Oct 26, 2010

Pernah tengok ‘the arrivals’?

(Maaf kepada yang email kerana aku dedahkan email korang, tapi jawapan aku dalam email kepada korang adalah sangat sopan, dan bila aku publish di blog, tolong jangan perasan disalahkan jika aku terkasar bahasa kerana aku merujuk secara umum, dan tolong jangan perasan disalahkan, Soon you will know the truth...”)

Pernah tak korang search dalam inbox gmail korang satu patah perkataan, dan keluar bersusun susun maklumat yang dicari macam injin carian google.

Hari ni aku dapat email yang berbunyi begini:

“tolong ulas video Arrivals.”

Hmm, dah banyak aku terima email sebegini, dan aku dah jawab jugak mana mana yang sempat dalam email tapi nampaknya hari ni, aku kena jawab secara umum.

Lantas aku search perkataan ‘arrivals’ dalam inbox email aku, fulamak, banyaknya email tanya pasal benda ni..

Aku copy/paste sikit:

Email 1:

Assalammualaikum Tuan...

Mintak tuan tolong komen tentang video “arrivals”....kalau malas nak komen panjang...komen pendek & padat pun tak per...janji ada...
kalau panjang lagi bagus....

Terima kasih...

Email 2:

Hamka, cuba tengok u tube taip "The Arrival": minta pandangan boleh?

video tu, tentang sorang cerita pasal kehadiran dajal yang ditunggu oleh orang tertentu (kalau tak silap illuminati kot namanya), tapi orang yang buat dokumentari tu tak suruh kita ikut dajal, tapi dia suruh buka mata, minda untuk bagitahu yang orang "elite" ni dah control mind kita supaya ikut dajal dan suruh kita sedar. macam tu la lebih kurang ceritanya.boleh percaya tak?

Email 3:

En.hamka, saya telah berwaspada dalam menyebarkan apa-apa kerana en.hamka.(sayalah yang Tanya pasal kasut crocs tempoh hari hu hu)

justeru, saya ingin minta pendapat encik terlebih dahulu sebelum menyebarkan ini.
Boleh caya ke video the arrivals?

terima kasih

Email 4:

Salam, Saya baru je dengar documentary The Arrivals. Google je, banyak video kat youtube, blog. Fakta-fakta ni boleh dipercayai ke? Nak minta pendapat.

Email 5

Assalamualaikum Hamka,

Saya Puan X, dari pantai timur, ingat nak bagi mesej kat facebook, tokleh pulak.. So, saya email la kat sini..

Hamka, haritu saya baca pasal Dialog sorang mamat tu dengan bishop, jiran dia... Saya rasa macam ada kebenaran tentang apa yang si bishop tu cerita dan terangkan... walaupun saya tak pasti sumber sebenar... tapi semua yang dia cakap tu logik..dan buat saya sedar dan berfikir...dan yang saya paling pelik ialah pasal makhluk yang paling agung dan suci yang akan dilepaskan dari rantainya...(saya terfikir dajjal ke tu...)...dan membuat saya seram sejuk la sebab dia kata 1, 2 tahun akan datang...(dialog tu dalam tahun lepas kot...)

Lepas tu..nak dijadikan lebih ketidaktentuan saya ni... beberapa hari lepas saya menonton kat youtube..50 siri The Arrivals..(malay subtitle).. Saya sambil menonton tu berdebar2...dan bergenang air mata... betapa selama ni rupanya dajjal dah memerintah dunia...dan kita sekarang dah ada kat fasa2 akhir pemerintahan dajjal laknatullah tu... ish...terkejut giler saya...
Saya rasa Hamka dah tengok youtube the arrivals ni kot..sebab selalu ulang ayat, blue pill red pill tu...kat dalam tu pun ada gak...

Jadi Hamka, saya rasa orang-orang yang berpengaruh macam Hamka ni... patut galakkan orang-orang Malaysia ni tengok the arrivals tu dari Part 00 sampai Part 51. Saya ni risau..kalau orang Islam tak sempat tahu kewujudan dajjal sekarang...makin sesat dan tak sedar lagi...(saya pun belom abis taubat lagi ni...aduhaiii...). Sekurang-kurangnya..kita dah tunjukkan bukti-bukti hadis Nabi Muhammad saw dan kebenaran Al-Quran kepada rakan-rakan kita... Dan kalau diorang taknak ambil tindakan drastik tu kita tak dapek nak nolong...

Hamka, kalau boleh, tolonglah sebarkan tentang pemerintahan dajjal yang dah bertapak dalam fasa akhir ni... dan kalau orang kristian tengok the arrivals pun mereka akan tahu mereka telah ditipu berkurun lamanya.... baik masuk islam je...lagi selamat..

Ok Hamka... Assalamualaikum...

Email 6

Salam, pernah tengok video “the arrivals”? video tu ada 50 siri...dia cerita tentang kita sebenarnya sekarang hidup dalam pemerintahan dajjal...yang 40 hari tu...dia sertakan banyak bukti kebetulan, konspirasi pertubuhan rahsia dunia, hadis, ucapan ulamak,

Saya nak terangkan memang tak pandai, maklum la...BM SPM cuma cukup makan jer...tak nak percaya tapi banyak kebetulan yang ada, terlalu banyak...kalau nak kata/cakap, semua orang bleh kata/cakap,...bila bagi bukti, sape nak approve?...

Awal-awal video memang dia banyak tunjukan ape yang dah jadi kat dunia ni, tentang pertubuhan rahsia, konspirasi dunia, perang, sejarah & sebagainya...saya tak terus ambil bulat-bulat la...lalu saya pun jumpa pakcik google & ingat-ingat balik sejarah yang penah saya baca & belajar...memang baca kebetulan...yang kompem betul tu memang betul la...tapi yang samar-samarpun nampak macam betul...tu yang saya nak kongsi dengan orang yang lebih open pemikiran dia...nak tau ape pendapat & pandangan...

banyak kali jugak la saya tunjuk ape-apa bahan internet ni kat orang yang lebih pandai ilmu agamanya dari saya, tapi jawapan yang saya dapat, jangan pecaya bende kat internet ni bulat-bulat...lalu saya pun biarkan ia berlalu..dalam hati "kalau saya percaya bulat-bulat, tak payah la saya tanya kepada tuan"

saya pernah bertanya kepada jakim tapi sampia sekarang takde berita...

saya andaikan movie maker ni seorang yang peka & banyak melancong ...

Aduh bro...sampai sini dulu...masa tak izinkan...lagi pun saya tak nak habis kan masa bro lama-lama baca email ni...

Email 7:

Salam..

Assalamualaikum Saudara Hamka yg dimuliakan,

Semakin hari saya semakin risau, gusar dan resah. Betapa takutnya saya dengan berbagai-bagai perkara yg terjadi di sekeliling kita yang mana orang Islam tak perasan. Saya ingin meminta jasabaik Hamka untuk menggunakan pengaruh siber Hamka, bagi menyebarkan tentang perkara ini agar kita tak ghalat/menyesal bila orang Islam terlanjur melakukan dosa sebab mereka tak tahu akan kebenaran di sebalik apa yg sedang mereka lakukan adalah dosa, Maaf, saya sedang tension..tension dengan DAJJAL!!!

Hamka, mungkin Hamka dah diberitahu tentang kajian 2 orang Islam barat tentang kewujudan Dajjal yang telah bertapak di dunia kita telah mencapai 1000 tahun (Britain) + 83 tahun (Amerika) + 10 tahun (dalam proses ke Jerusalam)..

Kita ada masa lagi 10 tahun (lebih kurang) dalam dunia ni nak hapuskan/elakkan diri dari pengaruh Dajjal... Sementara itu, kita kena berdakwah untuk bawak orang Islam jangan tergoda dengan ikutan Dajjal.. Ya Allah takutnya...macamana nak hindar sedangkan semua benda yg dihasilkan pengikut dajjal ada di sekeliling kita...

Sejak beberapa hari ni saya makin tak lena tidur.. Dlm video tu ada beritahu, Friendster dan facebook dll, adalah salah satu cara dajjal nak mencari Imam Mahdi. Sebab Dajjal tak sempat tengok muka nabi Muhammad, jadi dia tak kenal wajah nabi..sebab wajah Imam Mahdi macam wajah nabi kan sebab dia keturunan nabi...(harap saya tak salah tafsir)

Lepas tu.., beberapa hari ni, kalau saya buka akaun facebook saya, dia akan keluarkan sekeping demi sekeping foto kita, dia akan kotakkan/fokus wajah sorang-sorang dia suruh tag/namakan... Saya terkejut, dan fikir memang betul lah dajjal sedang mengenalpasti wajah-wajah manusia sebab dia nak tau mana yang bernama Muhammad..yang ada iras nabi kita.. Ya Allah... takutnya...

Lagi satu, dalam video tu, ada cakap, masa dajjal perintah dari Britain dunia kena ikut matawang euro selama 1000 tahun. Masa dajjal perintah dari US, kita semua kena pakai USD.. dan bila ke Israel, sejak tahun 2000, kita mula kena guna matawang israel..tapi dia pandai tak pakai currency yang betul.. dia pakai ATM/credit card/segala jenis loan bank.. Dia nak duit kita tak nampak, kita ada kad je.. atau hutang je.. biar kita bergantung pada dia satu hari nanti... sebab semua bank-bank besar dunia Dajjal pegang (yahudi durjana punya).. so, nak dijadikan bukti kukuh pulak...Minggu ni.. matawang USD jatuh mendadak.. dan bakal jatuh lagi... Memang betul lah kata video tu... Sebab dia nak hilangkan kuasa Amerika pulak..nak ganti ke Jerusalam... kat tanah suci Yahudi tu...

Malam tadi punya berita, Iran dah lancarkan peluru berpandu QIAM, bertulis YA MAHDI atas dia... Saya rasa mereka antara tentera-tantera Imam Mahdi yang mula bersedia nak menentang tentera Dajjal... Sebab kat Israel dah ada tentera yang bernama KAFIR... Ya Allah...seram saya...
Hamka, tolonglah ajak kawan-kawan kita bertaubat, dan jangan terpesong akidah, dan tetapkan iman... Saya pun takut, sebab persediaan saya belum cukup nak menempuh dugaan besar macam tu... Hamka..tolong doakan saya ye..

Terima kasih...

Email 8, 9, 10..

(nanti tak larat korang nak baca..)


JAWAPAN AKU!!!

Siapa yang percaya kepada TEORI KONSPIRASI adalah bodoh, atau senang diperbodohkan, setaraf dengan Pak Pandir Moden, tergolong dalam golongan Perasan disalahkan, Perasan unik, dan juga mengalami sydrom Mumayiz down..

Blog aku tak de cerita-cerita ramalan ni, biarlah tukang tilik jer yang meramal masa depan dunia dan mati masuk neraka, aku tak nak campur..

Pesan tok guru aku, banyakkan cerita atas langit dan bawah bumi.(atas langit: akhirat, bawah bumi: kisah Nabi dan sahabat, ehem, ehem)

Dan aku tak nak terlibat dengan dosa orang yang quote ayat Al quran dan hadith untuk membetulkan teori konspirasi, salah tafsir masuk neraka, dan jangan mencemar kesucian Al quran dengan teori konspirasi yang karut marut dan tak masuk akal (rujuk Asbabun Nuzul)

Dunia ni dalam perancangan Yahudi? Bagaimana dengan ayat : Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin - Ali Imran(54) yang bermaksud, Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perancang! (aku pulak quote ayat al quran..)

Ok, aku teringin sangat nak ulas panjang lebar, tapi aku sangat-sangat perasan sibuk, aku sambung bab ni 2 minggu lagi. InsyAllah, (jika aku rajin dua minggu kemudian atau tak mati lagi)

Pesan aku secara ringkas, jangan buang masa tengok video tu, dan jangan buang masa bercakap tentang ramalan masa depan yang bukan bukan, tahun depan kiamatlah, dajjal nak keluar minggu depanlah, yakjud makjud dah dijumpai lubangnya dan akan keluar 3 minggu lagi, yahudi itu yahudi ini, apa kejadah ntah?! satelit itu Dajjal, logo itu bermaksud XXX, baca terbalik jadi YYY, arghh! Jangan mencampakkan diri dalam kebodohan...

Banyakkan bercakap tentang ‘atas langit dan bawah bumi’.., kalau nak bercakap tentang masa depanpun, cakaplah tentang hari keretamayat datang jemput korang lepas mayat korang mandi mayat...

Jumpa di sana!

Akhir kata:

(Kring kiring kring kring, bunyi seram dari filem the SAW)

“Soon you will know the truth”

Ps: lepas ni berhenti tanya bab ni dalam email,ok!

229 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 229 of 229
hamka said...

mungkin sebab nik aziz ulamak, mereka tak berani nak tegur..,

'pandai' sangat kot mereka ni..

az-1 said...

bukan maen marah lg 'dieorg' yer... LOL

heal man said...

lepas komen ke 201 nih... sape komen citer pasal ni.. memang bodoh yang teramat sangat.. haha.. sebab

1. korang terpaksa habiskan masa untuk baca semua komen diatas..
2. korang terpaksa perah segala hujah untuk pertahankan pendapat korang..
3. semua orang memang BODOH.. sebab kepandaian itu hanya milik ALLAH sahaja.. MAHA BIJAKSANA (sifat 20)..

lepas ni.. kalau korang benci hamka.. sila delete link blog beliau.. dan remove dari jadi follower.. rimas aku.. sebab korang dah terlalu ramai.. hamka dah xder masa lagi nak layan aku... asyik layan korang jer.. waaa :(

hamka said...

tengok ni, kelakar gila, aku nak buat versi BM lah tahun depan,

http://www.youtube.com/watch?v=JINlv7_VXdc

silentreader yg kcewe said...

fuhh...akhirnya hbs gak ak bce entry ni+komen smpi hbs...

penngajaran yg ak dapat...'berkate2la yg baek atau diam' sbb dgn brckap burok pnjg crte jdnye..n ade akibatnye...

atmosphere kat entry ni menyesakkan dada...penuh kebencian n pertelingkahan...huu..bermule dgn prkataan kasar yg x leh dtrime...

komen ak...'klu ko x rase yg bini org tu chanteq'..jgn ckp bini die huduh..at least ckp no komen..atau not my taste...

xde manusia yg sempurna..sebaik2 manusia yg berdosa : manusia yg bertobat (ngaku silap, nyesal n x ulang..)

ak mcm pernah trbace hadis nabi: (betolkan ak klu slh)- lbh kurg maksud, bkn ahli syurga org yg x berakhlak mulia...berckp kasar tu bkn akhlak yg baik kan...

maafkan ak klu terksar bhase, ak lg x byk ilmu dr ko n ak mmg bodoh..tp org yg rse dri die bodoh at least x riak n sombong/ego...

Anonymous said...

Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si pemenerima). Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyantun. (Al-Baqarah, 263)

jika tuan hamka memikirkan ilmu yang diberikan ini adalah satu sedekah gunakan lah perkataan yang baik, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi termasukla di dalam hati tuan hamka.

kita hanyalah HambaNya, jika tuan hamka tidak dapat bersabar dgn kerenah anak murid maka disarankan jangan menjadi guru kerana anda telah menguris banyak hati manusia. Adakah cukup dgn pemberian maaf apabila hati seorang insan itu terguris. Hanya Allah yang Maha Pengampun dan Penerima Taubat.

Masood said...

aku rase vid The Arrivals 2 x salah kot... vid 2 nk menyedarkan org je sebenarnye (xtau la pulak ade tujuan laen).. tp jgn la percaya bulat2 yg mengarut 2.... ble aku tgk vid 2, aku trase mcm nk berjihad pulak, nk perang tentera2 dajjal.. tp x bgus pulak kalu ade orang yg ade perasaan takot denggan Dajjal tp bukan dengan Allah...

korang yg bodoh2 belaka said...

apa la korang bodoh sangat... pasal artikel ni pon nak kecoh. suka ati hamka la nak kata apa. ni blog dia, suka hati dia la nak luahkan pandangan dia. dia nak kata org bodoh ke apa, itu hak die. korang tak suka baca, pergi la tempat lain. bodoh betul...

Dan hamka pon bodoh gak. dia pergi bagi pandangan tanpa review keseluruhan cerita ni. sama mcm pak pandir moden yg die pergi citer tu. dua kali lima ja.

okey, tu ja nak bgtau. sekian.

hamka said...

copy/paste darih ttp://sipenggalikubur.blogspot.com/2010/11/arrivals-mengapa-kenapa.html

Kenapa tak boleh tengok?


1) Sebab dalam The Arrivals ada tunjuk benda yang macam haram. Eh, bukan macam haram tapi memang haram. Ish, aku nak cerita pun tak sanggup. Memang teruk sangat tahap mangkuk berhayun. Ada ke patut dalam video tu dia tunjuk perempuan seksi dan seksa duk terlompat-lompat dan terkinja-kinja macam orang sakit ginja? Dah la tak censored langsung. Arggh, memang haram. Korang yang ada akal dan iman fikir la sendiri. Kononnya nak kaji musuh tapi sanggup pula tambah dosa bertingkat-tingkat. Bukan ke mangkuk namanya tu?

2) Sebab dalam The Arrivals ada cerita pasal kesatuan ummah. Ha? Bagus la tu kesatuan ummah. Itu la yang kita mahu. Ops, ops, tapi.... tapi kesatuan ummah yang macam mana tu tuan-tuan dan puan-puan? Ha, moh teman nak kabor. Dalam video tu diceritakan tentang Imam 12. Nah, korang nampak kan? Ada unsur Syiah di situ. Mengikut mazhab Syiah Imamiah mereka beriktiqad bahawa imam yang ke 12 mereka itulah Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Iktiqad ini sangat bertentangan dengan aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Bahkan dalam video itu tidak pula membawa pendapat mazhab ASWJ tentang Imam Mahdi. Maka, dimanakah kesatuan? Nak suruh pengikut ASWJ berpegang dengan pendapat Syiah tentang Imam Mahdi tu? No way man! Ini soal aqidah, bukan main-main. Aku setuju dengan saranan supaya kita semua bersatu. Tetapi kesatuan ummah perlulah di dalam kerangka mazhab masing-masing. (Mintak maaf wahai tuan-tuan dan puan-puan pembaca sekalian, aku terpaksa guna ayat buku teks.Huh!)

Sebagai renungan, baca hadis ni:

Sabda Rasulullah s.a.w: Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tangan-Nya, akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, hanya satu firqah masuk syurga dan yang lain akan masuk neraka. Para sahabat bertanya: Siapakah mereka wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

3) Sebab dalam The Arrivals ada tunjuk benda yang buat aku jadi panas. Panas ni panas yang tidak boleh disejukkan dengan kipas, air cond mahupun ais. Serius. Ada ke patut dalam video tu digambarkan tentang kedatangan Imam Mahdi dengan sedutan filem The Lord of The Ring? Bukan ke kedatangan Imam Mahdi tu termasuk di dalam tanda-tanda kiamat? Kiamat tu bukan ke termasuk di dalam perkara-perkara sam’iyyat? Sam’iyyat tu maksudnya perkara-perkara yang hanya boleh didengari. Nak dengar dari mana? Tanpa ragu dari Al-Quran dan As-Sunnah.

4) Sebab dalam The Arrivals ada kenyataan yang sangat tak boleh blah. Buktinya ada dalam part 49. Kenyataan tu berbunyi macam ni:

“Tidak kira kamu Islam, Kristian ataupun Yahudi. Hanya mereka yang betul-betul beriman dan bijak dalam kepercayaan mereka sahajalah yang akan berupaya menentang dajjal”.

Mangkuk hayun apa ni? Mesej apa yang nak disampaikan ni? Persamaan agama? Liberalisme? Ataupun bid’ah? Bid’ah dalam konspirasi?

UMMI YL said...

sebenarnya baru 2-3 hari yang lepas saya melihat the arrivals. i watch all 50++ episodes about 3 days. saya rasa it is worth to watch. Bukan semata-mata nak percaya konspirasi bagai, tapi ia sangat2 membuka mata dan memberi pengajaran. Bagaimana kita perlu sedar bagaimana mereka berjaya mempengaruhi minda kita, anak-anak dan orang islam kepada budaya HEDONIS dan sistem yang memang terbukti kita sebagai orang marheai TERPAKSA menjadi HAMBA dalam mahu dan tidak mahu.

bagi saya ia membuka mata saya, yang kadang2 lalai dan alpa yang dunia ini adalah bawah rancangan allah. bukan rancangan sesiapapun. Dalam sedar tak sedar konspirasi atau tidak, sistem2 yang telah dinyatakan membuatkan kita teralpa yang semuanya hak allah.

menonton the arrivals tu bg saya takdalah menggugat akidah pun..ada banyak pengajaran dan banyak benda boleh difikirkan untuk kita buat perubahan terhadap DIRI KITA SENDIRI...

kenapa perlu tanya boleh ke tak tengok the arrivals, sapa yang inginkan kekuasaan, hiburan, harta pasti menidakkan the arrivals.
Sape yang faham, dia akan tahu yang kita perlu membuat satu perubahan..

at least someone can learn about the arrivals of dajjal and how its be defeated.

don't jump to the conclusion too early before you watch all episodes.

UMMI YL said...

kalau macam tu alasan nya (no 1), rasanya saudara hamka patut elak juga dari menceritakan kisah2 berbaur SEKS..mana la tau nanti menmbah dosa orang lain bertingkat2. maklumlah orang lain tak sama tingkat imannya.

Anonymous said...

brader,bahase tuh tolong sikit.tolong respect org lain.jgn sedap2 ati nk pakai pekataan bodo.ko tuh pandai sgt ke nk ckp org lain bodo.tolong sikit k.

Anonymous said...

apa aku nk cakap sebenarnya;
-aku tak sukalah ngan perangai orang yang komen kat blog n termasuk Hamka sendiri,dan semua yang menyakitkan kepala otak aku(ect;bodoh);
-let's respect each other opinion!!!
saya ada sedikit soalan;
-Encik Hamka cakap semua org yg melayan konspirasi n BODOH,macam mana dgn SYEIKH IMRAN HOSEIN yg terlibat dlm team TheWakeUpProject tu?ulama tu pun BODOH juga ke??bagi akulah dialah ulama paling best ceramah kat dunia ni..
-Hamka cakap semua konspirasi n mengarut sebab pasal alien,freemason,illuminati,&vatican tu tak berkait dgn al-Quran,tp lupakah tuan yg al-Quran juga pernah menyebut ttg permusuhan org yahudi & nasrani juga pernah disebut dlm al-Quran...macam mana nak jelaskan psl tentera KFIR brigade kt Israel(ada kt wikipedia)&lambang Mata Satu kt Us dollar YG MENGAWAL MATA WANG DUNIA..(siap ada tulisan kt bawah tu,NOVUS ORDO SECLORUM=pemerintahan sekular baru)
-Hamka ckp memang org islam dalang kejadian 9/11,tp lupakah En. Hamka,ttg bangunan satu lagi yg dilanggar,Pentagon..kedua2nya melambangkan'Star'&'Gate'=Stargate
,bukankah ini mengejutkan utk sesiapa yg mnonton video tu?terbukti yg tragedi 9/11 merupakan penyembahan syaitan utk membuka GERBANG BINTANG dunia!!!!
-bagaimana nk jelaskan yg amalan syirik dlm pemerintahan(sekular,tk bergantung pd hukum Allah,syiriklah tu!!)dgn kepalang keluarga yahudi ROTHCHILD&ROCKEFELLER kt bank dunia(senjata riba yahudi,org yg ambik riba akan MASUK API NERAKA SELAMA-LAMANYA KALAU TAK BERTAUBAT)
-Mengapa rangkaian laman web YouTube nk memadamkan video tu kalau bende tu x betul(video Hashemsfilms dah dipadamkan semua!!!)
Hinanya saya ingin jawapan dari En Hamka...

alias said...

gilelah carutan2 antum...
woooooh!

Anonymous said...

Salam En Hamka,

Bila orang Islam berilmu berbincang, they wont claim absolute truth or knowledge on anythin, they will always, always leave the matter for discussion,bila datang pemikiran baru yg menambah ilmu tu , maka ditambahlah.. kerana Allah sahaja yang benar-benar tahu

terus terang saya tk suka perkataan, penyampaian yang awak
gunakan, seolah2 awak tahu semuanya (which you certainly mostly do not)

yg lebih lucu ada pulak posse - posse yg menyokong awak bulat2
kelako

berckp tentang arrival, memang ada benda yg pelik dalam tu, tetapi if you know about the economy, world economic/political structure, fractional reserve banking, creation of fiat money, siapa itu keluarga Rothschild, the reason on the establishment of Zionist state / how was it established, awak tak akan menidakkan dokumentari tu secara keseluruhan.

ye, the arrival tk perfect, tetapi ada content yg sgt sgt sgt berharga..

it seem to me you have been unplugged from the matrix (dunia materialisme) tapi sadly not seeing the bigger picture..

awak tahu tak ada yg dah convert to Islam because tgk Arrivals.. have you converted anyone??

so jgn la menutup terus sesuatu penyampian idea seseorang kerana you tak suka ataupun tk paham..
kerana you bukan ada kunci semua ilmu

wassalam

Mohd Shahril Kemis

Anonymous said...

respons orang selepas tgk arrivals

http://www.arrivals.technocrazed.com/episode-51-outro

christopher
February 22nd, 2010 on 10:37 pm

Wow, great and excellent videos.Me will try to learn Quran, hope the real God will show me the correct path.


Seabelle
May 2nd, 2010 on 4:27 pm

Thank you for sharing this information. For years i have felt there was something wrong in this world but i could never point in any direction. You only confirmed what i have felt and although the truth shocked me, i will definitely try to pass this info on but it’s gonna be a tough road ahead… Wish all of you the best! God is on our side…

Rhodes
November 9th, 2010 on 3:56 am

I’m an atheist but willing to fight evil and ignorance in the world, not in the name of a God, but for the well-being of humanity and it’s future children.
It’s been an interesting experience nonetheless.


Toni
November 30th, 2010 on 3:47 am

Fantastic piece of work. I’m a Christian but truthfully do not pray and do not serve my religion; i could say that i have eventually become an atheist. This series have literally opened my eyes, it has woken me up. Although i have watched these 51 episodes in two days, I believe i will get back with my routine life in the not so distant future; despite the fact that i thankfully will fully embrace it and more importantly possess fundamental knowledge. I will definitely share this masterpiece with my friends and families; and hope that you will be releasing a translated (french) version of this series in order to target a wider audience.

Sincerely,
Toni

P/S: siapakah yang membuka mata dan hati manusia (yang tertutup) untuk melihat kebenaran dan cuba mencari jalan yang benar, membezakan hak dan batil??

Mohd Shahril

hamka said...

ada orang tengok orang bunuh diri dan rasa insaf...

so, adakah orang bunuh diri tu dapat pahala kerana buat orang lain insaf...

ps: ada pembuat video konspirasi yang dah bertaubat, boleh cari link dalam ruang komen ini, tapi penyokong video tu masih mempertahankan 'maruah'..


(geleng kepela)

نور توفيقة ادريس said...

macam2...

hamka said...

masih geleng geleng kepala..

Anonymous said...

poyo la lu..org tegur nk EMO plak...

Anonymous said...

maaf ckp..memang ramai melayu2 mangkok yg dok percaya sgt2 dgn teori2 konspirasi ni..kemudian dok sebarkan benda karut marut kat org lain..lama2 bangsa melayu jadi la bangsa karut marut..sebab tu ramai melayu suka & bangga nak mampos dpt tgk raja lawak, maharaja lawak...kat ofis dok cite raja lawak..tgh lunch dok cite maharaja lawak..apa nak jadi melayu2 mangkok ni..akal tahap cipan.

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya berpendapat:

1) Teori konspirasi tidak boleh dibaca sepertimana kita membaca teks2 sejarah.....pasti ada methodnya... dan perlu buat kajian sendiri selanjutnya.

2) Perlu tahu apa tujuan teori konspirasi ini dengan jelas....pointnye adalah untuk apa? Apa yang kita perlu buat selepas itu? Berperang? Memfitnah? Menakutkan orang ramai? Menjauhkan diri dari al-quran dan hadis?Benarkah begitu maksudnya? Atau itu semua hanya pendapat sendiri sahaja tanpa bertanya terlebih dahulu kepada yang menulis atau memberi ceramah mengenai teori2 konspirasi ini? Dan saya tidaklah menafikan mungkin sesetengah dari teori2 konspirasi yang kita jumpa agak keterlaluan dan mengarut. Namun untuk mengatakan kesemua teori konspirasi adalah tidak tepat perlu diperhalusi lagi….

3) Di Amerika sendiri yang bukan muslim juga sudah sedar mengenai konspirasi2 ini...lihat saja di video2 di youtube...website...bahkan di media2 mereka juga sudah dipersoalkan mengenai runtuhan WTC 9/11 oleh kerajaan mereka sendiri. Begitu juga dipersoalkan istilah keganasan yang keluar selepas runtuhan WTC akhirnya mereka menyerang Iraq.

4) Tanya pada diri kita sendiri samada lebih senang menerima maklumat dari media2 barat atau sumber2 Islam? Sekiranya anda mempunyai seorang guru agama…orang lain juga mempunyai guru agama..adakah anda hanya merujuk kepada seorg guru agama dan kitab2nya sahaja. Bagaimana dgn pandangan guru2 agama yang lain? Dan tidak juga semua sumber2 barat yang bukan Islam(selain dari media barat yang saya berpendapat berat sebelah) tidak boleh dipercayai….perlu kaji dan diperhalusi…

5) Adakah saudara2 mempercayai sumber2 media barat mengenai keganasan umat islam dan akhirnya rela melihat musuh2 islam menyerang afganistan dan Iraq? Bagaimana dengan palestin, syiria dan negara2 arab yang lainnya? Harus diperhalusi semua ini…..

6) Wahai saudara2ku..sudah sampainya masanya umat Islam bersatu tidak kira apa fahaman dan pegangan kita sekalipun, syiahke..ahli sunnah waljamaahke, wahabiahke, tablighke, mazhab ape sekalipun, yang penting perlu bersatu. Kalau ada perbezaan pendapat perlu ada methodnya..ada platform yang lebih ilmiah dan tempat yang boleh dibincangkan dengan keikhlasan mencari kebenaran tanpa menggoncangkan seluruh umat Islam dan akhirnya berpecah belah…

7) Sengaja saya linkkan videoni dari saudara Jerry D Gray yang katanya memeluk agama Islam dan kini menetap di Indonesia…ada percanggahan pendapat sila Tanya beliau sendiri :

http://www.youtube.com/watch?v=xEyNMNWP8fg

atau taip / copy/ paste:

Kuliah Maghrib Khas 05-05-2012

Wallahualam

Sekian Terima Kasih

Anonymous said...

Eye to computer screen control is also available. Stored energy printers.
In essence, they appreciated each other and never lost
sight of how lucky they felt to have each other as their spouse.
When it comes to bridging your skills gap in
gaming world then you can do anything to prove yourself. Cons.

IMPORTANT NOTE: When shopping for a sound card, make sure you do not accidentally
purcahse one that is "Low Profile. A low quality product may lose its shine in a few days or may simply get tarnished due to overuse or after coming in contact with water. We're now looking at life lately in entirely new ways. Today, the company has over 1. Why the lack of soul-wrenching anxiety.

Feel free to surf to my webpage: http://film-wiki.tingstade.com/index.php?title=Användare:MaxinePay

eima said...

mmg boleh terpesong akidah ... hmmm baik jgn tgk

eima said...

mmg boleh terpesong akidah ... hmmm baik jgn tgk

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=Vn5aKsYDjNw

Bersatulah umat Islam....

Unknown said...

Konsirasilah mangkuk...siapa yang cipta coke tu? Orang Islam?

«Oldest ‹Older   201 – 229 of 229   Newer› Newest»