Aug 18, 2021

Kenapa nama pena Kereta Mayat?

Ok, saya jawab..

Bayangkan jika korang mati hari ini, kawan kau pun update Facebook:

“Al fatihah untuk (isikan nama Facebook anda)”

Maka semua kawan kawan korang dalam Facebook yang sebelum ini tak pernah like atau share status korang, klik link FB korang buat kali terkahir untuk like, atau letak emoji love, emoji sedih,. emoji menangis..

Sambil sambil tu kawan kawan FB korang akan scroll korang punya status sebelum mati.

Jadi bayangkan jika status dua tiga hari sebelum mati adalah status kutuk orang, hina orang, jual barang takde kualiti, atau tipu produk, kutuk menteri, kutuk ustaz, kritik sana kriktik sini.., mengeloh, dan banyak yang negative, jika perempuan dengan gambar selfie penuh muka, aurat tak tutup, lelaki dengan seluar pendek, nampak pusat, tapi masa tu korang dah arwah.

Nak tak orang ramai tengok status FB yang memalukan anak cucu?

Maka Tabiat orang Berjaya adalah, Bermula Dengan Matlamat terbesar! (Begin With The End In Mind) yang mana matlamat kita adalah lepas mati, orang tak mengumpat kita, kita masih dapat pahala dari ilmu yang kita kongsikan, anak cucu tak malu nak share status FB nenek moyang mereka.

Itu yang Nabi pesan, orang paling bijak adalah orang yang ingat mati!

Sebab tu saya nak jadi bijak dengan letak nama pena saya yang boleh ingat mati, maka Hamka dalam bahasa Rom zaman dulu bermaksud HARM CAR, iaitu kereta mayat! 

Dan saya nak ingat mati bila sebut nama, maka jadilah Hamka (Kereta Mayat) sebagai nama pena, sebab saya nak belajr ingat mati! Dan oleh sebab mati itu tiba tiba….

Maka untuk itu mari penuhkan media social, Youtube, Instagram dengan benda benda berfaedah dan ada unsur ingat mati, saya dah lama zaman blog dulu buat blog keretamayat sebagai nota agama kepada diri.

Sampai masa saya jadikan buku, dan jual, (ada 12 tajuk) maka bila saya mati anak masih dapat royalty, anak gembira, dan doakan saya, Alhamdulillah, jika anak cucu bukak FB saya tak malu sangat kot, ha ha, sebab status saya ada yang share sampai beribu ribu, like beribu ribu, dan dengan ilmu yang saya selalu share insyaAllah akan memberi manfaat walaupun mayat telah lama berulat di dalam kubur.

Tak hensem tak apa, janji patuh Syariah!

Woha!

Ps: Bagi yang suruh saya PM sebab nak beli kitab taklim, saya tak jual, tapi anda boleh beli di Shopee 3 buku satu harga di link ini: https://invol.co/cl5d1wf

1 comment:

ayk said...

wah itu sebabnya rupanya, cuba baca sini untuk tahu punca sakit tumit