Sep 2, 2020

Malaysia Negara Islam?

 


Baik, Bila kita pergi pasar malam, takde pulak kita jumpa label pasar malam, tapi kalau korang tanya budak-budak pun tahu itu pasal malam.

kenapa?

kerana kat situ ada amalan pasar malam;

Apa amalan pasal malam?

Ada orang jual, ada orang beli dan pada waktu magrib… tapi malam esoknya orang dah tak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yang sama..sebab dah tak ada amalan pasar malam..!

Jadi... kat Malaysia tempah tumpah darah mak waktu lahirkan kita, Sesetengah tempat memang macam negara islam… sesetengah tempat memang macam setan. .oh..tepuk dada tanya iman…

Oleh yang demikan adalah penting kita orang-orang islam mewujudkan amalan islam yang boleh di katakan sebagai rupa islam!

Apa itu rupa Negara Islam?

Penduduknya jaga solat Jemaah.

Alkisahnya Semalam singah di pasar malam Kuantan, bila azan magrib, maka antara kedai kedai ada disediakan ruang untuk bersolat, ada khemah, ada karpet, ada lori sediakan air ambik wudhu, malahan ada tabir untuk perempuan.
Pasar malam sebeginilah yang mesra syariah.

Alhamdulilah.

Maka bila iqamat berpusu pusu pembeli dan penjual datang solat dan oleh sebab ruang yang terhad, maka solat telah di buat shift.

Bab kata sahabat Abdullah r.a, bila azan di Madinah, semua orang termasuk pembeli dan penjual pergi bersolat, maka menjual tak salah, jadi kaya tak salah, yang penting jangan tinggal perintah Allah, lalu sahabat ini berkata sewaktu lihat peniaga dan pembeli solat awal waktu:

“Inilah mereka yang perniagaan dan jual beli tak menghalang dari ingat kepada Allah”

Alhadulilah,

Cerita bab pasar malam, ada kisah Saidina Umar bila tengok ramai orang yahudi berniaga di pasar, (sebab zaman tu orang Islam dah ramai yang kaya kerana banyak rampasan perang), maka saidina Umar suruh orang islam pergi berniaga agar ekonomi tak dikuasai mereka.

Maka tak salah berniaga, tak salah jadi kaya, yang penting dapat taat perintah Allah sama ada kaya atau miskin.

Rujuk Rukun Islam yang wajib, ada dua tempat perlu pada wang iaitu zakat dan haji, maka jangan kata Allah tak suruh kita cari wang, dan jangan kata salah jika orang islam jadi kaya. Jangan harankan apa yang halal.

Dalam hadis bagitahu tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima, InsyaAllah, jadi kaya bukan haram, jadi miskin pun tak haram, tapi menyusahkan orang memang haram.

Jika bertanya, cik Hamka ada tulis buku pasal reseki, jadi kaya dan islam? Ada tak?

Belum lagi, tapi saya sangat rekemen baca buku digital ini:

"55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti"

Jujur saya katakan, buku ini saya baca tanpa stop kerana kandungannya sangat dekat di hati.

Ibarat baca buku “How To Win Friends And Influence People” yang mana mengisahkan Dale Carnagie pergi temuramah jutawan Amarica dan berkongsi tips, tapi buku ini, saudara Zuhairi Nopiah pergi temuramah jutawan di Malaysia yang Beragama Islam dan bila baca tips murah rezeki dari jutawan yang masih hidup dan terbukti kebenaran mereka, sungguh merupakan rezeki tak ternilai kepada diri saya sendiri.

Pesanan dan tips dari Jutawan Islam adalah sangat dekat di hati dan ada bab yang membuatkan bulu roma saya meremang dek terasa kehadiranNya dalam limpahan rezeki yang sering saya lupa untuk bersyukur.

Untuk membeli Ebook "55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti" boleh klink sini, insyaAllah

https://attract.onpay.my/order/form/rm01tp/mhamka

Jangan kata abang kereta mayat tak payung. Jom meriahkan Malaysia dengan amalan Islam.

Woha!


1 comment:

Syazni Rahim said...

Deep. Terima kasih tuan atas perkongsian :)