Part 1-Solat berjarak punca banjir katanya, adohai..
Kecoh jugak geng yang konon dapat wahyu mentafsir banjir terjadi sebab solat saf tak rapat... katanya maksiat solat berjarak semua ni...
Oleh sebab tiada satu ayat Quran pun sebut pasal banjir kali
ni sebab tak rapat saf.. maka nak tanyalah.. korang dapat wahyu ke?
Memang betul azab Alllah akan turun bila maksiat
berleluasa.. tapi nak tafsir sebab solat berjarak sebagai puncak maksiat.. kena
ada dalil dan nas.
Sebab Hukum merapatkan saf adalah sunat, ia bukan maksiat
bila ditinggalkan terutama bila bab perang melawan musuh dari pelbagai arah.
Maka cara solat berjemaah berubah ikut ehwal musuh, dengan
merujuk fiqh dan usul yang boleh sangat diperdebatkan bila sampai kepada musuh
sekecik kuman..
Jadi jika nak mentaksif banjir kali ini adalah disebabkan
tak rapatkan saf. Ia perlu pada dalil.
Kecuali kau dapat wahyu.. tapi ingat tentang dalil tiada
Nabi selepas Nabi Muhammad dan siapa mengaku Nabi boleh dibunuh!
Maka dari korang tafsir punca banjir sebab solat jarak..
baik korang fikir..
Tak cukup maksiat ke bila rasa diri lebih terer dari ulamak
dan mufti?
Fikir fikirkanlah.
Woha!
Part 2-salah solat awal pulak katanya, huhuhu
Abang keretamayat, ada yang kata bencana banjir sebab solat
subuh terlalu awal. Rupanya, banjir ni Allah nak jentik sikit, tentang
kesilapan orang Malaysia yang waktu solat subuh di kalendar dan phone kita dok
tunjuk tu sebenarnya awal sangat dari waktu solat subuh yang sebenar..
Macam mana solat saya sebelum ni, kena qadha ke?
XXXXX
Alamak? Tadi ada geng hujah bencana banjir terjadi sebab
solat berjarak, ni muncul pula geng punca banjir sebab solat subuh terlalu
awal? Apa ke jadah? Dapat wahyu mana ni banjir sebab khilaf waktu subuh?
Apa korang baru tahu ke waktu solat subuh di Malaysia ni ada
khilaf? Korang tak ingat ke, pada akhir dua tahun lepas, sekitar bulan November
2019, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam
Kali Ke-116 telah bersidang dan bersetuju memutuskan bahawa permulaan waktu
solat subuh di Malaysia adalah menggunakan parameter altitud matahari pada 18°
di bawah ufuk.
Keputusan ini dibuat berdasarkan penyelidikan komprehensif
selama setahun yang telah dilaksanakan oleh JAKIM bersama kumpulan pakar
daripada Universiti Malaya, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti
Teknologi MARA.
Kesimpulannya, Keputusan fatwa dah keluar November 2019, DUA
TAHUN DAHULU! tapi banjir 2021 baru korang nak kaitkan dengan waktu solat
subuh?, lembab betul kajian korang…
Korang pergi mana dua tahun lepas sebab masih segar di
ingatan, berita solat subuh dilewatkan seluruh Malaysua ini sangat
menggembirakan kaki tidur. Yang jenis bila azan subuh berkumandang baru bangun.
Waktu itu dah boleh tambah sikit lagi.
Baiklah, Bagi yang jahil ilmu falak, saya cerita sikit, akan
ada banyak pendapat untuk menentukan masuknya waktu Subuh. Salah satunya ialah
melihat fajar Sadiq. Bilakah berlakunya fajar Sadiq? Ia muncul apabila
kedudukan matahari 20 darjah di bawah ufuk timur, dari tempat kita duduk. Ini
pandangan Ulama' Falaq sebelum ni.
Pandangan Ulama' Falaq kedua pula mengatakan, apabila
kedudukan matahari 18° di bawah garis ufuk, barulah Fajar Sadiq itu benar-benar
muncul dan kelihatan. Dan pandangan inilah yang kini diterima pakai oleh Jabatan
Mufti negeri-negeri di Malaysia selpas kajian mendalam pada 2018, dan Mufti
berpakat guna kedah 18° di bawah garis ufuk berkuat kuasa pada akhir tahun
2019.
Tahukah korang, Halaju matahari mengambil masa 4 minit untuk
1° pergerakan. Kalau dulu 20° ambil masa 80 minit baru terbit matahari.
Sekarang 18°, tinggal 72 minit sahaja untuk masuk waktu Syuruk.
Jadi khilaf waktu sibuh ni orang dah bahas tahun 2019 dahulu
dan terpakai sampai sekarang, dan Majlis fatwa juga keluarkan fatwa bahawa
solat subuh sebelum ini sah dan tak perlu di ganti.
Jadi jangan nak memandai mandai baru perasan waktu subuh
silap dan kaitkan dengan banjir. Baru keluar gua ke apa ni? Adohai…
Ni bukti gambar fatwa alih waktu subuh di terengganu yang
berkuat kuasa sebelum PKP hari tu lagi, kisah dah dekat dua tahun, now you
know.
Akhir kata, Banjir memang satu bencana, tapi nak kaitkan
dengan saf jarak, dan silap waktu solat subuh sebagai punca, memang tak boleh
blahhh
Mekkah pun pernah banjir, apa tafsir korang waktu itu?
Adohai..,
Sungguh bukan kerja kita nak kaitkan dosa siapa dengan
bencana, Ayat Al Quran juga cerita tentang dunia ini ujian, ganjaran orang
sabar, darjat naik di setiap musibah, perintah berbuat baik pada orang susah,
dan banyak lagi, maka di waktu bencana banjir ini, jika tak boleh bantu,
cakaplah yang baik baik, dan jika tak boleh cakap yang baik baik, lebih afdal
diam!
Ps: Subuh gajah tetap sama masa habisnya yer, jangan nak
lewatkan pulak, Woha!
Part 3-Cip besar beras wujud maka kena gelabah ke?
Anti vaksin ni boleh tahan dia punya perangai.
Bila semalam keluar berita Mikrocip sebesar beras simpan
rekod vaksinasi COVID-19, ada anti vaksin gigih tag saya komen mereka di jalan
yang benar, tuduhan mereka dalam vaksin ada robot nano adalah benar sebab berita
dah berani laporkan Mikrocip sebesar beras..
Adohai..
Baru ni bila banjir besar katanya sebab doa orang terniaya
makbul, mereka anti vaksin telah di zalimi oleh kerajaan, eh? Mereka memang
doakan Malaysia kena bala ke?, boleh tahan perangai..
Lepas tu salahkan solat berjarak sebagai punca banjir, sebab
solat berjarak ni maksiat bagi mereka, Pulak?, Tak cukup maksiat ke bila rasa
diri lebih terer dari ulamak dan mufti?
Baiklah, isu Mikrocip sebesar beras, apa masalah?
Menurut laporan portal berita News18, cip pelbagai fungsi
yang ditanam di lengan itu juga boleh menyimpan data pasport dan digunakan
untuk membuat pembayaran tanpa tunai. Wah, ini sudah bagus, Pasport hilang kena
curi dah tak akan berlaku, lepas tu pergi jalan tak payah bawa kad debit, bagus
sangat!
Dilaporkan hampir 6,000 orang di Sweden sudah menerima
suntikan cip berkenaan pada lengan tangan masing-masing dan terbukti memudahkan
urusan harian mereka.
Teknologi sedang dibangunkan lagi dan akan datang boleh guna
untuk menjejak orang sesat di hutan, menjejak mangsa lemas, mengelak
penculikkan kanak kanak, dan tak perlu chek in my sajahtera lagi sebab data
semua dah ada. Korang yang masbuk solat tak perlu nak kena beratur scan my
sajahtera, sangat Jimat masa.
Kes suami atau isteri curang dengan mana mana kakitangan
hospital juga dapat dijejak dengan mudah.
Maka bagus sangat jika ada teknologi macam ni, sangat
membantu binatang peliharaan yang terlepas, atau kanak kanak yang hilang, atau
remaja yang menghilang nak bunuh diri, atau jejak pasangan curang, atau majikan
jejak pekerja mengular, serta mencari barang tercicir, pendek kata, teknologi
cip sebesar beras ni sangat banyak manfaat pada orang baik.
Tapi orang jahat memang tak suka pergerakan mereka di kesan,
susah nak merompak, atau mencuri, atau nak curang, fikir fikirkanlah.
Woha!
Ps: Jika Mikrocip ni di adakan di Malaysia, pastikan ada
logo halal.
Part 4-Sunnah dan Sunat tak tahu rupanya, patutlah..
Logik anti vaksin yang taksub..
Banjir sebab solat berjarak, disisi anti vaksin, solat jarak
adalah sunnah wajib. Maka menjarakkan solat adalah maksiat, dan kerana solat
jarak itu maksiat maka banjir besar berlaku.
Maka saya pun tegur, solat berjarak bukan maksiat, hukum
merapatkan saf adalah sunat.
Maka muncul hamba Allah ni, yang mungkin malu nak guna nama
mak bapak bagi sebagai pengganti diri, dan komen:
“Hamka keretamayat penunggang agama. Sunat dengan sunnah tak
reti beza. Tak tahu diam!”
“Woi Hamka, Buang lah kopiah tu wei...sunnah dengan sunat
pon tak reti beza.... baik la sunat lagi
sekali....tak reti lagi WHO tu organisasi setan... jilat la vaksin ciptaan
dajal pndusta tu....”
Banyak lagi komen tak puas hati, tapi takpe, kita focus pada
“Sunat dengan sunnah tak reti beza?”
Jadi ada pembaca lain tanyalah orang komen tu:
“Ape beza sunnah dengan sunat?”
Dengan selamba si FB Bernama KISAH SILAM menjawab:
“Sunnah bende nabi muhammad buat. Sunat tu extra pahala.
Contoh solat sunat sebelum zohor. Tu sunat”
Pergghhh, tersembur rebus ubi pakcik baca komen over
konfident dari adik KISAH SILAM..
Salah tak penting, yang penting konfident, siap print screen
share sana sini, cerita pasal Sunnah dan Sunat tak reti beza maka menunggang
agama. Adohai..
Baiklah, pengajaran juga untuk pembaca semua.
Sunnah Nabi ni ada yang wajib, ada sunnah yang sunat, ada
sunnah yang haram.
Si adik ni bagitahu, “Sunnah bende nabi muhammad buat. Sunat
tu extra pahala. Contoh solat sunat sebelum zohor. Tu sunat”
Habis tu solat sebelum zohor nabi tak buat? Hingga bezakan
antara sunnah dan sunat? Tak ke bangang!
Mari sini pakcik nak ajar, Sunnah ada yang wajib macam solat
lima waktu, atau tutup aurat, dan lain lain, sunnah juga ada yang sunat, macam
solat sunat sebelum zohor, atau puasa hari isnin dan lain lain, sunnah juga ada yang haram, macam Nabi kahwin
Sembilan isteri, haram lah jika kita kahwin Sembilan isteri sebab nak ikut
sunnah..
Maka dalam bab merapatkan saf, menang ia sunnah, tapi bukan
sunnah yang wajib, tiada dalam rukun 13 syarat sah solat kena rapatkan saf,
sebab itulah ulamak tafsir merapatkan saf adalah sunah,
Sila rujuk fatwa 480 bab merapatkan saf, Berdasar tafsir
hadis: Riwayat Bukhari (690) bertulis:
Hukum merapatkan solat adalah sunat dan merupakan salah satu
daripada Sunat-Sunat Hai`ah, bukanlah rukun atau, sunat ab`adh.
Jadi merapatkan saf adalah sunnah, tapi sunnah yang mana?
Yang wajib? Yang sunat? Yang harus? Yang
haram?
Si adik yang komen dalam gambar ni cetek agama maka difahamnya
sunnah (wajib sahaja) dan sunat pula extra pahala yang bukan sunnah sebab nabi
tak buat?.., memang bangang lah siapa yang tafsir macam ni, Adohai..
Okey, tadi sebelum saya post ni saya sempat google pendapat
ustaz azhar idrus bab merapatkan solat, maka ustaz cakap hukumnya sunat dan
siapa yang sengaja tak rapat hukumnya makruh, namun jika ada halangan hingga
terpaksa menjarakkan, maka gugurlah makruh, jelas sangat penjelasan, takdenya
sampai jadi haram, atau jadi maksiat hingga banjir ditafsirkan sebagai balasan
solat berjarak. Itu yang saya tegur tapi di tuduh pengunggang agama,
Astarfirullahalazim…
Apa-apapun, mari kita berterima kasih kepada pemilik FB yang
mungkin malu nak guna nama mak bapak bagi, dan pilih nama KISAH SILAM, terima
kasih sebab bertanya soalan bodoh, hingga orang lain dapat belajar dari
kebodohan anda.
Semoga kita semua dapat belajar dari kesilapan kisah silam.
Woha!
Part 5-Lebih baik dari ulamak rupanya.., habis punah!
Bila Ulamak dan Mufti bermuzakarah keluarkan fatwa secara
ijmak tentang solat berjarak waktu wabak. Ada geng yang tolak ulamak dengan
hujah, Kita ikut Nabi lah, apa Nabi saw cakap kalau solat tak rapat saf?
Panjang lebar hurai pun tak guna bila tak sebut langsung apa Baginda kata bab
ni..
Eh? Mereka ni seolah olah, Macam geng tolak mazhab kan?,
bila Imam Syafiee sunatkan baca qunut waktu subuh, katanya tak perlu, sebab
Nabi tak istiqamahkan qunut, bidaah semua ni!
Bila Malaysia sambut hari lahir Nabi, ada yang berhujah,
Nabipun tak sambut, Dr Zakir Naik cakap siapa sabut Hari jadi Nabi Bidaah!
Tapi tengok berita, Dr Zakir Naik pilih menatap di Malaysia
dengan hujah Malaysia ini adalah negara islam paling aman dan masjid banyak
hidup serta amalan islam rakyat Malaysia mengikut Dr Zakir naik, sangat baik.
Ya, negara yang sambut Hari jadi Nabi inilah pilihan Dr
zakir Naik mendapatkan suaka. Ironi bukan?
Balik bab rapat saf, dah lama isu ni di bahas, boleh tonton
Dr. Rozaimi Ramle & Ust. Mohib Khouli berdebat bab ini di Youtube. Kita
semua tahu, semua ulamak dari semua mazhab dunia, setuju secara ijmak untuk
solat berjarak waktu wabak.
Cuma bila banjir besar berlaku, isu ni naik balik sebab ada
geng teori konspirasi tafsir banjir berlaku sebab solat berjarak, dan bila saya
cakap, solat berjarak bukan maksiat, hukum merapatkan saf adalah sunat. Maka
tak betul tafsir macam tu.
Maka berduyung duyung geng teori konspirasi serang dalam
komen, kata ulamak suuklah, ulamak sesatlah, ulamak dunialah, dan paling banyak
guna hujah ala ala tolak mazhab..,
Katanya, Kita ikut Nabi lah, apa Nabi saw cakap kalau solat
tak rapat saf? Panjang lebar hurai pun tak guna bila tak sebut langsung apa
Baginda kata bab ni..
Adohai, macamlah ulamak buang kata kata Nabi bila nak
keluarkan fatwa.
Mari sini mari saya ceritakan apa pesanan Nabi Muhamad SAW
tentang isu ini..
Sabda Nabi:
“Ulamak adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi
tidak mewariskan dinar atau dirham. Akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka
barangsiapa yang mengambil warisan tersebut, maka dia telah mengambil bahagian
yang banyak” Hadis riwayat Abu Darda.
Maka renung renungkan pesanan ini, solat berjarak ni sementara
sahaja, hati semua tak suka macam perasaan sahabat terpaksa akur dengan SOP
perjanjian Hubadiyyah, tapi sahabat tahu taat Amir taat Allah, sahabat rela
patuh SOP Hubadiyyah yang seolah-olah terlihat patuh kepada ketua kafir, tapi
dari perjanjian ini, terbuka peristiwa Futul Mekah tanpa pertumpahan darah, dan
Kaabah bebas dari berhala selamanya sampai sekarang,
Sungguh bantuan Allah bersama umat yang bersatu dalam taat
kepada Amir, sejarah dah buktikan.
Tapi pecah belah hari ni sebab wujud geng perasan lebih
bijak dari ulamak, lebih terer dari mufti, lebih baik dari asatizah, maka tak
pelik bencana demi bencana berterusan menimpa kita, sebab warisan nabi sedang
di hina dengan perasaan dalam diri bersifat iblis: “Ana khairun minhu“
Nauzubillahminzalikk
Maka nasihat saya kepada umat akhir zaman yang pasti
berdepan dengan kemaslahan ummat yang tiada di zaman Nabi, apa perlu kita buat?
Pilihan satu: Innal ulama warasatul anbiya.
Pilihan kedua: Ana khairun min Ulamak.
Pilihan pertama insyaAllah ke syurga, pilihan kedua, memang
akan rancak di sini sana, berdosa, neraka!
Woha!
Part 6-Ustaz jernihkan kekeruhan, sila sila..
Saya mengaku bukan ustaz, maka bila saya bantah kepada geng
teori konspirasi yang cakap banjir berlaku kerana solat jarak, saya hujah solat
jarak itu sunat dan bukan maksiat, bencana datang sebab maksiat, maka jangan
kaitkan dengan jarak solat waktu wabak..
Maka saya diserang dalam komen serta inbox, suruh saya
bertaubat, kata saya sesat, juga share video ustaz yang cakap wajib rapatkan
saf.
Terima kasih tegur saya untuk bertaubat, sesungguhnya saya
bertaubat dari segala dosa, Amin..
Maka saya carilah video dari ustaz yang faham bab Fekah,
yang semua orang kenal, mudah jika nak rujuk, cari dia sahaja.
Alhamdulillah, ada orang share video Ustaz Azhar idrus
berceramah bab ini dengan ringkas dan jelas.
Maka kepada mereka yang cakap saya sesat kerana berkata
rapatkan saf itu sunat, mari sini tengok video ini, sungguh apa yang saya
maksudkan adalah sama dengan apa yang ustaz Azhar idrus maksudkan.
Cuma.., masalahnya mungkin ceramah Ustaz Azhar dalam Bahasa
Terengganu. Pekat juga bunyinya. Ramai yang tak faham.
Maka saya sebagai orang Terengganu, tolong tukar kepada
Bahasa melayu standard.
Semoga bermanfaat:
Maka berkatalah Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya:
“Hari ni sibuk ada orang yang berkata banjir besar kerana
tidak rapat saf.. INI SALAH! Belajar dulu, sebab tu kena belajar fardu Ain!
Kamu sibuk mengkaji dajjal, kaji gua ashabul kahfi, kaji
Yakjuk makjud, kaji Israel Yahudi, tapi fardu ain tak belajar?, idrham
billarunah tak faham. Faham ke tidak?
Lepas tu makbuk dalam berhujah, Padahal tak salah nak kaji
tapi biarlah faham fardu Ain terlebih dahulu.
Jadi apa hokum rapatkan saf? Wajib ke sunat?
Hukumnya sunat!, yang wajib sembahyang
Siapa yang sengaja, Ulamak fekah kata, siapa yang sengaja
tidak rapatkan saf, maka solatnya sah, tapi perbuatanya makruh.
Apa makna Makruh?
Siapa yang buat sengajat tak rapatkan saf, Perbuatan itu
tidak berdosa tapi Jika dia merapatkan saf dapat pahala.
Dalam kitab syarah hadis, rujuk Fatul bari, juga Syarah bagi
sahih bukahari, juga dalam sahih muslim, yang di syarah Imam Nawawi, ada
menyebut
Allah menurunkan bencana besar, bukan sebab benda sunat,
Tapi sebab dua syarat:
Syarat Pertama: Berlaku benda yang ijmak ulamak benda tu
haram, seperti berjudi, berzina, dan berlaku terang terangan
Syarat Kedua, orang yang mampu mencegah tapi berdiam dengan
maksiat itu
Apabila dua syarat ni ada, Maka turunlah azab berupa bencana
yang terkena pada semua orang termasuk
orang baik dan orang jahat.
Maka banjir ni adalah bencana kerana merosakkan harta benda
Dan bencana Banjir ini bukan perkara yang berdosa, kerana
apabila bencana kepada orang beriman di namakan ujian, (sumber pahala) Bencana pada
musuh Allah, ianya adalah azab
Kesimpulan:
Jangan ulas bencana jika tak faham takrif dan fekah, kerana
solat jarak di waktu wabak bukan maksiat, maka tidak lah betul menuduh bencana
turun kerana solat jarak sebab dari segi fekah rapatkan saf adalah sunat.
Tolong Jangan jadi Pelawok!
Sekian:
Ps: Pelawok di Terengganu bermaksud pendusta, semoga
bermanfaat. Woha!
Part 8-Kenapa kena ikut Ulamak?
Akhir zaman, akan muncul golongan anti hadis dan anti
ulamak…
Anti hadis semua tahu sesat, sebab bagi mereka, Cukup Al
quran sahaja kita tengok, jadi tak perlu pada hadis nabi sebab hadis semuanya
rekaan.
Maka sesatlah mereka dalam mentafsir Al quran.. padahal
dalam Al quran pun ada perintah ikut Nabi, tapi mereka tafsir ikut nafsu
sendiri… Nauzubillah..
Bab anti hadis, Ramai boleh terima, geng anti hadis sesat
dan menyesatkan..
Tapi ada satu geng, anti ijmak ulamak,
Sama macam geng anti hadis, geng anti ijmak ulamak, bagi
mereka, Cukup Hadis sahaja kita tengok, jadi tak perlu pada ulamak sebab ulamak
ni rekaan. padahal dalam hadis pun ada perintah ikut Ulamak kerana ulamak pewaris Nabi, tapi
mereka tafsir hadis ikut nafsu sendiri… siap tuduh Ulamak suu, ulamak dunia..
ulamak palsu, siap dengan perasaan “Saya lebih baik dari ulamak.. nauzubillah”
Contoh paling mudah depan mata.
Bab jarak ketika solat, ada geng tafsir hadis tanpa rujuk
ulamak, terus cakap wajib rapat hingga kaki dan lutut pun kena rapat, siapa tak
buat, maka dia menolak Sunnah, dan siapa menolak Sunnah maka dia kafir!
Keras tafsir mereka sebab anggap rapatkan saf itu wajib,
padahal ijmak ulamak, rapatkan saf itu sunat, dan bab rapat pun ulamak tak kata
sampai kena rapat kaki ke kaki, cukup bahu ke bahu (rujuk ceramah Ustaz Azhar
Idrus), dan hokum rapatkan saf adalah sunat.
Tapi geng tolak ulamak terus tafsir rapat saf itu wajib,
maka andai kata mereka solat rapat saf, jika orang sebelah kentut, dan keluar
saf, mereka dah putus saf dan batal lah solat mereka, atau mereka bergerak ke
kanan nak rapatkan saf, tapi orang kiri tak bergerak, maka putus saf, batal
juga solat mereka, tak ke menyusahkan ummat dengan wajibkan perkara di luar
kawalan kita?
Sebab itu ijmak ulamak, Rukun solat hanya 13, tertinggal
salah satu tak sah solat, dan dalam rukun 13 itu tak termasuk rapatkan saf,
ianya adalah sunat agar waktu darurat terbuka jalan yang masih sah solat atas
kelalaian Jemaah lain.
Tapi itulah, bila tolak tafsir ulamak, terus benci orang
solat jarak waktu wabak dan tinggalkan solat berjemaah, syaitan dah Berjaya
tipu sebab pesan Nabi suruh bersaksi dengan keimanan orang yang ulang alik ke
masjid, andai mereka mahu mengerti. Tapi mereka meninggalkan Sunnah solat
berjemaah hanya kerana tafsir berbeza bab rapatkan saf, lalu terjauhlah mereka
dari Rahmat Allah.
Saya dulu pernah ada kawan bernama Hanafi (bukan nama
sebenar), sikat rambut tepi(bukan tepi sebenar) dan suka Hiking..
Hanafi ni memang keras bab tafsir hadis hingga bab solat,
dikatakan siapa tak solat jatuh kafir.
Saya kata jangan cakap begitu, ulamak secara ijmak
berpendapat, tinggal solat dosa besar tapi tak jatuh kafir!
Tapi Hanafi menafikan ulamak dan berkata, kenapa nak ikut
ulamak palsu? Sedangkan Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya batasan antara seseorang dengan kekafiran dan
kesyirikan adalah solat. Barangsiapa meninggalkan solat, maka ia kafir” Salah
seorang tabi’in bernama Abdullah bin Syaqiq rahimahullah berkata, “Dulu para
shahabat Muhammad SAW tidaklah pernah menganggap suatu amal yang apabila
ditinggalkan menyebabkan kafir kecuali solat.”
Tengok ni hadis Nabi! Jelas Nabi cakap siapa tak solat maka
dia adalah kafir!
Saya cakap, hadis ada banyak lagi nak tafsirkan, ulamak pun
dah bahas, jangan keras sangat! Jangan jadi taksub macam wahabi tentang bab
biadah hasanah!
Dia kata jika mencintai Sunnah adalah wahabi taksub, maka
saya rela menjadi wahabi taksub!
Pendek cerita, Satu hari kami mendaki gunung Berantai di
Pahang (bukan gunung sebenar), kami naik jam 10 pagi dan turun jam tiga petang,
dan waktu turun saya cakap nak solat dulu takut tak sempat, dan dia kata, dia
sempat, dia nak solat kat bawah, maka dia turun dan saya solat.
Maka entah macam mana bila dah sampai bawah, dia sesat, dan
jumpa jalan waktu dah magrib, dan dia belum solat jamak serta qasar, dia dah
tinggalkan solat, dan bagi dia solat tiada qadha, (dia tolak tafsir ulamak
boleh qadha solat)
Maka dia pun telan ludah sendiri dan cakap, okelah aku dah
kafir, sebab tinggal solat, sekarang aku mengucap balik masuk islam, semua dosa
aku Allah ampun.
Perghhhh, semudah itu dia tafsir hadis…
Maka saya cakap dalam islam jika kita kafir, maka
perkahwinan kita batal, nak kena kahwin semula ke?
Barulah wajahnya menjadi pucat, dan dia bertaubat menjadi
wahabi taksub dan kembali belajar tafsir hadis dengan rujuk ijmak ulamak..
Dia kini setuju bahawa tinggalkan solat adalah dosa besar
bukan kafir dengan rujuk ijmak ulamak.
Dia kini setuju solat boleh di qadha dengan rujuk ijmak
ulamak.
Dia juga setuju solat rapat saf bahu ke bahu sahaja dan
hukumnya sunat serta boleh jarak waktu wabak.
Alhamdulilah, Dia telah bertaubat dan rambutnya masih di
sikat tepi.
Woha!
Akhir kata, dalam hadis ada dua cerita, satu pesan Nabi, dan
satu pesan syaitan.. Maka nasihat saya kepada umat akhir zaman yang pasti
berdepan dengan kemaslahan ummat yang tiada di zaman Nabi, apa perlu kita buat?
Nak iku pesan Nabi? Atau ikut pesan syaitan?
Pesanan Nabi: Innal ulama warasatul anbiya.
Pesanan Syaitan: Ana khairun min Ulamak.
Pesanan pertama insyaAllah ke syurga, pesanan kedua, memang
akan rancak di sini sana, berdosa, neraka!
Woha sekali lagi!
Part 9-Hari gelabah antivaksin
Hari ni hari kepelikkan Anti vaksin ke? Siap Tag saya
bagitahu jiwa saya dah mati sebab cucuk vaksin sejurus keluar berita kerajaan
kaji nak cucuk dos ke empat? Saya pelik pulak tengok korang pelik sebab
patutnya tak pelik langsung.
Korang ni nak pelik apa kalau dos kelima sekalipun? dos
keenam, dos ketujuh pun semua boleh jadi bila virus pun berevolusi.
Tak pernah dengar bayi dapat dos penggalak ke?
Semua ni dah lama berlaku ikut perkembangan virus, korang pulak bila berpeluang hidup zaman
Covid 19, buat buat pelik bila tahu wujud dos penggalak? Terus melalak terkejut
macam Baru keluar gua? Terus menggelupur dengan Perancangan WHO padahal dunia
ini semuanya dalam perancangan Allah!
Konon ini semua tipudaya barat, padahal kat eropah tu,
selain Covid-19, wabak influenza merebak dahsyat, Jadi, setiap tahun akan ada
dos baru yang nak kena ambik. Di Malaysia Tun Dr Mahatdir katanya ambil tiap
tiap tahun.
Malulah kat orang tua dan budak budak yang okey jer kena
cucuk, hinggakan kadar kematian bayi berkurang seiring perkembangan vaksin..
Korang baru kena dua dos vaksin dah terpekik terlolong,
adohai..
Tolonglah keluar dari tempurung, pergilah mengembara dengan
mata burung, tapi nak travel ke overseas memang disaran ambil flu injection
setiap tahun ikut daerah yang korang lawat, berani ke?
Jadi tak payahlah susah susah tag saya sebab pelik kerajaan
nak kaji dos penggalak, sebab vaksin ni makhluk yang lemah, sampai masa akan
pudar keberkesananya seiring dengan masa, tambahan pulak Covid ni akan
bermutasi maka memang kena ambik dos tambahan lah.
Korang yang ambik ubat hari-hari, nak lawan penyakit takde
pulak bising. Sebab bila sakit, bergolok gadaipun sanggup asal sembuh, sebab tu
ada yang kerja F&B, setiap tiga tahun sekali kena cucuk vaksin Typhoid demi
mencari rezeki.
Ketahulah, vaksin ni makhluk, takde kuasa, yang berkuasa
hanya Allah,
Masalah geng anti vaksin, mereka anggap vaksin ni racun, dan
risau kesan “racun” vaksin macam vaksin ni ada kuasa dahsyat giler, macam
vaksin ni bapak segala racun, mana pergi Allah berkuasa segala galanya?, kena
tulis ni kisah Umar minum racun sebotol, kisah Khalid minum racun sebotol bila
orang cerita kehebatan racun, tapi racun tu tak bagi mudarat langsung bila
yakin betul, kena tulis jugak hujah Imam syafee benarkan minum sedikit racun
untuk tujuan perubatan, tapi sekarang ni 0.3ml dia punya gentar, adohai.., di
mana Allah dalam hati kalian wahai ummat islam?
Malas lah nak tulis kisah Umar minum racun, Khalid Minum
Racun, dan Iman Syafie punya fatwa bab berubat dengan racun sebab dosa tolak
ulamak, tolak hadis ni besar dosanya, saya tulis lain kali jika ada yang benar
benar ikhlas mahu belajar, sekarang kita berhujah guna asas akidah sahaja.
Alkisahnya, lepas saya cucuk vaksin, Alhamdulillah saya
masih sihat wal afiat, dan ada anti vaksin kata, takpe, tunggu lepas dua tahun,
semua yang cucuk vaksin ni akan meninggal.
Astarfirullah..
Syirik tu bila yakin vaksin boleh bunuh kita, itu yang
Khalid pedang Allah tersentap bila orang kafir bawa botol racun dekat poket
untuk bunuh diri jika kena tangkap, terus Khalid Al walid cakap, racun tak
boleh bagi mudarat, hanya Allah bagi mudarat, dan minum sebotoll.
Terlopong orang kafir tengok keyakian orang islam yang
selamba minum racun, terus ramai ramai orang kafir masuk islam.
Jadi siapa sini yakin vasin ada kuasa boleh bagi mudarat,
maka mereka sama syirik macam orang kafir kena tangkap zaman Kahlid Al Walid
itu.
Kisah Umar khalifah ke dua islam pulak, sedang lepak masjid,
orang kafir datang bagi hadiah racun paling bahaya untuk bunuh musuh, kata
Umar, musuh saya adalah nafsu saya lalu minum dengan yakin betul, Allah kuasa,
racun tiada kuasa, maka terkejut orang kafir tengok Umar langsung tak mati, dan
terus takut nak berperang.
Dalam kitab pulak, Kata as-Syafie :
“Sesungguhnya meminum ubat yang mengandungi sebahagian racun
di dalamnya, dan yang kebiasaanya kesembuhan akan terhasil daripada ubat itu:
maka dia tidak berdosa apabila meminumnya, kerana dia tidak meminumnya untuk
memudaratkan dirinya dan bukan juga untuk menghilangkan kewarasan akalnya”
Jadi bila Imam Syafee pun dah bagi fatwa, mufti dan ulamak
pun dah bagi fatwa, siapalah kita nak pertikaikan lagi?
Tapi yang cucuk vaksin, jangan samakan vaksin ni racun,
vaksin ni adalah Teknik merangsang antibody melawan virus, dan yang cucuk
vaksin juga syirik jika yakin vaksin boleh panjangkan umur kita, semua ini
ikhtiar sahaja, sedangkan ajal maut ini di tangan Allah, bukan ditangan vaksin,
mati itu pasti, macam makan jugak, makan tak makan tetap mati, tapi kenapa kita
makan? Sebab ikhtiar, so cucuk vaksin tak cucuk vaksin tetap mati, tapi kenapa
cucuk?, sebab iktiar dengan yakin yang betul bahawa Allah kuasa makhluk tiada
kuasa.
Logik tak, geng anti vaksin kata, vaksin ini agenda Dajjal,
tapi jika lepas 2 tahun semua yang vaksin mati, nanti dajjal datang, tinggal
anti vaksin jer hidup, so mereka jadi tentera dajjal ke macam mana? Logic tak?
Langsung tak boleh hadam.
Logik tak, bila hadis bagitahu dajjal tak boleh masuk mekah,
sekarang ni anti vaksin tak boleh masuk mekah sebab tak vaksin, ni plan nak
duduk kat luar kota Mekah bersama dajjal ke bagaimana? logik tak?
Akhir kata, baru cerita cucuk 4 dos dah meroyan dan
menggelumpur, pergilah check jadual imunasi bayi di Malaysia ni,
Tak pernah tengok jadual vaksin bayi ke?
Mula mula lahir dan cucuk BCG, kemudian Hepatatus B Dos 1,
lepas tu bila umur sebulan, Dos ke 2.
Lepas tu umur tiga bulan, cucuk pulak untuk Difteria,
kemudian cucuk untuk Tetanus dan cucuk lagi untuk Pertusis.
Lepas tu cucuk vaksin Pneumokokal, Dos 1 (4 bulan), Dos 2 (6
bulan) Dos penggalak (15 bulan)
Lepas tu vaksin Measles umur enam bulan, dan MMR dua dos
pada umur 9 bulan serta 12 bulan, dan banyak lagi dos penggalak untuk bayi ikut
daerah dan kawasan wabak, Sabah ada tambahan lain, Sarawak ada tambahan lain,
maka apa nak pelik dengan dos penggalak?
Jika tak pandai nak malu pada bayi, malulah pada orang perempuan yang mengandung
tiap tahun, maka tiap tahun mereka selamba cucuk vaksin kancing gigi.
Woman power!
Woha!
1 comment:
Snario gini brlaku sbb mgkn ramai yg x fhm mazhab n fahaman.mrk igt kdua2 prkara ini sama je.mrk igt kkerasan atau klembutan mrk itu/n yg brkaedah sprti mrk masih benar ddlm agama@masih dlm mazhab.Wlhal keras n lmbut yg benar itu ialah keras n lmbut yg dtg dr pngikut mazhab iaitu mrk yg mmbenarkan ksemua mazhab@ ahlusunnah.
Ini bezanya-
Pngikut Mazhab tu ialah..cnthnya jika dnegara dia x berqunut itu benar,Maka negara lain yg berqunut itu juga benar.
ini la mazhab,Iaitu mmbenarkan ksemua mazhab.
Lalu bila dia masuk negara org,dia akn ikut n hormati mazhabnya sama ada keras/lmbut brbanding negaranya sndiri,sbb dia ini pngikut mazhab@ahlusunnah,maka ksemua mazhab itu benar.Maka insyaAllah dia x kan mnafikan apa yg Allah bnarkan buat itu sebagai haram@ x bleh dbuat.
Pngikut Fahaman pula ialah.. Cnthnya jika negara dia x berqunut itu benar,maka negara lain yg berqunut itu salah.
ini la fahaman,iaitu x mmbenarkan ksemua 4 mazhab.
Lalu bila dia masuk negara org yg berqunut,maka dia akn nafikan@hukumkan sbg salah.maka ssuatu yg Allah bnarkan dia pulak x bnarkan.ini la kkerasan yg salah trhasil dr fahaman.
Dan dlm masa yg sama dia brsikap lmbut pada ssiapa yg brkaedah sperti dia,dgn mngatakan pngikut fahaman ini pngikut mazhab jg, mrk klompok yg bnar jg,dlm agama mmg ada yg keras n ada yg lmbut katanya,dia kata bgt sbb dia sndiri pun x fhm beza "mazhab" dan fahaman n x sedar yg dia dduk kat mana n mana dia patut dduk.
Maka dia tlah mmbenarkan ssuatu yg x bnar ddlm agama..
Jadinya pngikut fahaman ini dia bleh dtg dgn 2 wajah.1 sgt keras n 1 sgt lmbut.tp keras n lmbut yg bukan dari ahlusunnah@mmbenarkan ksemua mazhab.
dan ddlm feqah itu pula ada bab usul fiqh.Usul fiqh itu ialah brsifat smntara(ikhtiar mengawal mudarat, sama ada dlm kapasiti sndiri/kluarga/kdg2 dlm kapasiti ulil amri,bila dlm kapasiti ulil amri maka biasanya ia akan dseragamkan la smentara)..
Jadinya Jika anda pngikut mazhab mesti anda kena mmbenarkan bab usul fiqh ni yg brlaku dmana2 negara lain atau negara anda sndiri,sbb Allah mmbenarkan ianya dlakukan..
Iaitu Allah n rasul mmbenarkan anda menilai n mmbuat kputusan mlakukan ssuatu dlm kadar perlu n brsifat smentara(trmasuk prkara yg asal hukumnya haram,apatah lg yg sunat)dgn tjuan mngawal mudarat mnjadi lebih besar..
Cnth..
jika ada negara yg menilai dan mmilih tetap nk truskan prkara sunat iaitu rapatkan saf(mngharap berkat rahmat Allah dari rapatnya saf) tp dia pilih ketatkan sop kat tmpat lain.
maka dia telah mlakukan ssuatu yg Allah dan rasul benarkan..
dan jika ada negara lain yg mmilih jarakkan saf(ketatkan sop dimasjid kerana x mahu agama dfitnah n mngharap belas dari Allah juga atas usaha mengelak fitnah ini) tp longgarkan sop dtempat lain.
Maka dia pun buat ssuatu yg Allah dan rasul benarkan juga..
Yg salah bila anda bukan pngikut mazhab tp anda pengikut fahaman, Lalu anda sperti biasa mlakukan kkerasan yg salah.Iaitu anda mnafikan bab usul fiqh ini dgn x mmbenarkan salah 1 atau kdua2 tindakan negara diatas dlm mngawal mudarat,Lalu anda tlah mnafikan ssuatu yg Allah benarkan,iaitu kbenaran menilai n mmbuat kputusan dlm ikhtiar mngawal mudarat serta brtawakal pada Allah.
Prkara yg Allah benarkan tapi kita x benarkan.Itu bukan lah 1 bentuk kkerasan yg benar pun,Bahkan itu jln cari nahas sendiri n jika ada yg kata mrk ini pun benar masih ddlm mazhab,
Sbb dlm agama mmg ada yg keras n lmbut,Maka mrk ini pun sama sj tp cuma dgn versi lembut.cuma dia x tau dia sama spesis je.Iaitu x tau apa itu mazhab lalu sama2 trjerumus jadi pngikut fahaman dlm keadaan mrk sndiri pun x tau keadaan mrk dah jadi bgitu.
tnda2 awal sseorang tu pun x fhm bab akidah ialah bila awal2 lg bab mazhab(feqah) pun dia x fhm@telah menjadi pngikut fahaman.
Sbb tu anda bleh tngok org yg ikut fahaman yg mrk sangka mrk sdg ikut mazhab ni mrk pnya akidah pun pelik2. Allah dduk atas langit la n mcm2 lagi yg sbgnya.
Papepun smoga kita smua baik2 je akhirnya insyaAllah.
Post a Comment