Jun 10, 2022

Kenapa tangan tak boleh garu belakang?

Tuhan buat kejadian manusia ni sangat elok, contohnya tangan kita ni ada bahu, siku, jari, dan hujung jari ada kuku. Bila kita garu sedap tu di situ.

Tangan pulak boleh gerak ke seluruh badan, kuku kita boleh sampai ke semua anggota tubuh, kecuali bahagian belakang badan. Sikit lagi nak sampai untuk garu tapi dah maksimum dah, apa nak buat?

Rujuk Al quran, Allah jadikan manusia ni berpasangan, ada hikmahnya.

Rujuk Adz Zariyat 49

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.”

Jadi boleh suruh bini tolong garukan kawasan yang tak sampai tu, sungguh di garu pasangan pun dapat ingat kebesaran Allah bagi mereka yang mahu berfikir.

Woha!

Ps: Ok, nak tahu banyak lagi kisah best laki bini versi islamik santai, boleh beli buku hamka keretamayat, insyaAllah.. now you know

Hiking Gunung Jerai?

Alamak? betul ke Nabi Adam diturunkan dari Syurga ke dunia, lokasinya adalah kat Gunung Jerai Malaysia?

Kemudian betul ke, kapal Nabi Nuh A.S terdampar kat Gunung Jerai? Biar betul?

Macam mana abang peminat daki gunung tak tahu sejarah ini?

Jap, abang check folder pengalaman abang naik gunung, ada tak pernah naik gunung Jerai?

(Rujuk gambar)

eh? Dalam banyak banyak gunung abang daki di Malaysia, takde pun abang pernah naik Gunung Jerai, atau di rekeman oleh geng kaki gunung untuk mendaki gunung Jerai atas factor sejarah terhebat!, dan jika betul dalam sejarah ada lokasi Nabi Adam Turun, atau  tempat bahtera Nabi Nuh di Gunung Jerai, tentu dah heboh dalam group pendaki gunung seluruh dunia!

Al kisahnya, Gunung Ledang tempat Hang Tuah bersilat pun abang jejak, Gunung Suku yang curam pun abang daki, Gunung tak terkenal macam Gunung Berantai di Pahang pun abang panjat, Gunung Lord of The Rings, perkampungan Hobbit, kata geng Gunung, atau nama sebenarnya Gunung Irau, abang dah sampai, tak lupa Gunung tertinggi di Malaysia, Kinabalu di bawah bayu, abang dah sampai, malahan gunung berapi dekat Indonesia pun abang dah sampai puncak tengok kawah berasap..

Tapi hari ni ada geng bagitahu lokasi Nabi Adam turun adalah Gunun Jerai?

Okey, jika ada bukti, biar pakar sejarah buktikan, dan jika kita rujuk sejarah islam, Bapa Sejarahwan dunia, iaitu Ibnu Khaldun yang berakidah Asya'irah pun tak pernah dakwa lokasi nabi adam turun atau kapal Nabi nuh berlabuh di Gunung Jerai..

Maka tiap dakwaan perlukan pembuktian, dan janganlah kita melampau lampau dalam memuliakan sesuatu kawasan hingga membuat Bidaah dholalah!

Okey, abang nak masuk store cari kasut Hiking, jom siapa siapa nak ikut abang naik Gunung jerai?

Tapi jangan terkejut sepanjang Hiking nanti, korang bukan setakat penat mendaki, tapi penat dengar abang keretamayat bagi tazkirah tak henti henti.

Woha!

Jun 9, 2022

Puan Bini yang Aneh?

Puan Bini pergi singgah Pasar Raya, namun, waktu keluar Mall,  balik rumah.. saya tengok.. sikit sangat barang yang di beli. 

Lantas saya teringat kepada Socrates, ahli falsafah terkenal Yunani yang mempunyai tabiat pelik, iaitu selalu pergi kepasar namun tidak membeli apa-apa. 

Bila di tanya orang, kenapa Encik Socrates pergi ke pasar tapi tak beli barang?   Jawab Socrates: 

“Saya suka pergi ke pasar hanya  untuk mengetahui berapa banyak barang yang meskipun saya tidak memilikinya, tapi saya tetap gembira.” 

Bini saya pulak, lain sikit pada Socrates kot, bermadah:

“Saya tak beli banyak barang sebab dah banyak beli online"

Woha!

Alkisahnya, Impian isteri, nak satu ruang baca buku dengan perabot pilihan dah tercapai. (dah ada sebelum ini, tapi perabot biasa biasa, kumpul duit sikit sikit, akhirnya kata isteri, Alhamdulillah, ini yang saya nak..)

Saya setuju jer, ada ruang membaca untuk rehat dan tambah ilmu, isteri nak deco, saya layankan sahaja asalkan bahagia..

Tengoklah gambar… Ada lima perkara, dua kerusi Wingchair, satu Meja bunga cermin, Dua rak buku. Cukup lima perkara..

Alang alang cerita lima perabot, apa kata kita dengar lima nasihat dari suami pemilik ruang membaca ini..

Al kisahnya, Tuan Puan yang saya muliakan sekalian, ingatlah…

Lima helai buku yang dibaca setiap hari, akan mengubah 24 jam kehidupan ke arah lebih baik. (masukkan Helaian Alquran Bersama dalam helaian itu yer)

Lima buku yang kita baca setiap tahun, akan mengubah hidup kita dalam lima tahun mendatang… (masukkan juga kitab taklim dalam senarai itu yer)

Lima orang kawan rapat kita pula, akan mengubah perjalanan hidup kita sepanjang lima tahun ke depan.(Kawan positif akan berbau wangi, kawan toxid, akan berbau arang)

Lima hidangan makanan setiap hari akan mengubah takdir kesihatan kita hingga mampu mencecah lima puluh-an yang sihat. (Termasuk lima jenis senaman berbeza setiap minggu)

Lima waktu solat berjemaah tempat azan di azankan bagi lelaki atau awal waktu bagi perempuan akan mengubah nasib di akhirat,

Renung renungkan.

Link shopee akan dipertimbangkan kemudian.

update:

Okey, Abang mayat belanja link Shopee

Buku Taklim di Rak putih, https://shp.ee/84kgvtm

Rak buku putih https://shp.ee/s6cnzdz

Kerusi wingchair baca Taklim https://shp.ee/hkm97d9

Meja pasu bunga cermin: https://shp.ee/pjhtdsm

Pasu bunga emas,: https://shp.ee/a45t6ym

Suami kena Buli?

Kronologi Kes Johnny Depp..

Alkisahnya.., Johnny jatuh cinta pada Amber waktu berlakon dalam The Rum Diaries pada 2011.

Lepas tu mereka kahwin di di sebuah pulau peribadi yang terletak di Bahamas.

15 bulan sebagai suami isteri, tiba tiba Amber memfailkan tuntutan penceraian kerana wujud perbezaan persefahaman antara mereka berdua.

Malah, empat hari lepas itu, hakim mengeluarkan arahan penahanan sementara untuk Johnny atas dakwaan keganasan rumahtangga.

Kesan saman dari isteri, Johnny tak dapat beberapa Job, dan Job yang sedang berjalan, ada yang kena cancel serta merta.

Nitezen pun kecam Johnny sebagai kaki pukul bini, dan macam macam lah.

Lepas tiga tahun kena kecam dengan nitezen, dan banyak job kena cancel, maka Johnny telah memfailkan saman malu dan fitnah terhadap bekas isterinya sebanyak 50 juta USD pada 2019.

Amber kemudiannya menunjukan gambar dirinya cedera dipukul tetapi pihak Polis LAPD) tidak menemui sebarang bukti.

Sebaliknya Johnny ada bukti rakaman audio yang mengandungi rakaman suara Amber. Dan plot twist berlaku, Amber pula kaki pukul.

Kata Johnny, Amber sering memukulnya dan pernah membaling botol ke arah muka Johnny sampai cedera jari tengah Johnny nampak tulang... Malah, Amber juga pernah mencucuh rokok di bahagian pipi bekas suaminya.

Lepas tu Johhny ada bukti video panas isterinya curang bersama dua selebriti yang terkenal iatu Elon Musk dan juga pelakon James Fraco.

Masuk mahkamah, ada audio tape perbualan Johnny dengan Amber yang kedengaran jelas Amber mengakui bahawa dirinya ada memukul Johnny di muka

Maka kantoi sudah, ringkas cerita, akhirnya Johnny Depp menang saman ke atas bekas isterinya, Amber Heard dan menerima ganti rugi mencecah lebih RM60 juta (USD 15 juta).

Amber pula dalam kenyataan menyatakan dia patah hati dan sangat kecewa dengan keputusan tersebut.

Abang mayat ada baca komen nitezen, Ada orang pertikaikan, tak logic perempuan boleh dera suami, lelaki kan kuat? Lagipun perempuan selalunya betul..

Adohai.. dunia ni macam macam cerita ada, ada cerita lelaki lembik, perempuan ambik kesempatan, ada cerita lelaki kuat tapi takut bini hingga biar jer kena pukul, ada cerita laki terlalu cintakan bini, hingga tak kesah kena pukul, aku rela menjadi mangsamu demi cinta setia katannya.. macam macam! ada cerita lelaki yang kuat, tapi prinsip hidup tak pukul perempuan, isteri tumbuk muka, dia buat tak tahu jer..

Maka Johhny deep ni, dia kena dera dengan isteri, tapi dia tak saman pun, hinggalah bini dia yang mulakan dulu saman dia, tiga tahun baru dia saman, cinta Jonhhy pada isterinya kuat kot waktu tu..

Tapi sikitlah abang mayat nak komen, Tengok Johnny deep pakai subang, tertanya juga, apa alasan pakai subang? Kot dia ada ikut ajaran agama pakai subang? Ada siapa yang tahu?

Tapi abang ada tengok Movie Jackie Chan berjudul Who Am I, ada babak last Jackie Chan lawan orang jahat yang sangat handal berkungfu, semua skill Jackie Chan dipatahkan mudah oleh orang jahat tadi, tapi kantoi bila orang jahat pakai subang, terus Jackie Tarik subang dan orang jahat kalah serta merta siap menangis merayu jangan Tarik subang sebelah satu lagi, -woha!

So kepada orang lelaki janganlah pakai subang, sebab jika bergaduh dengan bini, sekali bini Tarik subang macam Jackie Chan buat, terus menunduk kalah walau korang terer kung fu, adohai.

Lagipun haram hukumnya lelaki pakai subang dalam Islam…

Moral Of the story, perempuan tak semuanya betul. Jangan pakai subangdan Peguam Johnny adalah perempuan, Now you know.

Woha!

Ps: Rupanya abang ada tulis sikit Kisah Johnny deep dan anaknya lama dah dalam buku KISAH ANAK BINI bab soalan tersusah dari anak anak, nak beli siap tanda tangan? klik sini: https://shp.ee/ynz4spm

Jun 8, 2022

Berita buruk tentang anak?

Sebagai ibu bapa, kita kena bersedia menerima berita buruk tentang anak.

Alkisahnya, waktu anak kecik kecik dulu, selalu wife call suruh balik sebab anak cedera!

Pernah anak sulung main basikal dengan ganas, jatuh dan luka kening, pergi klinik dapat jahit dekat kening, terbang duit kuning RM20 dua keping, lepas tu anak nombor empat umur enam tahun main rumah jiran jatuh tersengguk bucu meja depan TV, darah membuak celah pipi, jiran ajak pergi klinik swasta, katanya kat sana servis bagus, terbang RM 120, bukan jahit pun, tampal jer.., adohai..

Anak nombor dua pulak,  pulang sekolah kaki ayam bagitahu kasut hilang waktu solat kat surau. Kasut tu baru saya beli bulan lepas sebab sebelum inipun hilang juga waktu main bola letak tepi padang, saya kena keluarkan duit lagi sambil marah sikit sikit sebab cuai sangat.

Anak perempuan mengadu beg talinya putus dan minta beg baru. Saya cakap jahit sahaja, tapi bila lihat fizikal beg, ya! memang kena beli baru.

Anak nombor empat yang luka pipi, melihat kakaknya dapat beg baru dan abangnya dapat kasut baru menangis berguling guling mahu beg baru dan kasut baru. Bila saya tak bagi, si anak mengamok panjat stroller baby, patah!. Nasib baik baby dah boleh berdiri, tak payah beli stroller baru, Adohai..

Kata bini pula, anak OKU main gunting, habis di potongnya langsir, belum habis isteri bercakap, saya terus bagi duit dan berkata:

“shut up and take my money!”

Woha!

Moral of the story, anak ni banyak ragam, dan kesilapan si anak biasanya berkadar terus dengan penambahan wang perbelanjaan, Saya pulak, bukannya berduit sangat, sepatutnya saya mengeluh dan salahkan kerajaan kerana tidak bantu rakyat marhaein macam kita, tapi melihat penderitaan ibu bapa yang menjaga anak OKU yang jauh lebih teruk dari anak saya, maka saya sangat bersyukur pada Allah kerana ‘ujian’ saya ini sangat kecil dan ringan berbanding ibu bapa yang ada anak OKU lain. Oh..

Malu saya nak mengeluh masalah anak dan harga barang.

Kepada Ibu bapa yang ada anak OKU, dan sabar dalam menjaganya, korang adalah wira sebenar di   Dunia dan di akhirat!

Kagum dari jauh!

Terkini, anak nombor empat yang dah pandai naik motor, jatuh motor seorang diri akibat bawa laju dan brek Kawasan pasir,

Saya dukung dia ke Klinik, cuci luka semua, habislah lagi seratus lebih, mujur takde apa yang patah.

Namun setiap kejadian pasti ada hikmah!

“Ayah, apa hikmahnya saya sakit jatuh motor ni?, ayah akan belikan motor baru ke?”

Takde maknanya, kebaikkan dia korang akan lebih hati hati lain kali, mungkin dalam universe yang lain, korang dah mati kemalangan, lalu kejadian jatuh motor ni anggaplah macam hikmahnya Nabi Khidir membuat kerosakkan demi kebaikkan masa depan. Nak detail baca kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa mengubah takdir dengan kejadian yang buruk sedangkan semua itu ada hikmah di masa hadapan.

“Deep sangat ni ayah, guna konsep multiverse baru saya faham, syukur pada Allah jatuh motor dan cedera sikit, dapatlah saya amal solat duduk Ketika sakit”

Begitulah kisah saya dan anak, yang mana Alang alang saya ajar anak solat duduk atas kerusi, baik saya share juga cara solat duduk buat semua pembaca page keretamayat, mana tahu Panjang umur tapi sakit tua maka solat tetap kena solat walaupun terpaksa duduk…

Okey,cara ringkas solat duduk:, waktu takbir jika boleh berdiri, maka berdiri macam biasa, sebab rukun 13 wajib berdiri bagi yang mampu lepas tu baca Al fatihah macam biasa, bila rukuk, anak kata tak boleh nak pegang lutut sebab sakit, maka rukuklah setakat boleh rukuk, dan peganglah peha atas sebab lutut sakit..

Iktikal kena berdiri, kemudian bila sujud, memang tak boleh, lutut, betis, atas kaki, hujung jari, semua luka dan sakit tak boleh lipat, maka duduklah waktu sujud, dan bongkoklah setakat boleh bongkok.

Bagi yang awal lagi tak boleh berdiri, takbir dah start duduk, maka kena bezakan rukuk dan berdiri, tunduknya condongkan lah sikit, jika kepala jer boleh gerak, bezakan dengan aras tunduk, jika mata jer boleh gerak, bezakan dengan arah pandangan, begutulah lebih kurang solat duduk atas kerusi, boleh tengok youtube banyak ustaz dah share.

Habis solat, kawannya datang ziarah tanya khabar, macam mana boleh jatuh moto?

Selamba anak jawab, “salah pasir tak bagi signal”

Woha!

Ps: Syukur kepala anak takde apa apa asbab pakai helmet, ajal maut di tangan Allah, tapi pakailah helmet, boleh beli sini, https://shope.ee/402H6fiAfx

Statistik menunjukkan 65% kemalangan maut melibatkan motosikal. Usaha dan tawakal, selamat pakaikan anak helmet motor: https://shope.ee/402H6fiAfx

KLCC dan Sajak?

“Sayang… melihat KLCC terus abang dapat ilham nak bersajak”

“Silakan…”

Andai kupunyai mahligai KLCC

Kuhadiahkan untukmu

Andai diberikan emas permata

Kupilih senyumanmu

Dalam berjuta bintang berkelipan

Kau bagaikan kejora

Antara ribuan mata menikam

Takkan kubiarkan kau tenggelam

“Abang? itu kan lirik lagu?

Woha!

Oklah, abang bagi hadis:

Di dalam syurga ada bangunan dari Yaqut, padanya ada bilik-bilik dari Zabarjad, milik siapakah mahligai itu? Itulah milik Orang yang berkasih sayang dan kerana Allah”

Now you know!

Duit raya yang hilang?

Semalam anak request nak naik KL Tower.

Mahal saya cakap, terus anak kata mereka ada duit raya, ayah tolak lah duit raya kami.

Ya, isteri ada bagi saya duit raya anak untuk saya simpankan dalam tabung haji masing masing, maka saya jawab okey, kita naik dan tolak duit raya.

Lepas tu singgah Dechaleton, anak request nak kasut baru, baju baru, seluar baru, ok takpe tolak duit raya.

Kat PBABKL pun anak beli macam macam buku, takpe tolak duit raya!

Lepas tu pergi KLCC, IKEA, terowong saloma, nasi kandar Pelita, mengeteh di puncak bukit Cheras, naik LRT,  MRT, monorail semua dan macam macam lah, maklumlah dah dua tahun tak datang KL sebab PKP, bagi anak feel jadi orang Key Ell sekejap, anak semua happy.

Ajaibnya isteri semak duit raya anak-anak guna Tjari pagi ni, rupa rupanya saya tak potongpun pun duit raya mereka, semua aktiviti bersama anak kira hadiah luangkan masa bersama,

harap status ni naik history bila anak dah besar dan mereka baca lalu terharu melihat kubur saya dan terus hadiahkan bacaan Al baqarah.

Woha!