Dec 30, 2014

Hikmah di sebalik Banjir?

(Pergi masjid pun nak cerita dalam blog, macamlah dia sorang jer pergi masjid, aku tengok tadi, dekat satu saf jugak-Adohai...)

Di musim banjir begini, pergi masjid kena parking jauh sikit, dan dapatlah kita melihat pemandangan area parking yang penuh dengan kereta macam hari jumaat, tentu kitapun akan dapat solat saf yang paling belakang macam hari jumaat sebab parking masjid penuh dengan kereta.

Tak apa kot dapat solat di saf terkebelakang kerana ramai yang datang solat, of corse bila datang ujian banjir sebegini, akan buat orang ramai lebih teringat pada Tuhan. Lantas penuh Rumah Allah,Ok apa?

Lagipun ada tercatat dalam sejarah, termasuk Sunnah Nabi bagi mereka yang segera ke masjid apabila langit berubah menjadi hitam.

Tapi yang mushkilnya di musim banjir sebegini, aku solat tetap dapat saf pertama sebab ada dua saf sahaja lebih kurang, mana pergi tuan kereta yang banyak parking kat luar tu?

Mungkin orang yang parking tu terperangkap dalam banjir-Sangka baik!

Ps: Tambah sangka baik lagi satu, mereka pergi tolong mangsa banjir dan solat di tempat perpindahan yang berhampiran. Semoga banjir cepat surut, dan dapatlah orang ramai membanjiri Rumah Allah. Deep nih!

****

Update, 30/12/2014

(Ada orang copy paste dekat ruang komen kisah Ustaz Yunan dan mangsa banjir, pesanan pada diri sendiri)

Malam tadi saya dijemput untuk memberi kuliah maghrib di sebuah kampung yang saya rahsiakan namanya.

Masjid yang dijadikan Penempatan Banjir itu meriah sekali dengan ibu bapa dan anak-anak.

Hampir 50 keluarga ditempatkan di sini. Musibah banjir yang menimpa mereka begitu menyedihkan.

Namun hati saya lebih hiba bila azan maghrib berkemundang boleh dikira dengan jari mangsa banjir yang turut serta menunaikan solat maghrib berjamaah. Begitu juga dengan solat isyak. Masing-masing sekadar bersembang kosong dan bergelak ketawa di luar masjid.

Saya termenung sendirian. Bukankah mereka mangsa banjir ini adalah tetamu Allah swt? Bukankah mereka sedang menumpang di Rumah Allah? Apakah ini sikap seorang tetamu? Tidakkah mereka merasa malu kepada Allah swt?

Apa yang kita miliki adalah cuma pinjaman dariNya. Rumah, kereta anak isteri malah tubuh badan kita adalah pinjaman darinya. Bukan milik kita. Itu mungkin nikmat pinjaman yang kita sudah lupa.

Tetapi Masjid yang jelas-jelas Rumah Allah yang kita diberi peluang untuk tumpang teduh pun kita masih tidak ada rasa malu meninggalkan solat.

Bala bagaimana lagi yang mereka ingin terima supaya dapat menginsafi diri mereka?

Masa makan mereka berpusu-pusu berebut-rebut. Masa azan mereka wat do no je...

Siapa yang bagi rezeki nasi, ikan sardin dan ikan kering itu? Siapa?

Mengapa kita lupa siapa Pemberi rezeki itu? Sehingga solat yang cuma 5 minit itu, kita tak sudi bersama para jamaah untuk menunaikannya.

Masa senang kita lupa Allah. Dan masa susah pun kita masih lupa Allah...


Apa pun sama-samalah kita berdoa mudah2an Allah swt memberi hidayah dan taufik kepada kita semua. Amin...

17 comments:

Anonymous said...

ko ni ada penyakit dalam hati ko...

Anonymous said...

Malam tadi saya dijemput untuk memberi kuliah maghrib di sebuah kampung yang saya rahsiakan namanya.

Masjid yang dijadikan Penempatan Banjir itu meriah sekali dengan ibu bapa dan anak-anak.

Hampir 50 keluarga ditempatkan di sini. Musibah banjir yang menimpa mereka begitu menyedihkan.

Namun hati saya lebih hiba bila azan maghrib berkemundang boleh dikira dengan jari mangsa banjir yang turut serta menunaikan solat maghrib berjamaah. Begitu juga dengan solat isyak. Masing-masing sekadar bersembang kosong dan bergelak ketawa di luar masjid.

Saya termenung sendirian. Bukankah mereka mangsa banjir ini adalah tetamu Allah swt? Bukankah mereka sedang menumpang di Rumah Allah? Apakah ini sikap seorang tetamu? Tidakkah mereka merasa malu kepada Allah swt?

Apa yang kita miliki adalah cuma pinjaman dariNya. Rumah, kereta anak isteri malah tubuh badan kita adalah pinjaman darinya. Bukan milik kita. Itu mungkin nikmat pinjaman yang kita sudah lupa.

Tetapi Masjid yang jelas-jelas Rumah Allah yang kita diberi peluang untuk tumpang teduh pun kita masih tidak ada rasa malu meninggalkan solat.

Bala bagaimana lagi yang mereka ingin terima supaya dapat menginsafi diri mereka?

Masa makan mereka berpusu-pusu berebut-rebut. Masa azan mereka wat do no je...

Siapa yang bagi rezeki nasi, ikan sardin dan ikan kering itu? Siapa?

Mengapa kita lupa siapa Pemberi rezeki itu? Sehingga solat yang cuma 5 minit itu, kita tak sudi bersama para jamaah untuk menunaikannya.

Masa senang kita lupa Allah. Dan masa susah pun kita masih lupa Allah...

Apa pun sama-samalah kita berdoa mudah2an Allah swt memberi hidayah dan taufik kepada kita semua. Amin...

Copy paste fb ustaz Yunan A Samad

Anonymous said...

Manusia ni masa musibah dia ingat tuhan, bila dah selamat lupa tuhan.

Anonymous said...

semoga aku dan kamu semua tidak tergolong dr kalangan yg 'terlupa' kan Allah...

Anonymous said...

Inilah ujian yang men'sahih'kan atau mang'adamu'/ghair sahih IMAN kerana Bukan Iman Tanpa Amal Soleh...

Zyra Roxx said...

thats why la mereka ditimpa musibah kot... tapi still tak sedar, hmm entahlah.

err.. entri mcmni pun ada komen busuk hati ek? manusia mcmni la yg mendatangkan bala sebenarnya.

hamka said...

Kita sangka baik, pengkomen yang negatif tu dia mungkin perempuan, dan ada masalah keluarga.

Semoga Allah lindungi kakak sekeluarga dan kita semua dari penyakit hati.

:)

Anonymous said...

malam semalam masa kat penempatan banjir kat manik urai pun meriah,amat ramai sekali mereka yang bergelandangan..

alhamdulillah masuk waktu maghrib semua solat berjemaah, 2 kali solat plak tu beserta dengan kaum hawa juga...

Ustaz Hanan Zakaria

Anonymous said...

(( pengkomen yang negatif tu dia mungkin perempuan, dan ada masalah keluarga ))

kesian isteri ko seks tau plak nak..hampeh

Hamka ada penyakit hati

sungguh solat jemaah dia tak mampu buat dia jadi seorang yang baik

tengok muka pon keruh jer, tak ada Nur..

jangan marah eh.. sarcarcm jer ni tau..




Anonymous said...

Semuanya pasal saya yang bersalah....tak amal maaruf nahi mungkar...

Anonymous said...


Kini hampir setengah tahun saya di London. Banyak perkara yang mengkagumkan di kota segala khazanah ini. Namun yang paling mengkagumkan ialah insan-insan yang terus hadir solat berjamaah di setiap waktu subuh yang penuh kesejukan. Tatkala kesejukan itu bagaikan mencabut telinga, menegangkan kulit muka dan memedihkan jari-jemari, mereka tetap merempuh jalan-jalan yang membeku untuk hadir membesarkan Allah di rumahNYA.
Melihat mereka pada setiap pagi jiwaku tersentuh. Pada wajah mereka ada tanda mencari redha Tuhan sehingga tiada lagi yang dilihat dan dirasa melainkan Tuhan semata.
Selepas solat, ada yang duduk membaca al-Quran, ada yang keluar meneruskan kehidupan, ada yang dalam halaqah mempelajari ilmu dan ada yang tenggelam fana dalam zikir. Kesemua mereka telah memulakan hari dengan keberkatan Ilahi.
Melihat mereka setiap subuh, jiwaku bersuluh. Moga dengan keikhlasan mereka daku dapat menumpang teduh.

London Central Mosque 30 Dec 2014

Copy paste gak...

KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com said...

owh mcm ni

Anonymous said...

Anonymous 8.05. Memang benar kata Dr. MAZA . Saya gembira berada di London. Dlm kesjukan kami seklrga redah ke masjid. Jemaahnya ramai. Dan akrab pula. Jiwa saya hidup di sini.

Anonymous said...

26 Disember 2004- Tsunami di Serambi Mekah Acheh.
26 Disember 2014- Kemuncak tenggelamnya Serambi Mekah Kelantan.
Gerakan Acheh Merdeka (GAM)- Perjuangkan hudud serta pernah mendoakan bala kepada bumi Indonesia.(yang akhirnya bala itu berbalik kepada mereka)
Parti Islam Malaysia (PAS)- Perjuangkan hudud serta pernah mendoakan bala kepada bumi Malaysia.(yang akhirnya bala itu berbalik kepada mereka)
GAM- Bermusuhan dengan kerajaan pusat serta pernah menganggap umat Islam di kerajaan pusat sebagai "kafir" atau "menolak Islam".
PAS- Bermusuhan dengan kerajaan pusat serta pernah menganggap umat Islam di kerajaan pusat sebagai "kafir" atau "menolak Islam".
Majoriti ahli GAM berada di Acheh lalu ditenggelamkan Allah.
Majoriti ahli PAS berada di Kelantan lalu ditenggelamkan Allah.
GAM diminta bergabung dengan parti kerajaan demi maslahat umat Islam tetapi mereka menolak.
PAS diminta bergabung dengan parti kerajaan demi maslahat umat Islam tetapi mereka menolak.
Dan banyak lagi persamaan pada kedua-dua pihak yang malas saya nak senaraikan.
Walaubagaimanapun. Jika orang kafir pun Allah masih beri makan kepada mereka, apatah lagi umat Islam, umat Nabi Muhammad yang setiap hari menyembahNya. Tentulah lagi-lagi Allah sayang. Allah turunkan bala kepada umat Islam bukan kerana benci, tetapi kerana ingin menegur dan betulkan apa yang salah. Natijah daripada teguran Allah, maka berlakulah:
GAM meletakkan senjata dan bersetuju untuk berdamai dengan kerajaan.
PAS juga harap-harap lepas ni dapat berdamai dengan kerajaan.
GAM berjaya wujudkan daulah Islamiah mereka dan hukum Allah tertegak serta membuktikan undang-undang Allah itu releven.
PAS juga harap-harap lepas ni akan teruskan agenda mereka untuk laksanakan hudud di Kelantan dan tegakkan hukum Allah di sana serta menjadi contoh kepada negeri-negeri yang lain bahawa undang-undang ini releven serta tidak lagi tunduk kepada Dajjal Alliance Party yang bermati-matian menentang hudud
Allah telah beri teguran kepada GAM agar bersatu demi umat Islam, kini Allah tegur pula PAS supaya bersatu sesama umat Islam demi kebaikan bersama. Dua kumpulan besar Muslim bertelagah selama puluhan tahun, akhirnya kaum Dajjal, kaum Kafir, kaum Komunis yang ambil kesempatan dan menuntut macam-macam hak sampai ada kaum Komunis dah mula minta kuasa autonomi di Penang selain permintaan menghalang azan, bible bahasa melayu, kalimah Allah dan lain-lain isu sensitif yang dimainkan kaum Dajjal mengambil kesempatan atas pecah belahnya umat ini.
GAM buat keputusan untuk menyerah, bukannya memaksa kerajaan Indonesia yang menyerah kerana mereka sedar mereka adalah minoriti.
Jadi PAS juga patut contohi GAM dan terima pelawaan UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan Muslim yang kuat di Nusantara bukannya memaksa UMNO dibubarkan dan sertai PAS kerana wilayah PAS lebih kecil berbanding wilayah UMNO.
Kita inginkan kebaikan untuk umat Islam, ketepikan fahaman politik dan bergabunglah...

Ammar said...

Ape la 'cerdik' ko ni hamka pi copy paste dari web doktor budak tu. Dalam web tu dah terang2 majlis fatwa kata rotavirus vaccine tu haram tapi doktor budak tu bantai halal.

Patut la ko kata halal sebab ko pi rujuk doktor, tak rujuk alim ulama' & badan yg ahli dalam penentuan hukum.

Ammar said...

Ni aku copy paste dari web jakim sendiri.

"Pada masa ini semua pesakit tiada pilihan melainkan menerima apa saja ubat yang diberikan oleh doktor tanpa bertanya status halal atau tidak ubat yang mereka terima. Dalam konteks ini Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sendiri telah mengharuskan penggunaan vaksin tertentu dari sumber yang tidak halal, semata-mata atas dasar darurat bagi mengelak kemudaratan atau sakit yang lebih memudaratkan.

Persoalannya, sampai bilakah umat Islam perlu meletakkan dirinya dalam keadaan ‘darurat’ seumpama ini sedangkan dalam masa yang sama di kalangan masyarakat Islam sendiri telah ada individu yang pakar dalam bidang perubatan, farmasi dan sebagainya"

http://www.islam.gov.my/pakar-islam-perlu-teroka-vaksin-halal-pesakit-tiada-pilihan-selain-menerima-ubat-diberi-doktor-tanpa

Kalau nak video dari Pegawai Jakim bahagian hub halal jakim yg mengatakan tiada vaksin yg halal pun aku boleh bagi. Kat blog ni tak leh upload video & gambar la pulak. Kalau kat facebook senang sikit nak bagi.

Anonymous said...

yg x vaksin anak pon bertabah dgn semua ni yg provaxx lak gelabah? titik tolaknya kita, mcmna jga kesihatan tubuh. Jgn tuduh anti vaxx penyebab. padahal yg bawa tu pro vaxx nauzubillah.. jadi jgn tuduh sesama kita. just usaha mcmna nak buat persekitaran sihat. Dah tau tak sihat jgn keluar campor prg ramai. Berehat kat rumah, dah sihat nanti keluar lah. Ini tidak, dah tau tak sihat cam selsema batok, kena chiken pox nak gak keluar konon dah kering kepala bana! aku kena cheken pox dr org yg ada vaxx dan aku vaxx juga masa duduk kolej dulu, dah dpt mc taknak balik pi melepak gak sebilik ngan kawan2 ni ape cer? Dah la nak final exam time salah sape? tanya diri sendiri kenapa penyakit ni boleh menular? Bkn tuding sana sini. Siapa kita nak letak dosa pahala kat org..