ikut cakap mak bapak, tapi bila kahwin kena ikut cakap bini? Apa ke hal?(perkahwinan sepatutnya buat manusia menjadi lebih hebat, masalah seks dan makan dah selesai, terus focus pada bakat, tapi jika makin teruk, bercerai lagi bagus)
- Bini tak hormat suami, selalu buat apa apa tanpa pengetahuan suami, ajak mak ayah datang tak bagitahu, nak pinjamkan kereta tak bagitahu, masuk tidur tak bagitahu, pergi kedai tak bagitahu, nak beli rumah pun tak bagitahu? Memang lah aku tak setuju beli rumah dekat kampung dia, tapi kenalah bagitahu, dia ingat aku ni tunggul?(jadilah pasangan yang hormat satu sama lain)
- Laki jadi gatal, sepatutnya laki tak gatal kacau perempuan lain, tapi bila gatal, ada sesuatu tak kena dalam rumah tangga laki tu, jadi ketahuilah, jika ada lelaki yang dah kahwin tapi selalu mengorat sana sini, ketahuilah, dia ada masalah dengan bini dia.
- Bini kuasai laki dengan merajuk, rajuk mudah pujuk tak apa, tapi merajuk yang susahkan anak, susahkan suami, susahkan tempat kerja suami, susahkan mak ayah suami, jadi suami takut nak buat isteri merajuk dan jadi lurus bendul, isteri pulak merajuk benda kecil jer pun, tapi melarat. Sanggup balik rumah mertua tanpa izin atau pergi ‘bersembunyi’ ntah mana-mana? Jadi satu kerja nak cari, nak cuti, rupanya sewa hotel tenangkan diri? Apa ke jadah?Kenapa seksa suami dengan merajuk sebegitu?(pasangan yang baik tidak mengokong, tidak menyusahkan, malahan menyenangkan, menyelesaikan masalah)
- Hilang percaya pada bini. Mungkin bini pun curang? Sebab merajuk jer keluar rumah pergi ntah mana-mana? (Ini mungkin hanya sangka buruk suami, tapi suami mana tahan dengan bini yang selamba keluar rumah tanpa bagitahu? Bukan suruh minta izin pun, suruh bagitahupun fail? Adohai.)
- Curang! Suami mengaku curang! Bagaimana nak selamatkan lagi hubungan ini?(dah campur pihak ke tiga, pilihan yang ada: Poligami atau cerai? sendiri pilih)
- Suami jadi cakap menipu sebab tak nak bini merajuk, contoh: saya tak penat pun kerja, jadi saya masak hari ni, padahal, saya penat sangat, boleh tak awak masak macam mak saya masak? Tapi nanti bini merajuk, jadi bila dah selalu cakap menipu, maka dah tak guna lagi hubungan sebegini. (Hubungan sepatutnya tiada cakap tipu-tipu, kena jujur dan terus terang, jika nak inzal, cakap!, jangan pura pura inzal)
- Sangka bila ada anak, masalah selesai, tapi tak! Bila beli rumah masalah selesai, tapi tak! Bila pindah jauh sikit dari mak bapak dia ingat masalah selesai, rupanya tak! Pening! (Rupanya sikap cari bahagia di masa depan tak mebantu rumah tangga, kebahagain kena cari sekarang! Masa depan adalah hari ini-ini silap yang aku nampak pada member aku...)
- Arah hidup semakin berbeza, tapi si dia tak nak ikut, panjang cerita, memang jadi masalah jika kekal bersama tapi haluan tak sama, maka kena bercerai juga katanya, kalau tak si dia dan isteri akan terseksa.
Pesan aku, jangan baca ini untuk rujukan wanita sahaja,
lelaki pun sama, bila cerai takde satu pihak salah, dua dua ada salah. Cuma pujian pada kawan aku sebab tak nak lafaz talak di luar
mahkamah, nak bercerai cara elok katanya, tapi pelik sebab tak nak poligami
walaupun bini pertamanya dah izinkan sebab nak senang dia datang waktu melawat. tak nak poligami pulak, adohai..Macam
macam hal korang ni,
Apa-apapun: Jodoh ni
termasuk kerja Tuhan, So, tak payah stress sangat.
Pintu masuk ke alam perkahwinan, pandai buat dengan cara yang
halal, seperti merisik, bertunang, dan lain-lain. Selebihnya kita tawakal
kepada Allah. Bila ada masalah
rumah tangga, jalan keluar kepada perkahwinan juga halal, iaitu penceraian
dengan lafaz yang sopan, setelah bincang dengan baik baik, yang penting cara
halal, Selebihnya kita tawakal kepada Allah,
Sungguh adil dan BijaksanaNya Allah kerana halalkan ceriai,
sebab Derita yang ada Akhir lebih baik dari Derita Selama-lamanya.
Akhir kata, sedikit pesanan kepada orang bukan islam, dalam
kepercayaan kami, tanpa iman, korang akan kekal selamanya dalam api neraka,
tapi jika ucap kalimah Tauyibah, maka korang akan ada iman, dan pasti suatu
hari nanti masuk syurga jua.
Maka sungguh Derita yang ada Akhir lebih baik dari Derita
Selama-lamanya, maka tolong jangan bercerai dengan Allah!
Ucaplah La Illah hailallah, pasti kamu akan Berjaya!
Woha sampai syurga!
Ps: Kepada bini-bini: Bab tidur awal aku nak pesan satu jer, jika betul-betul
penat, mintak maaf kat suami awal-awal sebab terpaksa masuk tidur awal, laki
yang faham akan kurang stress jika isteri mintak izin, nampak dihormati dan
semua suami ingin dihormati. Bini aku pun sama, Aku tak halang dia tidur awal, malahan aku izinkan dia tidur awal
dengan syarat: jangan pakai seluar dalam! Woha!
Jan 3, 2018
Selamat Tinggal Buku Hamka Keretamayat?
(Buku Hamka sampai 2017 sahaja, maafkan kami-penerbit)
Satu hari saya terima MEMO dari Penerbit Buku TERFAKTAB
MEDIA.
****
Makluman kepada Saudara Hamka Kereta Mayat.
Dukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa Terfaktab Media
akan menutup operasi penerbitan pada akhir Disember 2017 ini.
Keputusan yang berat ini merupakan keputusan sebulat suara
anggota dan wargakerja Terfaktab Media setelah mendapat pandangan daripada pelbagai
pihak. Bak kata pepatah kereta mayat; "Berat mata memandang mayat, berat
lagi bahu memikul mayat."
Kami memohon maaf kerana tidak dapat lagi menjadi penerbit
anda selepas ini. Pada masa yang sama, kami ucapkan terima kasih kerana sudi
menerbitkan buku bersama kami.
***
Okey, panjang lagi Memo jika nak cerita, Cuma di sini saya
nak bagitahu kenapa buku saya ada yang susah dapat di pasaran, antaranya
PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI, SEMUSIM DI SYURGA, SEMUSIM DI NERAKA, KAMAR
SUTERA, dan BUKU TERAKHIR TENTANG HANTU, terjawablah sudah sebab Penerbit dah
tutup dan tidak di ulang cetak, InsyaAllah kita tengok tahun depan bagaimana
nasib Lima Buku saya ini meluaskan jajahannya mungkin dengan penerbitan baru
atau saya terbit sendiri.
Beruntunglah yang dah beli, Dalam stok saya untuk lima buku
ini yang boleh di beli online, hanya ada KAMAR SUTERA, dan BUKU TERAKHIR
TENTANG HANTU, yang lain dah sold out!
Balik kepada Terfaktab Media yang dah nak tutup, saya cuba
imbas kembali kenangan pada tahun 2012,
Suatu hari saudara Aqram, Bos besar Terfaktab, call dan ajak
saya tulis buku dengan beliau, waktu tu saya terbit sendiri buku PERMATA YANG
HILANG, dan jual on line sahaja, cetakan pertama habis tak sampai beberapa
bulan, dan oleh sebab saya nak tumpu pada penulisan, maka saya setuju buku baru
diterbitkan oleh pihak lain, lalu saya cadang kisah laki bini yang berjudul
"KAMAR SUTERA", iaitu prequel kepada PERMATA YANG HILANG, beliau
setuju dan dalam lima tahun, saya dah ada lima judul buku terbitan bersama beliau,
purata setahun satu buku.
Antara pengalaman manis bersama Terfaktab selain dapat duit
Royalti, adalah bila Aqram kata semua buku saya dapat sambutan hangat, so kami
Laki Bini pernah di belanja oleh Aqram melancong luar negara sebagai bonus.
Lain kenangan manis adalah bila korang share gambar hantaran
kahwin dengan buku Keretamayat menghias dulang hantaran, nampak sangat korang
semua bakal menjadi generasi baru yang bijak menilai ilmu hingga Buku-Buku di
angkat tinggi dengan dijadikan hadiah perkahwinan, kagum dari jauh!
Kenangan manis juga bila berjumpa dengan para pembaca semua yang sanggup beli online, beli COD, beli di jalanan, beli di kedai makan, bertaur minta tanda tangan, siap ada ambik gambar, ada bagi hadiah, ada suruh doa pada air botol, dan macam macam lah!
Tapi itulah, mayat tak selalunya cerah, sampai masa akan
pucat juga, maka industry buku yang penuh liku-liku kehidupan membuatkan banyak
syarikat buku gulung tikar termasuk Terfaktab Media.
Doakan kami Berjaya menempuh 2018 dengan azam dan misi yang
baru, buat masa ini saya ada satu buku baru dengan BUKU POJOK, harap lulus
terbit pada pesta buku antara Bangsa 2018.
Buku baru ini saya menulis dengan tema The Last Jedi, eh?
Silap! THE LAST BOOK, iaitu jika saya tahu tarikh mati, buku apakah yang akan
saya tulis buat kali terakhir.
Doa dan Tunggu!
InsyaAllah di page Facebook, di Instagram, di Blog dan
lain-lain, saya akan berterusan kongsi cerita dan nota peribadi secara percuma
yang di kutip dalam menempuh aral melintang kehidupan.
Akhir kata, terima kasih kepada semua pembaca yang sudi
membaca coretan keretamayat. Nikmatilah saat saya masih hidup sebab jika ada
muka surat buku yang tak berapa faham, boleh mesej di Facebook mintak
penjelasan-Woha!
Tapi bila saya dah mati, lepas baca buku saya, boleh
sedekahkan Al Baqarah, eh? Silap, Al Fatihah. Amin.
Akhiri dengan pantun:
Tanam mayat jauh ke tengah, batu nisan bercabang dua
Hancur Mayat di kandung tanah, mayat yang baik di kenang jua
Terima kasih semua!
Semoga Woha sampai Syurga!
Ps: Walaubagaimanapun, Buku saya dibawah BUKU POJOK Karang
Kraft, masih boleh di beli disemua kedai buku, Popolar, MPS, SMO dan lain lain
iaitu KISAH LAKI BINI, KISAH ANAK BINI dan SATU.
Buku saya di bawah penerbitan TARBIAH SENTAP iaitu MENANGKAP
DAJJAL DI WAKTU DHUHA juga boleh di beli disemua kedai buku, InsyaAllah.
JIka sukar dapat di kedai, boleh beli On line dengan saya
buku yang selain terbitan Terfaktab itu, boleh saya tanda tangan dan lukis
sikit sikit bergantung pada request pembeli. Amin.
Link untuk beli:
(jika malas isi borang, boleh email atau pm di FB tajuk buku
pilihan, saya akan bagitahu harga termasuk pos, jika setuju, bank in, dan
sayapun pos, terima kasih kerana membeli belah di halaman kereta mayat)
![]() |
| Gambar semua Buku |
Subscribe to:
Posts (Atom)







