Selain Quantin Tarantino yang akan saya tonton apa sahaja filem darinya, Salah seorang lagi lagenda perfileman dunia yang tak akan saya tolak untuk menonton semua filemnya adalah Christopher Nolan.
Filemnya akan buat korang, (kadang kadang) pening sedikit
kepala nak kena fikir dan susun olahannya, sebab gaya penceritaanya sangat unik
dan lain dari yang lain, tapi itulah keseronokan menonton filem bergaya norma
baru tapi digarap dengan penuh mahakarya oleh Abang Nolan kita.
Filemnya banyak bertema lelaki yang ada masalah peribadi,
dan bagaimana jalan cerita pun berkembang dari masalah lelaki itu, rujuk
Mamento (2000), filem yang disusun secara mengundur kerana lelaki ada masalah
lupa ingatan, lepas tu Insomnia (2002),
polis yang ada masalah insomnia nak cover jenayahnya sendiri.
Masuk pulak era Batman (2005-2012), kisah lelaki takut
kelawar dan gunakan ketakutan itu sebagai senjata. Kemudian Nolan ajak masuk
dunia Magika, The Prestige (2006), kisah lelaki yang berdendam dan cemburu,
lepas tu Inception (2010), kisah lelaki ada masalah tak boleh lupakan mendiang
isteri yang selalu masuk dalam mimpinya.
Dan lepas tu, filem yang kita nak bincang sekarang ini,
Interstellar (2014) kisah lelaki yang mencari rahsia angkasa, dan terpaksa
berpisah dengan anak kesayangan mungkin buat selamanya kerana perjalanan masa
di angkasa tak sama dengan perjalanan masa di bumi yang mana bila hero masuk
dalam lubang angkasa lalu berlaku kejadian, dia tak tua, tapi anaknya pula yang
tua.
Nampak macam dah pening? Kan?
Kisahnya begini, waktu hero berada di Planet Miller selama
beberapa jam, namun waktu di bumi adalah sebaliknya iaitu telah berlalu selama
32 tahun, dan hero mula mendapat signal dari bumi untuk jangka masa tersebut.
Jadi heropun menonton rantaian video yang dihantar oleh anak lelakinya, yang
mula menjadi remaja, kemudian dewasa, lepas tu habis zaman persekolahan, lepas
tu jatuh cinta, lepas tu berkahwin dan mempunyai anak. Semua tu hero tengok
dengan pantas perjalanan seorang anak macam tengok movie pendek sahaja.
Anak lelaki hero kemudiannya mengambil keputusan untuk
berhenti menghantar mesej berita, kerana Hero tak pernah balas.
Kemudian, di satu video lain, hero nampak seorang wanita
yang sebaya dengannya berada di skrin tersebut. Siapa minah ni yang sedang
menangis? Rupa-rupanya wanita sebaya hero itu adalah anak perempuannya, yang
telah sekian lama merajuk kerena hero janji nak pulang, tapi tak pulang pulang
walaupun waktu umur mereka dah sebaya.
“Today is my
birthday. And it's a special one because you once told me that when you came
back, we might be the same age. Well, now I'm the same age that you were when
you left... and it'd be really great if you came back soon.” – Murphy Cooper
Dalam kesedihan ayah membaca mesej anaknya, tiba tiba si
ayah telah masuk lubang hitam di angkasa maka berlakulah kejadian “ibu bapa
akan selamanya menghantui anak anak” secara sains!
Ya benar! kejadian pelik dalam filem itu semua di olah
dengan logik Sains!
Malahan, semua teori
sains dalam filem ini bukan di reka reka, istilah Seperti Intra-Universe
Wormhole, Hawking Radiation Dalam Blackhole, Cryonic Suspension, Quantum
Gravity, dan Pengolahan Waktu bukan fiskyen semata mata, tapi ianya hasil
nasihat Prof. Kip Stephen Throne (Pakar Fizik Teori) yang telah menerima
anugerah Nobel Fizik pada tahun 2017, di angkat sebagai penasihat filem oleh
Abang Nolan kita.
Jadi babak hero yang pergi angkasa dan bila balik anak dah
tua renta, lebih kurang cerita perbezaan masa sebegini ada diceritakan dalam Al
Quran bagi mereka yang mahu berfikir.
Ingat tak hadis bahawa di akhir zaman, Nabi Isa akan turun
ke bumi dengan usia yang sama iaitu 33 tahun seperti saat ia diangkat ke langit
sedangkan semua orang yang Nabi Isa kenal dah lama jadi mayat hancur lebur.
Memang benar Allah boleh jadikan Nabi Isa kekal muda dengan
hanya Kun Fayakun, (berkata jadi dan ianya menjadi).
Namun Allah juga membuat dunia ini dengan Darul Asbab, yang
mana jika ada orang anggap Islam agama mengarut sebab tak logic Nabi Musa boleh
kekal muda waku turun akhir zaman?
Bagaimana tu?
Maka, bagi yang mahu berfikir, banyak sudah penjelasan sains
boleh terangkan tentang kekal muda seperti teknoloigi “beku CPR” atau Suspended
animation yang diguna James Cameron dalam filem Aliens (1986) serta Avatar
(2009). Juga termasuk filam Interstellar (2014) ini namun yang best ada ayat Al
quran bercerita tentang perbezaan waktu di langit dan bumi adalah berbeza,
sejak seribu empat ratus tahun yang lalu..
Al quran menjelaskan.
"Dan sesungguhnya satu hari (menurut perhitungan)
Tuhanmu adalah seperti 1000 tahun menurut perkiraanmu." (Al-Hajj ayat 47)
"Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada
Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun." (Al-Ma’arij ayat
4)
"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian
(urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun
menurut perhitunganmu." (As-Sajdah ayat 5)
Jadi tuan tuan yang mulia, Waktu kita hidup di dunia ini hanya SEBENTAR SAJA di
sisi penduduk langit, maka hargailah masa yang sangat singkat.
“Allah bertanya: Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di
bumi ?”.
“Mereka menjawab: Kami tinggal di bumi sehari atau setengah
hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung”.
“Allah berfirman: Kamu tidak tinggal di bumi melainkan
sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui”. (QS. Al Mu’minuun: 112 –
114)
Jadi insaflah kita bahawa masa yang kita rasa sangat lama di
dunia ini, padahal sangat singkat di akhirat. Ada ulamak bagitahu 60 tahun di
dunia lebih kurang dua jam setengah sahaja di akhirat.
Kesimpulannya, Hidup ini sungguh singkat untuk habiskan masa
tengok Movie berjam jam.
Maka tengok Movie itu boleh tapi jangan sampai tinggal
sembahyang, atau solat lengah legah, atau tinggal solat berjemaah…
Ketahuilah, telah sampai kepada kami, akan tempoh Satu movie
ada sampai dua jam, dan ada sampai tiga jam, sedangkan satu solat hanya sekitar
5 minit ke 10 minit, tetapi jika tinggal satu solat 10 minit untuk layan movie
120 minit, maka ikut hadis, tingal satu solat dengan sengaja kena masuk neraka
satu huqub, yang mana satu huqub bersamaan seribu tahun.
Aduhhhhhhhhhhh!
Ps: Perhatikan waktu solat sebelum tengok apa apa movie,
pesanan ini dibawa oleh keretamayat-Woha!
No comments:
Post a Comment