Sep 28, 2020

Bunuh diri, Rezeki yang Hilang?


Semalam tersebar berita pelakon jepun, The Ring, bunuh diri, sebelum tu pelakon Attack of Titan, dan katanya, Tahun ini saja ada 4 orang artist Jepun yang telah bunuh diri. Bayangkan pelakon yang cantic, kaya dan glamour pun boleh bunuh diri, apatah lagi orang yang tak ada apa-apa?

Tahukah anda? Jepun ni menduduki carta top ten negara paling banyak kadar bunuh diri, dan dikatakan waktu PKP, bila rakyat duduk rumah, kadar bunuh diri berkurang.

Kajian akan factor kenapa bunuh diri, adalah kerana tekanan untuk Berjaya di tempat kerja, selain masalah cinta dan buli.

Untuk itu di stesen tren yang utama sudah dipasang banyak lampu biru dan cermin berdekatan dengan platform. Ini kerana tempat itu menjadi medan yang kerap orang jepun membunuh diri. Lampu biru bertindak sebagai medium penenang manakala pantulan imej diri pada cermin memberikan peringatan kepada bakal mangsa.

Rujuk negara kita, kadar bunuh diri rendah, Alhamdulillah, semua ini rezeki Allah.

Bercerita tentang rezeki, saya terbaca rakan FB saya Kamal Zharif Bin Kamaludin menulis, di Jepun tiada kefahaman tentang REZEKI.

Kita jika terdengar perkataan REZEKI, terus otak kita nampak laut yang luas penuh rezeki, hujan mencurah dengan rahmat bersama rezeki, pelangi indah di balik awan adalah rezeki, syurga saujana di alam akhirat adalah rezeki terbesar, tapi di Jepun tiada ruang untuk REZEKI sebab kebanyakkan dari mereka tiada agama.

Kita bila cerita bab rezeki, terus otak kita kaitan dengan kuasa Tuhan, buatkan kita berdamai dengan takdir, dan tenang dalam ujian, lepas tu kita digembirakan dengan konsep rezeki mudah datang dengan bersedekah, solat duha, solat tahajud, berdakwah, berdoa dan pelbagai lagi. Tapi di jepun, kata si penulis, yang berkawan dengan orang Jepun. Telah bertanya:

"Kalau bahasa Jepun, apa perkataan untuk rezeki?"

"Hmm, nampak macam tiada."

"Mungkin perkataan paling dekat ialah 'megumi'." Dia menjawabnya. Megumi(恵み) maksudnya 'blessing'.

Rupanya Perkataan 'megumi' pun jarang disebut dalam kehidupan harian orang Jepun yang mana berbanding orang kita, perkataan rezeki itu tak perlu lagi dibuat perbandingan perkataan. Rezeki adalah rezeki. No any other word for explanation.

Datang ke Jepun, perhatikan sahaja ucapan-ucapan yang dikeluarkan, baik dalam program realiti ataupun drama, tiada langsung menyebut tentang rezeki. Tak pelik sebab Di Jepun hanya 20% sahaja mengakui diri mereka beragama. Lagi 80% tidak menjadikan agama sebagai elemen penting dalam kehidupan. Maka bila berlaku BULI, PUTUS CINTA, dan GAGAL mereka tiada tempat untuk berdamai dengan takdir kerana tanpa agama, maka diri sendirilah yang menjadi punca segala masalah, dan sayalah yang bersalah dalam semua perkara, saya menyusahkan orang, saya mati menggembirakan orang dan sebagainya yang selalu di alami oleh mereka yang stress.

Untuk itu, kepada kita semua yang ada masalah BULI, PUTUS CINTA, dan GAGAL dalam apa jua bidang, sebelum kemurungan berlaku, ingatlah bahawa REZEKI Allah itu luas, sangat luas! dan dunia ini hanya setitik nikmat REZEKI berbanding di sana(akhirat) seperti lautan luas tidak berpehujung.

Bila kita di buli, Alah sedang uji saya, maka saya tidak akan menyerah (pasrah) begitu sahaja, tapi saya akan berusaha mencari keadilan (bertawakal) maka InsayAllah pertolongan Allah sangat dekat bagi mereka yang bertawakal.

Bila kita putus cinta, ingatlah semua orang akan mati, Nabipun mati, maka cintailah Allah yang tidak pernah mati dan tidak pernah menolak cinta, dan di syurga bertemu Allah nikmanya lebih besar dari dicintai semua bidadari.

Bila kita gagal dalam apa jua bidang, ingatlah dunia hanya sementara, kerisauan sebenar bukan untuk dunia, maksud hidup adalah ibadat, dan sabar dengan ujian Allah adalah ibadat, syukur dengan baki nikmat yang ada juga adalah ibadat.

Ayuh!

"Gambatte kudasai Otsukaresama desu."

(Selamat berusaha bersungguh-sungguh. Terima kasih atas usaha yang keras)

Woha!

Ps: Sungguh bersyukur dengan baki nikmat yang ada juga adalah maksud hidup, dapat ini maka segala kesusahan akan menjadi ringan.

4 comments:

NesBlackRoastKrangManis said...

jangan bunuh diri dengan post yang meleweh-leweh. in English, we have that word of "Prosperity" to be used in term of "Rezeki" atau dikenali sebagai "Rejjeki". and true that, kalau tiada rezeki, kita akan mengalami rasa "tidak berpijak di bumi yang nyata", akan tetapi, usaha itu adalah rakan karib rezeki. itulah feng shui nya.

bagi sesetengah peradaban, bunuh diri itu memang menjadi jalan penyelesaian terakhir setelah buntu dan terdesak dalam mengalami masaalah yang dihadapi. kasutnya memang tidak muat lagi. jadi, saya menulis secara simpati dan sedih akan mengekspresikan kehilangan rakan-rakan sezaman kita di era moden ini. merekalah jua yang pernah menghiburkan kita di kala kita mengambil angin atau nafas, ataupun berehat daripada membuat kerja2 rumah atau hidup. hendak dicapai, tangan tak sampai.

rezeki yang hilang adalah apabila kita tidak mengunjungi bermasyarakat.

hamka said...

terima kasih atas komenya :)

Kak Yong Ayuni said...

kalau boleh dihuraikan rezeki yang hilang adalah apabila kita tidak mengungjungi masyarakat?

apakah sama mana kita tidak bersilaturahim?

Anonymous NesBlackRoastKrangManis said...

tidak bersilaturrahim itu samalah saperti tidak merasanya salah satu nikmat hidup. silaturrahim juga pernah diterangkan di dalam agama Islam yang ia merupakan salah satu cabang untuk ke Syurga.

jadi, tulahtu, penyakit jiwa datangnya daripada tidak bersilaturrahmi. bahkan pula, tidak berpunca rezeki. nak makan roti canai telur - cecah kuah dal bersambal, tapi mamak pulak tutup. even kalau mamak buka pun, wangnya pula enggak ada. wadduh, gawat doang.

kempunan roti canai telur pun membuak2 menjadi penyakit jiwa. yang akhirnya menjadi punca kematian seseorang yang dihinggapi wabak jiwa.