Sebagai orang Terengganu. Saya kena jawablah soalan ni,
betul ke nama Terengganu berasal dari Tamil? Dan betul ke Tanah Melayu ni
asalanya orang India?
Baik, untuk pengetahuan semua, Orang Terengganu dia tak
sebut "Terengganu". Dia sebut Tranung.
Tranung kiter!
Berasal dari loghat Terengganu yang berbunyi "Terang
Nung" dibaca laju menjadi "Tranung" bermaksud Terang jauh.
Ada yang kata terang itu merujuk kepada pelangi. Tapi
"nung" menjadi "sana" atau "sinun" dan pendek
cerita Tranung kekal di mulut orang Terengganu sampai sekarang. Dan bila di
dokumentasikan menjadilah Terengganu.
Bab asal tanah melayu orang india pulak,
Pengalaman duduk Terengganu 40 tahun susah nak jumpa orang
india dalam majoroti ramai atau nak jumpa kuil besar.
Banyaknya masjid dan orang cina ramai di kuala. Rakyat pulak
majoroti orang melayu cakap loghat Tranung cuma pelik geng tranung besut
bercakap kelantan? Tak kan nak claik loghat kelantan dari india pulak?
Aduhai...
Balik pada sejarah betul ke tanah melayu ni asalnya india.
Simple sahaja.
Rujuklah filem purba di negara terbabit.
Contohnya filem Hang Tuah lakonan P Ramlee. Filem melayu
pertama yang bewarna. Diterbitkan oleh orang cina Shaw Brothers dan di arahkan
oleh orang india Phani Majumdar.
Walaupun penerbit cina dan pengarah India Tapi untuk berlakon
filem purba tu semua pelakon adalah melayu. Sebab itulah fakta tanah melayu.
Dan filem itu ditayangkan ke seluruh dunia sampai tercalon
di Jerman. Dan menang di Hong Kong.
Tapi takde pulak zaman tu orang cakap filem tu tak betul
sebab pelakon semua melayu sebab sejarah dah buktikan. Kesultanan melayu di
tanah melayu adalah bukti tanah ini tanah melayu.
Maka jika ragu ragu dengan sejarah rujuklah filem purba. Di
china ada Wong Fe Hong. Di India ada Asoka. Di Tanah melayu ada Hang Tuah. Tak
kan lah di Terengganu ada Katappa dan BahuBali. Terengganu ada Megat Panji
Alam!
Rujuk singapore mana ada filem purba nak gambarkan bangsa
cina majoroti? Sebab zaman purba singapore adalah Temasik yang di perintah oleh
orang melayu.
Oh ye ada filem purba rujuk singapore dalam Pirates of
Caribbean tapi tu lanun cina dari Temasik. Dan itu cerita pasal lanun.
Akhir kata..
Dakwaan bahasa Tamil seakan akan Terengganu.... Maka
"India" seakan akan bahasa melayu iaitu "Ini dia" tapi tak
perlulah nak claim. Buat malu orang kampung jer nanti.
Woha!
Tak kan melayu hilang di dunia dan jangan pernah malu
bertanjak di tanah melayu. Saya ada jual tanjak. Nak beli mesej jer. Hihihi.
#tanjakwoha
No comments:
Post a Comment