Jan 29, 2015

Rotan anak kena penjara?

(Kisah laki bini: Tiada rotan, akar pun berGuna juga untuk melibas sedas dua)

Aksi Ninja Merotan-sekadar Gambar hiasan

Kisah 1:

Di barat, mereka ada nasihat dalam drama, yang dikenali sebagai “Chekhov's gun”

Stated by Anton Chekhov, "Remove everything that has no relevance to the story. If you say in the first chapter that there is a rifle hanging on the wall, in the second or third chapter it absolutely must go off. If it's not going to be fired, it shouldn't be hanging there.”

Atau dalam bahasa melayunya, penulis berbangsa Russia itu menasihatkan dalam seni penulisan cerita: Jika di awal penceritaan ada babak selaras senapang yang terhias pada dinding, pastikan senapang itu digunakan sebelum tamat cerita.

Sebab tu dalam filem ibu mertuaku. P Ramlee hias dinding bilik guna sudu garfu, geddit?

So nasihat kami laki bini, jika nak hias rumah, tolong jangan gantung dengan objek sampah yang tak berfaedah, yang korang tak gunapun sampai mati, adohai..

Apa salahnya kita hias rumah dengan “Lukman Cane”

Kan?

Lukman Cane






Kisah 2

"Abang, dengar cerita akan datang dah tak boleh rotan anak, nanti kena penjara"

"Apa ke jadah kerajaan nak buat undang undang macam gitu? patut tak boleh dera anak, bukan tak boleh rotan anak..,

"Tapi dia tulis, tak boleh rotan"

Keratan Akbar
"Kalau begitu, abang terpaksa tukar rotan dekat jam rumah kita dengan pedang samurai"

Woha!

Pedang Samurai buatan sendiri-bukan sekadar hiasan.

Nota kaki:

Rotan anak, kita masuk penjara, tak rotan karang, mereka masuk neraka, kita pun masuk juga, adohai. Semoga pihak berkuasa yang bertindak sebagai penggubal undang undang diberi taufik dan hidayah untuk membuat keputusan yang bakal menyelamatkan kita semua dari azab api neraka.hu hu..

Kisah 3

Gambar dibawah aku ambik dari web sarcastic "maddox.xmission.com", tergelak tengok gambar ni, adohai..


Jap lagi ada yang butthurt: “eh, Hamka, kenapa qoute ayat orang kapir?”

Yelah yelah, aku qoute kata kata Lukman al hakim, anak perlu dipukul seperti kebun perlu di airi... amacam puas hati?!

Nota kaki:
Anak ibarat kain putih, jangan tersilap conteng, nanti bila besar, andai korang berkulit putih, mereka akan menconteng arang ke muka mak bapak, dan andai korang berkulit hitam, mereka akan mencoteng muka mak bapak dengan kapur- woha!

Kisah 4:

Akhirnya ada yang kata, media salah lapor.


Macam macam hal korang nih, adohai..

So, nasihat aku, mana mana pihak yang nak buat kajian bab rotan anak ni, sila tanya kepada mangsa rotan, setuju ke tak?

Kita kena adil, jadi elok terus tanya kepada mangsa rotan.

Tanya budak yang kena rotan tu, setuju tak hukuman rotan di tiadakan, tapi sebelum tanya pastikan budak yang dah kena rotan tu sudah besar dah sudah berkahwin dan sudah ada anak.

Pasti dengan laju, budak yang pernah kena rotan waktu kecil, sekarang sudah besar dan ada anak menjawab:

"Tiada rotan, hanger pun jadi"


woha!

Hanger-Bukan hiasan semata mata-Woha!

Post a Comment