Jan 15, 2015
Kenapa Kelantan Banjir?
(Kisah Kelas Korner Lot)
Pada Suatu hari di sebuah sekolah Rendah kebangsaan (nama di
rahsiakan) terdapat sebuah kelas korner lot yang telah mengalami suasana
teramat sangat bising berhuru hara dan hiruk pikuk dengan telatah nakal budak
budak sekolah, ada yang baling kertas, ketuk meja, ketawa-ketawa, mengilai
ngilai, bergendang, menyanyi, raping, usik budak perempuan, bergurau antara
pusat dan lutut, baling jet kertas, baling kerusi, baling meja bla bla bla!!!
Kemudian datanglah seorang rakan sebaya selaku pengawas
sekolah merangkap ketua kelas: lalu menasihati murid murid tersebut supaya
senyap sunyi dan pulih seperti sedia kala, tapi nasihat itu tidak di endahkan
oleh semua pihak pelajar, malahan mereka membaling tong sampah ke muka
pengawas, pengawas yang bengang terus teringat dengan cogan kata hikmat..
If you can't beat them, join them
Maka kelas tanah lot itu bertambah meriah dan hiruk pikuk
dan huru hara dek kedatangan pengawas sekolah yang turut mengambil bahagian
dalam acara 'pecah kelas' tak rasmi itu..
Tidak lama kemudian, datanglah Guru sekolah merangkap Guru
Besar masuk ke kelas, melihat keadaan kelas yang dahsyat dan tidak terkawal
itu, dengan rakusnya guru besar itu terus menangkap seorang murid selaku
pengawas kelas lalu di ikatnya pada kerusi dan dengan tabahnya membelasah murid
tersebut dengan tali pinggang dan menghantuk bucu meja ke arah tulang punggung
mangsa yang mengakibatkan titik sulbi beralih arah.
Tak cukup dengan itu, guru besar terbabit turut menggigit
dahi dan pusat murid malang itu dan dengan teguh mengoyakkan gigi garaham
mangsa, akibatnya, pusat dan bulu kening pelajar itu patah dua…, kemudian
pelajar itu di baringkan mengadap kiblat lalu di pijak buah pinggang bla bla
bla.., arghhh! aku terpaksa menghentikan cerita ini kerana aksi yang cukup
ganas dan ngeri, pelajar bawah umur dilarang membaca tanpa bimbingan ibu bapa
berakhlak tinggi.
Walaubagaimanpun, akibat dari seorang murid di pukul guru
besar maka keseluruhan kelas menjadi senyap sunyi dan aman sentosa… keadaan
telah kembali pulih seperti sedia kala.
Tiada lagi keruntuhan moral dan kelas itu menjadi hening dan
tenang seperti berada di tapak perkuburan... atau setenang kaunter bayaran
zakat.
Moral of the story is…
Apabila Ummat islam secara keseluruhannya sudah mengengkari
Allah dan Rasul, maka datanglah bala dan ujian Allah ke atas ummat islam, lalu
memusnahkan harta benda dan mengorbankan nyawa. Tapi bala dan ujian ini tidak
berlaku pada semua kawasan, dalam kes banjir baru baru ini, serambi Mekkah
menjadi tempat banjir terburuk.
Negeri-negeri lain yang tak kena bala dan ujian janganlah
rasa selamat serta selesa dari azab Allah kerana MUNGKIN datangnya banjir besar di kelantan
ibarat 'hukuman' ke atas pelajar oleh guru besar dalam cerita di atas,
Hakikatnya semua 'pelajar bising dan engkar' (siap ada K pop peluk peluk)tapi cukuplah
satu negeri menerima ujian atau bala bencana agar penduduk lain ambil iktibar,
bertaubat dan kembali kepada Allah.
Wallahu'lam.
p/s: “Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu
kesusahan maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan , dan Allah memaafkan
sebahagian besar dosa-dosa kamu.”(Asy Syura -30)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
make sense..
Terima kasih Hamka...
ekau campak umpan,eden makan la sikit hamka..
ini sumo salah pongundi hamka..eden dh posan,pangkah pr pangkah pr jgn pangkah b.n..itu la x dongar posan..
PURA PURA ALIM DAN ISLAM, TAPI PERBUATAN HARIAN TIDAK BERSIH.. BERAS PUN PUN BOLEH SELUDUP... TAPI ALIM.. SO PERBUATAN TU TAK SALAH PADA DIA.. SBB DIA PATUH HUKUM ALLAH SWT..
BUKAN KERAJAAN DUNIA. SO CONTINUE SELUDUP, BUAT BENDA YG ALLAH SWT KATA JGN BUAT. PERATURAN HUKUM DI DUNIA ADALAH UNTUK MENJAGA KEAMANAN DAN KEBAIKAN SEDUNIA WALAUPUN BUKAN EXACTLY DARI ALLAH SWT BUT BERDASAR KAN HUKUIM ALLAH SWT JGN MELAKU BENDA YANG HARAM DAN DITAFSIR UTK KEPERLUAN SETEMPAT.
SO BANJIR TU SEMUA ADALAH UTK MENGINSAF KAN TAPI MASALAHNYA DIA TAK RASA DIA BERSALAH ..
malaysia dah terima bala secara keseluruhanya... Kapal terbang hilang terhempas dan terhempas... tanah runtuh, ribut puting beliung
harap banjir kali ni lebih menginsafkan rakyat kelantan dan bertambah iman
secara positifnya banjir kali ni ramai orang boleh menderma secara tak langsung menjauhkan kita kembali pada bala Allah
harap harap kerajaan yang memerintah cukup cukup lah bawak KPOP kat Malaysia ni..
masa aku keluar kat Kelantan lepas banjir baru ni masa buat ziarah, ada seorang mamat yg tengah lepak dgn bininya yg tak tutup orat di anjung rumah.. katanya; "haa.. ni banjir ni sebab demo tak laksana hudud la ni.." Rasa nak lempang je..
ye la orang kelantan jer la yang salah.. sana jer orang tak tutp aurat tapi cakap pasal islam ni...
Ego angkuh dan taksub menutup pintu hati.
"Tiadalah yg dpt mengambil pelajaran kecuali org org yg mempunyai pintu hati (berfikiran terbuka)."
hari itu doa mohon bala di stadium kelantan oleh pas.
hari ni bala dah datang di kelantan negeri oas.
kesimpulan: pas bukan parti wakil tuhan.
terbaik bro kereta mayat
eh silap, hamka aha
ekau jgn risau non,orang kolantan x salah do.. pongundi2 b.n yg salah,x kiro la dio dok k.l ko kolantan ko..b.n ni la sobab pado peluk k pop la,peluk atlit la,atantuya la,rasuah la,petrol naik la,mcm2 lg la..kalo tulis semggu x abis ni ha..
"nak borsih kan sumo kosalahan pongundi2 b.n" tu eden dah posan suruh dorang pangkah p.r..kepalo batu x nak dongar..balik2 di pangkah eh b.n..apo nak kato..
orang beriman selalu diuji...apa kelas mengaku beriman tapi tak diuji... hermmm...
ujian yang datang menjentik hati sanubari...
"Bala tu...bala tu...diturunkan kepada golongan yg mungkar..". He he he..petikan dialog filem hantu kak limah balik rumah. ERM...pepecahan ummah pengaruh politik demokrasi,penerokaan hutan berleluasa Dan rakus, gejala pil kuda yg berleluasa di Kelantan. Sedih..sabor je la.
pengaruh politik, demokrasi dan pembalakan haram hanya ada di kelantan kesiannn...
Aku tujukan kpd umum atas statement
aku di atas kecuali gejala pil kuda aku sebut Kelantan. Penularan gejala pil kuda di sana adalah pada kadar yg Sgt membimbangkan. Sedih..*,.*
semua orang kelantan makan pil kuda kesian...
sabah sarawak banjir...pil kerbau lak kot...
*,.* k..
Hidup tidak selalunya indah, langit x selalu cerah, suram malam x berbintang, itulah lukisan alam, tapi jalan kebenaran, x akan selamanya sunyi, ada ujia yang datang melanda, ada perangkap menunggu mangsa, mengharap senang dalam berjuang bagai menunggu bulan ditengah siang, pangkalnya x seindah sentuhan rasa pangkalnya jauh hujungnya belum tiba.
Apa apa pun, ujian dari Allah datang dalam banyak bentuk dan pelbagai sebab, pertama, menunjukkan betapa kecilnya kita di pandangan Allah swt, serta memberi dugaan dan cabaran dengan iman kita, mengingatkan kesilapan kita, mengingatkan kita boleh jatuh dan bangun bila2 masa, mengingatkan kita bahawa kita x laksanakan perintah dan hak Allah, serta yang paling penting. Mengingatkan kita janganlah asyik nak menunding jari pada orang lain sedangkan kita belum sempurna, dakwah yang paling berkesan adalah dakwah ke atas diri sendiri, kerana hikmah itu lebih baik daripada menunjukkan aib org lain. Aib akan tetap ada, tunjuk atau x tu bukan urusan kita, tapi urusan kita adalah memperbaiki diri agar kita dapat keredhaan Allah swt.
Cuba fikirkan balik sebab apa Kelantan banjir besar. Antara sebab sebabnya ialah kerana kita bersekongkol dengan orang bukan Islam, DAP.
Tolong ketepikan sentimen politik sbb ujian Allah bkn tertakluk sbb politik semata2....ni x abis2 nk kaitkan dgn politik... *sigh* typical malaysian....ops ke shut i said typical meleis??apa apa pun nice ulasannya encik hamka...senang difahami n x terbelit2....
betul, jangan setarafkan politik sempit dengan keluasan ISlam. wallah'lam
Post a Comment