![]() |
| Contoh Hantaran Gubahan Buku |
Jan 29, 2018
Bagaimana menjadi juru pantun bertunang?
(Skrip majlis pertunangan pihak lelaki)
Sampai sana, bersalaman dan tentu mereka
jemput masuk, korang pun duduklah tempat yang dah disediakan.
Tuan rumah akan mulakan majlis, mereka
mungkin akan bertanya tujuan datang dalam bentuk pantun, atau kata-kata puitis,
bila mereka izinkan pihak lelaki bercakap, mulakan dengan ucapan pembukaan
seperti:
“Alhamdulillah, Pinangan sudah diterima,
cincin tanda pinangan juga sudah di terima, maka sudah menjadi adat, setiap
pertunangan ada syarat-syaratnya, jadi kami pihak lelaki nak bertanya tiga
soalan.
Tanda kita dah tua, selain orang panggil
kita pakcik dan suruh ulang cakap sebab tak beberapa nak dengar, tanda lain
kita dah tua adalah bila ahli kelurga lantik korang jadi juru runding majlis
pertunangan. Ha ha!
Mudahkan hidup korang, siapa-siapa yang
jadi bidan terjun macam aku, boleh guna skrip yang aku karangi ini. Aku share
secara percuma, tapi nak beli buku aku dan jadikan hantaran pun boleh juga, Woha!
Skrip dan adab majlis pertunangan bagi
pihak lelaki.
Pakai baju biar beradab, baju melayu
bersampin pun boleh, pakai baju batik bersongkokpun boleh. Waktu sampai rumah
perempuan, juru pantun elok pegang hantaran cincin dan mengetuai rombongan
perjalanan, nak berselawat pun boleh. Bidaah hasanah jika ikhlas dibuat tetap dapat
pahala.
“Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
terima kasih kepada seisi tuan rumah kerana sudi menyambut kedatangan kami
dengan:
Hati Yang Terbuka, Dada Yang Lapang,
Wajah
Yang Ceria, Kedatangan Di Raikan.
Alhamdulillah, Syukur pada Allah atas
segala nikmat, dapat kita berkumpul di majlis yang penuh berkat, amin.”
Dah habis mukadimah, Boleh mulakan dengan
pantun pembuka:
“Dari Terengganu Ke Pantai Barat,
Hendak
Menangkap Sekawan Ikan,
Kami Datang Membawa Hajat,
Hendak Menyunting Bunga Di Taman.”
Lepas tu taaruf (kenalkan diri):
“Sebelum itu elok saya perkenalkan diri,
Saya Muhammad Hamka driver keretamayat mewakili yang dihormati abang ipar saya
encik A dan kekanda yang saya cintai Puan B bagi pihak anak saudara saya yang
bernama (masukan nama pengantin lelaki)
Al kisahnya sejak beberapa purnama yang
lalu, kekanda saya yang dicintai mengadu bahawa si anak terunanya sedang mabuk
dilanda angau asmara, makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah dan dalam
mimpi mengigau ngigau menyebut nama (masukan nama pengantin perempuan)
Jadi tujuan besar kami datang adalah untuk
menyambung ikatan silaturahim antara dua keluarga. Lagipun adalah Sunnah nabi,
bertanya dahulu- adakah (masukan nama pengantin perempuan) sudah berpunya? Jika belum berpunya saya
secara rasmi bagi pihak tuan badan ingin masuk meminang, insyaAllah…”
Begitu lebih kurang takruf dan mukadimah
pertunangan, bila pihak perempuan jawab, dan kita anggap mereka sudah terima,
maka boleh sediakan pantun terima:
"Buah kelapa pohonnya condong, baru sekarang
hendak berbuah
Sudah lama niat kami kandung, baru sekarang
dizinkan Allah."
Lepas tu boleh cerita tentang tanda
pertunangan.
“Alhamdulillah, pihak kami sangat bersyukur
atas penerimaan pihak tuan rumah, maka pertunangan sudah tentu ada
tanda-tandanya,
(sambil hulur cincin, boleh hulur sembahan sirih dengan pantun
di bawah)
“Setapak sirih, tanda hati bersih, Seulang
pinang, tanda hati sayang
Secalit kapur, tanda hati jujur, sebentuk
cincin, tanda pertunangan”
Waktu ini biasanya cincin akan di serahkan
kepada pihak perempuan belah sana, bila pihak mereka dah terima cincin, boleh
sambung skrip:
Bila dimana tempat berhajat
Berapa nilai, hantaran bersyarat?
Waktu ini perbualan mungkin akan menjadi
tidak formal sebab tak tahu nak bincang mana dulu? Hantaran ke? Maskahwin ke?
Tarikh kahwin bila? Tempat di mana? Jadi waktu ini follow jer tuan rumah nak
bincang mana dulu, jika tuan rumah banyak diam, boleh pihak lelaki bagi tarikh
cadangan dan tempat majlis bagi pihak lelaki, lepas tu bincang tentang
hantaran, waktu itu mungkin dah tak perlu pantun pantun, follow jer the flow. Sembang
santai sahaja. Yang penting:-
Pastikan jumlah hantaran(belanja hangus
untuk majlis kenduri) dan maskahwin(khas untuk siteri) di sebut jelas dan Tarikh
majlis bagi pihak lelaki dan perempuan juga di sebut jelas, jika tidak jelas,
boleh sebut tempoh pertunangan dengan jelas.
Bab Mahar dan hantaran tu, ada tempat yang
gabung sekaligus hantaran dan maskahwin, jadi follow jer the flow. jika tak de
idea boleh minta ibu bapa pengantin tambah pendapat dan suara masing masing,
bagi peluang orang tua-tua bercakap sama.
Hujung majlis boleh serahkan beberapa
dulang hantaran iringan sebagai hadiah sampingan. Atau majlis sarung cincin
dari ibu pengantin lelaki ke jari bakal pengantin perempuan.
Ada jugak kes, meraka ajak bincang bab
pertunangan separuh jalan, skripnya lebih kurang:
“Sesunggunya jodoh pertemuan di tangan
Tuhan. Sekiranya putus pertunangan atau jodohnya tidak kesampaian, semoga tali
persaudaraan tetap kita kekalkan. Untuk itu tiada dakwa-dakwi. Segala apa yang
diberi dan diterima, diberi dan diterima dengan ikhlas. Namun begitu marilah
kita berdoa agar niat murni kita diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga jodohnya
kekal selamanya”
Ok begitulah lebih kurang skrip, awal awal
jer nak ikut skrip, bila dah lajak jalan berbahasa, korang akan selesa sendiri, jika
pihak sana banyak berpantun ni ada beberapa stok pantun untuk di jual beli:
Negeri Terengganu di tepi pantai,
Tempat
mandi ikan tembakul,
Yang kita hajat sudah tercapai,
Yang kita
doakan sudah terkabul.
Lagi pantun:
Negeri tuan sungguh indah,
Semua cantik
tidak terperi,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan
di dalam hati
Nak lagi pantun?
Tanam mayat jauh ke tengah,
Batu
nisan bercabang dua,
Hancur mayat dikandung tanah,
Budi yang
baik dikenang jua.
Woha!
Jadi begitulah lebih kurang adat dan adab
dalam majlis merisik dan bertunang, bagi pihak Clever Girl, hantaran tu jangan
tinggi sangat, sebab ada hadis bagitahu, wanita mulia apabila cepat kahwin,
cepat beranak dan murah mas kahwinnya.
Pertunangan itu Sunnah, dan Sunnahnya
jangan lama sangat bertunang, tunang tanda ikat sementara kerana pihak Boboboy
ada urusan yang perlu diselesaikan maka dalam tempoh bertunang tak bolehlah
orang lain nak rampas.
Dah bertunang juga bukan tiket untuk bebas
bercouple, hukum haram tetap sama macam belum bertunang, jadi jangan hampiri zina.
Masa bertunang banyakkan belajar urusan
rumah tangga terutama bab bab agama, sebab perkahwinan ni kita nak bawa sampai
ke syurga.
Bagi yang belum bertunang, jangan bimbang,
teruskan doa dan usaha, yakinlah bahawa Jodoh akan datang pada kita seperti
mana maut akan datang pada kita, yang mana jika tunggu punya tunggu tapi jodoh
tak datang-datang maka berkahwin lah kita dengan maut.Tapi jangan bimbang,
walau belum bertunang, dan andai kata kita mati dalam keadaan beriman, jodoh
kita tetap setia menanti di syurga, tapi jika kita mati tak beriman, maka
membujang lah kita dalam neraka, walau di dunia punyai banyak kekasih!
Okey, tak boleh lama menulis, ramai orang perempuan
nak ambik gambar dengan juru pantun yang hensem giler.
Jan 24, 2018
Apa ada pada First Time?
(Tip borak berilmiah bersama Laki bini)
Aku sedang pandu kereta dari KL ke pantai timur.
Cuaca yang sejuk, jalan raya yang lengang, lalu Puan Bini
memecah sunyi dengan satu cadangan:
“Abang, cuba kita bincang apa pencapaian kita tahun lepas,
perkara baru yang kita buat dalam hidup dan benda tu bagus!”
Pandai Bini memancing aku yang sedang dahaga beberapa
rangkap perbualan, lalu kamipun bincang tentang pecapaian hidup laki bini
sepanjang tahun lepas, terutama benda baru dalam hidup.
Antaranya:-
1. Pindah rumah baru sebelum bulan puasa tahun lepas. Rumah
Pertama dulu teres tengah, rumah kedua end lot, rumah ketiga Alhamdulillah
rumah banglo saiz sederhana di atas tanah lot. Banyak kerja kena buat sebab
beli tanah dan upah orang buat rumah, tapi harga jauh lebih rendah dari
pasaran. Walaupun banyak nak kena urus, nak kena tambah tanah, daftar api, buat
laluan paip, kos bina pagar, indah water, dan macam-macam tapi benda pertama
kita buat, semua teruja dan seronok.
2. Berjaya jual kereta kedua yang dah pakai 15 tahun, beli
kereta baru yang kecil sahaja, sebab nak jimat minyak, kira benda baru
jugaklah.
3. Berjaya turunkan berat badan hampir 10kg, terima kasih
Puan bini yang sudi masak lauk sihat tapi sedap.
4. Berjaya siapkan buku baru “kisah terakhir tentang Hantu”,
dan masuk pasaran di pesta buku april lepas, tapi sayang sikit, penerbit dah
tutup hujung disember, terkini dah dapat tawaran dari tiga penerbitan, sedang
timbang tara.
5. Buku Kisah Laki Bini dapat anugerah Buku Paling Popular
katogori Buku Alternatif terbitan Buku Pojok anak syarikat Karang Kraf, sempat
berkongsi pentas dengan penulis tersohor Ramlee Awang Murshid pada bulan julai.
6. Lepas raya tahun lepas, berjaya daki gunung Suku dan
Gunung Irau di Camaron Higland, sungguh indah ciptaan Allah!
7. Bawa anak bini jalan jalan tempat first time untuk mereka
macam naik bot di sungai Terengganu, panjat bukit Keluang di Besut, pergi KL
MiNiature itu semua first time bagi mereka, tempat lain dah banyak kali repeat
tak payah cerita.
8. First time dapat mengajar ilmu kejuruteraan hujung minggu
di Bangi dan Johor, tahun ni ada lagi job katanya, alhamdulillah.
9. Berjaya terjun tiruk dalam tasik dayang bunting di
langkawi tahun lepas, first time island hoping situ, huhuhu
10. Berjaya jadi penceramah jemputan di Bengkel Penulisan
Kreatif di Terengganu, dan Kuantan pada awal tahun lepas, terima kasih kepada
yang sudi hadir.
![]() |
| Kelihatan di hujung sekali Maulana Abdul Fatah dari Madrasah Kubang Bujuk. |
![]() |
| Di Kuantan |
11. First time ke udara bersama DJ wan di Manis FM
13. Hampir setiap bulan berjaya balik kampong ziarah ibu
bapa sendiri dan mertua.Ini pun bukan first time)
14. Habiskan kitab Mutakhab Hadis bacaan bersama anak
bini...
Eh? Banyak kejayaan yang bukan first time, jadi tak perlu
ceritalah, ambik yang first time jer, huhuhu
So panjang lagi jika nak cerita, moral dari karangan ini
adalah:-
Jika nampak suami mengantuk, ajak lah laki borak topik ini.
Aku percaya korang punya pencapaian tahun lepas jauh lebih hebat dari hidup aku
yang sederhana ini, Sungguh jika kita selalu bersyukur, Allah akan tambah
nikmat, jadi tahun ni aku azam nak turunkan lagi berat badan, nak naik gunung
yang belum pernah didaki, nak ke luar negara, nak siapkan buku baru, nak bantu
Jemaah berdakwah, bla bla bla.
Hmmm, elok aku cerita tentang azam first time tahun ini,
bini terus tidur sebab banyak list lebihkan laki, bini nak guna bajet untuk
renovate rumah, aku nak guna bajet tu untuk jalan-jalan, jadi tutup majlis
dengan doa memandu.
Woha!
Jan 8, 2018
14 sebab Kenapa Pasangan Bercerai?
(Pengakuan: 14 sebab kawan aku nak ceraikan bini dia-Sungguh Derita yang ada Akhir lebih baik dari Derita Selama-lamanya)
![]() |
| petikan buku Kamar sutera |
Hari tu sembang dengan kawan, katanya layanan makan dan
ranjang fail, buat dia mencari bini baru dan nak cerai bini lama, dalam komen ramai marah orang lelaki sebab tak boleh tolak ansur bab makan dan ranjang,
adohai perempuan, nak selesaikan masalah jangan tengok dari mata katak bawah
tempurung, tapi tengoklah dari mata burung.
Bab makan, ada korang jumpa lelaki suka makan sorang sorang
dikedai? Mereka makan mesti nak bersembang, jika ada orang teman, dua tiga jam
pun boleh lepak kedai makan. Jadi bayangkan jika korang biar suami selalu makan
sorang sorang. Mereka akan fikir, ada bini sama jer dengan takde bini.
Bab ranjang aku malas nak cerita, sebab lelaki wajib inzal
bila ghairah, air boleh naik kepala dan mudah stress, Peranakan lelaki dan
perempuan tak sama, sebab perempuan bila gharah tak inzal dia tak akan stress
macam lelaki. Korang bukan faham bab inzal ni lagi lagi jenis yang jarang dapat
inzal, memang tak fahamlah.
So, aku borak lagi dengan kawan aku tu, dia bagitahu banyak
lagi sebab lain, so dia rajin nak cerita, dan aku kongsi untuk panduan korang
semua.
14 Sebab kenapa lelaki nak cerai bini, antaranya:
- Tiada win win situasi, asyik nak memang jer, bab seks selalu tolak memang bini menang, laki tidur dalam keadaan air naik kepala, memang stress, jika tak boleh seks, bini boleh blow job suami, bini boleh guna tangan, celah peha, celah ketiak, fahami keperluan seks suami, Kreatif sikitlah wahai orang perempuan. Jangan biar suami tidur dalam keadaan murung. Perkara yang sama Bab makan: Bila si bini tak pandai masak dan malas nak belajar, selalu suruh suami masak atau bungkus dikedai, dan biar suami makan sendiri di meja makan, sekali sekala takpe, lama lama, lebih baik suami makan kat kuar dengan kawan, dan bungkus jer kat bini. Tapi dah bungkus bini kadang tak nak makan, katanya takde selera. Lepas tu masak sendiri lauk yang laki tak suka makan.(kahwin ni kena sama sama mengalah-sama sama menang, kalah sikit sana, memang sikit sana, tolak ansurlah)
- Tak berkongsi masa depan yang sama, laki nak anak ramai, bini nak anak sikit, laki nak rumah bekembar, bini nak rumah banglo, laki nak duduk dekat rumah mak dia, bini nak duduk dekat rumah mak dia jugak, laki nak bini menyusu, bini nak anak minum susu formula, laki nak beli kereta jenama tempatan, bini nak kereta jenama luar negara, laki ajak tengok wayang cerita perang, bini tak nak sebab bising sangat, dan lain-lain. bila masa depan dah tak sama tujuannya, kenapa suami isteri nak kena hidup sampai tua bersama? (perang tak boleh memang jika musuh berbeza)
- Bercakap bila perlu sahaja, banyak masa bini diam, dekat meja makan senyap, dalam kereta senyap, masuk tidur tak bagitahu, cakap bila perlu sahaja, rasa diri tak wujud sebab sepatutnya ada banyak benda boleh borak, tapi bila ajak borak, takde respon, bila menyanyi bini cakap bising, adohai… (enjoy the silence tak berlaku bila tak cinta)
- Tak jaga perasaan Pasangan. Bini happy bila menguntungkan dia sahaja, balik kampung sendiri, seronok, balik belah mertua-monyok, keluarga sendiri datang layan dengan baik, keluarga suami datang, layan ala kadar dan merungut rungut, hari gaji ceria ajak makan kat luar, hujung bulan duit belanja sikit monyok dan mudah emosi, bukankah cinta itu susah senang bersama? Kenapa waktu senang jer abang sayang? Waktu susah abang melayang? Kenapa Bini perlu lebihkan keluarganya dari suami? (orang perempuan lupa dia selalu lukakan hati suami, tapi tak lupa bila suami calar hati dia sikit huhuhu)
- Laki jadi mudah cumburu tengok kebahagian pasangan lain, dan laki jadi mudah jatuh cinta pada orang lain sebab kat rumah tak dapat perhatian dan kasih sayang, jadi dalam kes kawan aku ini, dia dah rapat dengan sorang perempuan yang boleh di ajak bersembang, nak kongsi masa depan bersama, tak kisah kerata jenama tempatan, suka jer suamim duduk dekat rumah mak suami, rumah berkembar pun okey, jadi sekarang member aku ni memang nak cerai lah bini sebab tak nak bini baru susah- (bab ni aku tak setuju, bagi aku lebih baik poligami untuk isi kekurangan bini pertama, tapi jika bini pertama mintak cerai tak nak di madu- tak boleh buat apa lah)(nota tambahan: bila pasangan curang- memang ada kekurangan dalam diri kita-ini ujian hidup, sebab tu jangan berlagak perfect terutama bila dah berumah tangga, tanya apa kurang kita pada pasangan, dan baiki hubungan serentak dengan baiki diri-pesan pada diri sendiri)
- Status kahwin menjejaskan kerja dan hobi suami, bila balik rumah kena jaga anak sebab bini banyak tidur, masuk pejabat pun mengantuk, kawan ajak memancing pun tak boleh, tengok bola pun tak boleh sebab bimbang bini merajuk dan anak jadi mangsa, jadi bila status kahwin jejaskan hidup normal, memang tak boleh nak selamat lagi. Mak ayah pun kesian tengok suami dah tak ceria macam zaman bujang, sepatutnya perkahwinan jadikan diri lebih bagus, ini makin stress, bini banyak buat benda memalukan mak dan ayah sendiri-(tak pandai masak dan tak bercampur) laki mana boleh tahan? Laki ingin bebas, sebelum kahwin kena ikut cakap mak bapak, tapi bila kahwin kena ikut cakap bini? Apa ke hal?(perkahwinan sepatutnya buat manusia menjadi lebih hebat, masalah seks dan makan dah selesai, terus focus pada bakat, tapi jika makin teruk, bercerai lagi bagus)
- Bini tak hormat suami, selalu buat apa apa tanpa pengetahuan suami, ajak mak ayah datang tak bagitahu, nak pinjamkan kereta tak bagitahu, masuk tidur tak bagitahu, pergi kedai tak bagitahu, nak beli rumah pun tak bagitahu? Memang lah aku tak setuju beli rumah dekat kampung dia, tapi kenalah bagitahu, dia ingat aku ni tunggul?(jadilah pasangan yang hormat satu sama lain)
- Laki jadi gatal, sepatutnya laki tak gatal kacau perempuan lain, tapi bila gatal, ada sesuatu tak kena dalam rumah tangga laki tu, jadi ketahuilah, jika ada lelaki yang dah kahwin tapi selalu mengorat sana sini, ketahuilah, dia ada masalah dengan bini dia.
- Bini kuasai laki dengan merajuk, rajuk mudah pujuk tak apa, tapi merajuk yang susahkan anak, susahkan suami, susahkan tempat kerja suami, susahkan mak ayah suami, jadi suami takut nak buat isteri merajuk dan jadi lurus bendul, isteri pulak merajuk benda kecil jer pun, tapi melarat. Sanggup balik rumah mertua tanpa izin atau pergi ‘bersembunyi’ ntah mana-mana? Jadi satu kerja nak cari, nak cuti, rupanya sewa hotel tenangkan diri? Apa ke jadah?Kenapa seksa suami dengan merajuk sebegitu?(pasangan yang baik tidak mengokong, tidak menyusahkan, malahan menyenangkan, menyelesaikan masalah)
- Hilang percaya pada bini. Mungkin bini pun curang? Sebab merajuk jer keluar rumah pergi ntah mana-mana? (Ini mungkin hanya sangka buruk suami, tapi suami mana tahan dengan bini yang selamba keluar rumah tanpa bagitahu? Bukan suruh minta izin pun, suruh bagitahupun fail? Adohai.)
- Curang! Suami mengaku curang! Bagaimana nak selamatkan lagi hubungan ini?(dah campur pihak ke tiga, pilihan yang ada: Poligami atau cerai? sendiri pilih)
- Suami jadi cakap menipu sebab tak nak bini merajuk, contoh: saya tak penat pun kerja, jadi saya masak hari ni, padahal, saya penat sangat, boleh tak awak masak macam mak saya masak? Tapi nanti bini merajuk, jadi bila dah selalu cakap menipu, maka dah tak guna lagi hubungan sebegini. (Hubungan sepatutnya tiada cakap tipu-tipu, kena jujur dan terus terang, jika nak inzal, cakap!, jangan pura pura inzal)
- Sangka bila ada anak, masalah selesai, tapi tak! Bila beli rumah masalah selesai, tapi tak! Bila pindah jauh sikit dari mak bapak dia ingat masalah selesai, rupanya tak! Pening! (Rupanya sikap cari bahagia di masa depan tak mebantu rumah tangga, kebahagain kena cari sekarang! Masa depan adalah hari ini-ini silap yang aku nampak pada member aku...)
- Arah hidup semakin berbeza, tapi si dia tak nak ikut, panjang cerita, memang jadi masalah jika kekal bersama tapi haluan tak sama, maka kena bercerai juga katanya, kalau tak si dia dan isteri akan terseksa.
Pesan aku, jangan baca ini untuk rujukan wanita sahaja,
lelaki pun sama, bila cerai takde satu pihak salah, dua dua ada salah. Cuma pujian pada kawan aku sebab tak nak lafaz talak di luar
mahkamah, nak bercerai cara elok katanya, tapi pelik sebab tak nak poligami
walaupun bini pertamanya dah izinkan sebab nak senang dia datang waktu melawat. tak nak poligami pulak, adohai..Macam
macam hal korang ni,
Apa-apapun: Jodoh ni
termasuk kerja Tuhan, So, tak payah stress sangat.
Pintu masuk ke alam perkahwinan, pandai buat dengan cara yang
halal, seperti merisik, bertunang, dan lain-lain. Selebihnya kita tawakal
kepada Allah. Bila ada masalah
rumah tangga, jalan keluar kepada perkahwinan juga halal, iaitu penceraian
dengan lafaz yang sopan, setelah bincang dengan baik baik, yang penting cara
halal, Selebihnya kita tawakal kepada Allah,
Sungguh adil dan BijaksanaNya Allah kerana halalkan ceriai,
sebab Derita yang ada Akhir lebih baik dari Derita Selama-lamanya.
Akhir kata, sedikit pesanan kepada orang bukan islam, dalam
kepercayaan kami, tanpa iman, korang akan kekal selamanya dalam api neraka,
tapi jika ucap kalimah Tauyibah, maka korang akan ada iman, dan pasti suatu
hari nanti masuk syurga jua.
Maka sungguh Derita yang ada Akhir lebih baik dari Derita
Selama-lamanya, maka tolong jangan bercerai dengan Allah!
Ucaplah La Illah hailallah, pasti kamu akan Berjaya!
Woha sampai syurga!
Ps: Kepada bini-bini: Bab tidur awal aku nak pesan satu jer, jika betul-betul
penat, mintak maaf kat suami awal-awal sebab terpaksa masuk tidur awal, laki
yang faham akan kurang stress jika isteri mintak izin, nampak dihormati dan
semua suami ingin dihormati. Bini aku pun sama, Aku tak halang dia tidur awal, malahan aku izinkan dia tidur awal
dengan syarat: jangan pakai seluar dalam! Woha!
Jan 3, 2018
Selamat Tinggal Buku Hamka Keretamayat?
(Buku Hamka sampai 2017 sahaja, maafkan kami-penerbit)
Satu hari saya terima MEMO dari Penerbit Buku TERFAKTAB
MEDIA.
****
Makluman kepada Saudara Hamka Kereta Mayat.
Dukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa Terfaktab Media
akan menutup operasi penerbitan pada akhir Disember 2017 ini.
Keputusan yang berat ini merupakan keputusan sebulat suara
anggota dan wargakerja Terfaktab Media setelah mendapat pandangan daripada pelbagai
pihak. Bak kata pepatah kereta mayat; "Berat mata memandang mayat, berat
lagi bahu memikul mayat."
Kami memohon maaf kerana tidak dapat lagi menjadi penerbit
anda selepas ini. Pada masa yang sama, kami ucapkan terima kasih kerana sudi
menerbitkan buku bersama kami.
***
Okey, panjang lagi Memo jika nak cerita, Cuma di sini saya
nak bagitahu kenapa buku saya ada yang susah dapat di pasaran, antaranya
PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI, SEMUSIM DI SYURGA, SEMUSIM DI NERAKA, KAMAR
SUTERA, dan BUKU TERAKHIR TENTANG HANTU, terjawablah sudah sebab Penerbit dah
tutup dan tidak di ulang cetak, InsyaAllah kita tengok tahun depan bagaimana
nasib Lima Buku saya ini meluaskan jajahannya mungkin dengan penerbitan baru
atau saya terbit sendiri.
Beruntunglah yang dah beli, Dalam stok saya untuk lima buku
ini yang boleh di beli online, hanya ada KAMAR SUTERA, dan BUKU TERAKHIR
TENTANG HANTU, yang lain dah sold out!
Balik kepada Terfaktab Media yang dah nak tutup, saya cuba
imbas kembali kenangan pada tahun 2012,
Suatu hari saudara Aqram, Bos besar Terfaktab, call dan ajak
saya tulis buku dengan beliau, waktu tu saya terbit sendiri buku PERMATA YANG
HILANG, dan jual on line sahaja, cetakan pertama habis tak sampai beberapa
bulan, dan oleh sebab saya nak tumpu pada penulisan, maka saya setuju buku baru
diterbitkan oleh pihak lain, lalu saya cadang kisah laki bini yang berjudul
"KAMAR SUTERA", iaitu prequel kepada PERMATA YANG HILANG, beliau
setuju dan dalam lima tahun, saya dah ada lima judul buku terbitan bersama beliau,
purata setahun satu buku.
Antara pengalaman manis bersama Terfaktab selain dapat duit
Royalti, adalah bila Aqram kata semua buku saya dapat sambutan hangat, so kami
Laki Bini pernah di belanja oleh Aqram melancong luar negara sebagai bonus.
Lain kenangan manis adalah bila korang share gambar hantaran
kahwin dengan buku Keretamayat menghias dulang hantaran, nampak sangat korang
semua bakal menjadi generasi baru yang bijak menilai ilmu hingga Buku-Buku di
angkat tinggi dengan dijadikan hadiah perkahwinan, kagum dari jauh!
Kenangan manis juga bila berjumpa dengan para pembaca semua yang sanggup beli online, beli COD, beli di jalanan, beli di kedai makan, bertaur minta tanda tangan, siap ada ambik gambar, ada bagi hadiah, ada suruh doa pada air botol, dan macam macam lah!
Tapi itulah, mayat tak selalunya cerah, sampai masa akan
pucat juga, maka industry buku yang penuh liku-liku kehidupan membuatkan banyak
syarikat buku gulung tikar termasuk Terfaktab Media.
Doakan kami Berjaya menempuh 2018 dengan azam dan misi yang
baru, buat masa ini saya ada satu buku baru dengan BUKU POJOK, harap lulus
terbit pada pesta buku antara Bangsa 2018.
Buku baru ini saya menulis dengan tema The Last Jedi, eh?
Silap! THE LAST BOOK, iaitu jika saya tahu tarikh mati, buku apakah yang akan
saya tulis buat kali terakhir.
Doa dan Tunggu!
InsyaAllah di page Facebook, di Instagram, di Blog dan
lain-lain, saya akan berterusan kongsi cerita dan nota peribadi secara percuma
yang di kutip dalam menempuh aral melintang kehidupan.
Akhir kata, terima kasih kepada semua pembaca yang sudi
membaca coretan keretamayat. Nikmatilah saat saya masih hidup sebab jika ada
muka surat buku yang tak berapa faham, boleh mesej di Facebook mintak
penjelasan-Woha!
Tapi bila saya dah mati, lepas baca buku saya, boleh
sedekahkan Al Baqarah, eh? Silap, Al Fatihah. Amin.
Akhiri dengan pantun:
Tanam mayat jauh ke tengah, batu nisan bercabang dua
Hancur Mayat di kandung tanah, mayat yang baik di kenang jua
Terima kasih semua!
Semoga Woha sampai Syurga!
Ps: Walaubagaimanapun, Buku saya dibawah BUKU POJOK Karang
Kraft, masih boleh di beli disemua kedai buku, Popolar, MPS, SMO dan lain lain
iaitu KISAH LAKI BINI, KISAH ANAK BINI dan SATU.
Buku saya di bawah penerbitan TARBIAH SENTAP iaitu MENANGKAP
DAJJAL DI WAKTU DHUHA juga boleh di beli disemua kedai buku, InsyaAllah.
JIka sukar dapat di kedai, boleh beli On line dengan saya
buku yang selain terbitan Terfaktab itu, boleh saya tanda tangan dan lukis
sikit sikit bergantung pada request pembeli. Amin.
Link untuk beli:
(jika malas isi borang, boleh email atau pm di FB tajuk buku
pilihan, saya akan bagitahu harga termasuk pos, jika setuju, bank in, dan
sayapun pos, terima kasih kerana membeli belah di halaman kereta mayat)
![]() |
| Gambar semua Buku |
Dec 20, 2017
Semua Bidaah itu sesat?
(baca sampai habis dan sila bersetuju di perenggan akhir-woha!)
Nampak tak? sahabat menambah Bidaah Hasanah, dan Nabi
tidak larang, malah Nabi memuji dan menggalakkanya! Jika semua Bidaah sesat dah tentu Nabi larang.
Soalan pembaca: “Salam, baru baru ni Zakir Naik yang pernah
Encik Hamka puji update facebook
bagitahu sambut Maulid tu Bidaah, semua tahu Bidaah itu sesat, tapi kenapa
encik Hamka menyokong Maulid?”
Jawapan:
Aku pernah tak setuju dengan Ustaz Azhar isu orang ke Bulan,
tapi aku setuju jer bab Fekah yang lain, aku juga tak setuju bab ustaz Rora
larang orang selawat antara tarawih, tapi bab lain ada yang bagus, sama jugak
kes Dr Zakir Naik ini, bab perbandingan agama, sangat bagus hujah dia, Tapi bab
akidah dan fekah, Dr Zakir Naik ni bukan ahlinya.
Tak nak sambut maulid, duduk lah diam-diam, tak jadi
masalah. Tapi bila tuduh sesat kepada orang yang tak terima fatwa mereka, itu
lah punca segala masalah, pengganas atas nama islam pulak bukan boleh dengar
perkataan bidaah, terus tuduh kafir dan nak bunuh orang jer, itu di Mesir yang
sampai orang tengah solat pun mereka sanggup bunuh.
Padahal Islam agama kedamaian, kenapa nak gaduh gaduh? Kenapa nak
sesatkan bidaah hasanah? Kenapa nak guna satu hadis jer dalam berhujah? “Setiap
bid’ah itu sesat.”
Padahal banyak lagi hadis lain yang cerita bab bidaah tak
sesat, contohnya:
“Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam contoh amal yang
baik lalu diamalkan orang kemudian, diberikan kepadanya pahala sebagaimana
pahala orang yang mengerjakannya dengan baik dengan tidak dikurangkan
sedikitpun dari pahala orang yang mengerjakan itu”(HR Muslim)
Nampak tak Hadis ni yang benarkan MENGADAKAN CONTOH YANG BAIK atau namanya Bidaah Hasanah!
Nampak tak Hadis ni yang benarkan MENGADAKAN CONTOH YANG BAIK atau namanya Bidaah Hasanah!
Sahabat Nabi, Saidina Umar bila tambah rakaat Solat Tarawih, siap cakap: “Alangkah
cantiknya bidah ini”
Jadi memang ada pun bidaah yang baik, tak percaya?
Mari kita tengok contoh bagaimana di zaman Nabi pun ramai sahabat buat Bidaah yang baik seperti:-
Mari kita tengok contoh bagaimana di zaman Nabi pun ramai sahabat buat Bidaah yang baik seperti:-
- Tambah baca doa sebelum al fatihah, (Abdullah Ibn Umar)
- Tambah baca ayat al ikhlas dalam setiap rakaat, (Anas bin Malik)
- Berzikir dengan ulang Surah Al Ikhlas banyak kali (Abu Sa’id al-Khudri)
- Menambah lafaz Doa dalam Solat (Abu Buraidah)
- Ganti mandi wajid dengan tayammun sebab cuaca sejuk (Amru bin Al-Ash)
- Tambah solat wudhu lepas ambil wudhu, (Bilal Bin Rabah)
- Tambah solat sunat dua rakaat sebelum kena bunuh, (Khubaib Ibn ‘Adi al-Ansari)
- Menambah doa ketika iktidal, (Rifa’ah Ibn Rafi’ az-Zurqi)
- Menjadikan surah Al fatihah sebagai "ubat" ketika di sengat binatang, (Abu Sa’id al-Khundri)
- Baca Al fatihah kepada orang yang sakit gila (Kharijah Bin Shil)
- Mengubah posisi jarak makmum dalam solat Jemaah, (Ibn Abbas)
- Memperbaharui kaedah Masbuk dalam solat, (Muaz bin Jabal)
- Bertasawul kepada Nabi dalam perang, (Bani Zuhl bin Syaiban)
- Cadangan Azan Sebelum Solat (lupa nama Sahabat ini)
- Makan Biawak Dhab(lupa nama sahabat)
- Sahabt Berzikir beramar-ramai dan Nabi memuji.. (lupa nama sahabat)
- dan banyak lagi.
Maka fahamlah kita dizaman wahyu belum berhenti, Nabi benarkan
sahabat membuat bidaah Hasanah, atau contoh yang baik, padahal dengan kuasa
Wahyu, boleh jer turun ayat yang larang semua ini, tapi Nabi benarkan dan
galakan, korang Nampak tak?
Namun ada jugak amalan Bidaah yang Nabi larang, seperti Sahabat sengaja tak nak kahwin, Tak nak cium anak, maka Nabi larang sebab itu Bidaah yang sesat, jadi guna common sense bahawa memang ada Bidaah yang baik (nabi benarkan) dan Bidaah yang sesat (Nabi larang)
Nak tahu mana satu common sense, bermesyuaratlah, rujuk Ijmak Ulamak.
Namun ada jugak amalan Bidaah yang Nabi larang, seperti Sahabat sengaja tak nak kahwin, Tak nak cium anak, maka Nabi larang sebab itu Bidaah yang sesat, jadi guna common sense bahawa memang ada Bidaah yang baik (nabi benarkan) dan Bidaah yang sesat (Nabi larang)
Nak tahu mana satu common sense, bermesyuaratlah, rujuk Ijmak Ulamak.
Ok, itu ketika Nabi masih hidup, ada tak bidaah Hasanah yang
sahabat buat selepas kewafatan Nabi?
Jawapanya dah tentulah ada seperti:-
- Tambah rakaat solat tarawih,
- Tambah amalan tawaf antara rehat tarawih,
- Menulis hadis,
- Membukukan Al quran,
- Solat sunat secara berjemaah,
- Bertasbih dengan biji kurma
- Bertasbih dengan Simpulan Benang
- Azan kedua di hari Jumaat,
- Ubah makam Ibrahim dari tempat asalnya,
- Ubah suai Masjid Nabi,
- Berdiri di tangga berbeza ketika membaca Khutbah,
- Mencipta selawat ke atas Nabi,
- Menulis ilmu Nahu,
- Letak titik pada huruf di dalam mashaf Al-Qur’an,
- Menetapkan Nisab 40 Hari dan 4 Bulan di Jalan Allah
- dan banyak lagi.
Jadi memang wujudpun Bidaah Hasanah walaupun di zaman Sahabat dan Tabieen, jadi tak payah gaduh gaduh.
Balik Zaman kita ni pulak, ada tak Bidaah Hasanah yang di buat oleh Ulamak? jawapan ada seperti:-
Balik Zaman kita ni pulak, ada tak Bidaah Hasanah yang di buat oleh Ulamak? jawapan ada seperti:-
- Maulid Nabi-Sambut Birthday bini yang kita sayang boleh? tak kan nak sambut birthday Nabi Muhammad yang lebih kita sayang tak boleh?
- Baca ‘Quran Hour’ atau baca Yassin di setiap malam Jumaat, atau baca Sujud Sejadah di Hari Jumaat, atau Baca qunut di setiap solat subuh.
- Kutip derma waktu ceramah, atau jual Meja Iftar atas tujuan dakwah
- Karang pelbagai Kitab agama
- Jual Kitab agama
- Tambah Selawat selepas Nama Nabi di kitab
- Tambah Pujian kepada Nama sabahat di Kitab
- Buat Universiti Islam (zaman Nabi Takde)
- Tetapkan masa Belajar (4 tahun untuk Phd Hadis misalnya)-zaman Nabi takde
- Bayar Zakat guna wang (Mesyuarat di Malaysia putuskan tak ikut Mazhab Syafee dalam bab ni, no problem, guna Common sense secara mesyuarat)
- Keluar Berdakwah 3 hari, 40 hari, 4bulan
- Gantung bendera menjelang pilihan raya
- Buat Uniform khas untuk Tok Imam
- Solat sambil tengok Al quran atau ada yang tengok Al quran di smart Phone
- Berqasidah
- Wirid selepas solat
- Berdoa secara berjemaah selepas solat
- Bernasyid
- Melafazkan niat Solat, Puasa dan lain lain.
- Ucapan Bilal sebelum azan Jumaat
- Bersalaman selepas solat
- Sedekah Bacaan Al quran dan doa kepada orang mati
- Mencium Al quran
- Guna Tasbih kayu, plastik, elektronik.
- Berdakwah di Blog, FB, Instagram dan lain lain
- Meletak gambar Ustaz
- Dan banyak lagi, korang boleh tambah
Jadi memang wujudpun Bidaah Hasanah ni, bolah guna dalil dan Nas, syaratnya rujuk pada orang yang berlimu, jangan sempitkan agama dengan Haram dulu, Ikut Imam Syafee, harus dulu baru cari dalil.
Masalah puak wahabi bila berhujah guna keadah yang keras:
“segala amal itu haram, sehinggalah ada hujah yang
membenarkannya”
Bila start hukum Haram dulu, maka kerana cetek
ilmu, maka amalan ziarah kubur, maulid, qasidah, qodo solat, tahlil, zikir lepas
solat, qunut, baca yassin, dan lain lain semuanya difahami sebagai HARAM dahulu sebelum jumpa
dalil, lepas tu kerana cetek ilmu lagi sebab tak jumpa hujah, terus anggap
semua tu BIDAAH dan HARAM dan masuk NERAKA!
Adohai, Islam agama kedamaian, kenapa nak berhujah guna
kaedah yang keras, padahal Imam Syafiee ajar kaedah yang lembut:
“Asal bagi segala perkara adalah harus sehingga terdapat
dalil yang menunjukkan kepada tidak harus”
Kan senang tu, apa-apa HARUS dulu, baru cari dalil, jika
HARAM dulu, memang gaduh..
Akhir kata, jangan gaduh gaduh, duduk Malaysia ikut jer lah Mazhab
Imam Syafee, lagipun bukan Iman Syafie sorang sahaja yang membahagikan bidaah
kepada Sesat dan Bidaah Hasanah
Antaranya: Imam Ibn Hajar, Imam al Baihaqi, Imam al Ghazali,
Imam Nawawi, Imam Shuyuti, Ibn Taimiyyah, dan ramai lagi Ulamak lain.
Of Course, memang ada Ulamak yang tak setuju seperti Imam asy Syatibi yang
mendakwa bidaah semuanya tercela.
Walau bagaimanapun Imam asy Syatibi mengakui ada di antara
bidaah tersebut yang dituntut sama ada dalam bentuk wajib atau sunat. Cuma,
beliau tidak menamakannya ‘bidaah’ tetapi memasukkannya dalam kategori
‘Maslahah al Mursalah’ (kepentingan umum).
So masalah istilah sahaja, buat apa nak gaduh?, benda baik
ikut dapat pahala, kan senang? Memang jika berdebat dengan wahabi Malaysia,
mereka takut sangat dengan istilah BIDAAH sehingga Bidaah Hasanah mereka tukar
kepada lebel lain, konon hal dunia lah, padahal, ulamak ulamak terdahulu, melebelkan
perkara ini dengan panggilan BIDAAH HASANAH, atau Bidaah Mahmudah, atau lain
lain lebel yang murni tapi masih ada perkataan BIDAAH pada lebel itu, adalah
supaya ummat sedar bahawa perkara itu bidaah(Nabi tak buat tapi ianya baik)
Takdelah susah susah nak lebel dunia lah, Masaqah lah, maslahah lah, apa lah, padahal ulamak dahulu
tak berdustapun atas nama nabi, jika amalam itu baik nabi tak buat-namakan
bidaah hasanah, jika amalan buruk nabi tak buat, namakan bidaah sesat, kan senang?
Sama jugak macam ulamak namakan hadis soheh, hadis hassan, hadis daif, hadis
palsu.., kan senang nak tapis? so tolong jangan jadi macam anti hadis
pulak,yang tolak semua hadis sebab sempitkan agama ikut cara nafsu dia faham, sama
jugak yang anti bidaah hasanah, terus sempitkan larangan Nabi konon semuanya
haram, padahal apa yang Nabi tak buat itu belum tentu haram, sebab tu Allah
suruh mesyuarat di zaman wahyu berhenti ini agar Umat Islam menjadi bijaksana
dalam berhukum.
Jadi bermesyuaratlah, dan ambilah fatwa dari hati yang
mempunyai takwa.
Sekian.
Ps: Asal bagi segala perkara adalah harus, Terima kasih kerana bersetuju-woha!
Nov 30, 2017
Adik Ipar itu Maut? Jaga jaga...
(Adab Ipar Duai, perlu faham tentang Aurat)
![]() |
| Artikel ini pernah terbit di keluaran majalan ini |
Sewaktu
kecil, bila ibu bapa bawa kami kunjungi rumah Mak saudara atau Bapak saudara,
sepupu perempuan selamba tidak bertudung malahan berbaju lengan pendek dalam
rumah melayan kami para tetamu, tapi di rumah saya, bila dikunjungi oleh Mak
saudara atau Bapak saudara termasuk anak mereka yang berpangkat sepupu, terus
kakak dan adik perempuan saya lari masuk bilik, pakai tudung, pakai baju
berlengan panjang, baru keluar bilik dan layan tetamu.
Bila saya
ajukan masalah ini pada arwah mak, katanya, sepupu boleh di kahwini, dan aurat
mereka haram. Mak boleh tegur anak mak tutup aurat sewaktu sepupu kamu datang,
tapi anak orang lain, ‘ajaran’ mereka berbeza. Sangka baik, tegur dengan hikmah
dan sentiada doakan kebaikkan untuk ummat.
Masa
berubah, kakak dan abang kahwin, maka munculah ipar duai. Di rumah saya,
Alhamdulillah ajaran peri pentingnya menutup aurat dan menjaga akhlak masih
berlaku yang mana jika abang ipar ada di rumah, seluruh adik beradik akan tutup
aurat sepenuhnya. Tapi bila saya sendiri berkahwin, maka di rumah mertua, lain
‘ajarannya’. Lantas kata Puan Bini: Sejak saya jadi ahli keluarga mereka,
suasana sudah berubah, mungkin segan dengan saya yang sering tunduk pandangan
(ehem-ehem, macam lah alim sangat saya ini, belajar belajar alim, pelan-pelan kayuh).
Sambung
balik ulasan Puan Bini, katanya sejak saya jadi ahli keluarga mereka, suasana
sudah berubah, mungkin segan dengan saya yang sering tunduk pandangan pada ipar
duai yang tidak bertudung dan enggan bersalaman dengan mereka sebab bersentuhan
sasama ipar duai adalah haram, lalu mereka hormat dengan keputusan saya dan
hingga hari ini, semua sudah bertudung walau dalam rumah dan ‘salam’ cukup
hanya dengan angguk kepala dan senyum sahaja. Alhamdulillah.
Balik pada
kata-kata arwah emak, ‘ajaran’ keluarga yang berbeza buat mereka bertindak
berbeza, seperti kita yang tidak melarang anak perempuan tidak memakai tudung
sewaktu ipar duai datang ziarah, maka si anak anggap tidak menjadi kesalahan
membuka aurat dihadapan ipar duai atau sepupu sepapat. Maka tidak menegur anak
telah menjadi ‘ajaran’ yang berbeza dalam perihal mentaati perintah agama.
Baik!, ilmu
adalah mahal, dan kefahaman mengikut pengorbanan kita dalam menuntut ilmu, jika
masih ada wanita di luar sana yang sanggup bertanya, kenapa aurat haram kepada
ipar duai?
Jawapannya
adalah kerana kita boleh berkahwin dengan mereka bila keadaan mengizinkan,
seperti adik suami anda, boleh di kahwini selepas suami anda meninggal atau
berpisah.
Saya dahulu
pernah kenal pasangan suami isteri yang kerja satu pejabat, saya baik dengan
mereka berdua sebab satu tempat kerja, suami Alhamdullilah solat, dan isterinya
Alhamdulillah bertudung. Tapi sewaktu saya kunjungi rumah mereka, isterinya
hidang air tanpa bertudung!
Bila ada
peluang saya borak dengan suaminya tentang isu ini, katanya: Aurat hanya perlu
tutup di luar rumah, tidak menjadi kesalahan kepada isteri saya jika ada orang
mengintai atau masuk dalam rumah.
Dari nada
percakapannya yang sangat serius hingga saya terpaksa buka hadis dan rujuk
ustaz untuk betulkan balik ‘ajaran’ yang sudah dihadam dengan kefahaman yang
agak pelik. Perkara ini mungkin terjadi jika kita salah faham dalam belajar
agama hingga pernah saya dengar di sebuah daerah (bukan di Malaysia) yang
benarkan rakan sekerja minum air susu wanita hingga kenyang untuk dapat status
mahram dan bolehlah mereka membuka aurat sewaktu bekerja kerana sudah bertaraf
emak dan anak. Tepuk dahi!
Jadi balik
kepada ajaran Sunnah wal jamaah bahawa mahram adalah orang yang haram dinikahi,
sama ada haram selamanya atau haram kerana halangan sementara.
Haram
dikahwini selamanya seperti Ibu-Ayah, adik beradik ibu-ayah, adik beradik
sendiri, anak sendiri, anak saudara, mertua, adik beradik tiri dengan syarat
tertentu dan lain lain.
Wanita yang
haram dikahwini kerana halangan sementara pula adalah seperti wanita kafir,
bekas isteri yang dicerai dengan talak tiga, wanita dalam iddah, isteri orang,
wanita yang kelima untuk giliran poligami, adik beradik isteri, dan lain-lain.
Maka untuk
mahram yang haram dinikahi sementara, aurat dan batas pergaulan mesti di
jaga. Dari Uqbah Bin Amir, katanya;
Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda:
"Jauhilah
olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita"
Lalu seorang sahabat Ansar
bertanya:
"Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?".
Sabda baginda:
"Ipar itu maut".
(Riwayat Nasa'i)
Jadi balik
kepada hubungan ipar duai, jika pergaulan tidak melanggar batas syarak dan menjaga aurat, maka ia diharuskan seperti
menuntut ilmu, menyebarkan dakwah, menghadiri
jemputan walimatul urus, hal ehwal dalam bidang perubatan, kenduri
kendara, ziarah menyambung silaturahim, tunaikan haji dan umrah serta lain lain
aktiviti yang tidak bertentangan dengan hukum islam.
Cumam bila
bab tinggal berdua-duaan dengan ipar duai dalam rumah tanpa kehadiran pasangan
kita itu yang boleh mengundang fitnah dan di larang dalam Islam. Kena betul
betul jaga bab ini kerana fitnah boleh mengundang kemurkaan Allah. Ipar itu
maut!
Sebagai
penutup, untuk lebih fahamkan perihal ipar duai ini, saya bagi satu kes studi,
bayangkan anda adalah seorang yang tegas macam pengetua Sekolah lelaki Gurukul
iaitu macam Amitabh Bachchan dalam filem Mohabbatein. Sewaktu meronda tiba tiba
ternampak dua pasangan kekasih sedang menari di sebalik tembok. Satu pasangan
macam Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai, seorang lagi macam Salman Khan dan
Karenna Kapoor.
Terus anda
yang garang macam Amitabh Bachchan tegur mereka: “Haram menari lelaki dan
perempuan!”
Di sebalik
tembok, berkata Shah Rukh Khan: “kami Suami isteri”
Anda yang
masih belum putus asa berhujah: “Suami isteri patut menari dalam bilik, ini ada
dua pasangan, apa cerita? Haram!”
Terdengar
pula suara Salman Khan: “Kami ni semua ipar duai”
Terus anda
dapat modal untuk berkhutbah:
“Ipar duai
adalah maut, Nabi larang buka aurat depan ipar duai, sebab anda hanya haram
sementara kahwin dengan pasangan ipar anda”
Lalu Shah
Rukh Khan panjat tembok dan bagi hujah yang buat Amitabh Bachchan berundur
dengan malu kerana sedar kurang ilmu agama kerana rupanya perbuatan kedua
pasangan suami isteri itu menari adalah tidak salah.
Anda rasa,
apa hujah Shah Rukh Khan dalam masalah di atas?.
Jawapannya,
Shah Rukh Khan kahwin dengan Aishwarya Rai
yang merupakan adik kandung Salman Khan, dan Salman Khan kahwin dengan
Karena Kapoor yang merupakan adik kandung Shah Rukh Khan. Jadilah mereka Ipar
duai yang tidak mendatangkan maut!
Faham tak?
Jika tak faham elok turut sertai Amitabh Bachchan pergi belajar agama sama!
Woha!
Ps: Nama dan
watak adalah contoh semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau
mati.
Nov 20, 2017
Solat tapi bernasib buruk?
(tanya sama Pakcik keretamayat)
“Salam abang
keretamayat,, saya hairan, saya solat, tapi kenapa saya tengok nasib saya lagi
buruk dari orang tak solat?”
******
Hamka keretamayat
jawab:
Salam, itu bukan
nasib buruk, itu ujian hidup,, setiap orang tak sama ujian hidup, nasib buruk
ni bila mati masuk neraka, itulah nasib buruk, kesusahan di dunia bukan nasib
buruk, tapi ujian yang mana siapa sabar maka nasib untunglah dia di akhirat,
tapi siapa tak sabar, di duniapun ‘nasib buruk’, akhirat lagilah bertambah
nasib buruknya
Jadi jangan tengok
orang tak solat dan bernasib baik itu satu nikmat, kadang kerana Alah tak nak
bagi apa apa lagi kepada mereka di akhirat, maka di dunia mereka dah dapat dah.
So nikmat kepada mereka bukan untuk dicemburui, tapi untuk dikasihani.
Macam orang tua
cemburu tengok orang muda, itu salah! Sepatutnya orang tua berasa kasihan
kepada orang muda kerana mereka mungkin tak akan sampai ke umur tua anda.
Nampak tak?
Pesan Nabi: Dunia
ini penjara orang Islam, dan Syurga orang kafir. Kenapa nak berebut nikmat
sementara dalam penjara sedangkan di Syurga nanti ada segalanya?
Now you know.
Ps: Apa guna senang
macam Firaun tapi mati masuk neraka, lebih baik bermujahadah macam Nabi Musa
dan Syurgalah ganjaranya. Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)








