Kisah Cinta paling Agung. (Tolong sediakan kain untuk lap air mata)
Di barat, kisah cinta paling agung adalah Kisah Rumeo dan
Juliet, tapi dari segi moral kisah itu penuh dengan adegan pembunuhan dan juga
kisah dua kekasih membunuh diri walaupun dihujung cerita, dua keluarga yang
berbalah akhirnya berdamai, Namun bunuh diri bukanlah penyelesaian kepada cinta
agung!
Sebab tu dalam Mohabatain, India ubah cerita ini, yang mana
bila awek Shah Rukh Khan membunuh diri kerana cinta dihalang, tapi Shah Rukh
memilih untuk berdamai dengan ayah si gadis dengan membina aura cinta di sekeliling
sekolah Gurukul.
Bunuh diri bukanlah symbol untuk cinta yang agung, mahalan
adalah kekalahan dalam bercinta.
Tapi tak di nafikan, sejak zaman berzaman, data bunuh diri
kerana cinta memang tinggi sebab tanpa cinta ramai manusia tak boleh teruskan hidup.
Maka untuk tema Cinta agung, sepatutnya kita orang islam
jangan rujuk kisah Rumi dan Julie, Kisah Lalla Majnun pun tak perlu, tapi kisah
Kekasih kita semua iaitu Nabi Muhammad SAW.
(Masukkan muzik sedih berunsur islamik di sini, dan baca
catatan dibawah gaya bersajak)
Asalamualaikum masyarakat semua…
Kita semua tahu, Kekasih Allah bukan dikalangan makhluk dari
api atau cahaya, tetapi kekasih Allah adalah dari tanah seorang manusia. makhluk
sebaik baik kejadian.
Ya benar! Kekasih Allah adalah seorang manusia, dan inilah
kisah cinta yang paling agung dalam sejarah kewujudan alam.
Kisah cinta Allah yang Maha Agung terhadap Nabi Muhammad SAW
kekasihNya.
Bersaksikan angin, tanah, api dan air…
Nun jauh sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, Alam ini
sedang diliputi oleh kesesatan ummat sejak zaman berzaman, beribu ribu Nabi
telah lahir untuk menyelamatkan Ummat, ada ummat yang selamat, tapi sejurus
selepas kewafatan para Ambia itu, Ummat kembali menjadi sesat..
Namun, pada satu malam yang hening, satu cahaya terang tiba
tiba telah muncul lalu menyinari seluruh alam, pada masa yang sama muncullah
beribu ribu tahi bintang yang menamatkan zaman langit di ceroboh syaitan..
Bumi terasa bergembira dengan kelahiran kekasih Allah,
lantas gegaran demi gegeran telah berlaku yang menyebabkan istana kebesaran
raja retak dan menjatuhkan mahkota rajanya, berhala berhala sembahan manusia
sejak zaman berzaman, ada yang jatuh tumbang menyembah bumi, malahan api sembahan
seribu tahun oleh puak Majusi, telah terpadam, tak cukup itu Tasik Sava
sembahan zaman berzaman juga telah hilang di telan bumi.
Peristiwa ini berlaku adalah kerana alam ini sendiri
bergembira meraikan kedatangan kekasih Allah, manusia yang paling di cintai
Allah dalam sejarah penciptaan manusia..
Maka bersyukurlah kita kepada Allah, kerana kekasih Allah
adalah seorang manusia, dan Allah telah buat keputusan bahawa kejayaan semua
manusia adalah apabila dapat taat perintah Allah mengikut cara kekasih Nya
iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Nun jauh di tanah kelahiran Nabi, bumi menjadi subur, unta
tunggangan ibu susuan Nabi, yang kurus tiba tiba menjadi sihat dan kuat, malana
ada sekumpulan awan mengekori Nabi memberi teduhan.
Arakian, kerana besarNya Cinta Allah kepada Nabi, maka
apabila dewasa, telah diberikan kepada Nabi satu tanggungjawab yang paling
besar dalam sejarah pemberian amanah iaitu Nabi Muhammad SAW akan menjadi ketua
para Nabi, dan menjadi Nabi terakhir yang bakal menutup pintu kenabian sebelum
menyerahkan Kerja ‘Nubbuah’ kepada Ummat akhir zaman yang bakal menjadi Ummat
terbaik dalam sejarah kejadian ummat manusia.
Lalu di sepanjang jalan kekasih Allah ini, Allah Taala
sendiri telah tarbiah Nabi sehingga Nabi juga di kenali sebagai Al-quran bergerak,
ini bermakna, Al-quran adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk
perkataan(Qalam), manakala Nabi adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam
bentuk manusia(cara hidup@sunnah). Apa sahaja perbuatan Nabi di cintai Allah,
apa yang Nabi suka itulah yang Allah suka, dan apa yang Nabi benci itulah yang
Allah benci,
Tahukah anda duhai manusia? Tiada Nabi sebelum Nabi
Muhhammad s.a.w yang di jemput khas berjumpa Allah secara live ketika hayat
masing masing, pernah terjadi dalam sejarah, ketika Nabi Musa bertemu dengan
Allah secara ‘audio’, Allah perintahkan Nabi Musa membuka kasut, sedangkan
kekasih Allah ketika bertemu Allah secara bersekemuka di alam sebalik mata,
Nabi Muhammad SAW tidak perlu membuka kasut, kenapa? Kerana (mengikut Buzamana)
debu debu yang melekat pada kasut Nabi juga di cintai Allah..
Dalam kemuliaan kerja Nabi, Allah sanggup melihat Nabi
KekasiNYA menderita kerana agama, lalu tiada lagi awan mengekori, ujian dan
kesusahan mulai datang namun keajaiban berlaku dari masa ke semasa, unta
bercakap, pokok menangis, berhala berbicara, bulan terbelah dua, dan pelbagai
lagi mukjizat muncul di jalanan sebagai saksi cinta agung!
Dan benar sesungguhnya banar! Akan Nabi Muhammad SAW juga
amat mencintai Allah tiada tolok banding, lalu penuh tabah menyeru manusia
mencintai Allah siang dan malam, sehingga ada yang terkorban nyawa akan sahabat
sahabat baginda, di seksa dan dibunuh, sedang Baginda sendiri terluka dan
tercedera, sehingga darah suci baginda telah mengalir bersama air mata pengorbanan
demi membuktikan cinta kepada Allah, namun dalam kesusahan mempertahan cinta
itu, Nabi masih bertajjud sampai bengkak akan kaki baginda, semuanya hanya
kerana ingin berterima kasih kepada Allah..
Air mata telah tumpah, darah telah mengalir, lalu terzahirlah
hari ini dalam diri seorang kita yang sedang keselasaan menikmati solat di
bawah kipas nombor lima di ruang berhawa dingin yang mana waktu sujud, dahi
kita tenggelam dalam kelembutan sejadah bersaksi masjid yang luas saujana mata!
Sungguh semua nikmat Beragama ini diperolehi dari pengorbanan Nabi dan sahabat
yang sanggup alirkan peluh, darah dan air mata agar nimat beragama tersebar ke
seluruh dunia.
Kembali kita ke zaman Nabi, setelai selesai manakluk Mekah
semula, dan setelah robohnya semua berhala di tanah suci, Akhirnya sebagai
manusia, maka Nabi Muhammad SAW juga akan mati, dan telahpun mati, yang tinggal
hanyalah kenangan namun kenangan ini bukan ditinggalkan dalam bentuk sejarah
semata mata..
Hanya Allah yang mampu mengekalkan amalan kekasihNya sampai
hari kiamat, maka hari ini, segala sunnah Kekasih Allah akan terus diikuti oleh
sebahagian umat akhir zaman yang terpilih, dari sekecil kecil sunnah,
sehinggalah sebesar besar sunnah..
Hari ini kita boleh melihat akan amalan dari setiap sunnah
Nabi yang mana telah muncul dalam pelbagai mazhab yang kita nampak berbeza cara
Ibadat mereka, tapi setiap dari mereka mempunyai dalil dan hadis tersendiri
yang membenarkan amal Ibadat meraka paling tepat dengan amalan kekasih Allah.
Sebagai contoh,: mazhab kita sendiri, waktu tahiyat akhir
duduk ‘senget’ macam orang sakit, sebenarnya memang waktu Nabi sakit, Nabi
solat sebegitu, dan Allah kekalkan duduk Nabi sakit tu dalam mazhab Shafee,
kalau mazhab lain, duduk tahiyat akhir macam duduk tahiyat awal kerana hanya
Allah yang dapat mengekalkan amalan kekasihNya pada manusia yang terpilih..
Begitu juga solat subuh sambil baca qunut, Nabi pernah baca
qunut dalam sembahyang, biarlah Mazhab syafee hendak membaca qunut setiap subuh
kerana hanya Allah yang dapat mengekalkan amalan kekasihNya pada manusia yang
terpilih..
Nabi juga pernah berwirid lepas solat, pernah menaypu muka
selepas solat, pernah bersalaman selepas solat, maka hari ini, pada insan
terpilih, masih ada yang membuat semua itu kerana hanya Allah yang dapat mengekalkan
amalan kekasihNya pada manusia yang terpilih..
Duhai semua manusia yang kenal erti cinta, kalau kamu pergi Mekah, kamu boleh lihat
bermacam-macam cara orang solat, orang ambil wudhu dan sebagainya, sebenarnya
semua itu adalah dari amalan Kekasih Allah sendiri,: ada waktu Nabi ambil wudhu
basuh semua kepala, ada waktu hanya menyapu kepala, tapi ada hikmahnya, lalu
Allah mahu amal itu kekal, maka sekarang kita boleh lihat sendiri 4 mazhab
telah wujud.
Jadi wujudnya mazhab yang berbeza hari ini, adalah lambang
cinta agung Allah kepada kekasihnYA, atau dalam bahsa orang muda:, wujudnya 4
mazhab yang besar itu, adalah sebagai ‘tugu cinta’Nya Allah pada Nabi Muhammad
SAW..
Tiada seorangpun Nabi lain yang sunnah mereka kekal dalam
mazhab tidak seperti agungnya sunnah Nabi Muhammad SAW.
Hanya Allah SWT sahaja Pecinta yang mampu mengekalkan
seluruh amalan kekasihNYa sepanjang zaman melalui 4 mazhab yang
besar…..meredahi 4 musim, merentasi 4 benua, menguasai 4 penjuru alam,
sepanjang zaman, sehingga hujung nyawa dunia…
Maka kamu duhai semua manusia, Jika kamu mengembara ke
seluruh dunia, maka akan terzahirlah amalan kekasih Allah ini di setiap
sempadan Negara dan terimbaulah akan kamu bagaimana hebatnya cinta Allah kepada
Nabi dan bagaimana hebatnya Allah yang mampu mengekalkan amalan kekasihNya
sehingga ke hari ini..
Tapi di jalanan, ada orang yang jahil tentang cinta, sibuk
membidaahkan orang nak wirid lepas solat, membidaahkan orang yang qunut waktu
subuh, malahan orang yang menambah pujian Saidina kepada kekasihpun di
bidaahkan, adohai..
Kenapa nak dihalang cinta ummat kepada Nabi? biarlah cinta Umat kepada Nabi kekasih Allah
terzahir dalam amal amal mereka yang terpencil.
Dan ketahuilah, bahawa Al-quran akan di jaga oleh Allah
sepanjang zaman, tidak akan hilang, walau apapun cubaan orang kafir untuk
memusnahkannya, Ini janji Allah! tapi demi menjaga amalan kekasih-Nya(sunnah)
Allah telah menyerahkan tanggung jawab itu ke atas bahu kita ummat akhir zaman
untuk menghidupkan setiap sunnah Nabi, yang mana Allah akan memberikan ganjaran
100 pahala mati syahid bagi setiap satu Sunnah Nabi kamu hidupkan..
Nikmat mana lagi yang kita dustkan?
Akhir kata, apabila di dunia ini sudah tidak ada lagi amalan
kekasih Allah, apabila sudah tidak ada lagi orang islam, tidak ada lagi ornag
memuj Allah sebagaimana kekasih Allah pernah memujiNYA, maka walaupun dilangit
malaikat masih sibuk berzikir, numun kerana di dunia, makhluk manusia tidak
lagi memuji Allah sebagaimana kekasih Allah memuji Allah, maka Allah akan
musnahkan segala-galanya…, Masjid, Kaabah, gunung, langit dan bumi serta seluruh
alam semuanya musnah…HANCUR BERKECAI seperti bulu berhamburan….!
Malahan Allah jua akan matikan semua malaikat.
Tanpa wujud Sunnah Kekasih Allah, maka Dunia akan kiamat,
Sungguh dunia kan kiamat apabila sudah tiada lagi amalan kekasih Allah di alam ini..
Tahukah kamu wahai semua manusia,
Khalifah Abbasiah, Harun al Rahid pernah menyatakan
hasratnya untuk meletakkan satu kitab Muaatta yang di karang Imam malik di
dalam kaabah dan mengistiharkan wajib setiap ummat islam beramal dengannya,
tapi tidak di persetujui oleh Imam Malik sendiri, dengan berkata bahawa semua
sahabat betul dalam perbezaan pendapat di antara mereka, Janganlah melarang dan
membingungkan orang ramai,
Tolong, Janganlah melarang dan membingungkan orang ramai,
melihat orang berserban jangan di hina, melihat orang berjubah jangan di
perlekeh, melihat orang bercelak dan bersugi jangan di maki, melihat orang
menzahirkan Sunnah dalam pakaian, perbuatan, dan kelakuan jangan di herdik
konon mereka ikut budaya arab, padahal mereka semua sedang zahirkan cinta
kerinduan kepada Kekasih Allah!
Hazrat Umar bin Abdul Aziz yang juga di panggil Ummar kedua,
yang menguasai hamper separuh dunia telah menulis surat kepada wakil rakyatnya
dengan berkata:
”Setiap kaum hendaklah beramal sejajar dengan fatwa ulamak
ulamak mereka.”
Maka kepada pembenci Mazha, biarlah ummat islam di seluruh
dunia dengan 4 mazhab itu, tak perlu perasan pandai..
Cuba fikir, akan kenapa Imam Bukhari, dan segala muhaddisin
yang hebat hebat tidak membuat mazhab mereka sendiri?
Ini adalah kerana , mazhab yang empat itu, sudai mempuyai
tunjang yang kukuh, lengkap, terperinci dan menyeluruh.
Fahamilah 4 mazhab dan fahamilah kenapa ada 4 mazhab..,
setelah sekian lama...hingga sekarang..
Kerana di situlah terzahirnya kenangan cinta Allah kepada
Nabi Muhamamd SAW.
Hanya Allah SWT sahaja Pecinta yang mampu mengekalkan
seluruh amalan kekasihNYA sepanjang zaman melalui 4 mazhab yang
besar…..meredahi 4 musim, merentasi 4 benua, menguasai 4 penjuru alam,
sepanjang zaman, sehingga hujung nyawa dunia…
Sungguh semakin jauh kita berkelana, maka akan semakin jelas
zahirnya cinta Allah kepada Nabi, andai kita mahu mengerti.
Selamat Hari Kekasih pada setiap orang Islam yang dizahirkan
dalam solat berjemaah setiap hari kerana itulah antara amalan kekasih Allah
yang dicintai Allah.
Wahai jiwa yang tenang, berdamailah dengan takdir, dan
datanglah ke rumah Allah menzahirkan cintamu.
(Habis muzik sedih... stop dengan perlahan lahan..)
Semoga Woha sampai Syurga!
Hamka Keretamayat
14 feb 2021-PKP2.0, 1442 Hijrah.
1 comment:
great reminder. tq for sharing!
Post a Comment