Artikel ini pernah terbit di keluaran majalan ini |
Nov 30, 2017
Adik Ipar itu Maut? Jaga jaga...
(Adab Ipar Duai, perlu faham tentang Aurat)
Sewaktu
kecil, bila ibu bapa bawa kami kunjungi rumah Mak saudara atau Bapak saudara,
sepupu perempuan selamba tidak bertudung malahan berbaju lengan pendek dalam
rumah melayan kami para tetamu, tapi di rumah saya, bila dikunjungi oleh Mak
saudara atau Bapak saudara termasuk anak mereka yang berpangkat sepupu, terus
kakak dan adik perempuan saya lari masuk bilik, pakai tudung, pakai baju
berlengan panjang, baru keluar bilik dan layan tetamu.
Bila saya
ajukan masalah ini pada arwah mak, katanya, sepupu boleh di kahwini, dan aurat
mereka haram. Mak boleh tegur anak mak tutup aurat sewaktu sepupu kamu datang,
tapi anak orang lain, ‘ajaran’ mereka berbeza. Sangka baik, tegur dengan hikmah
dan sentiada doakan kebaikkan untuk ummat.
Masa
berubah, kakak dan abang kahwin, maka munculah ipar duai. Di rumah saya,
Alhamdulillah ajaran peri pentingnya menutup aurat dan menjaga akhlak masih
berlaku yang mana jika abang ipar ada di rumah, seluruh adik beradik akan tutup
aurat sepenuhnya. Tapi bila saya sendiri berkahwin, maka di rumah mertua, lain
‘ajarannya’. Lantas kata Puan Bini: Sejak saya jadi ahli keluarga mereka,
suasana sudah berubah, mungkin segan dengan saya yang sering tunduk pandangan
(ehem-ehem, macam lah alim sangat saya ini, belajar belajar alim, pelan-pelan kayuh).
Sambung
balik ulasan Puan Bini, katanya sejak saya jadi ahli keluarga mereka, suasana
sudah berubah, mungkin segan dengan saya yang sering tunduk pandangan pada ipar
duai yang tidak bertudung dan enggan bersalaman dengan mereka sebab bersentuhan
sasama ipar duai adalah haram, lalu mereka hormat dengan keputusan saya dan
hingga hari ini, semua sudah bertudung walau dalam rumah dan ‘salam’ cukup
hanya dengan angguk kepala dan senyum sahaja. Alhamdulillah.
Balik pada
kata-kata arwah emak, ‘ajaran’ keluarga yang berbeza buat mereka bertindak
berbeza, seperti kita yang tidak melarang anak perempuan tidak memakai tudung
sewaktu ipar duai datang ziarah, maka si anak anggap tidak menjadi kesalahan
membuka aurat dihadapan ipar duai atau sepupu sepapat. Maka tidak menegur anak
telah menjadi ‘ajaran’ yang berbeza dalam perihal mentaati perintah agama.
Baik!, ilmu
adalah mahal, dan kefahaman mengikut pengorbanan kita dalam menuntut ilmu, jika
masih ada wanita di luar sana yang sanggup bertanya, kenapa aurat haram kepada
ipar duai?
Jawapannya
adalah kerana kita boleh berkahwin dengan mereka bila keadaan mengizinkan,
seperti adik suami anda, boleh di kahwini selepas suami anda meninggal atau
berpisah.
Saya dahulu
pernah kenal pasangan suami isteri yang kerja satu pejabat, saya baik dengan
mereka berdua sebab satu tempat kerja, suami Alhamdullilah solat, dan isterinya
Alhamdulillah bertudung. Tapi sewaktu saya kunjungi rumah mereka, isterinya
hidang air tanpa bertudung!
Bila ada
peluang saya borak dengan suaminya tentang isu ini, katanya: Aurat hanya perlu
tutup di luar rumah, tidak menjadi kesalahan kepada isteri saya jika ada orang
mengintai atau masuk dalam rumah.
Dari nada
percakapannya yang sangat serius hingga saya terpaksa buka hadis dan rujuk
ustaz untuk betulkan balik ‘ajaran’ yang sudah dihadam dengan kefahaman yang
agak pelik. Perkara ini mungkin terjadi jika kita salah faham dalam belajar
agama hingga pernah saya dengar di sebuah daerah (bukan di Malaysia) yang
benarkan rakan sekerja minum air susu wanita hingga kenyang untuk dapat status
mahram dan bolehlah mereka membuka aurat sewaktu bekerja kerana sudah bertaraf
emak dan anak. Tepuk dahi!
Jadi balik
kepada ajaran Sunnah wal jamaah bahawa mahram adalah orang yang haram dinikahi,
sama ada haram selamanya atau haram kerana halangan sementara.
Haram
dikahwini selamanya seperti Ibu-Ayah, adik beradik ibu-ayah, adik beradik
sendiri, anak sendiri, anak saudara, mertua, adik beradik tiri dengan syarat
tertentu dan lain lain.
Wanita yang
haram dikahwini kerana halangan sementara pula adalah seperti wanita kafir,
bekas isteri yang dicerai dengan talak tiga, wanita dalam iddah, isteri orang,
wanita yang kelima untuk giliran poligami, adik beradik isteri, dan lain-lain.
Maka untuk
mahram yang haram dinikahi sementara, aurat dan batas pergaulan mesti di
jaga. Dari Uqbah Bin Amir, katanya;
Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda:
"Jauhilah
olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita"
Lalu seorang sahabat Ansar
bertanya:
"Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?".
Sabda baginda:
"Ipar itu maut".
(Riwayat Nasa'i)
Jadi balik
kepada hubungan ipar duai, jika pergaulan tidak melanggar batas syarak dan menjaga aurat, maka ia diharuskan seperti
menuntut ilmu, menyebarkan dakwah, menghadiri
jemputan walimatul urus, hal ehwal dalam bidang perubatan, kenduri
kendara, ziarah menyambung silaturahim, tunaikan haji dan umrah serta lain lain
aktiviti yang tidak bertentangan dengan hukum islam.
Cumam bila
bab tinggal berdua-duaan dengan ipar duai dalam rumah tanpa kehadiran pasangan
kita itu yang boleh mengundang fitnah dan di larang dalam Islam. Kena betul
betul jaga bab ini kerana fitnah boleh mengundang kemurkaan Allah. Ipar itu
maut!
Sebagai
penutup, untuk lebih fahamkan perihal ipar duai ini, saya bagi satu kes studi,
bayangkan anda adalah seorang yang tegas macam pengetua Sekolah lelaki Gurukul
iaitu macam Amitabh Bachchan dalam filem Mohabbatein. Sewaktu meronda tiba tiba
ternampak dua pasangan kekasih sedang menari di sebalik tembok. Satu pasangan
macam Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai, seorang lagi macam Salman Khan dan
Karenna Kapoor.
Terus anda
yang garang macam Amitabh Bachchan tegur mereka: “Haram menari lelaki dan
perempuan!”
Di sebalik
tembok, berkata Shah Rukh Khan: “kami Suami isteri”
Anda yang
masih belum putus asa berhujah: “Suami isteri patut menari dalam bilik, ini ada
dua pasangan, apa cerita? Haram!”
Terdengar
pula suara Salman Khan: “Kami ni semua ipar duai”
Terus anda
dapat modal untuk berkhutbah:
“Ipar duai
adalah maut, Nabi larang buka aurat depan ipar duai, sebab anda hanya haram
sementara kahwin dengan pasangan ipar anda”
Lalu Shah
Rukh Khan panjat tembok dan bagi hujah yang buat Amitabh Bachchan berundur
dengan malu kerana sedar kurang ilmu agama kerana rupanya perbuatan kedua
pasangan suami isteri itu menari adalah tidak salah.
Anda rasa,
apa hujah Shah Rukh Khan dalam masalah di atas?.
Jawapannya,
Shah Rukh Khan kahwin dengan Aishwarya Rai
yang merupakan adik kandung Salman Khan, dan Salman Khan kahwin dengan
Karena Kapoor yang merupakan adik kandung Shah Rukh Khan. Jadilah mereka Ipar
duai yang tidak mendatangkan maut!
Faham tak?
Jika tak faham elok turut sertai Amitabh Bachchan pergi belajar agama sama!
Woha!
Ps: Nama dan
watak adalah contoh semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau
mati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
Apa pun, jgn sekali kali meninggalkan solat.
3 sekali kali jgn ;
1. Jgn syirik,
2. Jgn melakukan perkara perkara kufur,
3. Jgn tinggalkan solat solat fardhu.
Selain itu ada lg tolak ansurnya. Pelan pelan belajar dan perbaiki.
thansk bro, ingat dulu pesan bro, jaga solat, akhlak, aurat. brovo
mohon ulas isu minyak setiap rabu
Tak habis habis dgn pragsangka sahaja
prasangka? yang sebenarnya gimana dong?
cuba berikan bukti yang tUhan perintah supaya Kaum wanita kena tutup Kepala' tak perlu ayat Quran(Kesian) hadith Sah bukhari pun ok.
apa yang prangsangka tu? cer bagitahu kalau kamu orang yang benar
surah an-nur ayat 31 dan surah al-ahzab ayat 59
blog ni dah jadi kurang menarik sebab hamka dah blok banyak komen
Setuju dgn anon 4.19 bila saya kata kebaculan interlect tuan hamka tak setuju tapi hakikatnya bergitu lah tuan hanya post apa yang sealiran dgn tuan dgn sendiri menutup semua ruang berbahas dan mencari kebenaran dan ini lah satu satu nya sebab kemunduran umay islam sekarang
kaki wanita aurat kan .so , kena pakai stokin 24 jam la kalau kita balik kampung sebab ada pakcik yang ipar2 tu and ada sepupu lelaki .ada yang kata boleh buka aurat kaki tu ikut keadaan .betul kee ??
amy yang slow intelek, tak faham internet berfungsi dan prasangka buruk terhadap saya, padahal saya block sebab banyak spam? tahu tak spam? meereka serang semua komen dengan link lucah dan produk mengarut, jadi semua akan filter dekat email, saya pulak bukan 24 jam depan internt, komen amy pun saya publish? so ludah lah bacul intelek tu sendiri (dah banyak kali dah amy prasangka saya tak publish komen emy, siapa prangsakang sekarang?)
bab rukuk bersama rukuk pun tak jawab cara ilmiah.
jadi macam ni lah amy, boleh tak geng anti hadis bagi video tafsir ayat rukuk bersama orang yang rukuk, video 1 minit pun cukuplah.
4 mazhab rukuk semua dah tahu, anti hadis rukuk macam mana yer? bagi video please. jangan bacul intelek pulak
anon bab aurat kaki, salam, aurat boleh buka ikut keadaan- betul, contohnya darurat, dalam bab balik kampung, dalam rumah, ianya balik kepada takwa dan warak. Jika tak mampu nak takwa dan warak, jangan kata tak apa, diam lebih baik. wallhu'lam
blog ni dah jadi kurang menarik sebab hamka dah blok banyak komen- betul,
komen pun dah tak menarik sebab banyak anom. : (
komen amy pun bila klik takde identiti, takde blog, just berselindung di sebalik nama, contoh bacul dalam mengkomen- boring
Tapi banyak post saya tuan block itu kirs spam ke...saya memang tak ada blog tp tuan boleh check account goggle saya
hmm, amy tak faham lagi bab spam, jika orang yang sama pun banyak post dalam satu ruang, robot akan anggap itu spam, dia akan masuk folder spam, saya memang tak semak folder tu sebab terlalu banyak, jadi jika amy takut termasuk spam, jangan copy paste komen dan jangan komen bertalu talu, sabar satu satu komen, sebab robot boleh detect jika kita jenis copy paste komen. dan robot ni makin lama makin canggih, memang pernah saya buka folder spam, blogger sama blogger komen pun boleh masuk sana, jadi PRANSANGKA ANTI HADIS dan BACUL INTELEK tu jangan bawak ke mana mana, faham dunia internet dengan baik, baru boleh rujuk sumber yang betul
amy, kalau betul kau nak mengajar orang lain, cuba buka blog atau atau tulis buku supaya orang lain boleh baca dan paham pemikiran kau, cuba berani sket. sekarang kau cuma berani tulis komen kat blog orang je.
Hajat memang ada tp rasa macam tak layak dan tak mahir dalam menulis karangan buat masa ni baru belajar nak komen dalam blog orang itu teruk kena bidas kerna cetek ilmu internet hahaha
Di dalam Quran membawa maksud “kemaluan”, tapi bagi Islamists semua, aurat itu didefinasikan sebagai mana mana bahagian wanita yang mempunyai daya penggerak batang kemaluan kaum lelaki. Walaupun dalam Quran terdapat ayat yang Ustaz Ustazah tidak gemar menggunakan:
Surah An-Nur Ayat 30 (24:30)
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Kan saya dah kata. Allah dah menyuruh kaum kita ni, sekat pandangan dari yang menggelorakan alat “kehormatan” kita. Pandang je lah lantai tu, kalau tidak boleh menahan nafsu bila ternampak rambut wanita, umpamanya. Tak kalu, jumpa pakar psikiatri. Takkan rambut kat kepala pun tak tahan menengoknya. Kalau rambut di kemaluan, logik lah juga jika tidak dapat menahan nafsu syahwat. Pandang je lah bawah. Allah tahu apa yang sedang berlaku di situ.
Satu lagi isu berbangkit. (Tanpa pertolongan Viagra). Bagaimana pula bagi kaum lelaki yang cenderung ke arah kaum lelaki? Mungkin JAKIM ingin mewujudkan “Ops Jangan Pandang Belakang” dengan mengarahkan kaum lelaki juga memakai tudung kepala untuk tidak mendatangkan dosa bagi kaum kaum Lut ini? Kalau kaum Hawa pula syiokkkk tengok kaum lelaki, bagaimana pula.
Sebab itulah Allah kata, tengok bawah. Habis cerita. Lubang di atas jalan pun boleh nampak untuk mengelakkan jatuh longkang dsb.
amy: jika rasa 'tak layak' nak tulis blog, jauh lagi lah perjalanan anda, belum lagi dakwah rumah ke rumah, adohai...
Post a Comment