Sep 18, 2020

Soalan Temuduga tersusah?

Saya habis belajar tahun 1998. Zaman Tun M sedang memerintah. Ekonomi waktu itu tengah gawat, Anwar Ibrahim sedang bergaduh dengan dengan PM4.

Pada hari Ahad, Waktu Anwar tanya soalan: Siapa Bodoh? kat dataran Merdeka kepada semua penyokongnya,. Saya kebetulan ada area situ, sedang naik motor RXZ bersama kawan dari terengganu nak pergi temuduga di Bangi tiba tiba jalan jem sebab FRU dan penunjuk perasaan sedang beraksi.

Malam itu kawan saya ajak pergi kediaman Anwar yang sedang dikepong penyokong, alasannya, wartawan ramai, dan ini sejarah Negara, kita kena ada dekat dengan sejarah negara yang penting! (padahal dia nak tengok Nurul Izaah, justice for papa bakal mertua)

maka saya cakap, esok saya ada temuduga. Maka waktu kejadian, saya tak ada di kawasan berhampiran.

Bila saya hadir temuduga kerja di Bangi, saya ada dapat soalan ini:

“Apa pendapat anda tentang Anwar Ibrahim?”

Pergghhh,. Berita anwar kena tangkap baru semalam, saya tak tahu nak jawab apa, lalu saya jawab:

“Semua orang adalah Innocent until proven guilty, Jika Anwar tidak bersalah, maka saya simpati pada dia”

Terus si temuduga tu senyum dan ambik saya kerja. (banyak lagi solan lain tentang kemahiran saya, soalan ini hujung seisi temuduga, huhuhu)

Beberapa tahun kemudian, saya minta kerja tempat lain pula, dan dapat soalan lebih kurang sebegini.

“Hamka, bayangkan pada suatu hari, awak baru lepas kena rompak, dan sedang kesedihan di tepi jalan, lalu datang Encik Bijan tumpangkan anda ke rumahnya, bagi makan, dan bagi sedikit wang untuk meneruskan hidup. Dengan wang itu anda mulakan hidup baru, buat bisnes kecil kecilan dan berjaya. Lalu anda nak bayar hutang Bijan, tapi si Bijan menolak, kerana kata Bijan, dulu bantuannya ikhlas. Malahan dia turut promosi produk anda menjadi semakin laris. Hidup anda semakin berjaya dan dia selalu membantu anda. Pendek kata dialah yang merubah nasib hidup anda.

Suatu hari, keluar berita bahawa dia adalah buruan polis atas kesalahan merompak dan membunuh, sekarang dia berselindung dirumah anda.

Apa yang anda akan lakukan?”

Perghhh, soalan macam ni pun ada dalam temuduga?, waktu tu zaman pemerintahan Pak Lah, kalau korang jadi saya, apa yang korang nak jawab?

Masa pun terhad, penemuduga tak suka kita ambik masa terlalu lama.

Maka jawab saya:

“Saya setuju dengan konsep ‘Innocent until proven guilty’, jadi saya akan serahkan dia pada polis, sebab jika dia terbukti salah maka dia layak kena hukum, walaupun dia buat baik pada saya, dan jika dia tidak bersalah, maka dia akan dibebaskan, alhamdulillah”

Entah betul ke tidak jawapan saya tu, tapi saya memang dapat kerja situ, dan belum pernah jumpa Bijan dalam hidup ini. Hu hu hu…

Ok itu zaman Pak Lah, dan masuk zaman Najib. Saya tak ada minta kerja di mana-mana sebab ekonomi Malaysia zaman Najib sangat bagus, idea vaucer bukunya buatkan industri buku naik mendadak dan dapatlah saya tempias jadi kaya sekejap zaman tu.

Tapi tak lama, dato Najib di tuduh merompak oleh PH, BN kalah PRU, maka sudah berlalu zaman Najib, dan Malaysia kembali ke zaman Tun M, Anwar Ibrahim yang dulu masuk penjara kerana Tun M akhirnya dibebaskan oleh Tun M. Persoalan yang masih belum terjawab: Benarkah Anwar meliwat, atau Mahathir yang mengfitnah? Oh, lupa. Ia luka kecil.

Najib walau jadi pembankang tiba tiba jadi Bossku, naik tak memijak kawan, jatuh tak menheret lawan, dengan Trollnya yang makan dalam, pernah Tun M bagitahu Najib akan pakai baju oren tak lama lagi (sebab masuk penjara) terus Najib update FB pakai baju oren pergi solat Jumaat, dan diselfie beramai ramai oleh rakyat yang rindukan zaman Najib.

kekalahan BN ada hikmah, kerana pada satu Hari Jummat yang indah, PAS dan UMNO bersatu, saya kali ini ada tempat kejadian, saya ada waktu orang PAS berdiri menyanyi lagu UMNO sambil menangis, saya ada waktu khutbah Jumaat oleh parti PAS di bangunan UMNO, saya ada waktu makcik tudung merah peluk makcuk tudung hijau sambil menangis. 

Saya ada waktu pakcik bersongkok dan berkopiah simpan songkok dan kopiah masing masing lalu sama sama bertanjak dan menjerit Takbir!

Saya ada waktu air mata mereka bercucuran bersyukur kerana dah lama sangat mereka bergaduh, dan akhirnya mereka berdamai. Anwar Ibrahim boleh move on dengan Tun M, hanya luka kecil, maka UMNO dan PAS pun sama, hanya luka kecil.

Saya sebagai saksi di tempat kejadian, walaupun saya hanyalah peniaga Tanjak, dan semua Tanjak saya warna merah, biru, hijau, habis di jual, tapi Tanjak warna biru muda tak laku, aduhhhh.. tapi tengok Pas dan UMno bersatu, sungguh terharu

Masuk tahuh 2020, Tun M tiba tiba jadi ketua Pembakang, Anwar pulak timbalan ketua Pembakang, dan Najib masih belum masuk penjara, malah berlaku Plot Twits, Abah tiba tiba jadi PM!

Woha!

Update terkini lepas PRK Slim: nampaknya BN Semakin Kuat, Bossku masih popular walaupun "terbukti bersalah oleh satu hakim",  gabungan MN Kekal Relevan, PN Sudah Nazak, Tun M di tolak orang muda, Dan PH Semakin Lemah,

Tengok keadaan sekarang, elok PRU di segerakan, agar kuasa politik lebih stabil.

apa-apapun, Saya doakan yang baik baik buat buat semua PM Malaysia dimulakan dari Tun M, Pak Lah, Najib dan Abah.

Selamat Hari Malaysia

(kereta mayat)

No comments: