Sep 21, 2017
Buku paling Best Seller-Kisah laki Bini?
Alhamdulillah syukur, Buku KISAH LAKI BINI mendapat anugerah
Best Seller dari Karang Kraf pada 16hb September 2017.
Jadi untuk itu, aku copy paste komen lima yang best best dari
pembaca tentang buku ini.
Komen 1: ulasan Abang Ohsem
Abang Ohsem sudah lama dengar pasal penulis Hamka Kereta
Mayat tapi belum pernah membaca buku-buku tulisannya. Pemilihan buku 'Kisah
Laki Bini' sebagai bahan bacaan mudah bagi Abang Ohsem kerana Abang Ohsem juga
sudah berbini. Jadi apa yang disampaikan oleh Hamka memang mudah dihadam.
Penceritaan dalam buku ini dipersembahkan dalam bentuk
situasi perbualan di antara suami isteri yang diselang seli dengan gaya
penceritaan berkaitan keagamaan dan politik yang
'ringan'. Antara dialog yang Abang Ohsem suka:
Lady Driver
Sedang asyik bini memandu laju, ada sebuah lagi kereta yang
memandu perlahan macam pemandu perempuan. Bila dah potong, tengok-tengok
rupanya lelaki. Terus bini cakap, "Kenapalah lelaki ni bawa kereta macam
orang perempuan!"
Pesanan: Perempuan sama perempuan pun saling kutuk,
adohai...
Itu baru satu. Kalau baca lagi dialog-dialog lain korang
pasti akan tersenyum sendirian. Sebelum ABang Ohsem tutup short review ini,
Abang Ohsem nak quote kata-kata Hamka yang Abang Ohsem suka dalam buku ini:
Kerisauan sebenar bukan untuk dunia. Bantulah pasangan anda
selamat dari azab api neraka. Semoga Woha sampai syurga. Woha!
Ulasan 2: Oleh @lina.kama
Jadi kiranya, aku dah ketagih tulisan makhluk ni. Maka aku
cuba lagi satu buku. Mula2 aku hampir frust tonggeng. Hampir 1/3 ms yg awal
menjunamkan jangkaan aku. Tulisan yg terlalu santai termerapu dan termeleret ke
lembah x tau tujuan. Tp, pada pertengahannya, klimaksnya hingga hujungnya
terpadat debat2 agama dan hubungan kita dan Tuhan. Mula2 aku tercari2 mana
kisah besar laki bininya?? Ya, ianya dihujung.. Ketika kisah peperangan
Muawiayah dan Ali, di situlah aku jumpa bagaimana penulis menterjemahkkan
hubungan kisah laki bini. Dan yg bonusnya, ini bukan kisah laki bini sebenarnya
. ha!!! Teruja kan nak baca kan?
Great job! @hamka_keretamayat
Ulasan 3: Nik Surina Ramli
"Kisah perjalanan 3 hari dari Terengganu ke KL utk
menghadiri majlis perkahwinan adik bongsunya. Mcm2 peristiwa berlaku. Tayar
pecah, langgar beruk, baiki kereta, kemalangan sbb sondol kereta org, kena
kejar polis, kena pijak waktu demonstrasi, masuk wad, sesat sampai
Putrajaya....haha mcm2 lah.
Paling sweet sepanjang perjalanan suami isteri dan 4 org
anak main teka teki dan bercerita mcm2, Ultraman, Naruto, Dragon Ball. Kisah2
Nabi pun ada juga.
383 mukasurat. Baca setgh hari pun blh hbs sbb x
bosan."
Ulasan 4: Email: Hamka. Minta blur kan nama saya.
Terima kasih atas tulisan kamu di dalam buku Kisah Laki Bini
ini. Rumahtangga saya hampir musnah angkara orang ketiga dan keterujaan saya
mengenali orang baru. Saya lupa diri,berbulan saya abaikan suami saya. Walhal
dulu saya yang paling tercinta dan paling amat sayangkannya. 8 tahun kami
bersama bercinta sehingga ke jinjang pelamin.
Semasa saya dalam dunia lupa diri, suami menghadiahkan saya
buku Kisah Laki Bini ini. Ayat-ayat kamu telah buat saya tersentak, tersedar.
Lupa saya pada kemesraan kami selama berumahtangga,lupa saya pada gurau tawa
jerit pekik di dalam rumah dan kereta dan lupa juga saya pada keluarga, saudara
mara,sahabat yang sentiasa mendoakan kemesraan, keromantikan kami berpanjangan.
Kami pasangan yang sempoi,mereka kata.
Tapi saya rosakkan segalanya. Betapa sabarnya suami saya
menunggu hari terakhir saya bersama orang baru untuk kembali kepadanya. Kami
hampir ke pejabat agama untuk mengakhiri segalanya.
Puas saya berfikir masak-masak sedalamnya mengapa mahu
mencari jalan malang sedangkan bahagia itu sudah di depan mata. Saya lupa diri
dengan keseronokan dan kebebasan. Saya akhirnya kembali ke pangkuan suami dan
kami baru balik dari honeymoon menyambut ulangtahun perkahwinan kami yg ketiga
dan percintaan kami yg kelima. Ya,masih baru lagi di dalam alam rumahtangga.
Mesranya di dalam kereta dan rumah kembali hangat sama
seperti Hamka dan Pn Isteri. Gelak tawa mengilai menjerit kembali bergema.
Lawak-lawak bodoh yang saya teramat benci semasa lupa diri, kembali saya
dambakan. Mahu dengar acap kali.
Saya bertaubat. Saya hanya mahukan suami saya yg seorang
itu. Tiada dua. Tiada ganti. Moga dengan izin Allah,kami dapat bersama hingga
akhir hayat.
Terima kasih Hamka, sedikit sebanyak telah menyedarkan saya
dengan tulisan kamu. Moga Allah sentiasa merahmati kamu sekeluarga.
Ps: Ya Allah terima kasih atas peluang kedua yang diberikan.
Saya tak tau mampu ke saya sesabar dia jika saya di tempatnya. Terima kasih
Hamka.
Ulasan 5: IG Oyin Cronaldo
Its been a very, very long time since i last read a BM book,
especially a non-fiction one! still 3/4 way to go and i have to stop because
its just wrong to continue my enjoyment without giving a shout out to Firdaus
Hussamuddin for gifting me this (thank you hun)! Funny like crazy, full of
thoughtful religious reminders and hadith interspersed with mentions of his
favourite My Chemical Romance, Avril Lavigne lyrics, and Kingdom of Heaven
reviews. The best fictional non fiction (as how the author loosely describes
it) ive read in a long time.
*****
Okey banyak lagi komen jika nak copy paste boleh google atau hasgtag di internet, terima kasih kepada semua pembeli dan pembaca, semoga tulisan saya memberi manfaat di dunia dan di akhirat.
Sila kagum dari jauh!
Woha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Buku yang boleh buat kau sengih-sengih dan senyum-senyum seorang diri. Itupun kalau kisah-kisahnya boleh mencuit hati kau atau lebih kurang sama dengan apa yang pernah kau lalui dengan pasangan.
Kalau yang belum berkahwin baca buku ni, maka kau tahulah macam tu gelagatnya pasangan yang dah berkahwin dan ada anak bila duduk dalam kereta untuk satu perjalanan jauh. Sekurang-kurangnya untuk pasangan seperti Hamka dan isteri. Maklumlah, setiap pasangan lain ragamnya.
Di sebalik pickup line antara laki & bini, ada nasihat yang ingin disampaikan.... Ambil & amal...
Unik pendekatan buku ini. Secara kasarnya mengenai pengalaman halangan perjalanan dari Terengganu ke Selangor. Punyalah banyak halangan, 3 hari baru sampai.
Mula-mula baca memang berdekah. Tapi, bila dah hujung memang sentap habis aku kena sekolah.
Buku ini dicadangkan untuk pembaca matang. Kalau umur kau 41 tapi emosi macam budak nak up umur 14, baik jangan baca.
Buku Kisah Laki Bini ni sebenarnya bini aku yg beli. Dia baca kata best. Tapi aku buat tak tau ja sebab masa tu aku lebih suka buku bisness tapi tak habis baca pun haha. Aku tak ingat sejak bila buku ni dibeli. Tapi 2,3 hari lepas, aku terpegang sebab semangat nak habiskan sebulan satu buku. Ini buku ke-3 aku baca bulan April 2017. Lagi 2 buku yang dah habis baca.. buku emas & buku berkat. Aku tak ingat sapa penulis.. nanti la aku belek balik.
Mula baca aku dah cebik. Apa dia ni.. dok tulis celaka & mengata orang ja. Tak pa, baca lagi nak tgk dia ni kemaih mana. Habis satu bab ke satu bab. Then satu bab lagi. Amboi, tak boleh nak berhenti haih... bila dia & keluarga dah mula perjalanan dari Terengganu ke KL aku lagi nak tau apa kisah seterusnya. Oitt.. tak boleh berhenti baca ni.... Argh sudah.. penulis dah berjaya buat aku masuk dalam buku pulak!!.. Dari satu kisah ke satu kisah hanya dalam satu perjalanan dengan satu tujuan. Tapi banyak pula cerita.
Eh. buku belum habis baca lagi tapi aku dah tulis review di blog!.. haa maknanya mmg terbaik buku ni. Hampa yang belum baca kena cari & baca. Bukan beli letak di rak mcm aku dulu. Walaupun aku tak kenai sapa penulis ni, apa yg aku nak kata.. buku ni mmg best. Lepas ni nak cari buku dia yang lain pulak.
Sekian.
tahniah..
Tahniah encik hamka
terima kasih, jumpa buku tu di kedai, tegur tegurlah yer :)
Post a Comment