Apr 15, 2021

Lima Nikmat tersembunyi di meja makan?

Jika kita lihat satu keluarga, sedang makan di restoran, semua tutup aurat elok elok, dan mendapati di meja itu ada suasana kasih sayang, yang mana tiada kelihatan anak anak main telefon sewatu bersama, dan si ayah kelihatan menguasai meja, dibantu isteri tercinta, maka yakinlah kita bahawa keluarga itu sedang mendapat lima nikmat hidup yang besar.

Fahami lima nikmat hidup maka mudah kita utamakan ikut keutamaan, dan boleh kita lihat nikmat ini pada sebuah keluarga di meja makan restoran

Kelima, nikmat hidup terbesar adalah masa lapang, mereka ada masa lapang, kerana itu lah mereka boleh makan Bersama di restoran.

Keempat, nikmat hidup terbesar adalah pendapatan, mereka ada duit, kerana itu lah mereka boleh makan Bersama di restoran.

Ketiga, nikmat hidup terbesar adalah kesihatan, mereka semua nampak berselera, sebab tu tengok air semua manis manis, makanan semua lazat lazat, alhamdulillah nikmat dapat makan sedap.

Kedua, nikmat hidup terbesar adalah cinta, mereka semua tak bertengkar atau bergaduh, sebab jika ada masalah tentang cinta, mereka tak akan dapat makan Bersama.

Pertama, nikmat hidup terbesar adalah agama, ayah kelihatan menguasai meja, isteri bantu suami, dan anak anak respek pada ibu bapa, bila ayah berkata kata, semua anak mendengar, dan jika dipasang telinga, ayah rupanya sedang bagi tazkirah santai di meja makan.

Tahniah kepada keluarga itu, anda semua sedang mendapat lima nikmat hidup terbesar iaitu, MASA LAPANG, SUMBER PENDAPATAN, KESIHATAN, KEKELUARGAAN, DAN KEAGAMAAN.

Bab masa lapang, Bayangkan jika kita hidup tanpa masa lapang, maka takdelah ruang untuk bekarya, untuk hoby yang manfaat, untuk tambah pendapatan, untuk tambah nilai cinta, untuk tambah keluasan syurga, hargailah masa lapang kerana masa itu akan berlalu dan tidak akan kembali lagi.

Bab sumber pendapatan, Bayangkan jika kita hidup miskin, susah, hutang keliling pinggan, aduh… menjadi miskin tidak haram tapi menyusahkan orang itu haram, berhutang tidak haram, tapi jika tak bayar mati syahid pun tak dapat selamatkan diri dari dosa hutang, dan menjadi kaya juga tidak haram maka usahakanlah jadi kaya dan bantu orang susah. Rukun Islam ada dua tempat perlu oada harta iaitu zakat dan haji, maka jangan takut menjadi kaya, sebab takut Dengan wang kita mungkin tak boleh beli kebahagiaan, tapi ingatlah dengan miskin kita boleh memdapat penderitaan secara percuma. Take noted.

Bab Kesihatan pula, Bayangkan jika kita hidup tanpa kesihatan? Terlantar sakit lumpuh, tak boleh makan macam biasa kena makan bubur, atau bayangkan setiap hari kena ke hospital tukar darah, atau apa apa sahaja penyakit, jika boleh di elak, elakkanlah, jika dah takdir kita kena penyakit, cinta dan agama akan bantu kurangkan beban penderitaan. Insya-Allah

Jadi mari usahakan Cinta dalam keluarga, bayangkan jika kita hidup tanpa Cinta? Tak ada orang sayang kita sebab kita pilih untuk bergaduh dengan ibu bapa, bergaduh dengan pasangan, bergaduh dengan anak anak, bergaduh dengan kawan dan jiran, lepas tu kita sangka kita akan bahagia? Nabi Adam dalam syurga pun merasai sepi tanpa cinta lalu minta Allah teman hidup, maka apatah lagi kita yang hidup dalam penjara dunia, amat sangat memerlukan cinta. Terima kasih kepada semua yang sudi mencintai diri ini, sungguh cinta sesama manusia akan menutup aib kita selepas mati.

Lats paling penting, bab agama, bayangkan jika kita hidup tanpa Agama? Maka kita tak dapat jawab soalan dari mana kita datang dan kemana kita pergi? Dan apa tujuan hidup kita? Sebab alam ini terlalu besar untuk kita mencari jawapan dengan kaki sendiri, Lalu kita isi jawapan tu dengan falsafah hambar dan sampai satu masa, bila berdepan dengan maut, falsafah kita takde jawapan langsung nak menghadapinya, aduhhh.

Sungguh agama itu adalah nikmat hidup diwaktu senang, di waktu susah, di waktu sakit, di waktu mati dan di waktu hidup selepas mati, terima kasih Allah sebab pilih saya jadi orang Islam, pilih saya solat, puasa, bayar zakat dan pergi haji, terima kasih, hidup ini sungguh indah bila dapat MenyembahMU dengan cara yang paling layak Engkau di Sembah. Alhamdulillah!

Eh? Tadi waktu nak bayar, dah ada orang bayarkan, Ohh.. Ok, anak anak, makan cepat cepat, jap lagi nak azan, kita solat berjemaah, awal waktu tempat azan di azankan.

Ps: Semoga saya sendiri dapat amal apa yang saya tulis, korang dapat amal apa yang di baca, dan kita semua woha sampai syurga! Woha!

 

Apr 14, 2021

Jodoh itu takdir Allah?

Pepatah melayu, Jika dah jodoh, memang tak lari gunung di kejar, tapi gunung tetap kena di daki. Jika sampai puncak, ada jodohlah, jika tak sampai, mungkin penat, pancit, sesat, bosan, cedera, atau apa sahaja alasan, maka waktu itulah jodoh tak sampai.

Jadi jangan tengok sahaja gunung jodoh, cubalah mencari ilmu untuk mendaki….

Cerita tentang jodoh teringat satu kisah, mungkin kisah israeliyyat (boleh digunakan untuk tujuan pengajaran) yang di campur aduk dengan dongeng melayu, (dongeng juga boleh digunakan untuk pengajaran) iaitu kisah burung Garuda nak pisahkan takdir berkenaan jodoh.

Alkisahnya, Pada satu hari burung garuda telah mengetahui seorang anak raja dari barat akan berkahwin dengan puteri raja dari timur, lalu burung garuda ini pergi menghadap Raja Sulaiman untuk sahkan adakah mereka ditakdirkan bertemu jodoh?

Bila Raja Sulaiman sahkan memang ada jodoh antara putera barat dari ROM dan puteri timur CHINA, maka burung garuda dengan angkuh nak ubah takdir berkenaan jodoh, dan bersumpah jika dia gagal dia akan hilangkan diri dari dunia ini.

Lalu burung Garuda pergi serang kapal Putera barat dan karam semua, hinggalah putera Barat terpaksa minta tolong pendekar melayu Merong Mahawangsa yang pandai manipulasi tenaga Jentayu Suria macam Meriam leser.

Tak mampu culik Putera ROM, Garuda serang China dan culik puteri timur yang akan di jodohkan dengan Putera Barat.

Puteri itu disembunyikan di sebuah mahligai berdiri atas Pulau terpencil.

Tapi dah kuasa takdir, anak raja itu mendapat nasihat dari Merong untuk belayar dengan perahu kecil berbentuk pisang. Kerana garuda tidak suka makan pisang maka kapal itu akan selamat.

Pendekkan cerita, Puteri timur di dalam mahligai pulau kapas bagitahu teringin nak makan pisang, maka burung garuda menyambar ‘pisang’ hanyut dan sembahkan pada puteri timur tanpa mengetahui bahawa anak raja barat ada dalam tu.

Kerana yakin bahawa anak Raja Barat itu telah terpisah, burung garuda pun terbang pergi menghadap Nabi Sulaiman sembah maklum dengan takburnya mengatakan ia telah menangkap Puteri Raja Timur dan memisakah Takdir.

Apabila Raja Sulaiman mendengar percakapan takbur burung garuda itu, ia pun menitahkan Raja Jin yang bernama Harman Shah, menghantarkan wazirnya dengan seratus orang jin membawa mahligai di pulau yang garuda sembunyikan puteri tadi.

Bila mahligai dibawa, lalu keluarlah dari pintu mahligai puteri timur dan putera barat elok jer duduk bersama, maka malulah garuda sebab telah gagal pisahkan takdir Allah bab jodoh., dan terus menghilangkan diri. Mungkin pergi bunuh diri? Sebab dah tak jumpa sampai sekarang.

Jadi moral cerita ini, JODOH AKAN DATANG PADA KITA SEPERTI MANA MAUT AKAN DATANG PADA KITA! Yakinlah! Tapi jika usaha dah di buat, jodoh tak sampai sampai, maka ajal akan sampai dahulu, tapi jangan bimbang, jika beriman, akan tetap ada jodoh di syurga selamanya, tapi jika mati tidak beriman, akan terseksalah di neraka dalam keadaan bujang selamanya walau di dunia banyak kekasih.

Woha!

Ps: Saya pernah daki bukit mencari jodoh dan jumpa lokasi persembunyian Puteri Timur itu di Terengganu, di situ rupanya Garuda pernah melanda, tak percaya? Rujuk video ini

https://youtu.be/ANLxs3zXmjM

Apr 13, 2021

Ahli Syurga lawan Ahli Syurga?

Perang Jamal, Saidina Ali r.a lawan Talhah r.a.

Kedua duanya di jamin Syurga oleh Nabi, namun kerana perbezaan pendapat, kedua duanya terlibat dalam perang yang mengorbankan hampir 18 ribu nyawa orang islam.

Ulamak Sunnah wal Jamaaah mensucikan keduanya, perang itu berlaku kerana salah faham, dan hasutan orang munafik serta Khawarij, niat mereka berdua adalah betul, satu mempertahanakn hokum Qisas, satu lagi mepertahankan hokum Khalifah, maka kedua duanya tetap ke syurga kerana Janji Allah kepada Nabi itu benar.

Maka fahamlah kita apabila, sahabat Nabi yang keduanya dijamin Syurga boleh berbeza pendapat hingga tiada jalan perdamaian melainkan perang, maka apatah lagi kita ummat islam pasti ada yang akan bergaduh sesama sendiri.

Namun dalam bergaduh tetap ada adab adabnya,

Alkisah Sebelum perperangan bermula, maka Saidina Ali r.a sebagai wakil kerajaan telah bermuzakarah dengan saidina Zubair yang bertindak sebagai wakil dari pihak pembangkang, setelah bermuzakarah dan masing masing tetap dengan pendirian masing-masing, maka mereka telah menangis dan saling berpelukkan.

Inilah sifat sahabat sebelum masing masing mencabut nyawa sesama mereka.., ini bukan perang mulut atau poster, perang artikel atau perang lontar batu dan gas pemedih mata, ini adalah perperangan maut, senjata di angkat, bolehkah kita memeluk musuh kita dengan penuh kasih sayang, sebelum saling bunuh membunuh?

Lupakan cerita kita, kita balik kepada medan perperangan itu, mari kita belajar dari sahabat akan bagaimana adab ‘bergaduh’.

Pada mulanya hanya duduk hadap menghadap, tapi campurtangan dari pihak khawarij dan munafik yang melontar panah dan mebakar khemah, maka perang bermula.

Lalu bermulah perperangan...

Hujung pereprangan, unta yang di tunggang Aisyah r.ha telah tercedera dan Aisyah telah terjatuh, melihat keadaan itu saidina Ali telah menghantar adik Aisyah yang menyebelahi Kerajaan iaitu Muhammad bin Abu bakar untuk membantunya, kemudian apabila saidina Ali dapat bertetang mata dengan Aisyah, lantas bertanya:

“Ibu yang tercinta? Adakah ibu tercedera? Semoga Allah mengampunkan kesalahanmu”

Lalu Aisyah menjawab;

“Semoga Allah mengampunkan kesalahanmu jua."

Moralnya di sini, walaupun masing masing mengakui musuh mereka telah tersilap, tapi mereka sentiasa berdoa agar Allah mengampukan dosa-dosa musuh mereka.

Tapi tidak dengan politik kita hari ini, kita bukan ada keinginan untk berdoa keampunan musuh kita, malahan kita suka jika musuh kita mendapat susah, dan merasa tersiksa bila musuh kita mendapat nikmat, malahan yang lebih teruk apabila kita akan menuduh mereka sebagai ahli neraka dan kafir dan mendokan bala di timpa pada sesame ummat islam, adohai…

Ketahuilah, walaupun sahabat Nabi berbeza pendapat tapi mereka tetap bersatu di bawah akhlak terpuji, menjaga hati dan maruah masing masing, Dalam perperangan, apabila mereka berhenti dan mendirikan solat, ada tentara Muawiyah yang bersolat di belakang Saidina Ali, apabila di tanya kenapa solat di sini, katanya, bacaan saidina Ali lebih bagus.

Dan apabila mereka berehat untuk makan pula, ada tentara saidina Ali yang makan bersama tentera Muawiyah, apabila di tanya kenapa makan di sini, katanya, lauk di sini lebih sedap.

Maka kita hari ini, ada yang tidak sanggup bersolat di belakang imam kerajaan dan ada yang tidak sanggup makan sembelihan musuh mereka dengan anggapan bahawa musuh kita itu telah kafir, naduzubillah.

Sabda Nabi lebih kurang maksud, sesiapa yang mengatakan orang lain sebagai kafir sedang orang itu tidak kafir, maka yang berkata itulah yang kafir, alangkah bahayanya!!

Dalam hadith lain, Nabi bersabda:

Seseorang berkata, aku bersumpah dengan nama Allah bahawa Allah tidak akan mengampunkan si polan dan si polan, lalu Allah menjawab ; siapakah orang ini yang bersumpah dengan namaKu bahawa Aku tidak akan mengampuni orang itu? Sesungguhnya Daku telah mengampuni orang itu sedangkan orang yang bersumpah itu Daku katakan kepadanya; segala amalan mu batal dan sia-sia.

Menurut sebuah hadith terdapat dua orang di kalangan bani Israel, seorang ialah abid dan seorang lagi pendosa besar, Selalu si abid memberi amaran kepada pendosa. Suatu hari si abid ini terlihat pendosa ini melakukan dosa besar lalu diapun berkata kepada pendosa tadi; Aku bersumpah dengan nama Allah, Allah tidak akan mengampunkanmu.

Maka terjadilah bahawa apabila kedua-duanya menjadi mayat, dan kedua-duanya di bawa ke hadapan Allah, lalu Allah berfirman kepada si abid, “adakah kamu anggap bahawa kamu boleh menyekat nikmat-nikmatKu daripada turun dengan sumpahmu?

Kepada pendosa Allah berfirman, masuklah ke dalam shurga dengan rahmatKu”

Maka perintah pun di berikan supaya si abid itu di humbankan ke dalam neraka.

Mengenai si abid ini berkatalah Abu Hurairah r.a sahabat Nabi:

”kerana satu perkataan, dia membinasakan diri dan ugamanya”

Maknanya di sini, bukanlah aku nak kata orang buat dosa boleh senang hati buat dosa bila dengar hadith ini, itu cerita lain, maksud aku adalah, janganlah kerana beremosi dalam politik, lalu korang cakap  pemimpin Umno, PH, PN, PAS, dan lain lain masuk neraka, doa kapal terbang mereka jatuh atau doa pecah perut dan sebagainya, itulah yang hampeh! Janganlah kita membinasakan diri dan ugama dengan perkataan perkataan yang jelik dan menjatuhkan maruah.

Arakian, selepas perang tamat, Apabila saidina Ali melihat mayat Muhhamad bin Talhah r.a terbujur kaku, beliau berkata:

"Semoga Allah merahmatimu,sesungguhnya kamu adalah seorang ahli ibadat, berdiri malam dalam solat, berpuasa pada hari yang panas terik”

Beginilah para sahabat melayani dan menangani maruah serta kehormatan lawan mereka. Adakah kita hari ini sanggup bercerita tentang kebaikkan musuh kita, walaupun selepas mereka menjadi mayat?

Nabi bersabda, barangsiapa yang menyakiti hati seorang islam, maka dia telah menyaktiku, Dan barangsiapa yang menyakitiku, menyakiti Allah.

Ketahuilah, orang islam yang kamu umpati dan caci itu akan mendapat ganjaran amal ibadat kamu, nah!! sekarang kerana marah pada musuh kamu, maka ambiklah segala amalan aku? Tak ke bangang amalan itu?

Ada lagi, apabila Muawayyah r.a ada masalah ugama dan beliau tidak tahu hukumnya, maka beliau telah bertanya kepada Saidina Ali r.a, walaupun mereka berbeza pendapat tapi bukan dalam semua hal, kita hari ini bila bergaduh sanggupkah rendahkan diri pergi minta tolong musuh kita selesaikan masalah kita?

Sanggupkah?, tapi kita dengan bodoh sombong membatalkan semua kebaikkan mereka, inilah perkara yang benar-benar rugi dalam masyarakat islam.

Arakian dalam perperangan ini, Saidina Ali r.a telah menang, tapi harta tidak dirampas, mereka yang letak senjata tidak diapa apakan, mereka yang lari tidak di kejar, mereka yang cedera dirawat, jenazah urus bersama cara islam dan saidina Ali tidak menjadikan mereka sabagai hamba tawanan seperti biasa yang di lakukan oleh Nabi dalam mana-mana perperangan.

Ada orang yang mempertikaikan kepututsan saidina Ali membebaskan tawanan perang begitu sahaja, dengan alasan Nabi tidak berbuat demikian, ini bidaaah! lalu saidina Ali jelaskan lebih kurang maksud bahawa Nabi berperang dengan orang kafir sedang beliau berperang dengan orang islam dan tanya saidina Ali, : "adakah kamu sanggup Ibu orang islam, isteri Nabi (Aisyah r.a ) menjadi hamba kamu?"

Maka moralnya, dalam perang sesama islam, bila sudah di takdirkan kalah, bersatulah dengan yang menang dan yang menang, maafkan mereka yang bersalah.

Allah akan menambahkan kemuliaan mereka yang memaafkan orang-orang yang zalim. Apatah lagi kemuliaan yang kita dapat apabila memaafkan orang islam yang hanya berbeza pendapat.

Satu lagi, Saidina Ali r.a di tanya apakah pendapat beliau tentang orang yang tidak melibatkan diri dalam perperangan ini?

Jawab saidina Ali: "mereka adalah orang yang tidak mencampakkan dirinya dalam kebaikkan dan juga tidak mencampakkan diri dalam kebinasaan."

Moralnya di sini, jika ada ummat islam yang tidak terlibat dengan politik kita, janganlah letak hukum mereka sebagai kafir atau sesat, tiada pendirian, lalang dan sebagainya, kerana apabila di tanya kepada Saad bin Waqas r.a yang tidak menyertai perperangan itu, beliau ada hadith tersendiri yang membenarkan tindakkan beliau,

Satu lagi, sahabat sahabat yang sedang berdakwah di seluruh alam, yang tidak pulang menyertai perperangan itu, mereka betul dalam amalan mereka, perkara ini sudah berlaku di zaman Abu Bakar r.a lagi, yang mana apabila Rom dan Parsi mengancam Madinah, di tambah munculnya nabi palsu dan orang murtad serta golongan yang enggan membayar zakat, tapi Abu Bakar r.a tetap menghantar jemaah Dakwah Usamah ke seluruh alam walaupun pada mulanya Saidina Umar  tidak setuju, namun akur pada keputusan Khalifah Abu Bakar, dan bersaksilah bahawa keputusan itu adalah terbaik kerana Ummat islam telah mendapat kemenangan besar pada hari itu.

Sesungguhnya mereka benar dalam  berjihad...

Maka kesimpulannya secara ringkas, berikut adalah adab apabila ‘bergaduh’ dalam islam, pastikan:-

• Tidak menyakiti Hati orang islam yang berpeza pendapat.

• Rasa kasihan pada Ummat islam yang berbeza pendapat lalu berdoa kepada Allah agar di ampunkan dosa ‘musuh’ kita.

• Cuba cari jalan untuk berdamai dengan bermesyuarat.

• Jangan cerita buruk mereka dan Jangan kafirkan mereka, walau sebagaimana jelekpun mereka.

• Tahan marah kamu, tekan nafsu kamu dan ceritalah kebaikkan mereka.

• Jika ada masalah yang dapat musuh kamu bantu, kenapa tidak menggunakannya?

• Apabila kamu bergaduh dan berperang, anggaplah yang menang adalah keputusan Allah, kemudian bersatulah dengan mereka, jangan hidup berpuak puak.

• Yang menang, maafkan mereka yang kalah..

• Jangan anggap orang yang tidak bersama kamu sebagai sesat...

• Keluarlah berdakwah, ajaklah ummat kepada membesarkan Allah, bukan kepada parti, pada negara, dan pada makhluk, apabila semua Ummat ini menyeru hanya kepada Allah, maka Ummat akan bersatu. InsyAllah.

Panjang nak tulis, ini antara intipati perkongsian saya petang tadi dalam Bicara Karya anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka bertempat di Perpustakaan Kuantan.

Judul Buku yang saya pilih : Fitnah Terbesar Dalam Sejarah Islam oleh Syekh Taha Hussien.

Link video penuh: https://www.facebook.com/Pahanglibrary/videos/183834570214217

Apr 12, 2021

Buku pilihan anak tak nak main Game?


 

Salam encik Hamka, Since anak bayi,pelbagai buku sudah di beli... yang mengeluarkan lagu, yang warna menarik.. tapi semua dia susah nak pandang, then bila ada suatu buku yang magis, yang halaman tiada warna.. Kisah Anak Bini Tulisan encik Hamka.

Tapi anak khusyuk membaca! wow!

Bagi tahun 2021.. kanak kanak memandang sebuah buku itu suatu perkara yang sukar sebab buku perlu bersaing antara Youtube, Tiktok, Video game, Main slime

Tapi Buku Encik Hamka ada magis.

Tak pernah boleh dia lama-lama khusyuk on sesuatu buku.. tapi since dapat pukul 5 tadi.. dia masih membaca, Dia kata.. banyak persoalan yang dia nak tanya.. yang ada di situ.

Terima kasih Encik Hamka.

********

(Jawapan saya, terus saya forward komen pembaca ini dalam group whatsapp anak-anak saya sambil komen:)

Anak orang baca buku ayah kulit ke kulit,  korang pulak sibuk main game sampai cable cas berbelit belit, malam ni jugak ayah install Google Family Link. Rasakan!

Woha!

.

.

.

.

.Ps: Buku Kisah anak Bini dan Kerana Dia Anak Syurga baru habis stok, saya sedang restock dan jangka hujung minggu ni dapat, siapa nak tempat boleh wasap 0199117163

Hitler dan Seni?

Kuantan makin cantik sekarang ini, banyak lukisan menghias dinding.

Bagi saya, Anak muda nak bekarya kita jangan larang, tapi galakkan mereka buat karya yang baik dan positif.

Rujuk Hitler bila karya seninya di tolak, (dua kali di tolak), punyalah bengang Hitler bila gagal jadi pelukis, akhirnya di ber'karya' dalam perang dunia ke dua! Aduh!

Jadi bab seni dalam jiwa anak muda, jangan di larang terus, tapi galakkan mereka salurkan kepada perkara yang baik-baik, maka dalam bab dinding bangunan jika kosong, selalu akan ada tangan yang lukis lukisan lucah atau tulis perkataan lucah, mudah mudahah dengan ada nya seni art kuantan ini, akan buat lokasi itu jadi meriah, sekaligus menjadikan kawasan sunyi yang biasa terdedah dengan jenayah, menjadi lebih selamat insyaAllah.

Alang alang saya dan anak syurga autisme jalan jalan tengok lukisan dinding, maka saya videokan hampir semua lukisan mural di Kuantan, dari Gambang sampai Teluk Cempedak, masuk lorong lorong hingga puncak Bukit Pelindung, gigih kami daki!

Jadi selamat nikmati lukisan indah dan bermesej dari Kuantan.

https://youtu.be/J-8PWyuTi84​

Dalam 100 emej lukisan, ada juga terselit lukisan saya berkenaan autisme di dinding bandar Kuantan, sila teka kat mana? (nak tahu kena tengok video)

Woha!


Apr 2, 2021

Guna Pisau Buktikan Tuhan Wujud?

Apa bukti Tuhan itu wujud?

“Saya jawab simple, lihatlah Nabi Muhammad, pada diri baginda penuh dengan kewujudan Tuhan”

Tapi ada yang jawab, Kalau ambil logik macam tuan hamka, orang korea utara pun boleh cakap eternal presiden mereka, kim II-sung, datang dari heaven to earth, ketua perang menakluk dunia, presidents of the world, bla bla bla. Logik macam tu bagi saya bukan jawapan untuk persoalan tu.Jawapan yang sebenar, faith tak perlu bukti saintifik. That's y ianya dipanggil faith. Kepercayaan. No logic in faith but belief!

****

Itu komen korang, biar saya pertahankan jawapan saya..

Allah tak larang kita guna akal, sebab dalam penciptaan langit dan bumi terdapat tanda bagi orang yang berakal.. jadi bila ada orang tak percaya kepada Tuhan, kita gunalah keadah logic akal sepeti pisau Occam.

Bagi yang belajar,  semua tahu dalam dunia logic sains, bila kita nak explain sesuatu, kita kena guna kaedah yang simple dan paling ringkas tanpa ada ruang untuk manusia isi dengan teori konspirasi, atau isi dengan perkara ghaib, tahyul, ramalan dan lain lain perkara yang tak mampu dibuktikan dengan ujikaji.

Kaedah itu di kenali sebagai Pisau Occam. Kadang Pisau Occam di gunakan dalam mahkamah yang mana bukti paling jelas perlu digunakan.

Rujuk mahkamah islam, Saidida Ali mendawa baju besinya di curi, pencuri telah di tangkap dan bukan orang islam, saksi adalah anaknya, bila hakim buat keputusan, hakim kata bukti tak cukup, kanak kanak tak boleh jadi saksi, pencuri itu dibebaskan, maka pada waktu itulah pencuri tadi terkesan dengan kaedah macam Pisau Occam ni dan masuk islam.

Pertama hakim tu dilantik Saidina Ali, Saidina Ali pula Khalifah Islam, tapi dalam system yang adil, jika tak dapat buktikan tuduhan, maka penjelasan paling ringkas adalah benar, iaitu Baju Besi itu milik orang bukan islam dan Saidina Ali tersangka itu miliknya kerana serupa. Masalah selesai.

Sama jugak kejadian alam semesta, ada cakap semula jadi dan perlukan penjelasan panjang lebar, ada cakap bermula dengan letupan Big Bang tapi siapa yang cipta bahan letupan Big Bang?

Maka guna kaedah Pisau Occam ni, senang, alam ini dicipta Tuhan, habis cerita.

Jika ada yang Tanya, Siapa yang cipta Tuhan, Alah dah jawab dalam Al quran guna surah pendek sahaja.

Katakan Allah itu satu, Allah itu paling Berkuasa, Tidak berawal dan tidak berakhir, Dan tidak ada satupun yang setara denganNYA.

Simple!

Allah sendiri guna penjelasan paling ringkas, dalam menjelaskan sesuatu agar manusia faham, maka di Barat, pada abad ke 14, William Occam, seorang ahli Sains telah gunakan istilah Pisau Occam, untuk potong semua hujah tak masuk akal, dan pilih jawapan paling ringkas.

Sebagai contoh, Seorang penduduk melihat pohon hangus di tanah lapang, katanya dia nampak cahaya terang, dan anggap itu mungkin adalah UFO. Tapi dari segi Sains, kita kena gunakan kaedah Pisau Occam, yang mana sambaran petir adalah penjelasan yang patut dipilih karena menutup ruang untuk sebarang pengisian teori konspirasi, atau Sains Fiksyen.

Jadi bila ada orang Tak percaya pada Tuhan, mahu saya buktikan dengan ringkas, maka jawapan saya,

Lihatlah Nabi Muhammad, pada diri baginda penuh dengan kewujudan Tuhan.

Memang betul kamu boleh nafikan kewujudan Tuhan kerana tidak Nampak, tapi bolehkah kita nafikan kewujudan Nabi Muhammad?

Ikut logic sains, orang yang lahir tempat jahat, (jahiliyyah) mustahil akan jadi orang terbaik sepanjang zaman? Ikut logic pulak, orang yang tidak pandai membaca mustahil akan mmapu tulis Al quran yang mudah dihafal walaupun tebal?,

Tapi Nabi Muhammad lahir di tempat ramai orang jahat namun dengan Bantuan Allah, Nabi Muhammad yang tidak pandai membaca, tapi dalam sejarah telah menjadi pemimpin dunia yang bijaksana, ketua perang terbaik, pakar motivasi, pakar bisnes, pakar perunding, pakar kehidupan, mampu menyatukan kaum yang bergaduh selama beratus tahun, mampu menawan negara demi negara, pengikut bertambah setiap hari sampai sekarang,

Kata katanya berhikmah, rupanya indah, akhlaknya mulia, sehingga seorang penulis barat yang bukan islam pun bila nak menulis buku tentang manusia paling berpengaruh dengan guna hujah sains, Nabi Muhammad lah orang paling layak duduk tempat pertama sebagai manusia paling berpengaruh dalam dunia ini

Maka, pesan saya: manusia mungkin boleh nafikan Tuhan kerana tidak nampak, tapi bolehkah kita nafikan kewujudan Nabi Muhammad yang satu sahaja seumpanya dalam dunia ini, kitab Al quran yang di bawanya pula penuh dengan common sense, logic sains. Siap cerita tentang Big bang, cap jari, rahsia cekeralawa, kegelapan laut dan pelbagai lagi common sense walaupun pada zaman tak ada internet.

Sebab tu jika ada orang tak percaya pada Tuhan nak bukti, maka saya akan copy paste ayat ini:

Saudara, Orang yang bagitahu Allah itu tuhan kami bukan manusia biasa. Beliau seorang yang paling berpengaruh dalam dunia sebab beliau berjaya dalam bidang agama dan politik.

Beliau dikenali sebagai Pakar motivasi, pakar diplomasi, pakar perniagaan, juga ketua perang yang selalu menang walau tenteranya sikit dan Legasinya kekal beribu tahun sampai sekarang.

Kira macam The Real 'Iron Man' sepanjang zaman. Sebab baginda bijak, kacak, kaya, kuat dan mampu kumpulkan pahlawan terhebat di zaman itu lalu menakluk dunia, tak ada mana mana musuh pun yang berjaya membunuhnya atau mengatasi legasinya.

Maka logik sangat orang handal macam ini yang Allah hubungi dan lantik jadi Nabi bersama kitab yang ada mukjizat mudah di hafal.

Jadi saya nak tanya, orang yang bagitahu tuhan tak wujud tu siapa? Encik Nobody cares?

Logik tak? Antara manusia paling hebat di dunia dan encik nobody cares kamu pilih nobody cares?

Sesunguhnnya Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Kamu nak hidup dengan pendapat nobody cares dan mati sebagai nobody cares itu pilihan kamu.

Lakum di Nukum Wali Yaddin.

***(habis copy paste)***

Akhir kata, jika korang kata tak susuai guna pIsau Occam dalam berhujah sebab Occam tu kafir, maka pinjam kata kata Albert Einstein:

"If you can't explain it simply, you don't understand it well enough."

Eh? Einstein pun kafir juga, maka sebetulnya, rujuk hadis Nabi:

“Permudahkanlah, jangan mempersulitkan”

I rest my case.

Woha!

Apr 1, 2021

Ulasan Justice League?

Batman pernah berkata: I'm Batman.

Alkisahnya, Jika kita ada kuasa super hero memang kita boleh cegah mungkar tiap malam, tapi kejahatan tak pernah habis.

Bukti dah ada dalam filem justice league yang cegah mungkar sahaja dan tidak amal makruf cara Nabi, contoh batman, mula mula lawan joker. Lepas tu Penguin, lepas tu Two Face, lepas tu Bane, tapi orang jahat makin ramai, lepas tu lawan pulak Superman, lepas tu lawan Doomsday, terkini lawan Steppenwolf dan macam macam nama orang jahat yang mana, setiap kali superhero kafir mencegah mungkar, orang jahat baru yang muncul lebih canggih dan kejam, dan orang jahat lama akan upgrade pulak sejata dan lawan superhero kafir sehingga ada superhero kafir yang mati masuk neraka, kasihan, dah lah hidup cegah mungkar siang malam, lepas tu mati masuk surat khabar muka depan dan masuk neraka, tak ke naya?

Tak pernah ke si superhero ni terfikir kenapa siang malam cegah mungkar tapi jenayah tak habis habis?

Jawapannya simple sahaja,

Orang buat jahat sebab tak takut kat Tuhan..!, dan bila tak takut kat tuhan, maka tak sembahyang, bila tak sembahyang maka senang buat maksiat sebab sembahyanglah yang mencegah mungkar!

Sesungguhnya, Solat akulah yang mampu mencegah maksiat aku, dan solat koranglah yang mampu mencagah maksiat korang, begitu jugak para pemimpin dan pegawai yang makan rasuah, solat merekalah yang mampu mencegah mungkar mereka, begitu jugak orang perempuan, solat merekalah yang mampu mencegah mereka dari bukak aurat..

Kerana itu Nabi tekankan sangat bab solat, dan kita di galakkan untuk ajak manusia kepada solat..

Boleh, insyAllah?!

*****

Tapi wahai Tuan Hamka Kereta Mayat, nanti di akhirat, dipercayai team neraka yg diketuai oleh syaitan adalah team yg paaaaaaling ramai pengikutnya berbanding team syurga yg diketuai oleh para Rasul. Adakah ini bermakna syaitan telah menang dlm perjuangannya didunia ini? Apakah rasionalnya yg Allah cuba ajarkan pd manusia akan perihal ini?

*****

Hamka said:

Ampunan Allah lebih besar dari semua dosa. Tak baca ke kisah nabi bagi syafaat selamatkan ahli neraka berbondong bondong. Dan endingnya Allah sendiri akan bagi shafaat:

Firman Allah: keluarkan dari neraka orang yang pernah sekali menyebut La Illa Ha illAllah!

Kemudian bila semua dikeluarkan, Allah berfirman lagi,

Keluarkan orang yang ada kebaikkan walaupun sebesar zarah!

Lalu keluarlah dari neraka berbondong bondong umat manusia.

Last Allah befirman lagi!

‘Para malaikat telah memberikan syafaat, para Nabi telah memberikan syafaat, orang-orang mukmin telah memberikan syafaat. Tidak tersisa kecuali Yang Maha memberikan kasih sayang kepada orang-orang yang dikasihani. Maka Allah ‘menggenggam’ satu genggaman dari neraka dan mengeluarkan suatu kaum yang belum pernah sama sekali melakukan kebaikan.

Maka dilemparkan ke sungai syurga yang disebut ‘Sungai kehidupan (Nahrul Hayah). Maka mereka keluar bagaikan biji-bijian yang cepat tumbuh di tanah. Mereka keluar bagaikan mutiara di leher mereka dan tanda yang penduduk ahli syurga mengetahuinya. Mereka adalah yang dimerdekakan oleh Allah.

Lalu Allah masukkan mereka ke dalam syurga tanpa amalan yang mereka lakukan dan kebaikan yang mereka persembahkan.”

Wow, baik punya alternative ending dari Allah yang MAha Pengampun..

Jadi kepada yang bertanya; Sungguh Akhirat belum berlaku di sisi kita dan janganlah pandang keampunan Allah itu kecik kerana pintu taubat masih terbuka.

Sekarang waktu kalahkan syaitan bukan tak usaha apa apa.

Jom kalahkan syaitan!

Woha!