Jan 1, 2015

Perubatan Moden haram?

(Kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah)

Komen pembaca:

"Saudara Hamka. Perubatan moden bukan sahaja berbahaya, tetapi ia haram. Nabi Muhammad s.a.w menunjukkan kepada kita bagaimana menjaga kesihatan dan mengurus diri sendiri apabila sakit. Bukankah lebih baik untuk kita mempercayai Nabi s.a.w berbanding perindustrian farmasi, pemerintah Amerika dan WHO?

“Dan Kami menurunkan secara beransur-ansur daripada ayat-ayat suci al-Quran yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan sebaliknya al-Quran tidak menambahkan untuk orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (al-Isra' : 82)

Dari ayat ini cukup Al Quran sebagai ubat penawar, perubatan hospital banyak menggunakan kandungan dadah yang merbahaya. Orang yahudi yang menjual ubat ini kepada orang islam, sedangkan mereka sendiri tidak vaksin anak mereka. Perubatan moden ciptaan yahudi telah menganggu ketenteraman semulajadi Ciptaan Allah. Lihatlah kepada petunjuk Allah (al-Quran dan Sunnah) untuk mendapatkan bantuan dalam segala perkara, termasuk kesihatan fizikal.

"Tidak ada musibah yang menimpa, tetapi dengan kebenaran (keputusan dan Qadar) Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, Dia memberi petunjuk kepada hatinya, dan Allah adalah semua Mengetahui segala sesuatu." (Qur'an 64:11).

Kita perlu bergantung kepada Allah dan memohon Allah untuk membantu kita dalam masa kita memerlukan. Penggunaan ruqya (memohon kepada Allah) adalah lebih berkuasa daripada apa-apa ubat yang boleh didapati kerana Allah adalah satu-satunya yang boleh menghantar penawar.
Akhir kata, bab fatwa harus oleh jakim berkenaan vaksin, Harus dengan halal sama ke?

Fikir fikirkan lah.

**
Komen di atas di petik dari komen geng anti vaksin dan anti perubatan moden dari entry yang lepas.

Bukan sorang pengkomen yang cakap “orang yahudi pun tak vaksin anak dia”. lalu bila aku bagi bukti, salah sorang dari mereka cakap, “saya sarcasm sahaja”. (Mereka ni tahu ke sarcastic mean? Adohai)

Aku pesan lagi sekali:

Orang yang tolak asbab adalah jahil, dan orang yang yakin dengan asbab adalah syirik. Sunnah Nabi adalah menggunakan asbab bersama yakin yang betul.

Untuk hidup bahagia di dunia, jangan menolak sains, dan untuk hidup bahagia di akhirat, jangan menolak sunnah.

Cuba ulang baca banyak kali sambil angguk angguk akan dua rangkap pesanan aku di atas. Jika tak faham jugak, nampak sangat perubatan ‘alternatif’ yang korang amal tak mampu buat otak korang jadi normal lantas dengan perasan pandai agama berhujah:

“Harus dengan halal sama ke?”

Adik,  Dalam bab hukum hakam, orang letak lima sahaja iaitu: Wajib, Sunat, Makruh, Harus, dan Haram . benda yang Wajib, Sunat dan Harus tu semuanya halal, orang jahil agama sahaja yang tunggu fatwa 'halal' dalam bab hukum lima, tak pernah dibuat ustaz lagi bagi bagi hukum sampai enam berasingan dengan hukum lima. Pergi mengaji balik!

Last, aku nak bagithu:

Ustaz Harun Din, pakar rawat guna ayat Al quran, tapi bila beliau sakit jantung, telah pergi berubat di di Stanford Hospital, San Francisco, kemudian sambung berubat di Intitut Jantung Negara, kenapa?

Kerana Ustaz Harun Din tak tolak Sains macam korang yang jahil. Di Samping berdoa dan makan makanan sunnah, tidaklah salah berubat cara moden. Bak kata Saidina Umar kepada Abu Ubaidah al-Jarrah yang anggap usaha Umar untuk mengelak wabak sebagai cubaan lari dari ketentuan Allah.
Umar menjawab:

“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)

Akhir kata: Aku tak tolak untuk berdoa, aku juga tidak menolak untuk berusaha. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, terdapat tanda tanda bagi orang yang berakal-Take note!

Dr M melawat Ustaz Harun Din di IJN

Dato Najib dan Datok Harun Din.

Ps: Apa tanda orang yang berakal? mereka adalah orang yang merujuk kepada pakar. Andai korang mahu mengerti.

Ps2: Aku juga ada menjual susu kambing untuk mereka yang mahu minuman sunnah, just klik gambar kambing di side bar keretamayat. He he.



Post a Comment