Nov 30, 2017

Adik Ipar itu Maut? Jaga jaga...

(Adab Ipar Duai, perlu faham tentang Aurat)

Artikel ini pernah terbit di keluaran majalan ini


Sewaktu kecil, bila ibu bapa bawa kami kunjungi rumah Mak saudara atau Bapak saudara, sepupu perempuan selamba tidak bertudung malahan berbaju lengan pendek dalam rumah melayan kami para tetamu, tapi di rumah saya, bila dikunjungi oleh Mak saudara atau Bapak saudara termasuk anak mereka yang berpangkat sepupu, terus kakak dan adik perempuan saya lari masuk bilik, pakai tudung, pakai baju berlengan panjang, baru keluar bilik dan layan tetamu.

Bila saya ajukan masalah ini pada arwah mak, katanya, sepupu boleh di kahwini, dan aurat mereka haram. Mak boleh tegur anak mak tutup aurat sewaktu sepupu kamu datang, tapi anak orang lain, ‘ajaran’ mereka berbeza. Sangka baik, tegur dengan hikmah dan sentiada doakan kebaikkan untuk ummat.

Masa berubah, kakak dan abang kahwin, maka munculah ipar duai. Di rumah saya, Alhamdulillah ajaran peri pentingnya menutup aurat dan menjaga akhlak masih berlaku yang mana jika abang ipar ada di rumah, seluruh adik beradik akan tutup aurat sepenuhnya. Tapi bila saya sendiri berkahwin, maka di rumah mertua, lain ‘ajarannya’. Lantas kata Puan Bini: Sejak saya jadi ahli keluarga mereka, suasana sudah berubah, mungkin segan dengan saya yang sering tunduk pandangan (ehem-ehem, macam lah alim sangat saya ini, belajar belajar alim, pelan-pelan kayuh).

Sambung balik ulasan Puan Bini, katanya sejak saya jadi ahli keluarga mereka, suasana sudah berubah, mungkin segan dengan saya yang sering tunduk pandangan pada ipar duai yang tidak bertudung dan enggan bersalaman dengan mereka sebab bersentuhan sasama ipar duai adalah haram, lalu mereka hormat dengan keputusan saya dan hingga hari ini, semua sudah bertudung walau dalam rumah dan ‘salam’ cukup hanya dengan angguk kepala dan senyum sahaja. Alhamdulillah.

Balik pada kata-kata arwah emak, ‘ajaran’ keluarga yang berbeza buat mereka bertindak berbeza, seperti kita yang tidak melarang anak perempuan tidak memakai tudung sewaktu ipar duai datang ziarah, maka si anak anggap tidak menjadi kesalahan membuka aurat dihadapan ipar duai atau sepupu sepapat. Maka tidak menegur anak telah menjadi ‘ajaran’ yang berbeza dalam perihal mentaati perintah agama.

Baik!, ilmu adalah mahal, dan kefahaman mengikut pengorbanan kita dalam menuntut ilmu, jika masih ada wanita di luar sana yang sanggup bertanya, kenapa aurat haram kepada ipar duai?
Jawapannya adalah kerana kita boleh berkahwin dengan mereka bila keadaan mengizinkan, seperti adik suami anda, boleh di kahwini selepas suami anda meninggal atau berpisah.

Saya dahulu pernah kenal pasangan suami isteri yang kerja satu pejabat, saya baik dengan mereka berdua sebab satu tempat kerja, suami Alhamdullilah solat, dan isterinya Alhamdulillah bertudung. Tapi sewaktu saya kunjungi rumah mereka, isterinya hidang air tanpa bertudung!

Bila ada peluang saya borak dengan suaminya tentang isu ini, katanya: Aurat hanya perlu tutup di luar rumah, tidak menjadi kesalahan kepada isteri saya jika ada orang mengintai atau masuk dalam rumah.

Dari nada percakapannya yang sangat serius hingga saya terpaksa buka hadis dan rujuk ustaz untuk betulkan balik ‘ajaran’ yang sudah dihadam dengan kefahaman yang agak pelik. Perkara ini mungkin terjadi jika kita salah faham dalam belajar agama hingga pernah saya dengar di sebuah daerah (bukan di Malaysia) yang benarkan rakan sekerja minum air susu wanita hingga kenyang untuk dapat status mahram dan bolehlah mereka membuka aurat sewaktu bekerja kerana sudah bertaraf emak dan anak. Tepuk dahi!

Jadi balik kepada ajaran Sunnah wal jamaah bahawa mahram adalah orang yang haram dinikahi, sama ada haram selamanya atau haram kerana halangan sementara.

Haram dikahwini selamanya seperti Ibu-Ayah, adik beradik ibu-ayah, adik beradik sendiri, anak sendiri, anak saudara, mertua, adik beradik tiri dengan syarat tertentu dan lain lain.

Wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara pula adalah seperti wanita kafir, bekas isteri yang dicerai dengan talak tiga, wanita dalam iddah, isteri orang, wanita yang kelima untuk giliran poligami, adik beradik isteri, dan lain-lain.

Maka untuk mahram yang haram dinikahi sementara, aurat dan batas pergaulan mesti di jaga.  Dari Uqbah Bin Amir, katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda:

"Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita" 

Lalu seorang sahabat Ansar bertanya: 

"Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?". 

Sabda baginda: 

"Ipar itu maut". 

(Riwayat Nasa'i)

Jadi balik kepada hubungan ipar duai, jika pergaulan tidak melanggar batas syarak dan  menjaga aurat, maka ia diharuskan seperti menuntut ilmu, menyebarkan dakwah, menghadiri  jemputan walimatul urus, hal ehwal dalam bidang perubatan, kenduri kendara, ziarah menyambung silaturahim, tunaikan haji dan umrah serta lain lain aktiviti yang tidak bertentangan dengan hukum islam.

Cumam bila bab tinggal berdua-duaan dengan ipar duai dalam rumah tanpa kehadiran pasangan kita itu yang boleh mengundang fitnah dan di larang dalam Islam. Kena betul betul jaga bab ini kerana fitnah boleh mengundang kemurkaan Allah. Ipar itu maut!

Sebagai penutup, untuk lebih fahamkan perihal ipar duai ini, saya bagi satu kes studi, bayangkan anda adalah seorang yang tegas macam pengetua Sekolah lelaki Gurukul iaitu macam Amitabh Bachchan dalam filem Mohabbatein. Sewaktu meronda tiba tiba ternampak dua pasangan kekasih sedang menari di sebalik tembok. Satu pasangan macam Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai, seorang lagi macam Salman Khan dan Karenna Kapoor.

Terus anda yang garang macam Amitabh Bachchan tegur mereka: “Haram menari lelaki dan perempuan!”

Di sebalik tembok, berkata Shah Rukh Khan: “kami Suami isteri”

Anda yang masih belum putus asa berhujah: “Suami isteri patut menari dalam bilik, ini ada dua pasangan, apa cerita? Haram!”

Terdengar pula suara Salman Khan: “Kami ni semua ipar duai”

Terus anda dapat modal untuk berkhutbah:

“Ipar duai adalah maut, Nabi larang buka aurat depan ipar duai, sebab anda hanya haram sementara kahwin dengan pasangan ipar anda”

Lalu Shah Rukh Khan panjat tembok dan bagi hujah yang buat Amitabh Bachchan berundur dengan malu kerana sedar kurang ilmu agama kerana rupanya perbuatan kedua pasangan suami isteri itu menari adalah tidak salah.

Anda rasa, apa hujah Shah Rukh Khan dalam masalah di atas?.

Jawapannya, Shah Rukh Khan kahwin dengan Aishwarya Rai  yang merupakan adik kandung Salman Khan, dan Salman Khan kahwin dengan Karena Kapoor yang merupakan adik kandung Shah Rukh Khan. Jadilah mereka Ipar duai yang tidak mendatangkan maut!

Faham tak? Jika tak faham elok turut sertai Amitabh Bachchan pergi belajar agama sama!

Woha!

Ps: Nama dan watak adalah contoh semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.


21 comments:

Muslim said...

Apa pun, jgn sekali kali meninggalkan solat.
3 sekali kali jgn ;
1. Jgn syirik,
2. Jgn melakukan perkara perkara kufur,
3. Jgn tinggalkan solat solat fardhu.
Selain itu ada lg tolak ansurnya. Pelan pelan belajar dan perbaiki.

Anonymous said...

thansk bro, ingat dulu pesan bro, jaga solat, akhlak, aurat. brovo

Anonymous said...

mohon ulas isu minyak setiap rabu

amy said...

Tak habis habis dgn pragsangka sahaja

Anonymous said...

prasangka? yang sebenarnya gimana dong?

AMYSSB said...

cuba berikan bukti yang tUhan perintah supaya Kaum wanita kena tutup Kepala' tak perlu ayat Quran(Kesian) hadith Sah bukhari pun ok.

Anonymous said...

apa yang prangsangka tu? cer bagitahu kalau kamu orang yang benar

Anonymous said...

surah an-nur ayat 31 dan surah al-ahzab ayat 59

Anonymous said...

blog ni dah jadi kurang menarik sebab hamka dah blok banyak komen

amy said...

Setuju dgn anon 4.19 bila saya kata kebaculan interlect tuan hamka tak setuju tapi hakikatnya bergitu lah tuan hanya post apa yang sealiran dgn tuan dgn sendiri menutup semua ruang berbahas dan mencari kebenaran dan ini lah satu satu nya sebab kemunduran umay islam sekarang

Anonymous said...

kaki wanita aurat kan .so , kena pakai stokin 24 jam la kalau kita balik kampung sebab ada pakcik yang ipar2 tu and ada sepupu lelaki .ada yang kata boleh buka aurat kaki tu ikut keadaan .betul kee ??

hamka said...

amy yang slow intelek, tak faham internet berfungsi dan prasangka buruk terhadap saya, padahal saya block sebab banyak spam? tahu tak spam? meereka serang semua komen dengan link lucah dan produk mengarut, jadi semua akan filter dekat email, saya pulak bukan 24 jam depan internt, komen amy pun saya publish? so ludah lah bacul intelek tu sendiri (dah banyak kali dah amy prasangka saya tak publish komen emy, siapa prangsakang sekarang?)

bab rukuk bersama rukuk pun tak jawab cara ilmiah.

jadi macam ni lah amy, boleh tak geng anti hadis bagi video tafsir ayat rukuk bersama orang yang rukuk, video 1 minit pun cukuplah.

4 mazhab rukuk semua dah tahu, anti hadis rukuk macam mana yer? bagi video please. jangan bacul intelek pulak

hamka said...

anon bab aurat kaki, salam, aurat boleh buka ikut keadaan- betul, contohnya darurat, dalam bab balik kampung, dalam rumah, ianya balik kepada takwa dan warak. Jika tak mampu nak takwa dan warak, jangan kata tak apa, diam lebih baik. wallhu'lam

hamka said...

blog ni dah jadi kurang menarik sebab hamka dah blok banyak komen- betul,

komen pun dah tak menarik sebab banyak anom. : (

hamka said...

komen amy pun bila klik takde identiti, takde blog, just berselindung di sebalik nama, contoh bacul dalam mengkomen- boring

amy said...

Tapi banyak post saya tuan block itu kirs spam ke...saya memang tak ada blog tp tuan boleh check account goggle saya

hamka said...

hmm, amy tak faham lagi bab spam, jika orang yang sama pun banyak post dalam satu ruang, robot akan anggap itu spam, dia akan masuk folder spam, saya memang tak semak folder tu sebab terlalu banyak, jadi jika amy takut termasuk spam, jangan copy paste komen dan jangan komen bertalu talu, sabar satu satu komen, sebab robot boleh detect jika kita jenis copy paste komen. dan robot ni makin lama makin canggih, memang pernah saya buka folder spam, blogger sama blogger komen pun boleh masuk sana, jadi PRANSANGKA ANTI HADIS dan BACUL INTELEK tu jangan bawak ke mana mana, faham dunia internet dengan baik, baru boleh rujuk sumber yang betul

Hamdan Ahmad said...

amy, kalau betul kau nak mengajar orang lain, cuba buka blog atau atau tulis buku supaya orang lain boleh baca dan paham pemikiran kau, cuba berani sket. sekarang kau cuma berani tulis komen kat blog orang je.

amy said...

Hajat memang ada tp rasa macam tak layak dan tak mahir dalam menulis karangan buat masa ni baru belajar nak komen dalam blog orang itu teruk kena bidas kerna cetek ilmu internet hahaha

AMYSSB said...

Di dalam Quran membawa maksud “kemaluan”, tapi bagi Islamists semua, aurat itu didefinasikan sebagai mana mana bahagian wanita yang mempunyai daya penggerak batang kemaluan kaum lelaki. Walaupun dalam Quran terdapat ayat yang Ustaz Ustazah tidak gemar menggunakan:

Surah An-Nur Ayat 30 (24:30)

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman   supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Kan saya dah kata. Allah dah menyuruh kaum kita ni, sekat pandangan dari yang menggelorakan alat “kehormatan” kita. Pandang je lah lantai tu, kalau tidak boleh menahan nafsu bila ternampak rambut wanita, umpamanya. Tak kalu, jumpa pakar psikiatri. Takkan rambut kat kepala pun tak tahan menengoknya. Kalau rambut di kemaluan, logik lah juga jika tidak dapat menahan nafsu syahwat. Pandang je lah bawah. Allah tahu apa yang sedang berlaku di situ.

Satu lagi isu berbangkit. (Tanpa pertolongan Viagra). Bagaimana pula bagi kaum lelaki yang cenderung ke arah kaum lelaki? Mungkin JAKIM ingin mewujudkan “Ops Jangan Pandang Belakang” dengan mengarahkan kaum lelaki juga memakai tudung kepala untuk tidak mendatangkan dosa bagi kaum kaum Lut ini?  Kalau kaum Hawa pula syiokkkk tengok kaum lelaki, bagaimana pula.

Sebab itulah Allah kata, tengok bawah. Habis cerita. Lubang di atas jalan pun boleh nampak untuk mengelakkan jatuh longkang dsb.

hamka said...

amy: jika rasa 'tak layak' nak tulis blog, jauh lagi lah perjalanan anda, belum lagi dakwah rumah ke rumah, adohai...