Apr 16, 2022

Bilal anak Neelofa?

Kasihan Neelofa tertekan sebab ramai nak tengok bilal…

Maka saya nak mengumpat sikit sebab ada orang yang saya tak puas hati ni, tolong share biar sampai pada orang tu.

Kisahnya:

Saya ajak kau jumpa di pagi hari, ada benda penting nak ajak bincang, tapi kau sedap jer tidur tak peduli saya terpekik kat sini.

Ok, saya bagi can, kau bangun pagi macam biasa, kau sarapan, kau buatlah apa kau nak buat, nanti tengah hari sikit saya nak ajak kau jumpa tempat biasa.

Eh? Tengah hari kau sibuk nak lunch, tak sempat jumpa? Habis tu bila kau free?

Baik, petang sikit, cuaca dah tak panas dah, boleh kita jumpa?

Alamak, kau nak pergi bersukan pulak. sabar jer lah.

Baiklah, magrib kita jumpa sekejap jer, boleh?

Sibuk nak tengok drama pulak?, ok, last, saya tak nak kacau kau tengah malam, kita jumpa jam 8.30 malam gitu boleh?

Tak boleh jugak?

Sibuk nak ke mana tu?

Bukankan kita semua menuju mati?, sibuk macam mana pun korang semua akan menuju kubur, langkahan korang menuju maut.

Sebab tu saya ajak jumpa, nak sedarkan diri kau tu siapa? Dari mana kau datang, ke mana kau nak pergi..

Tak kenal siapa saya?

Sayalah yang setiap hari ajak kau menuju kejayaan tapi kau perasan sibuk.

Jumpa lagi subuh esok jika umur mu masih Panjang.

Dan jika kau masih malas nak jumpa saya, jaga kau, saya suruh orang tabligh datang rumah kau nanti.

Lepas tu jika kau cakap saya tak panggil, orang tabligh tak pesan, siap kau akhirat nanti, saya dah malas nak tolong!

Kau tanya siapa saya? Saya bukan kereta mayat.

Saya Suara Bilal, si Azan solat!

Bilal di kampung sendiri tak kenal sibuk nak tengok anak neelopa apa hal?!

Silap haribulan saya juga yang mandikan mayat korang nanti, berjumpa juga kita akhirnya…

Woha!

Superhero Islamik?

Dua tiga hari lepas keluar trailer superhero baru dalam dunia Avengers, Superhero Wanita muslim pertama katanya, tapi bila tengok Trailer, superhero muslim itu tidak bertudung, maka ramailah yag kecam.

Saya google, rupanya dah ramai yang tanya pencipta watak ini, kenapa Superhero Wanita muslim pertama dalam Avangers Universe tidak bertudung? Jawabnya..

Kostum Ms Marvel itu di olah dari pakaian “Shalwar kameez” iaitu baju sekolah  kurta untuk gadis Paksitan, baju jubah bersama skaf tanpa tudung, pencipta watak itu juga nak tonjolkan pakaian majority gadis islam Pakistan di Amerika. Bukan gadis islam seluruh dunia.

Sebelum ini, Zoha Rahman muncul sebagai watak wanita berhijab pertama Muncul Dalam dunia Avangers, Spiderman: Far From Home. Maka ada desas desus mengatakan Zoha akan bawa watak ms Marvel, tapi bila Trailer dah keluar, Iman Vellani gadis Pakistan Kanada akan lakonkan watak superhero muslim pertama dalam dunia Avangers.

Balik di Malaysia, kita sebenarnya ada superhero Wanita bertudung dan hebat menggunakan senjata gasing, iaitu Puan Ejen Alia yang pernah muncul di layer perak membantu ejen Ali, dalam boboboy pula ada superhero gadis bertudung Cik Yaya yang mampu memanipulasi gravity…

Okey tutup TV jap, dah nak azan zohor, sebab superhero sebenar adalah mereka yang mampu selamatkan manusia dari api neraka, err, bagaimana nak selamat dari azab api nereka?

Jom jaga aurat, akhlak, dan solat.

Woha!

Asabun NUzul Al Puasa?

Malam ini pergi awal solat tarawih naik kereta bersama anak-anak lelaki. Kena pergi awal sebab anak bertugas menjadi Bilal.

Sementara tunggu masuk waktu isyak, saya tanya anak-anak lelaki, tahu tak Asbabun Nuzul 10 surah terakhir dalam Al-Quran?

“Tahu ayah”

“wah ini sangat bagus! Cer citer surah Al fil cerita pasal apa?”

“Surah Al fil cerita tentang tentera Abrahah nak Runtuhkan Kaabah di hari kelahiran Nabi dan telah datang burung ababil melepaskan batu dari neraka maka tentera bergajah itu berlubang lubang macam daun dimakan ulat”

“okey surah Al-Quraisy cerita pasal apa?”

“Cerita banyaknya nikmat yang diberikan Allah kepada bangsa Quraisy yang mana mereka pergi berniaga pada musim panas dan sejuk tidak ada gangguan kerana Mekah tidak pernah ditawan oleh mana-mana kerajaan, rujuk kisah Abrahah tadi, dan Allah juga bagi rezeki pada orang quraish yang lapar dan beri keamanan pada orang quraish yang takut maka Allah suruh sembah tuhan Kaabah”

“Wah, bagus! seterusnya surah Al Maun pulak?”

“Cerita tentang orang munafik yang kasar pada anak yatim dan tak bagi makan pada orang miskin, juga kisah Allah melaknat orang munafik yang  solat berjemaah hanya datang pada waktu Zohor, Asar dan Maghrib.. waktu lain tak datang kerana cuaca gelap mereka sangka Nabi tak nampak lalu turun ayat ni bagitahu celakalah orang yang lalai dalam solat iaitu orang yang riak”

“okey next surah paling pendek dalam Al Quran cerita pasal apa?”

“Surah Al kausar cerita pasal orang kafir hina nabi kerana anak lelaki Nabi semua mati kecil maka kata mereka Nabi tidak ada nikmat hidup.. lalu turun ayat ini bagi tahu Nabi akan mendapat nikmat yang banyak dan orang yang tak dapat nikmat dunia serta akhirat adalah orang kafir.”

“Good, Next seterusnya surah Al-Kafirun?”

“kisah orang kafir suruh Nabi berhenti berdakwah lalu tawarkan harta, tahta dan wanita.. Serta mahu Nabi sembah tuhan mereka setahun dan mereka akan sembah tuhan Allah setahun bergilir-gilir, terus Nabi tolak semua tawaran mereka harta tahta wanita dengan lafaz: “untuk kamu agama kamu untuk kami agama kami”

“Okey seterusnya surah An Nasr?

“Surah ni turun selepas pembukaan Kota Mekah yang mana orang kafir masuk Islam berbondong-bondong maka tibalah hari kemenangan kepada orang Islam, datang perintah banyakkan bertasbih dan beristighfar, alhamdulillah”

“Next? Al Lahab?”

“Alamak ayah, dan masuk waktu, saya kena azan dan jadi bilal tarawih!”

1 jam 15 minit kemudian…

Anak masuk kereta, dia bawak, saya di sebelah minta dia sambung tafsir asbabnun Nuzul 10 surah terakhir, dan kita dah tiba di surah Al lahab”

“Ayah lah cerita pulak”

“Baiklah, turunnya Surah yang memberitahu di masa hadapan Abu Lahab akan masuk neraka bersama isterinya.

Surah ini turun waktu Abu Lahab masih hidup, dan beliau sangat marah dan terus menentang Nabi, padahal, jika kita fikir logic, sepatutnya inilah peluang Abu Lahab untuk cipta Parallel Universe iaitu ambik peluang ini untuk taubat, masuk islam dan ubah masa depan! Tapi Abu Lahab tak ambik peluang ini kerana masa itu di tangan Allah.

Di sisi Allah, tiada orang dibenarkan untuk undur ke masa lalu untuk bertaubat, sebab itu dalam Al quran turun ayat: Demi masa semua manusia dalam kerugian, bermakna masa tidak dapat diundur untuk manusia, dalam hadis pula, selalu dipesan, guna lima perkara sebelum lima perkara, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati. Jadi secara kesimpulanya, masa di cipta kearah hadapan dan akan habis untuk manusia ambil peluang mengabdi diri kepada Allah.

Hadis lain pula tentang kisah Allah menulis takdir, pena (takdir) telah terangkat dan dakwat (timeline) telah kering, maka focus kita didunia ini, bukan nak ubah takdir semalam, tapi nak ubah takdir masa hadapan kerana kita belumpun tahu masa hadapan lalu Allah berfirmah:

“Aku tidak akan mengubah nasib kaum yang tidak mahu berubah”

Nampak tak? So dalam Islam, masih common sense dulu dan sekarang iaitu masa bergerak ke hadapan dan akan habis, gunakan masa sebaiknya sementara nyawa belum habis. Simple!”

“Tinggi sangat ni tafsir ayah”

Woha!

“Lagi tiga surah?”

“surah Al ikhlas bila orang kafir tanya tentang siapa Allah? di mana Allah?bagaimana Allah? asal usul Allah? maka turun lah surah Al ikhlas bagitahu Allah itu satu tempat bergantung semua makhluk, Tidak berawal dan tidak berakhir dan tidak ada satu pun yang setara dengan nya. Kemudian dua surah terakhir Al-Falaq dan An Nas turun waktu Nabi kena sihir maka sebelas ayat ini telah membuatkan Nabi terselamat daripada sihir dengan izin Allah”

Ok dah sampai rumah,

Sekian laporan teraweh untuk malam ini dengan hashtag done tarawih beserta Tazkirah.

Woha!

Apr 15, 2022

Lempang Oscar biadab?

Abang mayat sokong siapa? Will Smith atau Chris Rock?

Alkisahnya, Will Smith telah menampar Chris Rock secara live di pentas Oscar 2022 apabila isterinya yang botak “dipuji” secara lawak, akan menjadi hero dalam GI Jane part 2, dan dia tak sabar menontonnya.

Penonton gelak berdekah, sebab zaman sekarang, usaha menghitamkan superhero sedang tranding, ada spiderman berkulit hitam, supermanpun dengar cerita akan berkulit hitam, maka mungkin akan datang, G.I Jane juga berkulit hitam? Hero Wanita yang kuat dalam tentera Amarica? Will Smith juga gelak berdekah dengan lawak ini, sehinggalah isterinya bermuka duka, terus Smith emo, naik pentas, terbayang wajah isterinya yang sedih, dan terbayang kisah hubungan sulit isterinya yang ramai ornag buat lawak sebab Smith maafkan demi anak anak, dan sekarang, isteri sedang sakit rambut gugur, maka demi cinta gila, seorang lelaki itu akan sanggup buat apa sahaja walaupun akan menyesal nanti,

Maka secarah tercipta, depan anak anak, depan orang ramai, dan live secara langsung, seorang lelaki menyelesaikan masalah dengan membuat jenayah, terus menampar orang yang buat lawak pada isterinya.

Ya, menampar orang adalah jenayah, anda boleh ditangkap dan dipenjarakan. Malahan acu penumbuk, acah tampar hinga timbulkan ketakutan juga adalah jenayah, ada akta hukuman untuk pelakuan itu, jadi janganlah kita menyokong mana mana jenayah…

Pelik pulak baca komen nitezen Malaysia yang sokong Tindakan Will Smith, sebab Bila saya baca komen di internet, ramai warga Amarika mengecam Will Smith kerana emo, dan bertindak melampaui undang undang…

Lelaki sejati tak mudah emo, dan terus naik tangan, kemudian menangis anggap diri adalah mangsa, sebab tu Denzel Washington berpesan lepas kejadian kepada Will Smith:

‘At your highest moment, be careful, that’s when the devil comes for you’

Will Smith siap ungkap perkataan ini waktu minta maaf, semua orang bertepuk tangan, tapi Denzel Washington tidak tepuk, wajahnya sedih, dia tak suka melihat kawan berkulit hitamnya yang berkata mahu lindungi my people, tapi bertindak cara tidak bertemadun dengan menyerang my people, atas alasan cinta.

Oleh yang demikian, Pujian harus di beri pada Chris Rock yang sangat professional, the show must go on, he stayed composed dengan tidak membalas serangan, tidak teruskan lawak yang orang tak suka, padahal boleh jer dia cakap..

"Wow, Will Smith can't take a joke, but Chris Rock can take a punch cause Christ took the punch more maturely than Smith took the punchline so Wills relationship is open to everything but jokes”

"And this March, so when August, that was the real meaning of entanglement, "

Bayangkanlah jika Crish Rock jawab macam tu, mahu menggelumpur abang Smith kita….

Tapi begitulah, sejarah tercipta, Christ sangat profesianal, tak membalas dan teruskan acara walaupun dia sedang dimalukan depan seluruh dunia, Chris ada pengurusan stress yang sangat bagus manakala Smiith kena hadirkan diri buat terapi uruskan stress, bimbang beliau bunuh diri jer nanti…

Baca komen citizen sana, ramai kecam Smith, sebab lawak itu jika DI Malaysia memang sensitive, tapi di Amarica yang ada budaya roast battle personal insult, lagi hina lagi lawak, dan kebebasan bersuara siap mereka sendakan Trump dan Paderi, maka Smith tak patut sentap dengan emo terus bangun menampar orang, boleh jer jerit saya tak suka, tolong berhenti, maka Rock pasti akan stop sebab dia professional..

Saya tulis ni sebab saya pelik ada orang sokong keganasan, sebab Islam tidak menyokong keganasan atau kebebasan suara yang melampau, ada hukum dalam islam bahawa lawak menghina adalah salah, menampar orang juga adalah salah, jadi budaya barat ni janganlah di tiru, maka saya tak sokong dua dua.. sebab dua dua adalah salah, Cuma sorang emo dan sorang profesional…

Cuba fikir balik, suka ke jika Nabil buat lawak kepada isteri M Nasir dalam Gegar Vaganza, terus M Nasir naik tampar Nabil? Lepas tu Nabil saman M Nasir? Suka ke?

Tapi kejadian tu tak berlaku sebab Datok M Nasir lelaki melayu sejati yang profesional, dia cakap tak suka, dan Nabi stop buat lawak pasal isteri dia, akhirnya Nabil insaf dan mendapat hidayah keluar tabligh, Alhamdulillah…

Kesimpulannya, Abang keretamayat tak sokong Will Smith atau Chris Rock, tapi abang sokong Denzel Washington yang berpesan:

‘At your highest moment, be careful, that’s when the devil comes for you’

Woha!

Apr 14, 2022

Tik tok di Masjid?

Zaman dah berubah, saf hadapan saya tengok ramai orang muda, saf belakang pulak ramai orang tua, mungkin senang nak ke tandas, maklumlah solat tarawih ni panjang, mungkin ada yang tak tahan nak terkencing ke apa.

Alkisahnya, Saya solat di saf ketiga, sebab saya separuh muda, ehem ehem.

Saf depan semua dah di sapu oleh anak muda, dan tiba tiba Imam berhenti solat sebab batal, saya perasan sebab Imam keluar saf dan lalu sebelah saya.

Eh? Siapa nak naik jadi Imam? Karang anak muda saf depan bantai mufarakah semua?, habis pahala berjamah? saya harap makmum belakang Iman tu segera naik ganti Imam yang batal tu, sebab saya jika nak naik, jauh sangat, dan tekaan saya benar, makmum muda belakang Imam tu naik, dan sambung jadi Imam, Alhamdulillah Jemaah semua tak batal dan solat diteruskan seperti biasa. Dua puluh tujuh ganjaran pahala darab tujuh puluh dalam tangan insyaAllah.

Eh? Bila dengar bacaan Iman baru yang merdu, macam kenal? Baguslah muda muda mampu jadi Imam.

Moral of the story, jika nak duduk belakang imam, pastikan ilmu penuh di dada. Jika tiada ilmu, mampu main tik tok buat content nak kahwin dengan Imam jer lah.

Oh yer, Imam yang naik tadi anak lelaki pakcik, tak sia sia pakcik buat tik tok teka teki islamik dengan anak anak waktu PKP, jemput follow tik tok keretamayat semua.

tiktok.com/@hamkakeretamayat

Woha!


Apr 13, 2022

Suami kantoi? terima kasih Maybank?

 Suami kantoi ada simpanan wang untuk majlis kahwin, pengguna Maybank MAE sila hati hati.

Al kisahnya, Tanda ekonomi kita baik, kita tak ada hutang peribadi dengan orang, jika ada masalah kewangan, kita ada tabung simpanan untuk di gunakan.

Maka ujian telah datang dalam hidup saya, isteri perlu guna duit lebih, nak segera RM600. Tapi tengok akaun saya, hanya ada baki RM300, alamak? Nak korek tabung Haji ke?

Saya kata, Takpe sayang, abang ada tabung simpanan untuk kecemasan, terus saya buka App Maybank, terbeliak mata bini, tengok saya ada tabung simpanan bertajuk “MAJLIS KAHWIN”

“Abang nak kahwin lagi ke?”

“Alamak, kantoi tajuk ‘goal’…”

“Abang nak kahwin lagi ke?”

Sayang, tak tahu ke?, abang ada main kutu versi halal yang di buat oleh Maybank… sayang tahu tak? Jika tak kena korum, main kutu boleh jadi haram, sebab berlaku penindasan, dan peluang ketidak jujuran yang luas, malahan di sisi undang undang mengambil deposit dari orang tanpa perniagaan adalah kesalahan, maka si Bank Harimau ni buat app Kutu versi halal siap siap dalam Maybank2u dan MAE iaitu MY GOALS.

Cara nak main kutu versi halal, download App MAE Maybank, buat set goal, tulis tajuk tabung, dan Maybank tolong potongkan siap siap, jika nak berhenti, bila bila masa jer, ni jika jualan buku berkurang terdesak nak duit, bolehlah ambik duit “kutu” tanpa perlu bergaduh dengan Jemaah “kutu”.

“Tapi kenapa abang tulis goal Tabung Majlis kahwin? RM200 sebulan abang potong masuk tabung, sejak Jan 2022, apa hujung tahun ni abang plan nak kahwin lagi lah yer?”

Kejap, biar abang habis cerita dulu,

Kepada Sesiapa yang belum ada akaun Maybank, Tahukah anda, Maybank mempunyai e-wallet MAE yang lebih best daripada aplikasi asal mereka, M2U? Yang paling best, guna aplikasi ini boleh dapat duit dengan beberapa cara.

Antaranya  CASHBACK. Setiap kali pembayaran di merchant yang terima MAE, akan dapat cashback.

Main game di MAE. Kalau menang, dapat duit.

Paling mudah, DOWNLOAD aplikasi MAE pun dapat! Lepas install, masukkan code di bawah utk dptkan R.M5 kredit

MHB080961

MHB080961

MHB080961

Lepas download, boleh ajak kawan-kawan download dan gunakan kod anda, masing-masing akan dapat kredit R.M5. Lagi ramai kawan download guna kod anda, lagi banyak duit anda dapat. Best tak?

Jika Phone Android, klik

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.maybank2u.life&fbclid=IwAR3cQRUHo4tXOwW8CbSx6NXc7shr_0cCzZkKiMrp781z965x8cwogm0DZ0w

Jika iPhone, klik

https://apps.apple.com/us/app/mae-by-maybank2u/id1481028763

Lepas install, masukkan code di bawah utk dptkan R.M5 kredit

MHB080961

MHB080961

MHB080961

“Abang cerita Panjang, tapi mana alasan sebenar abang? kenapa abang tulis goal Tabung Majlis kahwin? RM200 sebulan abang potong masuk tabung, sejak Jan 2022, sekarang dan March, RM600, bermakna hujung tahun ni abang plan nak kahwin lah yer?”

“Awak ni pun, tak ingat ke awal tahun hari tu kita mesyuarat nak buat majlis bersanding depan anak anak?, awak nak pakai baju pengantin, awak nak upah jurusolek sebab masa awal kahwin dulu kita buat majlis kecik, tak bersanding dan tak jemput anak anak, sekarang dah 20 tahun kahwin, anak dah besar, kita bercadang nak buat majlis kahwin bersanding peribadi depan anak anak, awak tak ingat?”

“Woha! Saya lupa! Adohai..”

Ringkas cerita, Tabung Majlis kahwin kami ‘pecahkan’ dan Majlis bersanding secara peribadi depan anak anak terpaksa kami tangguhkan, mana tahu akan datang ada penaja nak sponsor? Amin.

Selamat main kutu di MAE maybank, sila guna kod ini agar abang keretamayat dapat segara buat majlis kahwin peribadi sempena 20 tahun hidup laki bini-Woha!

MHB080961

MHB080961

MHB080961


Terima kasih sudi referel guna kod saya, segala referel guna kod MHB080961

Saya dahulukan jutaan terima kasih. Doakan saya dapat "bersanding" segera.

Woha!

Apr 12, 2022

Hutang tak bayar masuk neraka?

Tanda kewangan kita baik, kita tak pernah pinjam duit orang hujung bulan sebab jika berlaku kecemasan, kita ada wang simpanan. Alhamdulillah.

Pinjam duit orang ni bahaya, sebab Hutang jika sampai mati masih tak bayar!? Alamak Masuk neraka walaupun mati syahid.

Rujuk kitab Mutakhab hadis,, bab ikram muslimin, hadis no 200 hingga 210.

Saya buat ringkasan dari hadis tersebut..

Dosa paling besar selain syirik adalah mati dalam keadaan berhutang tanpa ada apa apa rancangan membayar hutang.., Roh orang berhutang yang baik akan tergantung (tertangguh) untuk sampai ke syurga disebabkan hutang tidak bayar.

Pernah Nabi bersabda alangkah kerasnya amaran ini, iaitu barang siapa mati syahid hidup semula dan mati syahid, tidak masuk syurga selagi hutang tidak di bayar.

Ada juga kisah Nabi tidak solat jenazah bagi mayat yang berhutang.

Dalam hadis lain bercerita, siapa berhutang tanpa niat membayar, Allah akan binasakan mereka.

Dan Orang islam yang terbaik adalah yang membayar hutang dengan baik. Iaitu memBayar hutang bersama ucapan terima kasih dan pujian. Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak bersyukur kepada Allah.

Maka untuk atasi masalah ni, kita kena ada kebolehan menyimpang wang, dan dari simpanan terkumpul itu, maka kita boleh guna bayar hutang, InsyaAllah.

Rujuk kisah Nabi Yusof dalam Al quran, yang beliau ada ilmu tafsir mimpi setelah raja bermimpi melihat tujuh ekor lembu gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus. Apa maksudnya?

Maka jawab Nabi Yusuf, negara akan di landa kemarau tujuh tahun, selepas tujuh tahun negara subur, jadi waktu negara subur, simpanlan makanan separuh agar musim kemarau rakyat tak susah.

Dari kisah ini fahamlah kita bahawa ekonomi dunia akan selalu naik turun, ekonomi kitapun sama, maka menyimpanlah separuh harta kita agar dapat digunakan waktu susah tanpa perlu kita berhutang dan menyusahkan orang.

Tapi nak simpan separuh gaji tak mampu sebab kita banyak hutang Bank nak kena bayar, seperti hutang rumah, kereta, penapis air, dan macam macam.

Maka nasihat pakar kewangan, simpanlah 6 bulan jumlah wang yang mampu kita hidup tanpa bekerja jika kita bisnes sendiri, dan 3 bulan jumlah wang yang mampu kita hidup tanpa bekerja jika kita kerja makan gaji macam penjawat awam.

Jadi nak simpan banyak mana? Ikut kisah Nabi yusof tu tiap kali gaji simpan separuh tapi itulah, hutang dan keperluan kita banyak, maka nasihat pakar kewangan, simpanlah 30% dari gaji atau sekurang kurangnya 10%.

Nasihat simpan duit ni selalu pakar mat saleh suruh buat, rupanya dalam Al quran dah cerita lama bab persiapan musim ‘kemarau’ yang dalam kes kita ni kemarau wang akibat masalah ekonomi.

“Tapi cik Hamka, nak simpan tu kadang lupa? Terbelanja, macam mana nak buat?”

Zaman dah Maju, kau download MAE Maybank, boleh buat Tabung potong Auto tanpa korang sedar, boleh terus lebelkan Tabung 1 untuk insuran kereta, Tabung 2 untuk melancong, Tabung Tiga untuk majlis kahwin, zaman dah maju, Kita cari duit, Sistem tolong tabungkan, sampai masa duit penuh, tak perlu nak pinjam duit kawan kawan.

Rujuk gambar, siap boleh Booster simpanan agar cepat penuh, dan boleh cancel anytime, (pinjam dengan diri sendiri), kira macam main kutu tapi kita bos, ha ha.

Saya pernah buat Tabung Majlis Kahwin dah simpanan dah dekat RM2000, saya ambik duit sebab ada kes kecemasan, maka Majlis kahwin kali ke dua saya Tangguh ke simpanan akan datang.

Kejap, sebelum isteri mengamuk tengok Tabung Majlis kahwin, saya buat pendedahan siap siap, plan nak sambut ulang tahun ke 20 kami dengan bersanding depan anak anak, dulu kahwin tak bersanding dan majlis tak besar sebab duit tak banyak, ni jika ada rezeki lebih, sajer nak pakai baju lawa dan bersanding depan anak anak, tapi itulah, sikit lagi tabung nak penuh, kereta rosak, huhuhuhu. Tiada kawan kawan yang saya pinjam duit, saya guna duit dari tabung kahwin, kes selesai-Alhamdulillah, tapi jika ada kawan bisnes pengantin nak sponsor takde masalah, ha ha.

Atau lebih mudah, korang Download App MAE Maybank, buat tabung masing masing, MAE ini siap ada  e-wallet MAE yang lebih best daripada aplikasi asal mereka, M2U? Yang paling best, guna aplikasi ini boleh dapat duit dengan beberapa cara.

Antaranya  CASHBACK. Setiap kali pembayaran di merchant yang terima MAE, akan dapat cashback.

Main game di MAE. Kalau menang, dapat duit.

Paling mudah, DOWNLOAD aplikasi MAE pun dapat! Lepas install, masukkan code di bawah utk dptkan RM5 kredit

MHB080961

MHB080961

MHB080961

Lepas download, boleh ajak kawan-kawan download dan gunakan kod anda, masing-masing akan dapat kredit RM5. Lagi ramai kawan download guna kod anda, lagi banyak duit anda dapat. Best tak?

Jika Phone Android, klik

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.maybank2u.life&fbclid=IwAR3cQRUHo4tXOwW8CbSx6NXc7shr_0cCzZkKiMrp781z965x8cwogm0DZ0w

Jika iPhone, klik

https://apps.apple.com/us/app/mae-by-maybank2u/id1481028763

Lepas install, masukkan code di bawah utk dptkan R.M5 kredit

MHB080961

MHB080961

MHB080961

Terima kasih sudi referel guna kod saya, segala referel guna kod MHB080961

Saya dahulukan jutaan terima kasih. Doakan saya dapat "bersanding" segera.

Woha!