Oct 3, 2017

Apa paling penting dalam hidup?

(Kereta mayat pulak tanya sama korang)

Dalam hidup ini, apa yang paling penting?

Mungkin kita telah sedar bahawa benda penting yang pernah kita sangka ianya penting, tiba tiba menjadi kurang penting dan lama lama tidak penting pun.

Tengok korang kita kecik, bawak mainan kesayangan waktu tidur, bawak ke hulu dan ke hilir, sebab mainan sangat penting bagi kita di zaman kanak-kanak, tapi bila remaja, kita dah malu dengan mainan tu, siap campak atau bagi pada anak jiran.

Masa remaja, mungkin ada yang rasa popular di sekolah itu penting, baju berjenama itu penting, seluar fesyen terkini tu penting, potongan rambut  gaya terkini itu penting, drama episod di TV kena follow sampai habis episod, komik kena baca semuanya, muzik terkini kena update, dan sebagainya sebab semua itu penting bagi seorang remaja,

Tapi masuk umur 20-an, baru fikir balik, ada kereta yang mahal tu penting nak cari awek atau jalan sini sana, kerja lompat sini sana tak kisah, janji dapat duit, belajar sampai habis tu penting kalau tak susah dapat kerja, dapat cari pasangan hidup tu penting kalau tak matilah sorang sorang sampai tua tak ada tempat kongsi suka duka, dan korang waktu tu mungkin ada cita cita nak takluk dunia, nak kembara seluruh alam, nak berkarya dengan mahakarya gempak, nak ubah dunia menjadi lebih baik.

Masuk umur lepas kahwin, fikiran manusia mula jadi rasional, kerja yang stabil dengan pendapatan tinggi pulak yang penting, atau buat bisnes paling untung sehingga jadi kaya itu penting, kemudian focus pada ada anak, maka perbelanjaan pada anak menjadi sangat penting, manusia akan sibuk cari duit, untuk kereta besar dan rumah yang selesa, anak anak pun membesar, impian besar nak ubah dunia masa remaja dah jadi kepada rutin kecil dalam mencari duit untuk pastikan anak berjaya, pastikan anak masuk U dan kahwin dan bekerja, lalu kita semua akhirnya jadi orang tua. Anak anak bekerja dan berkahwin, di waktu tua, apa yang penting?

Bila dah tua, umur pencen, zaman bersara, kesihatan semakin menurun, tengok TV dah tak bernafsu, baca surat khabarpun dah tak faham dengan dunia yang semakin melupakan kita. Kawan kawanpun sibuk dengan urusan dunia tua mereka.

Waktu tua, yang penting adalah keluarga, pasangan kita, anak anak kita, kesihatan, kawan yang baik, dan hidup beragama.

Kawan yang baik pun akan sibuk dengan dunianya yang lebih penting dari kita, anak anak pun akan sibuk dengan dunianya yang lebih penting dari kita, maka yang tinggal hanyalah baki kesihatan, pasangan hidup, dan kehidupan Bergama.

Tambah umur sikit lagi, gigi dah mula luruh pakai gigi palsu, mata dah kabur sampai cermin mata dah habis power, telingat dah tuli pakai alat elketronok pun tak berapa nak dengar, kencing berak pun tak boleh nak tahan, lalu siapa yang sanggup basuh kencing berak kita, suap makan kita? Mandi bersih kita? Salin baju dan lampin kita? Siapa?

Pasangan kita lah yang sanggup sehidup semati yang turut sama bergelut dengan baki kesihatan macam kita, tinggal sama ada dia atau kita pergi dulu, yang mana akhirnya, jika pasangan pergi dulu, maka tinggalkan kita bersama kehidupan beragama, atau anak yang soleh dan solehah yang masih boleh diharapkan untuk tutup aib kita sebelum kita tutup mata.

Semoga senyuman anak sewaktu tukar lampin kita bukan senyuman palsu, tapi itulah, anakpun sibuk dengan urusan mereka.

Lalu selepas atau sebelum musim haji, atau sebelum bulan puasa, atau antara dua waktu solat, kita akan pergi jumpa Allah,

Allah yang tak pernah tinggalkan kita, dan menunggu jiwa yang tenang datang kepadaNYA untuk digembirakan dengan Rahmat seluas Syurga!

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku” (Al-Fajr 27-30)

Tapi waktu tu nak tenang apa kebendanya jika hidup selalu lupa Tuhan, lupa Allah!

Jadi apa yang paling penting dalam hidup ini adalah: TUHAN!

Itu jer aku nak kabor.


Ps: Tuhan tak pernah lupakan kita, sebab tu orang lupa tuhan, semuanya masuk neraka sebab tuhan ingat pada mereka, Cuma kita jer yang lupa Tuhan dan mencariNya bila nak mati sahaja, adohai..
Post a Comment