Mar 10, 2021

Riyak Apa Hari Ini?

Bab riyak. Itu kita dengan Allah. Tapi dalam islam ada bab Syiar. Iaitu ibadat yang sunnahnya kena buat secara terang terangan dan azam pun dibuat secara terang terangan.

Contoh dalam 5 rukun islam. Semua amal tu kena tunjuk. Semua tu kena Syiar, semua tu kena buat secara terang terangan!

Nak masuk islam kena bagitahu, tak boleh sembunyikan, zaman Nabi dulu masuk islam terus buat pengumuman depan kaabah, ada yang kena pukul, kena sepak terajang, kena siksa dan ada yang kena bunuh! Adakah mereka riyak? Tidak! Ini bukan cerita Riyak! Ini cerita tentang kewajipan Syiar Islam, kewajipan kita berbangga bila masuk islam, berbangga bila dapat amal perintah Allah, al faham ke idop?.

Sekarang jika ada bukan Islam masuk islam tapi tak nak ‘riyak’.., tak sesuai guna Riyak, tapi tak nak Syiar, maka tiada orang tahu, bila mati kena bakar, tak dimandikan sebab takde yang tahu, maka wajib Syiar, wajib tunjuk secara terang terang saya adalah orang islam.

Pernah form five dulu, tengok video pembunuhan kejam di Bosnia, lelaki dibogelkan, dipotong kemaluan dan ditembak, lepas tu bila ada pihak luar datang nak uruskan mayat, sebab terlalu ramai dan mayat bercampur antara islam dan islam, kemaluan pula tiada nak tengok bersunat ke tidak, maka pengulas video tu bagitahu, kami akan urus cara islam untuk mayat yang berjanggut sahaja, yang takde janggut di bakar. Tak Nampak pulak video tu di Youtube zaman ni, sebab ganas sangat kot.

Jadi bab masuk Islam, memang kena tunjuk! ,kena pamer, kena Syiar, yang kita ni seratus peratus orang islam, sila pakai pakaian sopan, nak serban dan jubah pun bagus, berjanggut lagi bagus, akhlak pun kena tunjuk yang baik dengan niat menjaga emej Islam. Perempuan dengan tudungnya, Islam luar dan dalam, insyaAllah!

Itu bab Rukun Islam yang pertama, Rujuk rukun solat ke dua pulak, Solat berjemaah, ada Nabi suruh solat dirumah sebab takut riyak? Nabi suruh solat berjemaah dimasjid agar semua orang kafir nampak, dan agar semua orang munafik Nampak! Dan Begitu cara orang islam bersyukur atas nikmat agama iaitu buat ibadat secara terang terangan, boleh nampak orang islam yakin Allah bagi rezeki dan sanggup tinggalkan urusan dunia sekejap untuk buktikan nikmat bersyukur? Nampak tak?

Sebelum solat, Nabi suruh azan kuat-kuat! Siap Nabi sewa bangunan yahudi yang tinggi dan Bilal azan dari atas bangunan agar semua orang dengar, zaman sekarang siap pakai Speaker, alat pembesar suara, orang jahil anggap azan kuat ni riyak, tapi orang berilmu faham, azam kuat ini adalah Syiar Islam-iaitu ibadat yang dibuat dengan rasa bersyukur dan bangga kerana Allah pilih kita!

Dan mudah mudahan orang lain juga dipilih oleh Allah bila Nampak kita yang terpilih!

Lepas tu nak pergi solat berjemaah, Nabi suruh pakai pakaian solat dari rumah lagi, biar orang nanpak, ambil wudhu dari rumah lagi biar nampak kesan wudhu, dan galakkan berjalan kaki ke masjid, dan Nabi galakkan pergi masjid dan balik masjid ikut jalan berbeza biar semua orang nampak.

Orang jahil anggap pergi solat berjemaah ni riyak, tapi orang berilmu faham, pergi solat berjemaah ini adalah Syiar Islam-iaitu ibadat yang dibuat dengan rasa bersyukur dan bangga kerana Allah pilih kita! Dan mudah mudahan orang lain juga dipilih oleh Allah bila Nampak kita yang terpilih!

Rujuk rukun Islam ke tiga, Nabi suruh kita berpuasa secara terang terangan, malahan ada hadis, bila Puasa, kita kena bagitahu depan orang buat maksiat supaya berhenti buat maksiat kerana saya sedang berpuasa!.

Rukun Islam ke empat? Zakat bayar depan kaunter di masjid. Bukan sorok sorok bayar dalam tabung derma, biar Amil Zakat tahu siapa yang dan bayar dan siapa yang belum. Amil Zakat ni wujud zaman Nabi lagi tau tak?

Last, Haji pun kena bagitahu, jika mampu buat kenduri syukur. Buat!

Itu Rukun islam, yang dalam ibadat lain pun kena Syiar!

Bila nak Kahwin kena bagitahu. Majlis kecil tak apa tapi kena war warkan. Jika kahwin empat secara senyap senyap takut orang cakap kita riyak sebab ada empat bini, padahal dah jadi fitnah bila keluar masuk rumah isteri kita, orang ingat sugar daddy, adohai..

Jika pergi majlis dakwah, bab menzahirkan azam dan niat ni mereka mintak korang berdiri dan tulis nama, biar malaikat dan orang soleh menjadi saksi niat baik korang, dan teringat nama korang dalam doa mereka yang mana jika ditakdirkan korang mati malam tu insyaAllah korang akan dikira sudah amal sebab mati dalam keadaan menzahirkan azam.

Namun ada ada benda yang tak elok untuk dikongsi iaitu ibadat infradi seperti tahajjud, zikir, khidmat, sedekah, kekayaan, kepuasan seks, kemawahan hidup, dan lain lain yang boleh mengundang riak.

Balik ke media sosial. Ajak orang kongsi nikmat dengan slogan “riyak apa hari ni” tak eloklah, sebab Riyak ni haram, jika nak kongsi, boleh tulis, “Nikmat apa yang saya syukuri hari ini” alhamdulilah..

Contoh Bab Kongsi gambar makanan dengan bagitahu lokasi kedai, atau cara masak, okey jugak, atau boleh buat mak ayah serta kawan tahu kita ada makanan atas meja, jadi takdelah mereka risau anaknya kebulur ke apa.

Zaman sahabat ada sahabat yang pura pura asapkan dapur nak bagitahu jiran bahawa ada makanan di rumahnya agar jiran tak susah hati, itu masuk bab ikram muslimin.

Jadi pandai pandailah nak kongsi nikmat takut riak!

Sebab tu ada hadis, kisah Nabi ada waktunya sedekah cara terang terang, dan ada waktu, nabi sedekah cara sembunyi sembunyi,

Bab solat pun sama, solat di masjid buat terang terang, solat tahajjud, solat sunat yang lain buat senyap senyap. Solat hajat berjemaah terang terang, kena guna common sense.

Mengaji pulak, di masjid, kena mengaji perlahan, di rumah, boleh mengaji kuat Tapi janganlah sampai jiran tidur boleh terjaga, jadi ada tempat kena syiar, ada tempat ke sembunyikan.

Bab harta, jangan tunjuk nak berlagak, tunjuk lah untuk kongsi ilmu, atau nak galakkan bersedekah, ke apa ke, semua tu bab hati dan perasaan, Islam tuntut untuk kita kena jaga juga hati orang lain jadi berhati hatilah dalam bercerita nikmat hidup kita. Salah kongsi jadi Riyak dan sembong! Allah laknat orang yang sombong!

Ingat tau! bak Riyak ni syaitan handal, asal korang nak Syiar silam, tapi Riyak tu datang bila korang terkesan dengan pujian, like, share semua.

Bagi Syaitan jika tak boleh hasut orang buat maksiat, maka dia hasut orang untuk Riyak!

Dan bila korang Riyak, (buat kerana pujian manusia) maka adalah orang kutuk, woi, riyak nya kau!

Tapi ingat bila orang kata kita riyak, jangan pulak tinggalkan amal, syaitan menang kat situ!

Caranya, terus buat amal hingga ikhlas datang, insyaAllah ikhlas akan datang bila kita mampu istiqamah (berterusan)

Secara mudah fahamnya, janganlah tinggalkan amal sebab takut riyak, tapi takutlah riyak sebab tinggalkan amal, sebab ada dalam kitab menulis:

“Sesiapa yang tinggalkan amalan kerana takut dipuji, maka itulah riyak, dan sesiapa yang buat amalan agar dapat pujian, maka itulah syirik!

Aduh.., Syirik ni dosa besar tau!!

Jadi kita semua azam nak buat ibadat secara terang terang bukan untuk dipuji tapi adalah kerana nak Syiarkan ISLAM! Jom solat berjemaah di masjid, tempat azan di azankan, awal waktu, cara Rasullullah S.A.W.

Maka sesiapa yang solat di rumah dengan alasan tak nak ke masjid takut riyak, ketahuilah syaitan dan perbodohkan korang dengan kefahaman yang salah, hmmm, salah korang jugak, siapa suruh malas belajar? Atau bila orang ajar dan ajak, korang memperolok olokkan pulak, adohai..

Jadi sila guna common sense. Bukan semua benda boleh dikongsi dan ada juga yang boleh dikongsi. Contoh suami boleh dikongsi oleh empat wanita, tapi wanita hanya boleh dimilili oleh seorang lelaki... macam tak sesuai contoh ini sebab bila cerita bab poligami bukan semua anggap madu itu penawar duka, ada yang anggap madu itu racun berbisa, aduhhhh..

Baik, habis sampai sini, akhir kata… Sila like, dan share post ini. Sebab dapat ilmu pun nikmat, maka tagline kita hari ini, Nikmat apa yang nak disyukuri hari ini? Alhamdulilah.

Akhir kata, jom rujuk Firman Allah dalam Ad-Dhuha ayat sebelas:

“Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan sebagai bersyukur kepada-Nya”.

Alhamdulillah.

 

Carry Mark ke Syurga?

Jadi orang perempuan ni untung sebab dia dah tahu Carry Mark ke Syurga.


Carry Mark tu apa menatang bang Hamka?

Ni tentu tak habis SPM dah gatal bercinta dan terus kahwin sampai tak tahu Carry Mark tu menatang apa? Takpe biar abang mayat terangkan sebab nanti anak korang masuk Universiti bukan nak cerita masalah carry mark ni, yang dia nak cerita henset habis top up atau nak suruh mak bapak beli gajet baru, adohai..

Ok, balik pada Carry mark...

Mana-mana budak Universiti mesti faham betapa pentingnya carry mark untuk bekalan di final exam.

Pelajar cemerlang, kuiz, test, tugasan semua mereka score sebab nak Carry Mark tinggi. Dan bagi mereka yang Carry Mark dia teruk, boleh duga final exam nanti ke laut dia pnya result.

Kebanyakannya final exam hanya 40 ke 60 markah yang selainnya adalah carry mark macam midterm,kuiz,assignment, kehadiran dan tugasan khas.

Jadi dalam dunia rumah tangga Allah dah bagitahu, Keredhaan Allah terletak kat Keredhaan suami, suami yang Redha isterinya kira Carry mark dia tinggi, tinggal nak score hubungan dengan Allah dengan jaga solat awal waktu, terus dapat masuk syurga ikut mana mana pintu yang dia nak.

Jadi berkhidmatlah..., aduh karang ada yang marah guna perkataan khidmat, jadi taatlah laki kau bila dia suruh buat apa apapun selagi benda tu tak haram, dan lebih baik, sebelum dia suruh kau dah buat, itu memang boleh dapat anugerah dekan plus anugerah Canselor.

Jadi bersyukurlah orang perempuan sebab dia dah tahu sebelah kakinya kat syurga bila Carry Mark dia tinggi, tak macam lelaki, perasan masuk syurga tapi adik perempuan boleh gagalkan dia, anak perempuan boleh gagalkan dia, mak dia pun boleh gagalkan dia, bini lagilah, boleh buat dia terus ke neraka!

Jadi kesian kat laki kau, sebab tak tahu carry mark dia, maka bantulah dia dengan berkhidmat sepenuh perasaan seolah olah kau mati esok atau laki kau mati esok..

Ingat pesan dari lagu keretamayat di Youtube.

https://youtu.be/lGM1D8b-NkI

"Andai esok laki kau menjadi tanah, sudikah kau menjadi zikir menghiasi kuburnya.."

Woha!

Mar 9, 2021

Ini bukan kempen poligami?

“Abang mayat, Saya rasa Tuhan tak adil kepada wanita”

“Kenapa?”

“Hari akhirat, di padang mashsyar cuaca panas, tapi kenapa lelaki jer yang dapat duduk bawah naungan Allah? Perempuan duduk kat mana?"

“Hadis mana ni?”

“Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah iaitu Ada TUJUH golongan lelaki yang berada di bawah naungan-Nya pada hari kiamat, kenapa lelaki sahaja?”

“Boleh awak sebutkan siapa lelaki itu? Memang confirm semua tu lelaki ke?”

“Pertama: Pemerintah yang adil, dah tentu lelaki, sebab dalam Islam lelaki yang jadi pemerintah”

“Ok, baik, yang kedua?”

“Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, tengok! Hadis tu sebut pemuda, bukan pemudi!”

“Baik, yang ketiga?”

“Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, confirmlah sebab lelakikan wajib solat berjemaah”

“Saya setuju, yang ke empat?”

“Lelaki yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”

“Hmmm, yang ke lima?”

“Lelaki yang mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Allah.”

“Wow, yang ke enam?”

“Lelaki yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya”

“dan yang ke tujuh?”

“Lelaki yang berkasih sayang kerana Allah , bertemu dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, macam orang tabligh selalu buat tu, semuanya lelaki”

“so apa masalahnya?”

“Masalahnya, kenapa lelaki sahaja yang duduk bawah Arasyh, perempuan nak duduk mana?”

“Adohai.., Ada hadis lain bagitahu, perempuan solehah, masuk syurga lebih awal dari lelaki, so dah boleh masuk syurga awal, buat apa nak duduk bawah arash lagi?”

“ye ke? Lupa pulak saya ada hadis tu”

“Untung jadi perempuan, sebab mudah masuk syurga jika taat Allah dan taat suami, maka terbuka semua pintu syurga, bersukurlah”

“oh.., saya bersyukur jadi perempuan, terima kasih abang mayat”

“Sama-sama, jadi kesimpulannya, beruntunglah perempuan yang suaminya ada sifat tujuh golongan di atas, jadi jangan risau awak tak duduk bawah arasy, tapi risaulah jika suami awak tak tergolong dalam tujuh golongan itu”

“Saya, insaf, terima kasih abang mayat atas pencerahan”

“Ni ada lagi saya nak bagituhu golongan yang beruntung”

“Siapa?”

“Dengar baik baik.., Maka Beruntunglah wanita yang berkahwin dengan TUJUH golongan lelaki itu Dan..."

"Dan?"

"Dan Beruntunglah juga wanita yang bermadu dengan isteri kepada TUJUH golongan lelaki itu”

“arhggghh, dah agak!”

Woha!

 

Filem Hero tanpa Heroine? versi edit

Pada satu malam di zaman yang jauh sebelum PKP, zaman Internet belum laju dan DVD cetak rompak sedang berleluasa, lalu muncul pepatah cina yang berbunyi:

“Why should we buy gold disk original and not the purple disk dvdr, chong cheng cong ceng”

Abaikan pepatah cina itu kerana pada malam itu kelihatan seorang remaja cina telah masuk ke sebuah kedai makan sambil menggalas sebuah beg, lalu singgah di beberapa meja makan, tanpa dipelawa duduk, kelihatan beliau tabah bercerita kepada beberapa pelangggan kedai makan akan movie terkini di pawagam lalu membuka beg dan mengeluarkan beberapa keping DVD, rupa-rupanya remaja cina tu adalah lanun cetak rompak DVD haram.

Setelah berjaya menjual beberapa keping DVD dengan harga RM6 sekeping kepada beberapa pekerja kilang yang sedang makan nasi goreng, beliau mendekati sebuah meja yang di duduki oleh seorang pakcik berserban hijau yang sedang makan roti canai.

“Hello, Pakcik, saya ada movie terkini, gambar baik punya, DVD copy, mahu beli?”

Pakcik tu menghabiskan kunyahan roti canai lalu menelannya, kemudian hirup air teh tarik perlahan lahan lalu bersuara.

“Kalau kau ada movie tanpa pelakon perempuan, baru pakcik sanggup beli”

Pemuda cina dalam keadaan hairan, bertanya:

“Kenapa pakcik tak nak tengok perempuan? Mereka semua cantik cantik maa..”

Pakcik tu ambik tisu untuk lap mulut dan bersuara lagi, kali ni agak keras.

“Sebab aurat wanita tu bahaya!, boleh naikkan nafsu syahwat, Kalau takde movie tanpa pelakon perempuan, baik kau blah!”

Aurat? Syahwat? Apa ni,? bisik pemuda cina, tapi beliau tabah geledah beg kandungnya lalu mengeluarkan beberapa lagi keping DVD.

“Ha, ni cerita yang pakcik cari, tak de pelakon perempuan jadi heroin.., confirm!”

Pakcik tu belek belek DVD tu dengan mencebik bibir.

“Saving Private Ryan arahanh Steven Spelberg? Kisah perang dunia kedua yang mana satu kumpulan di tugaskan selamat adik beradik Ryan yang terakhir hidup selepas abangnya semua mati?, takde perempuan? Kau jangan tipu pakcik, comfirm ada perempuan, babak mak Ryan terduduk terima surat kematian anak-anaknya, babak kerani tulis surat mati sebelum pos pada mak Ryan, tu semua aurat tu, haram!."

“Cerita ni pulak pakcik”, hulur pemuda cina tu dengan penuh sopan dan tabah.

“Ni cerita apa? Reservoir Dogs arahan Quantin Tarantino? Memang semua pelakon utama lelaki, kisah rompak kedai emas tanpa babak rompak kedai emas, tapi sebelum rompak mereka makan kat kedai, casher kedai tu perempuan, makcik gemok yang tembak mereka lepas rompak kedai itupun perempuan”.

“Cuba yang ni pulak pakcik, Shawshank Redemption.”

"Kisah orang masuk penjara kena liwat? Sebelum masuk penjara ada babak dia dengan isteri dia, perempuan, lepas tu waktu negro keluar penjara jaga kedai ada pelanggan perempuan, aurat semua tu, bahaya!"

“Haiya, ini macam banyak susah lo mau cari makan, tapi takpe, ni cerita harap pakcik suka. Memang confirm tak ada pelakon perempuan , semua lelaki. Ini movie baru, belum masuk panggung lagi, gambar clear, DVD copy.”

Pakcik tu pun tenung dan belek belek, sambil berbisik.

“Top Gun 2?”, hmm, pakcik tak pernah tahu ada filem hollywood tanpa pelakon perempuan, bagus, pakcik beli.

Malam tu, pakcik tu pun dengan tak sabarnya ajak anak bini menonton filem Top Gun part two, sebuah filem tanpa pelakon perempuan., semangat sungguh pakcik ni mempromosikan filem ini pada anak bini suruh tengok betul betul takut ada kelibat pelakon perempuan, (jika ada, boleh claim ganti rugi) kata penjual DVD itu lah.

Pendekkan cerita, Malam itu pakcik tu mati serta merta depan TV sebab beliau ada penyakit jantung, apa taknya, filem tu rupanya filem:

“Gay Pornos”

Woha!

Ps: Tahukah anda, ada Filem yang tiada pelakon perempuan dan Berjaya di pawagam, lakonan Ustaz Azhar Idrus dan Pelawak Shiro, tajuknya berjudul :”Ustaz, Mu Tunggu Aku datang”! Now you Know.

 

Mar 8, 2021

Kagum dari Jauh?

Kalau kita baca manga online, kita selalu nampak pada hujung komik, ada ayat ini:


"Please support the author and artist by buying the printed volume when it is available."

(mohon bantu penerbit dan pelukis dengan membeli cetakan dipasaran)

Memang zaman internet ni, 'content' menjadi tarikan utama pembaca, dan semua itu boleh dapat dengan percuma.

Itulah yang berlaku dalam penulisan saya di blog, di FB, di Youtube, semuanya percuma, yang mana nak tulis satu artikel, saya akan study sepuluh artikel berkaitan, baru tulis dan tulis dengan Bahasa paling mudah orang nak faham dan Alhamdulillah, hari hari ramai share dan berterima kasih, dan yang minta izin share walauun ada button share juga ramai, yang baik kita sebarkan.

Kemudian, Ada kawan blogger yang blognya dah lama mati tapi terkejut tengok saya masih istiqamah menulis baik di blog atau FB dan terkini di Youtube pula. Apa rahsianya?

Jawapannya: You give something to the community, the community gives you something back in return (and vice versa).

Setiap apa saya tulis ada yang like dan share, terima kasih sangat sangat.

Jika ada saya salah tulis ada yang tegur dengan berhikmah, terima kasih sangat sangat.

Jika betul apa yang saya tulis, ramai minta share dan berterima kasih, sama sama sangat sangat.

Kemudian..

Saya tulis buku ada pembaca beli, terima kasih sangat sangat.

Saya jual Ebook Di FB ada pembaca bantu beli, terima kasih sangat sangat.

Saya buat video di Youtube ada orang tengok tanpa skip iklan, terima kasih sangat sangat.

Saya mengarang Tanjak, ada pembaca bantu beli, terima kasih sangat sangat.

Niat asal menulis di tahun 2006 untuk berkongsi ilmu dan saya masih menulis sampai sekarang di blog walaupun tiada komen meriah macam dulu. Saya tetap menulis sebab Blog dan FB ni saya jadikan nota kepada diri, saya sendirilah yang akan banyak membacanya dan ulang kaji. Kadang bila baca balik tulisan lama lama macam tak percaya saya yang tulis zaman Iman menggunung di dada tak sama dengan zaman lagha merana, sob sob…

Namun rezeki tak di sangka sangka itu selalu datang, maka saya ucapakn terima kasih kepada yang sudi like, sudi share, sudi follow, sudi komen, sudi beli book, sudi beli buku, sudi beli tanjak. Sudi bergaduh dan memaafkan, he he.

Terima kasih, insyaAllah tak pernah jemu menulis.

Yang baik dari Allah, yang buruk dari kelemahan saya.

Satu masa abang mayat akan naik kereta mayat kerusi belakang, pergi tak kembali, maka nikmatilah abang mayat sementara masih di kerusi depan kereta mayat.

Woha!

https://www.youtube.com/user/HamkaMayat. (YouTube) (terima kasih sudi subscribe dan tonton)

Buku fizikal masih ada dua tiga tajuk ada stok, boleh whatsapp kosong satu sembilang 911 tujuh satu enang tiger!

Mujur Apa Hari Ini?

Orang melayu islam kita selalu ajar anak-anak bersyukur dengan istilah "MUJUR"..

Contoh: Situasi, kemalangan jalan raya. dan saksinya sorang pakcik melayu.

Bila kemalangan biasa mereka cakap..

"Mujur tak cedera tadi, Alhamdullah"

Bila kemalangan melibatkan cedera ringan, mereka cakap:

"Mujur cedera sikit, Alhamdulillah"

Bila kemalangan melibatkan cedera parah, mereka cakap"

"Mujur masih hidup, masih sempat bertaubat, Alhamdulilah"

Bila kemalangan melibatkan korban nyawa, mereka cakap:

"Mujur mati terus, tak seksa sangat jika hidup cacat atau hilang ingatan"

Kan?

Hakikatnya, semua kejadian datang dari Allah, dan Mujur datang dari hati yang pandai bersyukur, Alhamdulillah atas segala mujur.

Apa MUJUR korang hari ini?

Woha!

(Contoh terkini: Mujur vaksin dah dijumpai, doa kita semua dah makbul, alhamdulillah)

(Contoh lain: Mujur sempat beli buku hamka keretamayat, semua ini akan menjadi kenangan, he he)

Link untuk autisme?

Pada satu hari, seorang bapa kelihatan sedang marah pada anaknya yang berumur lapan tahun kerana tidak cemerlang dalam exam, anak di jerit, dipukul, dan akhirnya si anak di paksa tinggal di asrama, anak menangis sedih sebab terpaksa berpisah dengan ibu.

Dalam kelas semua pelajar ceria tapi si anak ini terus sedih dan murung, hinggalah seorang guru mendekati dan sedar bahawa budak itu OKU walaupun fizikalnya nampak normal, lalu cikgu ni pergi bertemu ibu bapa dan diceritakan bahawa anak tuan adalah OKU.

OKU budak tu bukan Autisme, budak tu adalah Disleksia, lepas dah tahu si anak OKU Disleksia, guru dan perent membantu si anak dengan cara yang baru mereka faham, dan anak akhirnya berjaya.. dan kisah ini berlaku di India, dan dilakonkan semula dalam filem Taare Zameen Par,(2007) lakonan Aamir Khan sebagai guru yang masa kecil juga hadapi masalah disleksia.

Dari filem ini kita faham masalah sama juga berlaku di seluruh dunia, parent tidak tahu si anak OKU sebab nampak normal tapi di sekolah si anak ada masalah pembelajaran, senang di buli, terasing, dan suka menyendiri, lalu cikgu perasan dan bagitahu parent, ada parent yang boleh terima dan terus bawa anak jumpa doctor untuk di sahkan OKU, tapi ada juga parent yang tuduh cikgu malas ajar anak dia dan paksa anak jadi OKU, adohai..

Maaf, saya tak ada link untuk filem itu, namun..

Bagi parent yang ada anak kecil, saya ada share video tanda-tanda anak autism.

https://youtu.be/0Y_ys3984CU

Kemudian saya juga kongsi video kelebihan si anak jika memiliki kad OKU

https://youtu.be/qvosxeB24Yc

Saya juga share kaedah nak buat pertuturuan asas sebelum anak masuk ke sekolah

https://youtu.be/p5cgkTR1anY

Saya juga share kisah sedih anak OKU Autisme di tadika

https://youtu.be/Fsy2xfxlThw

Bagi mereka yang ada anak umur dua ke tiga tahun, tapi risau anak normal ke tak? maka itu mungkin peTanda awal. Boleh rujuk sini

Rujuk sini: https://youtu.be/JZ3k-_jz6FU

Dan jika ada antivaksin yang cakap "padan muka dapat anak autisme" itulah akibat cucuk vaksin, maka Alhamdulillah, syukur atas ujian yang kecil ini, saya tidak salahkan vakisn sebab saya ada bukti kawan saya tidak cucuk vaksin dan anaknya masih autisme. Semua ujian dari Allah, boleh rujuk sini:

https://youtu.be/EAZPmgmVRHM

Terkini, anak Syurga saya dah pandai bercakap, dan sudah pandai naik basikal besar! Alhamdulillah.

https://youtu.be/147EVnQMQIc

Dan ada banyak lagi video tentang anak syurga dan info berkaitan yang saya share di Channel Yotutube saya,

https://www.youtube.com/user/HamkaMayat

Selamat menonton. Terima kasih sudi like dan Subscribe.

Akhir kata:

Sebarkan mesej ini, masih ramai parent yang tidak tahu apa itu Autisme, dan turut berharap si anak yang pelik dapat sembuh bila dewasa padahal Autisme bukan penyakit, ianya tidak boleh disembuhkan, tapi boleh di rawat untuk mengurangkan tingkah laku yang tak elok melalui terapi awal.

InsyaAllah

Ps: Saya juga ada menulis buku berjudul "Kerana Dia Anak Syurga" terbitan Puteh Press, kisah fasa saya berdamai dengan takdir lalu menerima bahawa anak saya OKU dan saya Okey.

Woha!