Sep 21, 2017

Buku paling Best Seller-Kisah laki Bini?


Alhamdulillah syukur, Buku KISAH LAKI BINI mendapat anugerah Best Seller dari Karang Kraf pada 16hb September 2017.

Jadi untuk itu, aku copy paste komen lima yang best best dari pembaca tentang buku ini.



Abang Ohsem sudah lama dengar pasal penulis Hamka Kereta Mayat tapi belum pernah membaca buku-buku tulisannya. Pemilihan buku 'Kisah Laki Bini' sebagai bahan bacaan mudah bagi Abang Ohsem kerana Abang Ohsem juga sudah berbini. Jadi apa yang disampaikan oleh Hamka memang mudah dihadam.

Penceritaan dalam buku ini dipersembahkan dalam bentuk situasi perbualan di antara suami isteri yang diselang seli dengan gaya penceritaan berkaitan keagamaan dan politik yang
'ringan'. Antara dialog yang Abang Ohsem suka:

Lady Driver

Sedang asyik bini memandu laju, ada sebuah lagi kereta yang memandu perlahan macam pemandu perempuan. Bila dah potong, tengok-tengok rupanya lelaki. Terus bini cakap, "Kenapalah lelaki ni bawa kereta macam orang perempuan!"

Pesanan: Perempuan sama perempuan pun saling kutuk, adohai...

Itu baru satu. Kalau baca lagi dialog-dialog lain korang pasti akan tersenyum sendirian. Sebelum ABang Ohsem tutup short review ini, Abang Ohsem nak quote kata-kata Hamka yang Abang Ohsem suka dalam buku ini:

Kerisauan sebenar bukan untuk dunia. Bantulah pasangan anda selamat dari azab api neraka. Semoga Woha sampai syurga. Woha!

Ulasan 2:  Oleh @lina.kama

Jadi kiranya, aku dah ketagih tulisan makhluk ni. Maka aku cuba lagi satu buku. Mula2 aku hampir frust tonggeng. Hampir 1/3 ms yg awal menjunamkan jangkaan aku. Tulisan yg terlalu santai termerapu dan termeleret ke lembah x tau tujuan. Tp, pada pertengahannya, klimaksnya hingga hujungnya terpadat debat2 agama dan hubungan kita dan Tuhan. Mula2 aku tercari2 mana kisah besar laki bininya?? Ya, ianya dihujung.. Ketika kisah peperangan Muawiayah dan Ali, di situlah aku jumpa bagaimana penulis menterjemahkkan hubungan kisah laki bini. Dan yg bonusnya, ini bukan kisah laki bini sebenarnya . ha!!! Teruja kan nak baca kan?
Great job! @hamka_keretamayat



Ulasan 3: Nik Surina Ramli

"Kisah perjalanan 3 hari dari Terengganu ke KL utk menghadiri majlis perkahwinan adik bongsunya. Mcm2 peristiwa berlaku. Tayar pecah, langgar beruk, baiki kereta, kemalangan sbb sondol kereta org, kena kejar polis, kena pijak waktu demonstrasi, masuk wad, sesat sampai Putrajaya....haha mcm2 lah.

Paling sweet sepanjang perjalanan suami isteri dan 4 org anak main teka teki dan bercerita mcm2, Ultraman, Naruto, Dragon Ball. Kisah2 Nabi pun ada juga.

383 mukasurat. Baca setgh hari pun blh hbs sbb x bosan."



Ulasan 4: Email: Hamka. Minta blur kan nama saya.


Terima kasih atas tulisan kamu di dalam buku Kisah Laki Bini ini. Rumahtangga saya hampir musnah angkara orang ketiga dan keterujaan saya mengenali orang baru. Saya lupa diri,berbulan saya abaikan suami saya. Walhal dulu saya yang paling tercinta dan paling amat sayangkannya. 8 tahun kami bersama bercinta sehingga ke jinjang pelamin.

Semasa saya dalam dunia lupa diri, suami menghadiahkan saya buku Kisah Laki Bini ini. Ayat-ayat kamu telah buat saya tersentak, tersedar. Lupa saya pada kemesraan kami selama berumahtangga,lupa saya pada gurau tawa jerit pekik di dalam rumah dan kereta dan lupa juga saya pada keluarga, saudara mara,sahabat yang sentiasa mendoakan kemesraan, keromantikan kami berpanjangan. Kami pasangan yang sempoi,mereka kata.

Tapi saya rosakkan segalanya. Betapa sabarnya suami saya menunggu hari terakhir saya bersama orang baru untuk kembali kepadanya. Kami hampir ke pejabat agama untuk mengakhiri segalanya.

Puas saya berfikir masak-masak sedalamnya mengapa mahu mencari jalan malang sedangkan bahagia itu sudah di depan mata. Saya lupa diri dengan keseronokan dan kebebasan. Saya akhirnya kembali ke pangkuan suami dan kami baru balik dari honeymoon menyambut ulangtahun perkahwinan kami yg ketiga dan percintaan kami yg kelima. Ya,masih baru lagi di dalam alam rumahtangga.

Mesranya di dalam kereta dan rumah kembali hangat sama seperti Hamka dan Pn Isteri. Gelak tawa mengilai menjerit kembali bergema. Lawak-lawak bodoh yang saya teramat benci semasa lupa diri, kembali saya dambakan. Mahu dengar acap kali.

Saya bertaubat. Saya hanya mahukan suami saya yg seorang itu. Tiada dua. Tiada ganti. Moga dengan izin Allah,kami dapat bersama hingga akhir hayat.

Terima kasih Hamka, sedikit sebanyak telah menyedarkan saya dengan tulisan kamu. Moga Allah sentiasa merahmati kamu sekeluarga.

Ps: Ya Allah terima kasih atas peluang kedua yang diberikan. Saya tak tau mampu ke saya sesabar dia jika saya di tempatnya. Terima kasih Hamka.


Ulasan 5: IG Oyin Cronaldo



Its been a very, very long time since i last read a BM book, especially a non-fiction one! still 3/4 way to go and i have to stop because its just wrong to continue my enjoyment without giving a shout out to Firdaus Hussamuddin for gifting me this (thank you hun)! Funny like crazy, full of thoughtful religious reminders and hadith interspersed with mentions of his favourite My Chemical Romance, Avril Lavigne lyrics, and Kingdom of Heaven reviews. The best fictional non fiction (as how the author loosely describes it) ive read in a long time.

*****

Okey banyak lagi komen jika nak copy paste boleh google atau hasgtag di internet, terima kasih kepada semua pembeli dan pembaca, semoga tulisan saya memberi manfaat di dunia dan di akhirat.

Sila kagum dari jauh!

Woha!

7 comments:

ras said...

Buku yang boleh buat kau sengih-sengih dan senyum-senyum seorang diri. Itupun kalau kisah-kisahnya boleh mencuit hati kau atau lebih kurang sama dengan apa yang pernah kau lalui dengan pasangan.

Kalau yang belum berkahwin baca buku ni, maka kau tahulah macam tu gelagatnya pasangan yang dah berkahwin dan ada anak bila duduk dalam kereta untuk satu perjalanan jauh. Sekurang-kurangnya untuk pasangan seperti Hamka dan isteri. Maklumlah, setiap pasangan lain ragamnya.

shahrul said...

Di sebalik pickup line antara laki & bini, ada nasihat yang ingin disampaikan.... Ambil & amal...

gagahbook said...

Unik pendekatan buku ini. Secara kasarnya mengenai pengalaman halangan perjalanan dari Terengganu ke Selangor. Punyalah banyak halangan, 3 hari baru sampai.

Mula-mula baca memang berdekah. Tapi, bila dah hujung memang sentap habis aku kena sekolah.

Buku ini dicadangkan untuk pembaca matang. Kalau umur kau 41 tapi emosi macam budak nak up umur 14, baik jangan baca.

klik link said...

Buku Kisah Laki Bini ni sebenarnya bini aku yg beli. Dia baca kata best. Tapi aku buat tak tau ja sebab masa tu aku lebih suka buku bisness tapi tak habis baca pun haha. Aku tak ingat sejak bila buku ni dibeli. Tapi 2,3 hari lepas, aku terpegang sebab semangat nak habiskan sebulan satu buku. Ini buku ke-3 aku baca bulan April 2017. Lagi 2 buku yang dah habis baca.. buku emas & buku berkat. Aku tak ingat sapa penulis.. nanti la aku belek balik.

Mula baca aku dah cebik. Apa dia ni.. dok tulis celaka & mengata orang ja. Tak pa, baca lagi nak tgk dia ni kemaih mana. Habis satu bab ke satu bab. Then satu bab lagi. Amboi, tak boleh nak berhenti haih... bila dia & keluarga dah mula perjalanan dari Terengganu ke KL aku lagi nak tau apa kisah seterusnya. Oitt.. tak boleh berhenti baca ni.... Argh sudah.. penulis dah berjaya buat aku masuk dalam buku pulak!!.. Dari satu kisah ke satu kisah hanya dalam satu perjalanan dengan satu tujuan. Tapi banyak pula cerita.

Eh. buku belum habis baca lagi tapi aku dah tulis review di blog!.. haa maknanya mmg terbaik buku ni. Hampa yang belum baca kena cari & baca. Bukan beli letak di rak mcm aku dulu. Walaupun aku tak kenai sapa penulis ni, apa yg aku nak kata.. buku ni mmg best. Lepas ni nak cari buku dia yang lain pulak.

Sekian.

Angah said...

tahniah..

Huda said...

Tahniah encik hamka

hamka said...

terima kasih, jumpa buku tu di kedai, tegur tegurlah yer :)