Jan 15, 2015

Kenapa Kelantan Banjir?

(Kisah Kelas Korner Lot)

Pada Suatu hari di sebuah sekolah Rendah kebangsaan (nama di rahsiakan) terdapat sebuah kelas korner lot yang telah mengalami suasana teramat sangat bising berhuru hara dan hiruk pikuk dengan telatah nakal budak budak sekolah, ada yang baling kertas, ketuk meja, ketawa-ketawa, mengilai ngilai, bergendang, menyanyi, raping, usik budak perempuan, bergurau antara pusat dan lutut, baling jet kertas, baling kerusi, baling meja bla bla bla!!!

Kemudian datanglah seorang rakan sebaya selaku pengawas sekolah merangkap ketua kelas: lalu menasihati murid murid tersebut supaya senyap sunyi dan pulih seperti sedia kala, tapi nasihat itu tidak di endahkan oleh semua pihak pelajar, malahan mereka membaling tong sampah ke muka pengawas, pengawas yang bengang terus teringat dengan cogan kata hikmat..

If you can't beat them, join them

Maka kelas tanah lot itu bertambah meriah dan hiruk pikuk dan huru hara dek kedatangan pengawas sekolah yang turut mengambil bahagian dalam acara 'pecah kelas' tak rasmi itu..

Tidak lama kemudian, datanglah Guru sekolah merangkap Guru Besar masuk ke kelas, melihat keadaan kelas yang dahsyat dan tidak terkawal itu, dengan rakusnya guru besar itu terus menangkap seorang murid selaku pengawas kelas lalu di ikatnya pada kerusi dan dengan tabahnya membelasah murid tersebut dengan tali pinggang dan menghantuk bucu meja ke arah tulang punggung mangsa yang mengakibatkan titik sulbi beralih arah.

Tak cukup dengan itu, guru besar terbabit turut menggigit dahi dan pusat murid malang itu dan dengan teguh mengoyakkan gigi garaham mangsa, akibatnya, pusat dan bulu kening pelajar itu patah dua…, kemudian pelajar itu di baringkan mengadap kiblat lalu di pijak buah pinggang bla bla bla.., arghhh! aku terpaksa menghentikan cerita ini kerana aksi yang cukup ganas dan ngeri, pelajar bawah umur dilarang membaca tanpa bimbingan ibu bapa berakhlak tinggi.

Walaubagaimanpun, akibat dari seorang murid di pukul guru besar maka keseluruhan kelas menjadi senyap sunyi dan aman sentosa… keadaan telah kembali pulih seperti sedia kala.

Tiada lagi keruntuhan moral dan kelas itu menjadi hening dan tenang seperti berada di tapak perkuburan... atau setenang kaunter bayaran zakat.

Moral of the story is…
Apabila Ummat islam secara keseluruhannya sudah mengengkari Allah dan Rasul, maka datanglah bala dan ujian Allah ke atas ummat islam, lalu memusnahkan harta benda dan mengorbankan nyawa. Tapi bala dan ujian ini tidak berlaku pada semua kawasan, dalam kes banjir baru baru ini, serambi Mekkah menjadi tempat banjir terburuk.

Negeri-negeri lain yang tak kena bala dan ujian janganlah rasa selamat serta selesa dari azab Allah kerana MUNGKIN datangnya banjir besar di kelantan ibarat 'hukuman' ke atas pelajar oleh guru besar dalam cerita di atas,

Hakikatnya semua 'pelajar bising dan engkar' (siap ada K pop peluk peluk)tapi cukuplah satu negeri menerima ujian atau bala bencana agar penduduk lain ambil iktibar, bertaubat dan kembali kepada Allah.

Wallahu'lam.


p/s: “Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan , dan Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu.”(Asy Syura -30)

24 comments:

School Of Tots said...

make sense..

Anonymous said...

Terima kasih Hamka...

Anonymous said...

ekau campak umpan,eden makan la sikit hamka..
ini sumo salah pongundi hamka..eden dh posan,pangkah pr pangkah pr jgn pangkah b.n..itu la x dongar posan..

Anonymous said...

PURA PURA ALIM DAN ISLAM, TAPI PERBUATAN HARIAN TIDAK BERSIH.. BERAS PUN PUN BOLEH SELUDUP... TAPI ALIM.. SO PERBUATAN TU TAK SALAH PADA DIA.. SBB DIA PATUH HUKUM ALLAH SWT..

BUKAN KERAJAAN DUNIA. SO CONTINUE SELUDUP, BUAT BENDA YG ALLAH SWT KATA JGN BUAT. PERATURAN HUKUM DI DUNIA ADALAH UNTUK MENJAGA KEAMANAN DAN KEBAIKAN SEDUNIA WALAUPUN BUKAN EXACTLY DARI ALLAH SWT BUT BERDASAR KAN HUKUIM ALLAH SWT JGN MELAKU BENDA YANG HARAM DAN DITAFSIR UTK KEPERLUAN SETEMPAT.

SO BANJIR TU SEMUA ADALAH UTK MENGINSAF KAN TAPI MASALAHNYA DIA TAK RASA DIA BERSALAH ..

Anonymous said...


malaysia dah terima bala secara keseluruhanya... Kapal terbang hilang terhempas dan terhempas... tanah runtuh, ribut puting beliung

harap banjir kali ni lebih menginsafkan rakyat kelantan dan bertambah iman

secara positifnya banjir kali ni ramai orang boleh menderma secara tak langsung menjauhkan kita kembali pada bala Allah

harap harap kerajaan yang memerintah cukup cukup lah bawak KPOP kat Malaysia ni..

azharjaafar said...

masa aku keluar kat Kelantan lepas banjir baru ni masa buat ziarah, ada seorang mamat yg tengah lepak dgn bininya yg tak tutup orat di anjung rumah.. katanya; "haa.. ni banjir ni sebab demo tak laksana hudud la ni.." Rasa nak lempang je..

Anonymous said...

ye la orang kelantan jer la yang salah.. sana jer orang tak tutp aurat tapi cakap pasal islam ni...

Sunni said...

Ego angkuh dan taksub menutup pintu hati.
"Tiadalah yg dpt mengambil pelajaran kecuali org org yg mempunyai pintu hati (berfikiran terbuka)."

Anonymous said...

hari itu doa mohon bala di stadium kelantan oleh pas.

hari ni bala dah datang di kelantan negeri oas.

kesimpulan: pas bukan parti wakil tuhan.

anak kucing dora said...

terbaik bro kereta mayat

anak kucing dora said...

eh silap, hamka aha

Anonymous said...

ekau jgn risau non,orang kolantan x salah do.. pongundi2 b.n yg salah,x kiro la dio dok k.l ko kolantan ko..b.n ni la sobab pado peluk k pop la,peluk atlit la,atantuya la,rasuah la,petrol naik la,mcm2 lg la..kalo tulis semggu x abis ni ha..
"nak borsih kan sumo kosalahan pongundi2 b.n" tu eden dah posan suruh dorang pangkah p.r..kepalo batu x nak dongar..balik2 di pangkah eh b.n..apo nak kato..

Anonymous said...

orang beriman selalu diuji...apa kelas mengaku beriman tapi tak diuji... hermmm...

si para para said...

ujian yang datang menjentik hati sanubari...

Tornado Assassin said...

"Bala tu...bala tu...diturunkan kepada golongan yg mungkar..". He he he..petikan dialog filem hantu kak limah balik rumah. ERM...pepecahan ummah pengaruh politik demokrasi,penerokaan hutan berleluasa Dan rakus, gejala pil kuda yg berleluasa di Kelantan. Sedih..sabor je la.

Anonymous said...

pengaruh politik, demokrasi dan pembalakan haram hanya ada di kelantan kesiannn...

Tornado Assassin said...

Aku tujukan kpd umum atas statement
aku di atas kecuali gejala pil kuda aku sebut Kelantan. Penularan gejala pil kuda di sana adalah pada kadar yg Sgt membimbangkan. Sedih..*,.*

Anonymous said...

semua orang kelantan makan pil kuda kesian...

Anonymous said...

sabah sarawak banjir...pil kerbau lak kot...

Tornado Assassin said...

*,.* k..

detective nie said...

Hidup tidak selalunya indah, langit x selalu cerah, suram malam x berbintang, itulah lukisan alam, tapi jalan kebenaran, x akan selamanya sunyi, ada ujia yang datang melanda, ada perangkap menunggu mangsa, mengharap senang dalam berjuang bagai menunggu bulan ditengah siang, pangkalnya x seindah sentuhan rasa pangkalnya jauh hujungnya belum tiba.

Apa apa pun, ujian dari Allah datang dalam banyak bentuk dan pelbagai sebab, pertama, menunjukkan betapa kecilnya kita di pandangan Allah swt, serta memberi dugaan dan cabaran dengan iman kita, mengingatkan kesilapan kita, mengingatkan kita boleh jatuh dan bangun bila2 masa, mengingatkan kita bahawa kita x laksanakan perintah dan hak Allah, serta yang paling penting. Mengingatkan kita janganlah asyik nak menunding jari pada orang lain sedangkan kita belum sempurna, dakwah yang paling berkesan adalah dakwah ke atas diri sendiri, kerana hikmah itu lebih baik daripada menunjukkan aib org lain. Aib akan tetap ada, tunjuk atau x tu bukan urusan kita, tapi urusan kita adalah memperbaiki diri agar kita dapat keredhaan Allah swt.

Anonymous said...

Cuba fikirkan balik sebab apa Kelantan banjir besar. Antara sebab sebabnya ialah kerana kita bersekongkol dengan orang bukan Islam, DAP.

Anonymous said...

Tolong ketepikan sentimen politik sbb ujian Allah bkn tertakluk sbb politik semata2....ni x abis2 nk kaitkan dgn politik... *sigh* typical malaysian....ops ke shut i said typical meleis??apa apa pun nice ulasannya encik hamka...senang difahami n x terbelit2....

hamka said...

betul, jangan setarafkan politik sempit dengan keluasan ISlam. wallah'lam