Al kisah anti vax yang tak habis menyusahkan orang, sekarang
isu ni dah jadi hangat kat California sebab penyakit berjangkit Measles dah mulai merebak
kerana ada sebahagian orang kafir di Californea yang menolak sains lalu memilih pseudosience lantas mengembalikan zaman penyakit merebak yang dah lama pupus.
Di Malaysia Alhamdulillah,
orang islam ramai yang tak tolak sains, cuma sejak ada zaman internet ni,
golongan ni nampaknya semakin bertambah sebab malas nak kaji (ayat 6 surah Al hujarat) atau malas nak rujuk pada
yang pakar (ayat .43 surah Al Nahl) sebagaimana suruhan Allah dalam Al quran. mereka terperangkap dengan merujuk berita yang salah, dan pakar yang salah, serta berkawan dengan kawan yang salah lalu memilih menolak vaksin dengan kejahilan melampau.
Korang boleh baca entry aku yang lepas berkenaan vaksin, aku
tulis december lepas, sampai semalam dah masuk febuary pun masih ada yang komen
dengan penuh kejahilan.
Antara komen mereka, suruh aku tinggalkan vaksin di hospital
yang percuma sebab itu adalah agenda yahudi dan suruh aku cuba kaedah berbayar homoepathy
kerana lebih islamik.Serius?
Aku bukan nak burukkan pengamal perubatan homeopathy, tapi
jika kita rujuk pada fakta, vaksin di hospital sangat jelas dari segi data yang
mana kematian menurun sebelum dan selepas vaksin diperkenalkan.
Data yang jelas
menunjukkan bagaimana penyakit berjangkit semakin pupus sebelum dan selepas
vaksin diperkenalkan, kita boleh emosi, tapi apa guna kita beremosi dengan
fakta? Lupa ke dengan pepatah, "jangan menangsi susu yang tumpah" atau "nasi susah menjadi bubur", pepatah itu merujuk kepada tindakan kita bila berhadapan dengan fakta. So boleh rujuk kepada
WHO untuk data yang lengkap,
Tapi untuk homeopathy, jika kita rujuk pada fakta di Wikipedia,
perenggan pertama lagi mereka cakap homeopathy ini adalah pseudoscience. Ianya
tidak berkesan dalam apa jua keadaan, dan tiada bukti penyembuhan melainkan
kesan placebo sahaja.
Wiki: Homeopathy is considered a pseudoscience.[2][3][4][5]
It is not effective for any condition, and no remedy has been proven to be more
effective than placebo.(source)
Korang pun bantah: Setakat petik dari wiki sesiapun boleh
tulis, nak bagi bukti, tolong bagi dari sumber from credible scientific
paper/journal.
Adohai, aku dah bagi link dekat nombor [2][3][4][5] tu
adalah credible scientific paper/journal, tapi sebab korang malas nak klik, aku
bagilah sumber from credible scientific paper/journal.
[2] Tuomela R (1987). "Chapter 4: Science,
Protoscience, and Pseudoscience". In Pitt JC, Marcello P. Rational Changes
in Science: Essays on Scientific Reasoning. Boston Studies in the Philosophy of
Science 98 (Springer). pp. 83–101. doi:10.1007/978-94-009-3779-6_4. ISBN
978-94-010-8181-8
[3] Smith K (2012). "Homeopathy is Unscientific and
Unethical". Bioethics 26 (9): 508–512.
doi:10.1111/j.1467-8519.2011.01956.x
[4] Baran GR, Kiana MF, Samuel SP (2014). Chapter 2:
Science, Pseudoscience, and Not Science: How Do They Differ?. Healthcare and
Biomedical Technology in the 21st Century (Springer). pp. 19–57.
doi:10.1007/978-1-4614-8541-4_2. ISBN 978-1-4614-8540-7. within the traditional
medical community it is considered to be quackery”
[5] Ladyman J (2013). "3: Towards a Demarcation of
Science from Pseudoscience". In Pigliucci M, Boudry M. Philosophy of Pseudoscience:
Reconsidering the Demarcation Problem (University of Chicago Press). pp. 48–49.
ISBN 978-0-226-05196-3. Yet homeopathy is a paradigmatic example of
pseudoscience. It is neither simply bad science nor science fraud, but rather
profoundly departs from scientific method and theories while being described as
scientific by some of its adherents (often sincerely).”
Aku dah bagi bukti, boleh saman mereka sebab benda sudah
publish lama di internet, jika tak faham bahasa English, aku copy dari wiki bahasa
melayu.
“Homeopati adalah rawatan alternatif yang dicipta oleh
Samuel Hahnemann beragama Christian dari German pada abad ke-18. Teori dasar di
balik homeopati adalah bahawa orang sakit boleh disembuhkan dengan menggunakan
kesan pantulan bahan yang menghasilkan gejala sakit pada orang sihat. Homeopati
disediakan dengan menambah banyak air dalam suatu substansi, memukulnya, lalu
mengambil sedikit air, menambah ke air yang banyak, memukulnya, dan proses ini
diulang-ulang hingga 200 kali dalam beberapa rawatan. Hahnmemann mengatakan ini
akan mengeluarkan "kekuatan penyembuh yang ada pada ubat".(sumber)
Stop kejap, pukul air lama-lama jadi ubat? faham tak pukul air ni macam mana? apa kata kita tengok wiki dalam
bahasa indosia pulak:
Homeopati dipersiapkan dengan menambahkan banyak air dalam
suatu substansi, mengocoknya, lalu mengambil sedikit air, menambahkannya ke
banyak air, mengocoknya, dan proses ini diulang-ulang hingga 200 kali dalam
beberapa pengobatan. Hahnmemann mengatakan ini akan mengeluarkan "kekuatan
penyembuh yang ada pada obat. (sumber: Organon of Medicine, Samuel Hahnemann,
combined 5th/6th edition)
Lalu kedua dua wiki, bahasa Malaysia, dan Indonesia menulis,
"Banyak saintis/ilmuan juga tidak percaya dengan homeopati kerana bertentangan
dengan ilmu fizik dan kimia. Orang merasa lebih baik selepas diterapi homeopati
kerana mereka merasa akan sembuh, suatu keadaan yang dikenali dengan istilah
"kesan placebo”.
Bagi yang tak tahu apa itu kesan placebo, ianya adalah satu
kesan penyembuhan yang berlaku kepada pesakit akibat sangat yakin dengan
sesuatu ubat walaupun ubat palsu,
Oleh sebab itulah James Randi, pakar pendedahan penipuan telah mencabar sebanyak satu juta dollar kepada semua pembuat ubat homoepathy untuk
buktikan kesan ubat mereka, jika terbukti benar, akan di bayar satu juta dollar,
namun sehingga sekarang, tak ada satu syarikat pembuat homoepathy pun yang
berani tampil menyahut cabaran.
Akhir tahun lepas pulak, aku dengar di Austrlia, pembuat
vaksin homeopathy kena saman sebab menipu pelanggan, boleh baca di sini.
Perbualan yang aku copy dari link yang pembaca
beri bukti dr homeopathy Malaysia cakap
ada homeopaty vaksin tapi kena pm tepi.
Aku bukan nak menfitnah homeopathy di sini, aku just copy paste bukti yang korang pun boleh nilaikan sendiri. Aku mengaku aku bukan orang
perubatan, tapi bila ada orang suruh aku tinggalkan vaksin di hospital yang
percuma dan cuba kaedah berbayar homoepathy dengan fakta yang diputar belit
konon vaksin ni senjata yahudi nak lemahkan umat islam, padahal di Negara israelpun
mereka suntik anak mereka dengan vaksin. Adohai..
Info yang korang bagi bertentangan dengan fakta sebenar, di
Arab Negara islam pun pergi haji orang suntik dengan vaksin sebab tak nak
penyakit berjangkit, benda ni ada data yang telah dibuktikan.
Akhir kata, aku ulang lagi sekali, aku bukan nak fitnah homeopathy, tiada penemuan baru dari aku, apa yang aku ulang tulis adalah copy paste dan
link juga aku dah dah bagi siap siap, jika ada kesilapan pada penulisan aku,
mungkin disebabkan kefahaman English aku yang lemah, namun, korang yang pandai,
boleh rujuk semua link yang aku berikan. Semuanya fakta yang jelas depan mata,
jadi kepada pembaca yang suruh aku tinggalkan vaksin di hospital yang percuma
dan cuba kaedah berbayar homoepathy.
Aku minta maaf, bukti tidak memihak kepada anda, jangan marah
dan melenting, kerana ini bukan berkenaan emosi, tapi berkenaan fakta.
Bab kata orang putih.
Sorry it's not personal, it's just evidence.
Woha!
Ps: Ini hanyalah perbualan antara aku yang bukan pakar perubatan dengan pembaca blog aku yang juga bukan pakar perubatan, maaflah sebab terlalu letak banyak link kerana kami bukan ahli bidang ini. Kepada mereka yang terer bab perubatan dan memang ahli, sangat di galakkan untuk anda tambah hujah di ruangan komen, semoga komen anda membantu aku dan mereka ke arah kebenaran. InsyaAllah.
(Kisah laki bini: Tiada rotan, akar pun berGuna juga untuk melibas sedas dua)
Aksi Ninja Merotan-sekadar Gambar hiasan
Kisah 1:
Di barat, mereka ada nasihat dalam drama, yang dikenali
sebagai “Chekhov's gun”
Stated by Anton Chekhov, "Remove everything that has no
relevance to the story. If you say in the first chapter that there is a rifle
hanging on the wall, in the second or third chapter it absolutely must go off.
If it's not going to be fired, it shouldn't be hanging there.”
Atau dalam bahasa melayunya, penulis berbangsa Russia itu
menasihatkan dalam seni penulisan cerita: Jika di awal penceritaan ada babak
selaras senapang yang terhias pada dinding, pastikan senapang itu digunakan
sebelum tamat cerita.
Sebab tu dalam filem ibu mertuaku. P Ramlee hias dinding
bilik guna sudu garfu, geddit?
So nasihat kami laki bini, jika nak hias rumah, tolong
jangan gantung dengan objek sampah yang tak berfaedah, yang korang tak gunapun
sampai mati, adohai..
Apa salahnya kita hias rumah dengan “Lukman Cane”
Kan?
Lukman Cane
Kisah 2
"Abang, dengar cerita akan datang dah tak boleh rotan
anak, nanti kena penjara"
"Apa ke jadah kerajaan nak buat undang undang macam
gitu? patut tak boleh dera anak, bukan tak boleh rotan anak..,
"Tapi dia tulis, tak boleh rotan"
Keratan Akbar
"Kalau begitu, abang terpaksa tukar rotan dekat jam
rumah kita dengan pedang samurai"
Rotan anak, kita masuk penjara, tak rotan karang, mereka
masuk neraka, kita pun masuk juga, adohai. Semoga pihak berkuasa yang bertindak
sebagai penggubal undang undang diberi taufik dan hidayah untuk membuat
keputusan yang bakal menyelamatkan kita semua dari azab api neraka.hu hu..
Kisah 3
Gambar dibawah aku ambik dari web sarcastic
"maddox.xmission.com", tergelak tengok gambar ni, adohai..
Jap lagi ada yang butthurt: “eh, Hamka, kenapa qoute ayat
orang kapir?”
Yelah yelah, aku qoute kata kata Lukman al hakim, anak perlu
dipukul seperti kebun perlu di airi... amacam puas hati?!
Nota kaki:
Anak ibarat kain putih, jangan tersilap conteng, nanti bila
besar, andai korang berkulit putih, mereka akan menconteng arang ke muka mak
bapak, dan andai korang berkulit hitam, mereka akan mencoteng muka mak bapak
dengan kapur- woha!
Kisah 4:
Akhirnya ada yang kata, media salah lapor.
Macam macam hal korang nih, adohai..
So, nasihat aku, mana mana pihak yang nak buat kajian bab
rotan anak ni, sila tanya kepada mangsa rotan, setuju ke tak?
Kita kena adil, jadi elok terus tanya kepada mangsa rotan.
Tanya budak yang kena rotan tu, setuju tak hukuman rotan di
tiadakan, tapi sebelum tanya pastikan budak yang dah kena rotan tu sudah besar
dah sudah berkahwin dan sudah ada anak.
Pasti dengan laju, budak yang pernah kena rotan waktu kecil,
sekarang sudah besar dan ada anak menjawab:
(Ulasan ini di tulis oleh Nurul Nadia, seorang penyemak pruf, dan Entry ini boleh dijadikan link bagi mereka yang bertanya:
Buku Encik Hamka berkenaan apa ek? )
SEMUSIM DI SYURGA
Buku ketiga #hamkakeretamayat selepas #permatayanghilangkinidijumpai
dan #kamarsutera. Sengaja mengambil pendekatan membaca buku terkini sebelum
mengulas dua buku sebelumnya.
Buku paling santai tapi padat dengan isi.
Berulang kali penulis menafikan statusnya sebagai seorang
ustaz kerana beliau ternyata hanya seorang pemandu van jenazah!
Ironinya, pengalaman beliau yang meluas memang tidak dapat
dinafikan. Pengetahuan yang agak membanggakan tentang Islam khususnya...
Pernahkah kamu ambil tahu tentang sejarah peperangan Islam,
sejarah kenabian dan sejarah zaman Rasulullah S.A.W.? Mungkin pernah, ketika
zaman sekolah agama suatu masa dahulu. Tetapi, berapa ramai yang benar-benar
mengamalkan ilmu tersebut? Jauh sekali bercerita tentangnya pada yang lain.
Penyampaian mesej dalam buku ini jelas untuk mentarbiyah
golongan muda dengan bahan bacaan santai dan penuh sinikal! Ramuan tersebut
yang menambat hati ramai pembaca.
Konsep catatan diari ini harus dipuji, kerana selalunya
diari hanya ditulis berkaitan dengan diri sendiri. Kini, penulis cuba mengupas
kisah benar yang terjadi dalam kehidupan seharian...menggunakan nama samaran
yang agak mengancam seperti Amir Kasymir, Imam Habib Abid, pak Abu Nisfu, Ustaz
Sufi Sufian dan Pakcik Sidik Tasdik.
Secara amnya, isu yang diceritakan ialah tentang
pertelingkahan antara umat Islam setempat, sifat takbur masyarakat dan isu yang
paling banyak diketengahkan adalah kepentingan akhirat berbanding dunia yang
sementara ini seringkali dipandang remeh oleh saudara seagama sekalian.
Barangkali mereka terkhilaf, maka teguran sinis ini bakal membuka mata hati
untuk berubah ke arah yang lebih baik, inshaAllah.
Sesungguhnya penulis mungkin bukan ustaz, tetapi jasanya
memberikan nasihat melalui buku ini perlu dipuji. Cadangan tentang 'Kaunter
Tanyalah Ustaz' memang wajar! Golongan muda masa kini perlukan bimbingan
bukannya hinaan apabila ingin berubah.
*Penyampaian sememangnya berkesan dengan gaya bahasa pasar
yang digunakan setelah mengambil kira kesilapan ejaan yang wujud di dalam buku
ini. Hehe. Selamat membaca!
PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI
"Kagum dari jauh!"
Frasa yang cukup sesuai menggambarkan perasaan setelah
membaca buku ini. Ternyata buku pertama nukilan #hamkakeretamayat ini bukan
sekadar buku tanpa pedoman. Buku #kamarsutera dan #semusimdisyurga juga penuh
pengisian.
Kisah benar tentang pengalaman hidup seseorang sememangnya
mahal. Tidak ramai yang mampu berkongsi, tetapi pembaca dapat membayangkan
pengisahan dengan gaya bahasa santai yang diketengahkan oleh penulis.
Kisah benar dan penuh pedoman. Penulis benar-benar
menekankan kepentingan solat berjemaah di masjid bagi muslim dan solat pada
awal waktu bagi muslimah.
Sesekali penulis turut menyentuh tentang subjek terlarang
untuk disebut secara terbuka, namun analogi yang diberikan mempunyai pengajaran
yang tersendiri.
Sangat elok bagi para remaja, dewasa baik yang sudah
berkahwin ataupun belum membaca buku ini sebagai bahan bacaan tambahan di
samping buku ilmuan yang lain untuk mengambil teladan dan tauladan. Para ibu
bapa pasti dapat memahami apa yang tersirat di fikiran anak remaja khususnya
selepas membaca pengakuan yang ditulis. Walaupun bahasanya adakalanya bernada
kasar, mesej disebaliknya dapat disampaikan dengan berkesan.
Setelah membaca, terdetik di dalam hati ini...'Semoga aku
berjaya menjadi isteri yang solehah dan mudah-mudahan suatu hari nanti aku
dapat menjadi penulis seperti Encik Hamka...eh...'
P/s: Beberapa kesilapan ejaan dikenal pasti, tetapi kerana
isinya sangat membina maka tidak rugi membacanya.
KAMAR SUTERA
Tajuk kedua setelah #permatayanghilangkinidijumpai ini
diterbitkan kerana permintaan pembaca setelah jualan buku pertama yang terlajak
laris. Penulis mengingatkan bahawa kandungan buku adalah untuk mengisi
kekosongan plot dalam buku pertama, namun tidak menjejaskan pembacaan sekiranya
anda tidak membaca mengikut turutan.
Melihat kepada tajuk, mungkin ramai yang ragu tentang
kandungan isinya memandangkan tajuk diadaptasi daripada sebuah buku panduan
suami isteri. Namun, tidak perlu gusar kerana intipati buku ini ternyata jelas
untuk bimbingan kepada pasangan yang sudah berkahwin kerana segala ceritanya
berkisar tentang kehidupan seharian suami isteri. Para pembaca dalam kalangan
dewasa yang bercadang untuk berkahwin juga digalakkan membaca kerana terdapat
banyak tips persediaan mental yang dihujahkan di dalam buku ini.
Realiti sebenar keharmonian rumah tangga ditelusuri dengan
baik oleh penulis.
Puitis tetap ada...disogok dengan lirik lagu dan puisi cinta
buat isteri. Woha! Boleh cair hati si perempuan tatkala membaca bait-bait
puitis itu.
Tidak lari daripada gaya santai penulis, lawak bersahaja
juga diselitkan bagi menghidupkan suasana penceritaan. Apa yang menarik,
penulis juga mengambil kesempatan untuk memuatkan cebisan kisah para Nabi juga
kisah pedoman dan realiti masa kini yang dapat dikaitkan dengan topic
perbincangan.
Maka, penulisan santai ini menjadi lebih bermaklumat untuk para
pembaca.
Ya, mungkin beliau bukanlah ustaz. Mungkin beliau juga masih
mempelajari ilmu agama secara mendalam. Akan tetapi, nasihat bagi menghidupkan 'suara
Nabi' dalam pembentukan keharmonian rumah tangga amat wajar dipuji. Semoga
lebih ramai mendapat manfaat.
*Walaupun buku ini memiliki kesilapan ejaan di sana sini,
kandungannya amatlah berkesan serta mesej yang ingin disampaikan itu jelas.
Harap maklum Encik Hamka, saya memang akan komen pasal ejaan setiap kali ulasan
kerana telahpun terbiasa dengan kerja penyemakan pruf. Hehe.
Pada Suatu hari di sebuah sekolah Rendah kebangsaan (nama di
rahsiakan) terdapat sebuah kelas korner lot yang telah mengalami suasana
teramat sangat bising berhuru hara dan hiruk pikuk dengan telatah nakal budak
budak sekolah, ada yang baling kertas, ketuk meja, ketawa-ketawa, mengilai
ngilai, bergendang, menyanyi, raping, usik budak perempuan, bergurau antara
pusat dan lutut, baling jet kertas, baling kerusi, baling meja bla bla bla!!!
Kemudian datanglah seorang rakan sebaya selaku pengawas
sekolah merangkap ketua kelas: lalu menasihati murid murid tersebut supaya
senyap sunyi dan pulih seperti sedia kala, tapi nasihat itu tidak di endahkan
oleh semua pihak pelajar, malahan mereka membaling tong sampah ke muka
pengawas, pengawas yang bengang terus teringat dengan cogan kata hikmat..
If you can't beat them, join them
Maka kelas tanah lot itu bertambah meriah dan hiruk pikuk
dan huru hara dek kedatangan pengawas sekolah yang turut mengambil bahagian
dalam acara 'pecah kelas' tak rasmi itu..
Tidak lama kemudian, datanglah Guru sekolah merangkap Guru
Besar masuk ke kelas, melihat keadaan kelas yang dahsyat dan tidak terkawal
itu, dengan rakusnya guru besar itu terus menangkap seorang murid selaku
pengawas kelas lalu di ikatnya pada kerusi dan dengan tabahnya membelasah murid
tersebut dengan tali pinggang dan menghantuk bucu meja ke arah tulang punggung
mangsa yang mengakibatkan titik sulbi beralih arah.
Tak cukup dengan itu, guru besar terbabit turut menggigit
dahi dan pusat murid malang itu dan dengan teguh mengoyakkan gigi garaham
mangsa, akibatnya, pusat dan bulu kening pelajar itu patah dua…, kemudian
pelajar itu di baringkan mengadap kiblat lalu di pijak buah pinggang bla bla
bla.., arghhh! aku terpaksa menghentikan cerita ini kerana aksi yang cukup
ganas dan ngeri, pelajar bawah umur dilarang membaca tanpa bimbingan ibu bapa
berakhlak tinggi.
Walaubagaimanpun, akibat dari seorang murid di pukul guru
besar maka keseluruhan kelas menjadi senyap sunyi dan aman sentosa… keadaan
telah kembali pulih seperti sedia kala.
Tiada lagi keruntuhan moral dan kelas itu menjadi hening dan
tenang seperti berada di tapak perkuburan... atau setenang kaunter bayaran
zakat.
Moral of the story is…
Apabila Ummat islam secara keseluruhannya sudah mengengkari
Allah dan Rasul, maka datanglah bala dan ujian Allah ke atas ummat islam, lalu
memusnahkan harta benda dan mengorbankan nyawa. Tapi bala dan ujian ini tidak
berlaku pada semua kawasan, dalam kes banjir baru baru ini, serambi Mekkah
menjadi tempat banjir terburuk.
Negeri-negeri lain yang tak kena bala dan ujian janganlah
rasa selamat serta selesa dari azab Allah kerana MUNGKIN datangnya banjir besar di kelantan
ibarat 'hukuman' ke atas pelajar oleh guru besar dalam cerita di atas,
Hakikatnya semua 'pelajar bising dan engkar' (siap ada K pop peluk peluk)tapi cukuplah
satu negeri menerima ujian atau bala bencana agar penduduk lain ambil iktibar,
bertaubat dan kembali kepada Allah.
Wallahu'lam.
p/s: “Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu
kesusahan maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan , dan Allah memaafkan
sebahagian besar dosa-dosa kamu.”(Asy Syura -30)
(Surat kepada pelajar luar negara, mungkin ada antara korang adalah waris mangsa Banjir)
Apa khabar korang semua wahai student student Malaysia yang
sedang menuntut di luar Negara?
Aku kat Malaysia sekarang berada dalam musim
tengkujuh, hujan telah turun membasahi bumi Malaysia dengan lebatnya, kilat
sabung menyabung, ada beberapa tempat di sini sudah di tenggelami air, ramai
penduduk telah di pindahkan dan cuti para bomba di bekukan kerana mangsa banjir
sangat amat memerlukan khidmat mereka.
Apa khabar lecture korang di sana? Sihat?
Kami di sini ramai orang tak sihat dan pening kepala,
terutamanya pihak JPS, JKR, Bomba, NGO dan Menteri menteri terlibat, serta
ketua kampong negeri pantai timur.
Sungguh kasihan melihat para penduduk yang rumah mereka di
naiki air dan menenggelamkan remote astro, juga decoder astro dan ada yang
antenna astro juga turut tenggelam, dan bertambah kasihan lagi bila ada pulak
orang jahat yang ambil kesempatan dengan mencuri di dalam kebasahan hujan akan
rumah mangsa banjir yang berpindah ke dewan sekolah. Adohai.
Kehadiran orang jahat ini amat di kesali oleh pihak Polis
dan orang ramai, tapi apa boleh buat?
Walaupun banjir, syaitan tak pernah mati lemas, air dengan
syaitan ini macam itik dengan air sahaja, takat dada itik sahaja- cis!
Kata ustaz Alias Aliasak dalam usrah semalam, bahawa banjir
akan datang bila ramai orang orang buat makisat, Wallahu’alam.
Tapi di sini kami bersyukur dengan ujian Allah kerana ALLAH
baru datangkan air, cuba Allah hantar ujian ‘suhu’..? subhanallah.
Korang kat Negara sejuk sana tentu best dapat main salji
bukan? Macam mana korang kat sana mandi wajib, argghh!! Aku mulai hilang arah
dalam menulis.
Korang rindu tak kat Malaysia?, kampong korang kat sini ada
tak yang di landa banjir? Teringat aku zaman masa kecik kecik dulu, kampong aku
selalu banjir, kata datuk aku ada naga yang keluar dari perut bumi, air
melimpah, huh! Sempat pulak buat lawak mayat, dan bila cerita tentang ‘banjir
di kampong saya’ teringat pulak nolstagia waktu kanak kanak yang mana aku
pernah buat rakit dari papan , di bawahnya kita orang letak tin minyak masak
cap buruh yang kosong banyak banyak, maka dengan Izin Allah, timbullah rakit
itu.
Satu hari ketika aku sedang mendayung rakit itu, tiba tiba
aku ada rasa serba geli geleman di punggung, aku raba my punggung dan aku
dengan cuaknya dapat merasakan ada sesuatu yang amat lembik lembik tapi kenyal,
dan bila di kenal pasti maka terkejut manusialah akan seorang aku kerana ada
seekor lintah dengan rakusnya nak masuk punggung aku untuk menodai kesucian aku
nyang masih teruna, akupun dengan rakus menjerit: tolong ! tolong !! lintah nak
masuk bontot!
Maka semua rakanku yang sedang mandi manda sempena musim
tengkujuh terus berenang ke arah rakitku dengan kelajuan yang luar biasa hanya
untuk membelek punggungku demi menolong kerja kerja memunggahkan lintah yang
masuk ke punggungku, tapi oleh kerana ramai sangat yang perasan sibuk nak
tengok punggung aku, maka rakit yang aku
naiki itu telah tenggelam dek kerana beban lampau yang melebihi ruang apungan
sehinggalah mengasbabkan ‘rakitku shurgaku’ itu tenggelam ke dasar ‘baruh’ dan
aku yang berumur 9 tahun waktu tu hampir menyamai mayat kelemasan dan yang
lebih menyedihkan adalah apabila lintah itu telah berjaya menerjah masuk ke
dalam badanku melalui lubang bontotku. Aku sempat beranang ke daratan dan lari
ke dapur rumah arwah nenek, dan sapu punggung dengan abu kayu api ala ala
bertayamun(di musim banjir-masak guna kayu api), sambil tu aku meneran untuk
berakkan lintah, dan lintah telah keluar dan terus menggelumpur terkulai akibat
terkena abu kayu api.
Note: Kelemahan lintah andalah abu kayu api.
Ngeri tak kisah banjir di kampong saya? Jika kisah aku dan
lintah masuk punggung belum cukup ngeri, mari sini aku cerita kisah lebih dahsyat yang berlaku
sebelum masihi dulu-dulu.
Iaitu cerita banjir bah besar di Zaman Nabi Nuh a.s dulu,
yang mana hujan telah turun dengan lebatnya akibat kaumnya yang derhaka pada
Allah, dan banjir besar telah berlaku yang mana tiada seorangpun yang selamat
walaupun berselindung di atas tanah tinggi, bukit bukau, malahan gunung ganang
pun tenggelam. Mereka yang selamat hanyalah 80 orang lebih kurang yang beriman
pada Allah lalu sempat menaikki bahtera yang di bina oleh Nabi Nuh a.s.
Tapi syaitan, syaitan tak pernah lemas dalam air! Lantas
sewaktu hujan lebat itu juga, ada tiga orang pemuda kaum Nuh a.s yang licik
telah lari berselindung ke dalam gua, dan lubang gua itu di tutupnya dengan
batu, air tidak masuk ke dalam gua dan mereka mulai berlagak sesama sendiri
kerana telah dapat selamat diri dari azab Allah kononnya.
Seperti yang korang semua tahu, Allah itu Maha berkuasa,
apabila keputusan Allah telah di buat, tiada siapapun yang dapat mengubahnya!
Allah pentadbir dan selain dari Allah semua di tadbir (walaupun kerja jabatan
pentadbiran), Allah Pencipta dan selain dari Allah semua di cipta, Dan dengan
izin Allah, ketiga-tiga pemuda itu telah datang hajat untuk kencing, merekapun
mulai kencing dengan berjemaah, yang cuaknya, mereka kencing tak henti henti!
Mereka mulai gelabah bila air kencing sudah mencapai paras
lutut, paras pinggang, paras dada, Oh?! kenapa bomba tak datang pindahkan kami
ke pusat perlindungan paling selamat iaitu bahtera Nuh a.s?
Di pendekkan cerita, ketiga tiga pemuda itu lemas dalam
lautan air kencing mereka sendiri.
Lagi dahsyat dari member-member mereka yang lemas di luar
sana.
Moral: Apabila Allah buat keputusan untuk jadikan kita
mayat, maka tiada satu kuasa pun yang dapat selamatkan kita! Hanya pada Allah
tempat mengadu. Belajar elok elok, jangan buat maksiat, jangan buat jenayah.
Sekian surat kepada semua pelajar luar Negara, surat ini di
tulis oleh driver keretamayat.
Ps: Jika kita sedang sedih, tapi bila tengok orang yang lagi
sedih, maka kita akan bersyukur. contoh, jika banjir masuk rumah sehingga
remote astro tenggelam, jangan sedih, sebab ada orang lain, decoder astro yang
tenggelam. itupun jangan sedih, sebab ada orang lain antena astro pun
tenggelam. Lagi sedih, astro tak tenggelam, tapi dia tenggelam dalam program astro
sampai tinggal sembahyang. Adohai.
(Sains adalah salah satu daripada cabang ilmu yang boleh
meningkatkan iman bagi mereka yang mahu berfikir, tapi di akhir zaman ini, masih
ada orang islam yang tolak sains guna alasan agama-Adohai)
Keratan Akhbar-Klik untuk tumbesaran
Bila aku menulis bab vaksin, maka muncul golongan anti
vaksin yang tolak vaksin guna alasan agama. Katanya Nabi dulu tak vaksin pun,
lepas tu melarat kepada golongan perubatan moden, katanya Nabi dulu cukup makan
makanan Sunnah, tak perlu ke hospital ciptaan Yahudi, dan terkini, ada pula
anti beranak di hospital, katanya nak beranak kat rumah macam orang zaman
dahulu lebih islamik, mak saya elok sahaja lahirkan 10 orang anak kat rumah,
ciptaan Allah dah sempurna, tak perlu beranak cara yahudi, cukup beranak macam
isteri Nabi, atau macam Mariam ibu Nabi Isa.
Lalu bila ada bayi yang mati akibat jangkitan kuman, atau bila
ada yang mati asbab tak pergi berubat di hospital, atau bila ada si ibu yang mati
waktu bersalin kat rumah: katanya itu semua takdir, kita orang islam kena terima
takdir, semua orang akan mati, vaksin ke tak vaksin, berubat cara homeopathy atau
moden, beranak kat hospital atau kat rumah, bila dah Allah takdir mati, maka
mati jugak.
Bila aku bagi data, akan bagaimana kematian selepas vaksin
yang berkurang selepas vaksin diperkenalkan, kadar kematian ibu dan bayi yang
berkurang selepas rawatan moden diperkenalkan, mereka selamba tolak data dan
berhujah cukup dengan guna pengalaman orang tua zaman dahulu.
Kata mereka, nenek saya dulu beranak kat rumah, ok jer!
Ok kata kau? Arwah nenek jiran aku cerita zaman dulu jangan
keluar malam-malam nanti puntianak dan toyol datang kacau, aku ingat mereka
bergurau, tapi mereka serius. Bila ‘black out’, orang tua tua akan duduk dekat
lilin dan bercerita asal usul hantu. Rupanya puntianak ni berasal dari perempuan
yang mati waktu bersalin dan toyol pula berasal dari bayi yang juga mati waktu mak
nya bersalin.
Tapi Alhamdulillah, sejak perubatan moden diperkenalkan,
sejak Doktor moden ganti bidan diperkenalkan, sejak vaksin di perkanalkan, kematian
ibu dan bayi sewaktu bersalin sangat sedikit. Subhanallah!
Patutlah zaman sekarang, puntianak dan toyol susah nak
jumpa.
Woha!
Ps: Tak salah nak beranak kat rumah, tapi biarlah ada pakar kelahiran
yang mengendalikannya. tolong jangan kembalikan zaman puntianak berleluasa. Ini
serius!
(nota kepada ibu-ibu yang slow, entry ini adalah sarcasm)
(Kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah)
Komen pembaca:
"Saudara Hamka. Perubatan moden bukan sahaja berbahaya,
tetapi ia haram. Nabi Muhammad s.a.w menunjukkan kepada kita bagaimana menjaga
kesihatan dan mengurus diri sendiri apabila sakit. Bukankah lebih baik untuk
kita mempercayai Nabi s.a.w berbanding perindustrian farmasi, pemerintah
Amerika dan WHO?
“Dan Kami menurunkan secara beransur-ansur daripada
ayat-ayat suci al-Quran yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang
beriman dan sebaliknya al-Quran tidak menambahkan untuk orang yang zalim
(disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (al-Isra' : 82)
Dari ayat ini cukup Al Quran sebagai ubat penawar, perubatan
hospital banyak menggunakan kandungan dadah yang merbahaya. Orang yahudi yang
menjual ubat ini kepada orang islam, sedangkan mereka sendiri tidak vaksin anak
mereka. Perubatan moden ciptaan yahudi telah menganggu ketenteraman semulajadi
Ciptaan Allah. Lihatlah kepada petunjuk Allah (al-Quran dan Sunnah) untuk
mendapatkan bantuan dalam segala perkara, termasuk kesihatan fizikal.
"Tidak ada musibah yang menimpa, tetapi dengan
kebenaran (keputusan dan Qadar) Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada
Allah, Dia memberi petunjuk kepada hatinya, dan Allah adalah semua Mengetahui
segala sesuatu." (Qur'an 64:11).
Kita perlu bergantung kepada Allah dan memohon Allah untuk
membantu kita dalam masa kita memerlukan. Penggunaan ruqya (memohon kepada
Allah) adalah lebih berkuasa daripada apa-apa ubat yang boleh didapati kerana
Allah adalah satu-satunya yang boleh menghantar penawar.
Akhir kata, bab fatwa harus oleh jakim berkenaan vaksin,
Harus dengan halal sama ke?
Fikir fikirkan lah.
**
Komen di atas di petik dari komen geng anti vaksin dan anti
perubatan moden dari entry yang lepas.
Bukan sorang pengkomen yang cakap “orang yahudi pun tak
vaksin anak dia”. lalu bila aku bagi bukti, salah sorang dari mereka cakap, “saya sarcasm sahaja”.
(Mereka ni tahu ke sarcastic mean? Adohai)
Aku pesan lagi sekali:
Orang yang tolak asbab adalah jahil, dan orang yang yakin
dengan asbab adalah syirik. Sunnah Nabi adalah menggunakan asbab bersama yakin
yang betul.
Untuk hidup bahagia di dunia, jangan menolak sains, dan
untuk hidup bahagia di akhirat, jangan menolak sunnah.
Cuba ulang baca banyak kali sambil angguk angguk akan dua
rangkap pesanan aku di atas. Jika tak faham jugak, nampak sangat perubatan ‘alternatif’
yang korang amal tak mampu buat otak korang jadi normal lantas dengan perasan
pandai agama berhujah:
“Harus dengan halal sama ke?”
Adik, Dalam bab hukum
hakam, orang letak lima sahaja iaitu: Wajib, Sunat, Makruh, Harus, dan Haram .
benda yang Wajib, Sunat dan Harus tu semuanya halal, orang jahil agama sahaja
yang tunggu fatwa 'halal' dalam bab hukum lima, tak pernah dibuat ustaz lagi
bagi bagi hukum sampai enam berasingan dengan hukum lima. Pergi mengaji balik!
Last, aku nak bagithu:
Ustaz Harun Din, pakar rawat guna ayat Al quran, tapi bila beliau
sakit jantung, telah pergi berubat di di Stanford Hospital, San Francisco, kemudian
sambung berubat di Intitut Jantung Negara, kenapa?
Kerana Ustaz Harun Din tak tolak
Sains macam korang yang jahil. Di Samping berdoa dan makan makanan sunnah,
tidaklah salah berubat cara moden. Bak kata Saidina Umar kepada Abu Ubaidah
al-Jarrah yang anggap usaha Umar untuk mengelak wabak sebagai cubaan lari dari ketentuan Allah.
Umar menjawab:
“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang
lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)
Akhir kata: Aku tak tolak untuk berdoa, aku juga tidak menolak untuk
berusaha. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, terdapat tanda tanda
bagi orang yang berakal-Take note!
Dr M melawat Ustaz Harun Din di IJN
Dato Najib dan Datok Harun Din.
Ps: Apa tanda orang yang berakal? mereka adalah orang yang merujuk kepada pakar. Andai korang mahu mengerti.
Ps2: Aku juga ada menjual susu kambing untuk mereka yang mahu
minuman sunnah, just klik gambar kambing di side bar keretamayat. He he.
Nama sebenar abang adalah HAMKA, dan nama pena abang abalah KERETA MAYAT
Abang memang rajinkan diri update facebook setiap hari, blog setiap minggu, Insta bila ada ambik gambar, dan sekali sekala update twitter.
Jadi elok korang SEE FIRST untuk follow cerita yang berunsur “kagum dari jauh”
Antara topik yang abang tulis adalah, agama, isu semasa, kisah laki bini, dan sekali sekala, berkongsi resepi masakan puan bini.
Jumlah follower: (Jun 2017)
Facebook page: Hamka (Kereta Mayat): 150,942
Blog: keretamayat.blogspot.my : 8,312
Instagram : hamka_keretamayat : 6,644
Twitter: keretamayat_ori: 124
Lagi satu nak bagitahu, Abang juga seorang penulis, dah sebelas buku abang tulis, semua masih diulang cetak dan boleh dapat beli di kedai, juga boleh beli on line.
Antara tajuk buku:
(1) Permata Yang Hilang kini dijumpai (kisah Laki Bini sebelum kahwin sehingga kahwin)
(2) Kamar Sutera (kisah laki bini baru kahwin dari malam pertama hingga beranak anak pertama),
(3)Semusim di Syurga (Tazkirah santai berdasarkan peristiwa kelendar Islam, seperti NIsfu Syaban, Israk Mikraj, dan lain lain peristiwa dalam Tahun Islam),
(4)Semusim di Neraka (Tazkirah sentap berdasarkan peristiwa kelendar Masihi, seperti Hari kekasih, Hari Ibu, dan lain lain peristiwa dalam tahun Masihi) ,
(5) KLB: Kisah Laki Bini (kisah suami isteri menempuh suka duka kehidupan membantu rumah tangga orang lain dan diri sendiri) ,
(6) Kisah Anak Bini (Kisah anak yang banyak bertanya soalan pelik, dan bagaimana Laki Bini menanganinya),
(7)Menangkap Dajjal DiWaktu Dhuha (Novel Thriller kisah suka duka penduduk kampung berhadapan masalah peristiwa akhir zaman),
(8) Aku, Almond London dan Gay- Kisah di goda gay dalam mencari Almond London, lalu akhirnya memutuskan untuk membantu golongan LGBT dalam mencari jalan Taubat.
(9)Satu, Gabungan 4 penulis, Saya menulis cerita Satu Bini.
(10) Buku Terakhir Tentang Hantu, (kisah bini dirasuk dan terbongkarlah segala rahsia dunia hantu)
(11) Ebook Kisah Laki Bini di bulan Puasa. (suka duka laki bini di bulan puasa sampai raya)
(12) Ngeteh Di Kubur Ayah (surat dari arwah kepada anak anak seluruh dunia)
(13) Kerana dia Anak Syurga (kisah anak autisme dan Ilmu menjaga anak OKU)
Ok, selamat berkenalan, dan selamat follow page abang.
Ps: Abang dah lama kelakar, baru hari ni korang gelakkan abang, bukankah esok lusa kita semua jadi mayat? Woha!
E Book, Kisah Laki Bini di Bulan Puasa. Kisah suka duka Laki Bini bermula 1 Ramadhan hingga Raya Enam! Ada Cerita, tazkirah, Santai, Tarbiah, Lawak, Deep, dan Woha! Boleh baca santai di Smart Phone, Dekstop. RM 10 sahaja, Bank in kepada: WOHA ENTERPRISE: (Maybank 556226405584) Hantarkan bukti pembayaran ke keretamayat@gmail.com, saya akan hantar E Book Kisah Laki Bini di Bulan Puasa (PDF File) kepada Email anda dengan segera!
(Drama terbaik pernah kami tonton, The Walking Dead... tapi cerita di bawah tak de kena mengenapun, adohai..) “Situ sedap...” “Bawa...
Peraturan Membaca Blog keretaMayat
Amaran
Mengamalkan apa yang aku tulis di sepanjang blog ini tanpa merujuk kepada Dalil dari Al-Quran dan Al-Hadith yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak dan merbahaya kepada bot-bot kecil.
Silalah bertindak dengan bijak kerana aku hanyalah sekadar memberi pendapat kepada diri sendiri.
18 Tahun ke atas..
Blog ini menyentuh aspek agama, sosial dan politik,(18PL) Blog ini mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,(18SX) Blog ini ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,(18SG)
Bukan Ustaz.
Blog ini di tulis oleh seorang yang bukan ustaz, ulamak, mufti, kiai, atau ahli fatwa kebangsaan, Oleh sebab itu, sila rujuk kepada ustaz dan ulamak serta kitab. Maafkan penulis jika kurang hikmah dalam penulisan di sepanjang blog ini, dan terima kasih kerana berlapang dada membaca secebis ilmu dan maklumat tentang dunia islam dari kaca mata seorang hamba yang hina ini.
Seks Blog ini sering bercerita tentang kelebihan berumahtangga dan isu seks, dalam menggalakakn muda mudi mendirikan rumahtangga dengan cepat demi kesempurnaan separuh dari ugama melalui perkahwinan, walaubagaimanapun, tak salah jika yang sudah berkahwin membacanya.(mana tahu ada rezeki untuk tambah...)
Mualaf
Dalam bebarapa artikel, ada di selitkan nota untuk mualaf, bagi penulis, mungkin anda akan tidak selesa atau bosan membacanya, namun abaikan sahaja kerana pada pendapat Aku yang hina, masih ramai sebenarnya remaja dan orang islam sendiri yang masih ‘mualaf’ dalam bab-bab ugama.(termasuk juga aku), maka, kita sama-sama belajar ingat-mengingat, walaupun untuk perkara yang remeh.
BuZnama
Bermaksud: “Berita dari UstaZ yang aku tak ingat NAMA”. Demi Allah, Aku sedaya upaya mencuba sepenuh jiwa raga agar tidak sekali-kali meyebarkan berita yang palsu, apa yang aku dengar dan telah dengar banyak kali dari 'Buznama', maka aku gunakan sebagai hujjah, semoga aku sampai bila-bilapun tidak akan berdusta atas nama Rasulullah SAW.
Short Word.
Blog ini seperti juga buku ugama yang lain, ada ringkasan tulisan seperti SAW untuk Selawat atas Nabi, RA, untuk RadhiAllahuanhu dan lain-lain.
Hampeh
mencarut dengan bahasa yang murni.
Woha
Penulis menggambarkan situasi menjerit gembira atau menjerit keliru atau apa sahaja, bergantung kepada senario.
Lagu dan Syair.
Dalam kitab ugama, penulis dapati banyak penerangan di selitkan syair arab, menjadikan kitab itu menarik dan seronok di baca. maka aku juga banyak menyelitkan lirik lagu yang popular di mata aku ke dalam beberapa artikel, ada yang aku edit sesuka hati dan ada yang sama dengan lirik lagu yang asal, anggap sahaja sebagai syair dalam memudah fahamkan sesuatu penerangan dan menghidupkan suasana ceria.
Lawak.
Ada bebarapa artikel yang mungkin lucu pada sesetengah jiwa, penulis tidak berniat membuat lawak, ini bukan blog lawak, dan ugama tidak boleh di jadikan bahan gurau, (kena pergi surau).., anggaplah itu sebagai “pereda ketegangan” dalam membincangkan bab-bab ugama. Mudah-mudahan.
Rujuk Ustaz
Penulis benar-benar maksudkannya. Demi kebahagian anda.
Jangan Jadi SLOW
Blog ini juga tidak mewakili mana mana pertubuhan, kumpulan, fahaman, parti, gerakan atau sindiket, jika tak puas hati,jangan kutuk PAS, UMNO, TABLIGH, PKR dan lain-lain pertubuhan, tapi hina, caci, maki, kutuk dan laknatlah aku seorang...,
Komen dan Email
Setiap Komen yang negatif tapi masih tidak di delete bukan bermakna penulis bersetuju, tapi perasan sibuk, dan tidak mewakili langsung pendapat penulis.
Bagi yang bertanya, Harap dapat bertanya dengan ringkas, Penulis cuba jawab semua komen dan email secara umum, bukan secara personal, cuma lambat atau cepat sahaja... adohai.