Gambar semua Buku |
Jan 3, 2018
Selamat Tinggal Buku Hamka Keretamayat?
(Buku Hamka sampai 2017 sahaja, maafkan kami-penerbit)
Satu hari saya terima MEMO dari Penerbit Buku TERFAKTAB
MEDIA.
****
Makluman kepada Saudara Hamka Kereta Mayat.
Dukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa Terfaktab Media
akan menutup operasi penerbitan pada akhir Disember 2017 ini.
Keputusan yang berat ini merupakan keputusan sebulat suara
anggota dan wargakerja Terfaktab Media setelah mendapat pandangan daripada pelbagai
pihak. Bak kata pepatah kereta mayat; "Berat mata memandang mayat, berat
lagi bahu memikul mayat."
Kami memohon maaf kerana tidak dapat lagi menjadi penerbit
anda selepas ini. Pada masa yang sama, kami ucapkan terima kasih kerana sudi
menerbitkan buku bersama kami.
***
Okey, panjang lagi Memo jika nak cerita, Cuma di sini saya
nak bagitahu kenapa buku saya ada yang susah dapat di pasaran, antaranya
PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI, SEMUSIM DI SYURGA, SEMUSIM DI NERAKA, KAMAR
SUTERA, dan BUKU TERAKHIR TENTANG HANTU, terjawablah sudah sebab Penerbit dah
tutup dan tidak di ulang cetak, InsyaAllah kita tengok tahun depan bagaimana
nasib Lima Buku saya ini meluaskan jajahannya mungkin dengan penerbitan baru
atau saya terbit sendiri.
Beruntunglah yang dah beli, Dalam stok saya untuk lima buku
ini yang boleh di beli online, hanya ada KAMAR SUTERA, dan BUKU TERAKHIR
TENTANG HANTU, yang lain dah sold out!
Balik kepada Terfaktab Media yang dah nak tutup, saya cuba
imbas kembali kenangan pada tahun 2012,
Suatu hari saudara Aqram, Bos besar Terfaktab, call dan ajak
saya tulis buku dengan beliau, waktu tu saya terbit sendiri buku PERMATA YANG
HILANG, dan jual on line sahaja, cetakan pertama habis tak sampai beberapa
bulan, dan oleh sebab saya nak tumpu pada penulisan, maka saya setuju buku baru
diterbitkan oleh pihak lain, lalu saya cadang kisah laki bini yang berjudul
"KAMAR SUTERA", iaitu prequel kepada PERMATA YANG HILANG, beliau
setuju dan dalam lima tahun, saya dah ada lima judul buku terbitan bersama beliau,
purata setahun satu buku.
Antara pengalaman manis bersama Terfaktab selain dapat duit
Royalti, adalah bila Aqram kata semua buku saya dapat sambutan hangat, so kami
Laki Bini pernah di belanja oleh Aqram melancong luar negara sebagai bonus.
Lain kenangan manis adalah bila korang share gambar hantaran
kahwin dengan buku Keretamayat menghias dulang hantaran, nampak sangat korang
semua bakal menjadi generasi baru yang bijak menilai ilmu hingga Buku-Buku di
angkat tinggi dengan dijadikan hadiah perkahwinan, kagum dari jauh!
Kenangan manis juga bila berjumpa dengan para pembaca semua yang sanggup beli online, beli COD, beli di jalanan, beli di kedai makan, bertaur minta tanda tangan, siap ada ambik gambar, ada bagi hadiah, ada suruh doa pada air botol, dan macam macam lah!
Tapi itulah, mayat tak selalunya cerah, sampai masa akan
pucat juga, maka industry buku yang penuh liku-liku kehidupan membuatkan banyak
syarikat buku gulung tikar termasuk Terfaktab Media.
Doakan kami Berjaya menempuh 2018 dengan azam dan misi yang
baru, buat masa ini saya ada satu buku baru dengan BUKU POJOK, harap lulus
terbit pada pesta buku antara Bangsa 2018.
Buku baru ini saya menulis dengan tema The Last Jedi, eh?
Silap! THE LAST BOOK, iaitu jika saya tahu tarikh mati, buku apakah yang akan
saya tulis buat kali terakhir.
Doa dan Tunggu!
InsyaAllah di page Facebook, di Instagram, di Blog dan
lain-lain, saya akan berterusan kongsi cerita dan nota peribadi secara percuma
yang di kutip dalam menempuh aral melintang kehidupan.
Akhir kata, terima kasih kepada semua pembaca yang sudi
membaca coretan keretamayat. Nikmatilah saat saya masih hidup sebab jika ada
muka surat buku yang tak berapa faham, boleh mesej di Facebook mintak
penjelasan-Woha!
Tapi bila saya dah mati, lepas baca buku saya, boleh
sedekahkan Al Baqarah, eh? Silap, Al Fatihah. Amin.
Akhiri dengan pantun:
Tanam mayat jauh ke tengah, batu nisan bercabang dua
Hancur Mayat di kandung tanah, mayat yang baik di kenang jua
Terima kasih semua!
Semoga Woha sampai Syurga!
Ps: Walaubagaimanapun, Buku saya dibawah BUKU POJOK Karang
Kraft, masih boleh di beli disemua kedai buku, Popolar, MPS, SMO dan lain lain
iaitu KISAH LAKI BINI, KISAH ANAK BINI dan SATU.
Buku saya di bawah penerbitan TARBIAH SENTAP iaitu MENANGKAP
DAJJAL DI WAKTU DHUHA juga boleh di beli disemua kedai buku, InsyaAllah.
JIka sukar dapat di kedai, boleh beli On line dengan saya
buku yang selain terbitan Terfaktab itu, boleh saya tanda tangan dan lukis
sikit sikit bergantung pada request pembeli. Amin.
Link untuk beli:
(jika malas isi borang, boleh email atau pm di FB tajuk buku
pilihan, saya akan bagitahu harga termasuk pos, jika setuju, bank in, dan
sayapun pos, terima kasih kerana membeli belah di halaman kereta mayat)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
saya nak beli semua, photostat pun tak apa, saya bayar harga asal, nanti saya mesej tuan.
Baru ada 4 buku je. Hurmmmmm (sambil kira bajet buku tahun ni.)
saya semua dah ada!
Penjejak awan
Tahniah Tn Hamka kerana telah menghasilkan banyak karya untuk manafaat umat. Teruskan perjuangan. Semoga ada nilaiannya di sisi Allah. Aamiin. All The Best !!!
Saya nak buku baru? harap ada.
"peminat setia"
Follow dari 2010
Tuan Hamkah yang budiman dan bijaksama boleh tak tuan jelas atau beri pendapat tuan, apa kah hukum nya menambah perkataan AMIN diSurah Alfateha
jangan jawab soalan anti hadis tu, hamka. dia tanya bukan nak cari jawapan tapi nak berdebat, keyboard warrior.
Mentality macam ni lah bila disuruh minum air kencing unta pun masih boleh ikut....mentally tak guna akal
mental dah koyak tu. kau kalau betul nak mengajar orang, kau bukak je lah blog sendiri, tulis buku ke. ini tak, dok menyemak kat blog orang. orang lain tulis blog tulis buku bagi manfaat kat pembaca. kau buat apa? komen kat blog orang, pastu perasan best. apa sakit mental kau ni. dasar keyboard warrior. kesian betul.
Anis Azalea: Saya doakan bajet anda cukup-woha! Terima aksih dah beli 4 buku.
Penjejak awan: Jika jumpa saya bagi hadiah
School Of Tots: Jom tukar buku dengan kaki masjid.
"peminat setia": sedang menulis.
Amy: you tell me
Hamdan Ahmad: Mereka buang masa denga buang hadis dan isi plot hole dengan nafsu syok sendiri.
Post a Comment