Sep 14, 2020

Filem Tenet dan kuasa Tuhan?

(Ulasan filem TENET 2020-Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan)

Al kisahnya, Semalam saya kena culik dengan jiran perumahan lama, Abang S datang culik saya sebelum isyak, dan lepaskan saya untuk solat berjemaah, lepas tu tangkap saya balik dan kurung dalam panggung wayang GSC Kuantan, paksa saya tengok TENET.

TENET ni adalah gabungan kepada TEN TEN, yang disusun Depan-Belakang, membuakan menjadi TENET.

itulah tema filem ini, sekejap kau ke depan, sekejap kau ke belakang.

Dan kenapa TEN? sebab ending filem ini berkenaan TEN minit yang "TEN TEN" menjadi TENET.

Warna Biru dan merah pula mewakili warna masa untuk depan belakang berdasarkan Doppler effect, gelombang merah ke depan, dan gelombang biru ke belakang.

Selain dari merentas masa, filem ini juga fokus pada drama hubungan suami yang melayan cinta dengan cara kejam, ibu yang sanggup buat apa sahaja demi anak, erti persahabatan dalam tugas, keberanian dan kesetiaan, gaya hidup orang kaya, serta kisah hidup perisik ala ala James Bond bila solo, campur Mission Imposible bila minta bantuan team.

Balik kepada tajuk: Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan? kenapa?

Kerana waktu tonton filem ini, saya terfikir tentang konsep chaos to in order, filem ini tujukkan bagaimana sesuatu yang rosak boleh kembali kepada stabil.

Dalam dunia fizik, bila kita pecahkan telur, maka telur pecah, dan tidak akan bercantum lagi, kita sepak istana pasir, maka istana akan berkecai, kita bakar pokok, maka pokok akan hangus. bermakna dunia ini akan berjalan satu hala selamanya, itu Fizik Ciptaan Tuhan sehingga dalam hadis Nabi sebut, Susu tak akan kembali ke dalam puting, atau pena telah terangkat, dakwat telah kering.., atau dalam pepatah melayu, nasi dah jadi bubur, jangan menangisi susu tumpah.

Maka dalam filem ini, hero tiba tiba terjumpa ada alat boleh undurkan peluru, cermin pecah boleh bercentum kembali, yang mana sesuatu yang rosak tiba tiba menjadi elok.

Maka hero mencari siapa yang cipta alat yang mampu undurkan masa melalui kaedah reverse Entropy ini dan akhirnya dot dot dot

Maka saya tak nak spoiler lebih lebih, kerana filem ni nak bagitahu bila ada sesuatu yang dah huru hara, tapi tiba tiba dapat dipulihkan menjadi sistem, maka ada PUNCA yang mengawal kejadian ini.

Gigih hero siasat mencari punca kejadian.

Maka kata saya dalam hati, tak terfikirkah kita bagaimana dari huru hara (letupan big Bang) tiba tiba alam ini tercipta dengan penuh sistematik?, yang mana lokasi bumi terbaik jaraknya dari mata hari, ada bulan sebagai pengawal pasang surut, ada sembilan planet menjadi perisau hentaman meteor, ada lapisan ozon yang membakar kemasukkan bedasing ke bumi.

Ada rasa nak kaji tak? dari mana puncanya alam ini? dan ke mana dia pergi?

Nabi cakap, manusia akan kembali bangkit. Orang kafir tak percaya, sebab dah jadi tulang macam mana nak cantum kembali hidup?

Nabi cakap mudah di sisi Tuhan, dalam Al quran cerita dalam neraka, manusia dibakar dan dipulihkan kembali sehingga ke hujung jari.

Apa ada dihujung jari? cap jari manusia yang berbeza, bila musnah ditelan api neraka, selamba Allah boleh kembalilan kepada asal hingga cap jari pun sama!

Maka mari kita renungkan, sewaktu kita melihat filem yang hebat, lalu kita memuji dengan  berkata, sungguh hebat orang yang filem ini, maka pujian ini tanpa diragui, ditujukan kepada pengarah walaupun kita tak pernah jumpa dengan pengarah.

Maka, alam semesta yang besar dan indah ini, dan setiap orang ada jalan cerita yang  sangat hebat dan mengkagumkan, hingga kita memuji satu sama lain, maka pujian ini tanpa diragui, ditujukan kepada Tuhan semesta alam walaupun kita tak pernah jumpa dengan Tuhan.

Ini kerana kita bersetuju bahawa ’something doesn’t come from nothing’. Dan kita bersetuju bahawa ‘order doesn’t spontaneously arise from chaos’?

Contoh: Dunia ini menjadi semakin stabil dalam kehidupan manusia apabila manusia memperkenalkan standard, seperti ISO yang menyeragamkan semua pengukuran kejuruteraan lalu kehidupan genarasi zaman moden menjadi lebih berkesan,

sebagai contoh, skru yang kita beli di kedai, ada saiz yang standard, pemutar skru juga ada standard, lubang yang nak diputar ada arah yang standard, dari mana standard ini datang?, kita semua tahu sudah, ianya bukan datang secara semula jadi, tapi  dari kesepakatan perwakilan dunia, lalu muncullah ISO, Internasional Standard of Organitation.

Contoh lain, Jika kita kumpulkan bahan-bahan yang boleh menyiapkan sebuah Smart Phone seperti plastik, besi, kaca, polimer,getah dan lain-lain material, lalu di letakkan di padang pasir, berapa tahun masa yang perlu di ambil oleh semua bahan tadi untuk bercantum dan menjadi Smart phone?

Jawapannya, mustahil! Kecuali ada yang mengaturkannya.

Jadi bahan-bahan untuk menjadikan manusia, iatu air, api, angin dan tanah, yang terbentuk selepas Big Bang akhirnya bercantum dan berevolusi menjadi ikan, dinasour, monyet, pokok, rama rama, gunung, kumbang, cacak, terung, pisang, panda,  dan tiba tiba anatra semua hidupan itu, muncul manusia?

Ketahuilah, telefon juga berevolution, dulu telefon besar gajah dan berat nak mampos, tapi sekarang kecil dan ringan, dulu hanya satu fungsi, sekarang semua fungsi ada, tapi telefon bukan berevolution sendiri, ada orang yang mengevolusikannya, jadi, jika dunia ini berevolusi, maka sudah pasti ada kuasa yang menguruskannya.

Sebagai contoh: Bagaimana setiap tahun, bumi Berjaya mengelilingi matahari selama 365 hari tanpa lewat? Tanpa berlanggar dengan planet lain? Oh tak berlanggar sebab ada orbit?

Siapa cipta orbit? Matahari atau bumi?

Dan setiap bulan, selama 30 hari, bulan mengelilingi bumi dengan sudut permukaan yang sama, tapi bumi mengelilingi matahari dengan putaran 360, maka berlakulah siang dan malam, bagi garisan khalistustiwa, maka putaran bumi adalah 12 jam siang dan 12 jam malam, maka di garisan ini, cuaca panas sepanjang tahun kecuali di bulan Desember, iaitu lokasi bumi di salah satu sudut alam semeta yang buatkan berlakunya taburan hujan yang tinggi setiap tahun, manakala di garisan lain, berlaku empat musim yang konsten setiap tahun, musim panas, musim gugur, musim luruh dan musim salji, oh tidak lupa pasang surut air laur yang di kawal oleh gravity bulan.

Jadi siapa yang kawal semua ini? Semula jadi?

Jadi logic tak dalam dunia atheist yang percaya sebelum big bang dunia ini kosong, tiba tiba berlaku letupan, dan berjuta tahun kemuduan, kita semua ada smart phone?

Gunakan akal, dunia ini terjadi sendiri? Atau ada Pencipta yang Maha Kuasa?

Kemudian timbul soalan paradox, jika Tuhan cipta dunia, siapa yang cipta Tuhan?,

Untuk masalah ini, bayangkan kes penembak tepat yang sudah bersedia menembak sasaran, tapi perlu tunggu arahan dari pihak atasan, tapi pihak atasan cakap, kena tunggu pihak atasan lagi satu, kemudian, pihak atasan lagi satu cakap, tunggu pihak atasan yang atas lagi, so, bila dia boleh menembak?

Jadi, secara logik, pilihan yang kita ada selain paradox, adalah dengan yakin bahawa hanya ada satu pihak yang paling atas, tiada yang atas melainkan dia, maka dunia ini telah di cipta oleh pihak yang paling atas, dan satu sahaja, jika ada banyak pihak atasan, maka dunia ini tak dapat di cipta sebab tuhan akan bergaduh dan pengurusan alam semesta akan menjadi konflik, kerana itu kita tak boleh terima dari segi akal tuhan itu ada lebih dari satu, maka hint untuk mereka yang mencari Tuhan, pastikan Tuhan itu hanya SATU, dan Dia paling atas, itulah logiknya tempat bagi Tuhan, satu dan paling tinggi!

Jika jawapan ini sudah di terima, maka terbongkarlah sifat Tuhan yang berlawanan dengan semua makhluk dan kejadian, yang mana apabila semua mahkuk di cipta, maka Tuhan adalah pencipta, Dia satu dan paling atas.

Kemudian, jika semua mahkluk akan binasa, maka Tuhan bersifat abadi dan kekal selamanya.

Kemudian, jika semua makhluk mempunyai kelemahan dan saling memerlukan, maka Tuhan bersifat paling berkuasa dan tidak memerlukan sesiapa.

Kemudian, jika semua mahkuk terikat dengan masa dan Fizik, maka Tuhan bebas dari masalah Fizik dan masa.

Kemudian, apa sahaja yang ada pada makhluk, maka Tuhan adalah langsung tidak bersamaaan dengan makhluk.

Jadi, kepada semua atheist yang mahu mencari maksud hidup sekalian, jika nak cari Tuhan, pastikan Tuhan itu satu, paling berkuasa, tidak berawal, tidak berahir, tidak di cipta dan tidak perlukan apa apa, tidak akan sama dengan dengan mana mana yang dicipta kerana Tuhan bukan sebahagian dari ciptaan-NYa

Kita boleh terima, bahawa dunia ini di cipta dengan logic sains, ada sebab dan akibat, Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air, Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang. Jadi, jika masalah hati dan cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana saya datang, apa tujuan saya di dunia ini, dan kemana saya selapas ini. Juga disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk meraihnya atau mengabaikannya.

Akhir cerita, Hari tu ada tengok pasangan kekasih bertengkar, rupanya si awek ni kena marah sebab gagal cari si pakwe, telefon hilang, no phone hilang, alamat semua hilang, jadi waktu si pakwe ni marah kat si awek dia jerit:

“Tak tahu nak cari saya kat mana? Eh awak, Jika kita ikhlas mencari, Tuhan pun boleh kita jumpa, inikan pulak saya!”

Perggh, deep betul ayat pick up line dia. Woha!

Ok, sampai sini dulu, Semoga Allah kurniakan kita semua; Syurga yang abadi.

Amin.

Ps: Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan. Hari ini, di antara dua waktu solat, mungkin kita akan mati. Maka biarkan aku mati dalam keadaan taat kepada Allah dan Rasul. Lakum Di Nukum wa liyadin.

#hamkafilm




2 comments:

anakdenesor said...

wow deep sungguh ayat die..heheh..cam macam menarik lak citer tu

hamka said...

pening sikit, kena fokus, he he