Feb 14, 2018

Apa nak tanya pada Kekasih?


(Mereka yang ada Kekasih, cuba tanya soalan ini)

-BUMI NI RATA KE SFERA?

Jika dia jawab bumi ni leper, kesianlah sebab Ustaz Azhar Idrus (pakar agama) dan Dr. Danial Zainal Abidin (pakar Sains) kata Bumi sfera dan keliling matahari tapi bakal pasangan seumur hidup korang sanggup berhujah lawan Ulamak dan Doktor Phd sedangkan naik kapal terbang pun belum pernah? Adohai..

-BETUL KE ORANG KE BULAN?

Biasa hujah mereka bahawa bukti orang ke bulan palsu adalah: kenapa lepas Armstrong ke bulan orang dah tak pergi? Yang mereka tak tahu dah dua belas orang pergi ke bulan jalan-jalan ke sana, ramai lagi yang masih hidup dan ada bukti mereka pergi sana, tapi itulah, jika Ustaz dan Dr Phd pun dia sanggup lawan berhujah, apa lagi Angkasawan? Kan?

-ANAK NANTI NAK CUCUK VAKSIN KE TAK?

Hujah paling popular, Yahudi yang cipta virus, dan yahudi yang cipta vaksin, yang dia tak tahu, manusia ni nak cipta kepak lalat pun tak boleh apatah lagi kuman? Lepas tu yang dia tak tahu, teknologi vaksin ni berasal dari kepakaran perubatan islam, tapi itulah, jika Ustaz, Dr Phd dan Angkasawan pun dia boleh lawan berhujah, apatah sangat Doctor Pakar?! Celah gigi dia jer kot.
-PERNAH JOIN MULTI LEVEL MARKETING?

Bisnes cari orang jadi ahli, bukan nak jual barang sangat, produk tak bermutu (jahil teknologi) tapi tipu dengan testimoni palsu (jahil sains) dan jual dengan harga tak masuk akal(jahil agama). Lepas tu cakap kerja mudah tak perlu cari orang, tapi bila jumpa orang terus promosi, (jahil strategi) adohai.., asal MLM ni tak salah, tapi ruang untuk menipu dan ditipu terlalu besar. Maka jika pasangan korang sokong MLM dan suruh korang jadi ahli itu ini begitu begini, suruh dia buat bisnes yang betul. Ramai orang merana kerana MLM, termasuklah pasangannya. , Tapi itulah, jika Ustaz, Dr Phd, Angkasawan dan Doctor Pakar dia boleh lawan hujah? Apatah sangat Pakar ekonomi?


-PERNAH JOIN SKIM CEPAT KAYA?

Jika pernah dan sudah bertaubat alhamdulillah, semua tahu kalau nak kurus kena jaga makan dan kuat bersenam, tapi tiba tiba bila nak kaya boleh cukup dengan duduk sahaja dan labur modal dalam skim ntah apa-apa? Hotel Mekah lah, Saham Sawit lah! Kopi belalang tempur lah! Bila orang nasihat tak nak dengar, tapi logic jugak, jika Ustaz, Dr Phd, Angkasawan, Doctor Pakar, dan Pakar ekonomi dia sanggup lawan, apatah lagi korang yang tak nak join skim cepat kaya dia?  

-APA PENDAPAT ANDA TENTANG ABU BAKAR DAN UMAR?

Tanya ni boleh tahu dia Syiah ke tak, iaitu bila dia sanggup caci maki dua sahabat ni, untuk pengatuhuan: Syiah ni ajaran sesat, zaman Nabi takde Syiah, tapi hati-hati sebab mereka ada ilmu MENIPU, iaitu pura pura sokong Sahabat Nabi, cara nak uji, adalah korang puji Aisyah isteri Nabi banyak banyak depan dia, jika dia diam seribu bahawa, Boleh jadi Syiah lah tu.

-SAMBUT MAULUD NABI BOLEH TAK?

Ni nak tahu dia ni wahabi ke tak? Jika dia kata tak boleh dan bagi hujah Nabi tak buat-confirm wahabilah tu, salah satu ajaran sesat jugak, tapi tanya dia, birthday saya nanti boleh sambut tak? Tentu Dia kata birthday kekasih boleh yang tak boleh sambut birthday Kekakasih Allah, adohai.. Ada jugak ustaz wahabi ajar pengikut dia bumi ni rata, sebab tafsir dalil guna cara tersurat, Itu yang ada wahabi bagitahu Tuhan ada wajah, Tuhan ada kaki, Tuhan duduk, dan macam macam lagi, adohai..

-NAK BERANAK DI HOSPITAL ATAU DI RUMAH?

Ini boleh tahu jika dia menyokong ajaran sesat Daola ke tak? Zaman dulu kematian ibu dan anak tinggi sebab bukan semua kampung ada pakar meyambut kelahiran bayi, zaman sekarang bayi songsang pun ada teknologi belah perut selamatkan kedua-duanya. Orang tua zaman dulu bagitahu puntianak ni berasal dari perempuan yang mati waktu bersalin dan toyol pula berasal dari bayi yang juga mati waktu mak nya bersalin, Hantu Penanggal pun selalu berkeliaran cari darah tumpah orang beranak. Tapi sejak zaman perubatan moden, Nak cari puntianak, Penanggal dan toyol susah nak jumpa-Woha!

-APA PENDAPAT ANDA TENTANG TUN, ANWAR, HADI DAN NAJIB?

Ni boleh tahu dia macai politik mana, sebab politik matang, sokong yang baik, dan kritik yang tak betul sahaja, Tapi jika kekasih korang: Apa perti saya buat semua betul walaupun salah! Apa seteru politik saya buat semanya salah walaupun betul-itulah MACAI Politik!

-PERNAH JUMPA HANTU?

Tanya ni boleh tahu tahap mistik yang dia percaya, kat sini boleh tahu sejauh mana agama dan sains dikaitan bab pengalaman mistik, tapi hati hati,almaklumlah, jika Ustaz, Dr Phd, Angkasawan, Doctor Pakar, dan Pakar ekonomi dia sanggup lawan, apatah lagi korang yang tak pernah jumpa hantu? Kah kah kah!

-SEDANG BACA BUKU APA SEKARANG?

Jika dia jawab tajuk buku apa apapun, Tahniah! Tapi jika dia jawab:

“Maaflah, saya dah lama tak membaca buku, paling last baca masa sekolah menengah dulu”

Atau,

“ Saya ada beli buku lima tahun lepas, tak habis lagi baca, tak tahu nak sambung baca bila? Tak ada masa”

Atau,

“Maaf, saya tak boleh baca buku yang tak ada gambar, pening!”

Atau,

“Saya lebih suka pergi seminar bayar mahal mahal untuk dengar pakar motovasi ‘bacakan’ buku yang harga jauh lebih murah dari yuran seminar untuk saya, nak baca sendiri malas sangat-jadi saya upah doctor palsu bacakan semangat motivasi untuk saya”-Ambik kau!

Jika begitulah jawapan kekasih korang, memang patutlah dia sanggup lawan dengan semua ustaz, Dr Phd, Angkasawan, Doctor Pakar, Ulamak, Pakar ekonomi dan lain lain sebab malas membaca rupanya, adohai..

Dia tak tahu ke prosa ayat “saya dah lama tak membaca” atau “saya malas membaca” itu semua adalah kekurangan. Kenapa bangga mengaku tak suka baca buku dan anggap ianya satu kelebihan?
Habis tu, masa naik kapal terbang, masa tunggu bas, masa jalan jem, masa berehat melancong tepi pantai, masa rehat sebelum tidur, tak membaca kah korang? Korang buat apa?

Jika tak membaca, lebih suka termenung dan berangan, Kenapa nak bagitahu semua orang aib korang yang malas membaca tu? Apa ke jadah?

Aku nasihat, lain kali, jangan sesekali mengaku tak suka membaca, bosan membaca, beli buku tak baca, dan apa apa sajer alasan malas membaca kepada sesiapapun sebab nanti orang tahu korang bodoh dan senanglah korang kena tipu.

Itu yang pergi masuk skim cepat kaya, percaya bumi leper, dengki orang ke bulan, percaya hantu dan bomoh, jual produl MLM yang mengarut, percaya teori konspirasi dan macam-macamlah!

Habis sampai sini, banyak lagi soalan lain seperti: Bila khatam Al Quran berserta makna? demikanlah lebih kurang stok soalan korang kena tanya pada kekasih Korang, dan jika jawapan ke laut, jangan terus buang mereka, cuba Selamatkan mereka, InsyaAllah jika mereka ingin diselamatkan, maka akan terbuka jalan-jalan kebaikkan.

Sesungguhnya, kepada Kekasih kita adalah jalan keindahan, dengan syarat: Mereka ada Common Sense yang indah.

Woha!




5 comments:

Azwan Ali said...

1) Bumi ni rata ke sfera? Sfera.
2) Betul ke orang ke bulan? Tak betul. Diaorang buat dalam studio. Habis semua kena tipu. Termasuk puak tabligh.
3) Anak nanti nak cucuk vaksin ke tak? Cucuk sebab vaksin telah terbukti secara klinikal.
4) Pernah join multi level marketing? Tak pernah.
5) Pernah join skim cepat kaya? Tak pernah.
6) Apa pendapat anda tentang Abu Bakar dan Umar? Mereka sahabat nabi Radiallahu Anhum.
7) Sambut maulud nabi boleh tak? Sambut la kalau nak sambut, tapi yang pasti bukan sunnah nabi. Abu Bakar dan Umar tak sambut maulid nabi. Berani kata mereka wahabi?
8) Nak beranak di hospital atau rumah? Hospital.
9) Apa pendapat anda tentang tentang Tun, Anwar, Hadi dan Najib? Mereka semua ahli politik. Cuma TGHH sorang je yang boleh harap kerana ilmu dan akhlaknya. Orang yang berilmu macam dia ni biasanya tak disukai oleh puak tabligh. Tabligh undi BN.
10) Pernah jumpa hantu? Tak pernah.
11) Sedang baca buku apa sekarang? Al-Qur'an. Tengah menghafal ayat-ayat dan makna.

P/S: Maulid lah bukan maulud. Maulud tu maknanya budak kecil. Adoi Hamka.

Anonymous said...

orang pas tak percaya manusia ke bulan sebab bulan milik mereka. hidup pas!

Fauzan Ahmad said...

Allahu, abang Hamka masih menulis, lama tak baca

Anonymous said...

ada hikmah dalam bermaulid x?xkan langsung xda? hikmah itu la sunnah.. adoi, mcm setengah2 orang yg perlu pakai jam loceng tiap2 hari utk bangun solat subuh..sunnah la juga tu.. hikmah itu kan sunnah.

hamka said...

ada komen bernas, dan komen tah apa apa.

tapi terima kasih kerana mengomen.

:)