Feb 16, 2021

Hantu Perempuan yang Pelik?

Orang perempuan ni nak apa sebenarnya?

Balik kampung orang tanya bila nak kahwin? - dia marah.

Bila di jalan kena ngorat pun dia marah.

"Jadi... nak kahwin ke tak nak?"

Ada juga perempuan yang cukur kening, lepas tu lukis balik.

"Errrr.. nak ke tak nak kening tu?"

Lagi satu jenis pakai seksi, nampak lurah dan paha, dedah aurat sana sini? di jalanan ada orang lelaki gatal tengok dia kata:

"Apa tengok tengok? Tak boleh ke pejam mata waktu dia jalan?"

"Kau raserr?

Yang dah kahwin, tanya lapar tak? Katanya dah kenyang, bila kita makan sorang sorang dia marah.

"Pulakkk"

Ada jugak waktu order cakap tak kesah, bila order dah sampai? Berminyaklah? Tak nak berkuahlah, tak nak nasik lah, tak nak masakan Mamak lah..

"Tadi kata tak kesah?"

Ingat kes ni kat Malaysia jer kot, jadi semalam tengok movie barat, The Lake of the Dead, cerita ni asal bahasa Russia dan di alih ke Bahasa English, cerita hantu air.

Hantu ni jantina dia perempuan. Bila lelaki mandi dia akan muncul dan tanya soalan:

“Adakah kau cintakan aku?”

Lelaki tu jawab: “Tak!” Hantu tu terus marah dan bunuh lelaki tu.

Babak lain, ada pulak lelaki yang jumpa dengan hantu air ni, dan hantu ni tanya:

“Adakah kau cintakan aku?”

Lelaki ni jawab: “Ya!”

Hantu tu marah dan cakap: “kau tipu!” lalu bunuh lelaki tadi.

Saya yang menonton filem ni berbisik dalam hati:

“Orang perempuan?, apa dia nak sebenarnya?”

Adohai..

Kesimpulannya: Perempuan jadi hantu pun masih tak berubah perangainya, woha!

No comments: